Thursday, January 29, 2009

Tuesday, January 6, 2009

'Ape Pendapat Yeop?'

Menang Sorak
Kampung Tergadai


Apa jadahnya. Kabarnya MB Nizar akan luluskan beratus lot kediaman, satelah fasa pertama 11 lot kediaman di Kampong Baru Kuek Rui diluluskan dari pegangan pajakan ( leasehold) kepada pegangan bebas (freehold),” sungut Mat Jelebo anak Perak jati.
Saterusnya sungutan yang sama juga terdengar dari anak-anak Negeri suku sakat dan sahabat handai Mat Jelebo. Semua tertanya-tanya: kenapa MB putuskan gitu. Apa motif dia beri hak kediaman 'freehold' kepada penduduk Kampung Baru itu. Belum sampai 1 tahun pegang tampok pemerintah, dah buat perangai.
Kenapa senang sangat ditukarkan syarat pegangan tanah di Kampong-Kampong Baru itu, walhal Kampung-kampung Baru hanyalah kawasan penempatan samula kaum Cina semasa perentah berkurung dharurat 1948-1960, sebagai usaha Kerajaan memerangi ancaman pengganas Kominis.
Penempatan ini di ‘kenali sebagai dimasukkan ke 'Kawasan Berkurung’. Penduduk yang di syaki talibarut dan penyokong pengganas Komunis ditempatkan di kediaman berpagar, dimana perentah berkurung senang dikuatkuasakan sepanjang masa.
Perentah Dharurat Kerajaan British juga telah meletakkan hampir keseluruhan Negeri Perak dalam Kawasan Hitam. Dan Kampung-Kampong Baru itu, adalah penempatan semula dalam Kawasan Hitam itulah. Penduduk Kempung Baru sepanjang masa dikawal rapi oleh pihak berkuasa. Penempatan samula ini melibatkan kaum Cina; terdiri dari pekebun-pekebun sayur, peniaga, pekerja-pekerja lombong dan lain-lain.
Kaum Melayu tetap terus dibenarkan menghuni di kampong-kampung tradisi mereka dalam The Malay Settlement dan kaum India di ladang-ladang Estate.
Di kawasan berpagar Kampong-kampung Baru pergerakan keluar masuk tidak sebebas mereka yang tinggal di Ladang-Ladang atau di Malay Settlement.
Bagitu keadaannya waktu itu.
Malaya Merdeka dan Dharurat di tamatkan dalam tahun 1960. Penduduk Kampong Baru mula mengelami kebebasan mutlak. Secara kebetulan pula, Kampong-kampung Baru itu letaknya dalam kawasan semi-urban berbanding kampong tradisi Rezab Melayu dalam The Malay Settlement. Membebaskan pegangan ‘leasehold’ kepada ‘freehold’ lot-lot kediaman mereka itu dengan sendirinya menjadikan kawasan Kampung Baru tinggi nilai komersil - kawasan lombong emas bagi yang empunya. Mereka menjadi ‘tuan tanah’ yang berharta, berbanding dengan kaum Melayu yang menduduki tanah Rezab Melayu.
Menurut perangkaan keluasan Tanah Rezab Melayu di seleruh Semenanjung menurut estimate terakhir seluas 4.5 million hectare. Tanah Reserve Melayu ini telah ditubuh semasa pemerintahan Inggeris dahulu. Peruntukan itu dikanunkan sebagai Artikel 89 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan saterusnya dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya.
Artikel 89 memperakukan Tanah Rezab Melayu selamanya diperuntukkan kepada rakyat keturunan Melayu. Maka dengan secara langsung di Perkampungan Malay Settlement inilah kawasan penempatan dan membiak zahirnya berketuanan Melayu.
Sabelum dan satelah Persekutuan Tanah Melayu Merdeka dan Malaysia ditubuhkan, bangsa Melayu tetap berupa gulungan yang terbesar jumlahnya di negara ini. Melayu kaum peribumi negara. Ketuanan Melayu dan agama Islam adalah di perakukan sebagai intipati utama dalam Perlembagaan Negara.
