Thursday, March 4, 2010

RASCOM iii

PENERBANGAN ALOUETTE KE KEM PERTAHANAN HADAPAN


Bertugas di kawasan RASCOM, Sarawak dalam tahun 1972/1973 menguji ketahanan saya dan krew RTM. Kawasan RASCOM adalah kawasan berkurung kerana ancaman pengganas kominis. Tugas saya dan crew RTM, membuat liputan di kawasan-kawasan tersebut. Untuk tujuan itu kami diberi pelepasan keselamatan khas dibawah kawalan ketat Pasukan Keselamatan.


Menaiki Helikopter Angkatan Tentera, atau 'imbedded' dalam Farret Car yang bergerak dalam convoy jenis pengankutan yang biasa diberikan kepada kami. Mengembara menggunakan kenderaan angkatan bersenjata berisiko tinggi. Kemunkinan diserang hendap, terlanggar jerangkap samar atau helikopter ditembak jatuh. Tidak ada sebarang lindungan Insuran, risikonya 'tanggungan sendiri'. Untuk itu tiap pegawai awam yang akan menaiki kenderaan-kenderaan tersebut diwajibkan menandatangani 'ideminity papers' melepaskan tanggungan Angkatan Keselamatan, jika sesuatu berlaku kepada kami. Peruntukan itu dijelaskan sewaktu Taklimat Keselamatan sabelum kami memulakan perjalanan harian.

Kawasan liputan RTM kali ini dalam kawasan panas - Serian, Bau, Lundu, Batu Kawa, Kenawit, Semanggang, Sibu, Kudup, Biawak dan lain-lain kawasan hadapan ( foward locations ). Berita serang hendap, kematian dipihak Angkatan Bersenjata, maupun Pengganas Kominis, kesah bagaimana kominis menyamar masuk camp untuk mencuri senjata, perbalahan antara penyokong kominis dengan orang ramai dan anggota tentera di Bar, cerita harian yang senang tersebar luas.

Hari itu kami dijadualkan membuat liputan di 'kem Lundu' khusus untuk pengambaran rondaan 'assault boat' di sabuah anak sungai di 'foward location,' disitu. Perjalanan kami ke 'Kem Lundu' dan beberapa kawasan 'foward location' hari itu, dengan menaiki halikopter jenis Allouette. Perjalanan darat untuk kekawasan-kawasan tersebut sukar, mengambil masa yang lama dan tidak selamat. 


Penggunakan helikopter Angkatan Tentera, perkara biasa yang dilakukan bukan sahaja oleh pasukan keselamatan, juga kakitangan agensi-agensi kerajaan. Penjelasan itu di berikan kepada kami semasa Taklimat Khas Keselamatan pagi itu. Mau tidak mau, hanya itu saja pilihan yang kami ada.


Saya tidak biasa naik helikopter. Bagitu juga barangkalinya 3 crew RTM bersama saya itu. Helicopter jenis Alouette boleh memuatkan maksima 5 orang termasuk pilot. 3 di tempat duduk belakang dan saya di kerusi co-pilot. Pilot hari itu namanya Aziz. Itu yang dapat saya baca dari uniform yang dipakainya, ketika kami bersalaman. Kabarnya beliau saorang anggota 'green beret'. Orangnya berbadan sasa dan lagaknya tangkas. Penilaian peribadi saya pagi itu, Pilot Aziz bagaikan sasaorang yang sedang teruja untuk melaksanakan tugasan menghantar kami ke kawasan 'pertahanan hadapan' pagi itu. (Munkin baginya tugasan sebegitu lumrah berlaku, dan kami sebagai unit barang hantaran yang perlu dihantar kedestinasi yang dijadualkan). Dia tidak bercakap sepatah dengan kami sejak di perkenalkan pagi itu. Ketika saya bersalamannya dia hanya memberikan senyum senang kepada saya dan krew RTM - Fong, Tim & Seith. 


Dia menghidupkan injin pesawat dan berkomunikasi dengan entah siapa dalam bahasa dan lingo yang sukar difahami. Kemundian kipas 'roto blades' bergerak, mula-mula perlahan dan terus melaju. Sekaligus kami rasa semacam isi perut disentap, dan kami diangkat keawangan yang tinggi. Dengan serta merta pula helikopter itu menunduk dan terbang laju meninggalkan kawasan 'helipad' menuju kesatu arah - kawasan hutan yang hijau dan berbukit.


