Sunday, March 28, 2010

Menjelang 1 APRIL - 5

THE TEAM

Sebagai Penerbit Kanan saya mengepalai satu pasukan 5 kakitangan Penerbit.

‘Bersatu dan Bersekutu’ slogan yang sesuai bagi kami di PSRKSS. Ruang pejabat yang sempit dengan kemudahan yang sangat terhad tidak menghalang untuk maju. Jika waktu itu ada KPI (Key Performance Indicator) di Radio Malaysia, sudah tentu produktibiti PSRKSS mencatatkan tahap ‘performance’ paling menggalakkan walaupun ia baru ‘setahun jagung’ ditubuhkan.

Menerbitkan siri rancangan pendidikan ilimiah tugas yang sangat mencabar. Bukan senang untuk menyakinkan guru di sekolah-sekolah membawa pelajar-pelajar mereka mengikuti siaran radio dibilik darjah. Apatah rancangan yang disediakan, berupa pembelajaran alternative. Terpulang samaada guru-guru setuju terima atau sebaliknya. Mengendalikan bilik siaran di sekolah-sekolah juga tidak mudah. Guru-guru perlu buat persediaan membimbing murid-murid mereka mengikuti tiap detik program tersebut. Aktibiti pra dan paska siaran perlu dirancang sebaiknya untuk memberikan manfaat kepada satiap murid dan pelajar. Sukar untuk meyakinkan Guru-Guru melaksanakan ‘tugasan tambahan ini’ dari jadual mengajar hakiki mereka.

Bagi kami apabila ada guru yang sedia menggunakan program SRKSS bermakna SIRI program itu dapat tambahan 40 murid. Jika ada sekolah mendaftar akan bermakna SRKSS secara pukal menambah tambahan pendengar yang berjumlah munkin 300 murid. Purata rekod Bahagian Melayu sedia mempunyai 300 Sekolah Rendah dan 180 Sekolah Menengah berdaftar dengan PSRKSS, bermakna purata 20,000 penuntut mengikuti siri program dalam Bahasa Malaysia terbitan Bahagian Melayu sahaja. Jumlah ini dikira satu gagasan pendengar yang besar. Menjelang awal tahun kami membekalkan sajumlah besar naskah-naskah nota pelajaran kesekolah-sekolah yang berdaftar itu. Jumlahnya bertambah tahun demi tahun, apabila ada sekolah yang baru dapat kemudahan peralatan radio dari Kementerian Pelajaran dan sedia mengikuti siaran pendidikan radio terbitan PSRKSS.

Urusan perancangan dan penerbitan sedia terjadual menurut keperluan siaran. Tiap penerbit secara purata menerbitkan 2 siri rancangan tiap minggu hari persekolahan. Tajuk dan karikulum yang ditentukan mesti dipatuhi dan mesti keudara menurut tarikh dan jangkawaktunya.

Displin penerbitan yang ‘rigid’ mencabar daya kreatif dan kewibawaan tiap penerbit. Semua maukan siri program yang diterbitkan diminati bukan hanya oleh pendengan sasar dibangku-bangku sekolah, juga oleh pendengar radio dirumah-rumah, khusus oleh pelajar-pelajar yang mengambil pepereksaan STPM/HSC secara persendirian.

Matlamat dan hasrat itu kami dapati secara langsung telah tercapai.

Kudos kepada rakan penerbit pioneer: Yahya Awang (Allahyarham), Azizah Shahrin, Khairuddin Saidi, Mohd.Fadzli Yusoff (Datuk) dan Ibrahim Bachik (Datuk).


No comments:

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.