Tanah Resab Melayu dengan syarat ‘leasehold’ khusus: ‘selamanya untuk tujuan pertanian dan dusun sahaja’. Maka itulah majoriti perkampungan Melayu tertubuh dalam kawasan pertanian dan dusun. Ia (munkin sengaja) dikuatkuasakan penjajah menurut dasar Pecah Dan Perentah kerajaan British Malaya: Bahawa kaum Melayu diiktiraf sebagai rakyat peribumi dan sebagai Tuan Tanah, sementara kaum Cina, India dan lain-lain dianggap kaum pendatang. Secara halus, Inggeris telah mengabui mata Melayu rakyat peribumi, dengan memberi mereka hak ketuanan dan beraja dan berpelembagaan. Merekalah rakyat peribumi, Tuan Tanah Pekebun Kecil berbanding kaum Cina sebagai peniaga dan kaum India sebagai buruh. Melayu rakyat ‘jus suli’ beRaja, berLembaga dan berNegeri. Negeri-Negeri Melayu diperintah oleh Raja Berpelembagaan menguasai Adat dan Agama Islam untuk melengkapkan institusi ketuanan Melayu sebagai peribumi itu.
Kita berbangga memperakukan hak ketuanan Melayu itu. Kita akur bahawa ‘The Malay Heartland’ letaknya di Kampong-Kampung Tradisional Melayu. Tetapi kawasan pertanian atau dusun tidak diboleh bertukar milik kepada bukan Melayu kerana itu tidak digalakkan ditukar syarat kepada pegangan bebas. Kuathir akan di miliki oleh bukan Melayu.
Kebanyakkan ‘The Malay Heartland’ ini letaknya di luar dan pinggir bandar,juga dalam kawasan semi-urban dan urban.
Pembangunan Negera 50 tahun merdeka memperlihatkan kawasan luar bandar dan pinggir bandar jadi kawasan Semi Urban, kawasan Semi Urban menjadi Bandar, dan Bandar menjadi ibu Negeri dan Bandaraya. Secara langsung terdapat juga kawasan tanah Rezab Melayu ditengah-tengah Bandaraya. Kampung Baru (Melayu) dalam Wilayah Persekutuan bandaraya Kuala Lumpur luasnya lebih 260 hektar, tetapi tidak boleh dimajukan secara komersil. Ia tetap tidak akan menguntungkan leluhur ketuanan Melayu sakiranya masih dikanunkan sebagai kawasan 'leasehold'. Tanah Resab Melayu diterima sebagai tidak punya nilai komersil kerana leasehold walaupun letaknya ditengah-tengah wilayah emas bandar-bandar raya, berbanding dengan kawasan hartanah‘freehold’ – pegangan bebas.
Malaya Merdeka lebih 50 tahun. Kemajuan negara menjelang 2020 menjadikan Malaysia negara membangun. Itu yang bertubi-tubi menghasak gendang-gendang telinga kita. Dalam pememerintahan demokrasi, Majoriti Melayu telah meletakkan kepimpinan negara pada landasan yang betul. Social Aggreement yang disetujui antara 3 bangsa terbesar Persekutuan Tanah Melayu diambang Merdeka, saterusnya dengan pertubuhan gagasan Malaysia menjadikan negeri ini padu dan bitara sebagai Negara yang mempunyai penduduk kosmopolitan - berbilang kaum, lain anutan agama dan adat resam. Islam di maktubkan sebagai Agama Rasmi di samping kebebasan rakyat menanut agama dan faham lain, Bahasa Melaysia sebagai Bahasa Rasmi dan Kebudayaan Nasional diciptakan dengan gabungan dari pelbagai jenis kebudayaan dan adat resam berbagai ras keturunan rakyat. Bangsa Melayu secara kerayaatan jus suli adalah kaum bumiputera negeri ini.
Tapi, bolehkah kita akui kini tidak lagi terdapat kaum Melayu dalam lingkongan miskin tegar?
Kenapa tidak sekali sekala Yeop singgah di kampung-kampung Tanah Rezab Melayu dan lihat sendiri. Kerana di sana nanti Yeop akan dapat jawapannya.

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.