Menaiki helikopter Alouette membolehkan kita menyaksikan pandangan panoramik 180 darjah dihadapan. Kita rasa bagaikan sedang berada diatas papan buaian menerjun laju meluru kehadapan. Kehijauan hutan Sarawak, Gunung Serapi, Sungai Sarawak dan jaringan sungai-sungainya, terbentang dihadapan kami mencorak satu hamparan permaidani hijau yang belum selesai dibentang. Berbenggol di sana sini, bertompok-tompok kawasan pekebun kecil, kampung-kampung terpencil rumah panjang, kawasan pamah, nyarai, bukit bukau dan gunung ganang. Terbang pada ketinggian selamat itu sangat mengujakan. Kententeraman mula kami rasakan. Sebahgian besar Pulau Borneo bagaikan sedang terhampar di bawah.


Tetapi apabila halikopter itu, tiba-tiba menurun untuk terbang rendah, kami rasa bagaikan 'helang sewah' sedang terjun menerpa dan menyambar mangsanya dibumi. Saya mula rasa cemas pada 'stunt' - gerak ganas yang dilakukan oleh Pilot Aziz itu. Saya rasa bagaikan helikopter itu sedang menjunam laju kearah bumi, semacam akan terhempas. Sedar-sedar saya sendiri-sendiri berpaut kuat pada kerusi co-pilot yang saya duduki itu, melakukan gerakan mengelak, apabila helikopter itu semacam akan mencecah pucuk hutan. 


Kemundian dengan gaya bersahaja dan penoh kepakaran pilot Aziz menstabilkan kedudukan pesawat helikopter itu samula dan kami terus terbang 'melayari' rabung rimbun hutan hijau Sarawak. Sempat aku buang pandang kearah 3 krew dibelakang ku. Muka Fong, Kim dan Seith pucat dan ketiga mereka fokus merenung aku semacam minta pelepasan dari melakukan tugasan hari itu.


Terbang rendah dalam kawasan keselamatan RASCOM secara langsung keadaan keselamatan diri mula menghantui aku, munkin juga Fong, Tim dan Seith. 


Banyak persoalan menguasai minda ku yang sukar kuberikan jawapan. Kenapa terbang rendah di kawasan bahaya? Munkinkan akan di tembak pengganas? Gilakah Pilot Aziz ini?


Sekilas aku buang pandang kearahnya dikerusi Pilot disabelah kanan ku. Aku pasti dia sedang seronok mengendalikan pesawat itu, dan teruja melihatkan rasa takut yang sedang kami lalui itu.


Di kawasan-kawsan bertanah pamah yang luas Pilot Aziz menjunamkan Alouette hampir keparas pucuk  rumput dan tumbuhan renek bagaikan helikopter itu akan mencicah bumi. Sekali sekala melintasi kawasan berpaya. Diluar sedarku, keduabelah tanganku sekali lagi berpaut kuat pada kerusi yang ku duduki itu. Pokok-pokok besar hutan tebal dihadapan kami, semacam akan menerpa kami dengan lajunya. Jantung ku berdegup pantas. Benakku marah pada gelagat 'gerak ganas' Pilot Aziz itu. Kini isi paparan belantara rimbunan kayu kayan yang tinggi menjulang, kian membesar, berbanjar dihadapan mata. Bila-bila masa Alouette itu akan melanggarnya. Cepat-cepat aku pejamkan mata. Tapi cuma buat saketika. Dan apabila ku buka samula, sempatku saksikan dengan senyum melirik, senang dan bersahaja Pilot Aziz menerbangkan pesawat keatas, naik tinggi melampaui rabung belantara itu. 


Aku rasa lega, apabila tiba-tiba penerbangan kami mendekati satu kawasan Kem di pekan kecil pada pesisiran tebing sabuah sungai. Alouette kami terbang lintas sekali sabelum berpatah balik menuju kearah 'hellipad'. Alhamdullillah, kami telah mendarat dengan selamatnya.


No comments:

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.