Kerana schedule tugasan yang ketat hari itu, aku tidak punya masa untuk berkenalan rapat dengan Pilot Aziz. Penerbangan 'stunt' lagak-ngerinya pagi itu, membuatkan aku rasa perlu berkawan rapat dengan beliau. Paling kurang bertanya kabar.
Aku ada sebab untuk berbicara dengannya. Dalam tahun 1970 seorang juruterbang Alouette TLDM adik bos ku telah terhempas di kawasan hutan Sarawak. Kejadian itu baru 2 tahun berlaku, munkin Pilot Aziz boleh menceritakan keadaan sebenarnya. Munkin Pilot Aziz kenal juruterbang yang malang itu. Munkin mereka rakan yang akrab. Dalam kejadian itu Pasukan Keselamatan mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa, kerana helikopter itu terjatuh kedalam kawasan gaung. Aku telah mengikuti kesah itu.
Kebetulan aku mula menyampaikan Berita Radio Malaysia siaran jam 11.00 peristiwa malang itu. Aku masih ingat bagaimana aku bersusah payah berulang kali berlatih menyebut perkataan helikopter alouette, jenis helikopter yang jatoh terhempas itu. Sebagai Pembaca Berita baru di Radio Malaysia tiap kali keudara, penyampaian kami dipantau pelbagai pihak dan dinilai. Kesahihan sebutan salah satu faktor yang penting.
Waktu itu aku samasekali tidak sangka, pilot yang malang itu adik bos aku - Amir Hamzah Shamsuddin (allahyarham). Sekembali kapejabat, aku diberitau berita malang itu dari bos aku sendiri, mengesahkan pilot yang terlibat itu adiknya. Saterusnya kami mengikuti dari dekat rentetan drama kemalangan itu hingga kehari jenazah dibawa pulang ke Semenanjung dan disemadikan dengan penoh penghormatan negara.
Fikirku, munkin kesah kemalangan itu dapat dikongsi bersama sekaligus merapatkan aku dengan Pilot Aziz. Munkin kemundian nanti aku akan berjaya mempengarohi beliau, untuk tidak membuat 'stunt' - lagak ngerinya saperti yang kami lalui pagi itu, untuk penerangan kami saterusnya hari itu.

Bekali kutanya diriku. Mestikah aku mendekati Pilot Aziz? Bertanya, kenapa dia mengendalikan helikopter itu sademikian? Tidakke merbahaya terbang terlalu rendah hingga hampir mencecah bumi dalam kawasan keselamatan. Pada ketika-ketikanya dia memilih terbang antara rabung deretan pokok-pokok tinggi. Adakah itu satu 'taktical penerbangan halikopter tentera dalam kawasan keselamatan? Atau dia saja seronok melakukan cara penerbangan lagak ngeri itu untuk menakutkan kami, tanpa sadikitpun memikirkan risikonya. Munkin aku berhak minta penjelasan itu, walaupun pada dasarnya aku tidak berhak untuk mempersoalkan cara Pilot Aziz mengendalikan helikopternya itu. Itu bukan tugas aku. Aku dan krew RTM hanya penumpang untuk dibawa masuk kekawasan keselamatan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kami - menerbitkan satu dukumenteri Keselamatan saperti diarahkan Kerajaan. Saperti kami Pilot Aziz juga menjalankan tugasan yang telah diamanahkan kepadanya.
Atau munkinkah kerana aku tidak biasa naik helikopter rengan jenis alouette menyebabkan aku rasa cemas tanpa bersebab, senang menganggap cara Pilot Aziz mengendalikan pesawatnya itu sebagai 'stunt' - lagak ngeri. Sendiri-sendiri aku nilai kedudukan perkara itu.
Tugasan liputan pengambaran saterusnya membawa kami ke 'foward location' di Biawak dalam kawasan persempadanan Malaysia/Pointianak. Kem ini lebih kecil dari Kem di Lundu. Ia terletak di tengah-tengah hutan tebal. Dari udara hanya jelas kelihatan satu kawasan lapang tempat helikopter mendarat sahaja. Khemah pasokan keselamatan keseluruhannya tersembunyi di bawah tanah. Cuma 'command post' sahaja yang dapat dilihat. Kerana kedudukan keselamatan demikian itu, tidak ada pengambaran dalam Kem dibuat. Kami cuma rakamkan pengambaran pasukan keselamatan menjalankan rondaan dan beberapa rakaman temubual.
Kehadhiran krew RTM dari Kuala Lumpur menguja anggota tentera yang sedang bertugas di kem itu. Perkara yang pertama mereka tanya, adake kami bawa surat kabar. Mereka mendakwa telah putus hubungan dengan dunia luar, kecuali melalui surat dari keluarga yang dihantar ke-kem itu secara berkala. Sanaskah akhbar lusuh yang ada bersama kami, jadi bahan bacaan rebutan dikalangan mereka.
Rata-rata mereka seronok bertemu kami. "Paling kurang dapat mengubat rindu." jelas mereka.
Menurut pegawai pemerintah, pasukannya telah berada di kem itu lebih 6 bulan menjalankan tugasan rondaan disepanjang sempadan. Terdapat beberapa Rumah Panjang di kawasan itu, dan urusan harian antara penduduk tempatan dengan peniaga yang datang dari Pointianak, selamanya melalui 'barter trading' sahaja. Risiko keselamatan amat tinggi, hatta kem kediaman pasukan keselamatan ini di dirikan tersembunyi di bawah tanah.
Sepanjang masa kami mengendalikan liputan pengambaran dan temuduga itu, Pilot Aziz hanya menunggu di halikopternya, bagaikan pemandu teksi sewa khas sedang menunggu penumpangannya singgah di kawasan membelibelah mewah. Patuh beliau menunggu kami di kawasan 'halipad' itu. Ku lihat dia kerap menggunakan peralatan komunikasi.
Hampir jam 4.00 petang Pilot Aziz memberi isyarat, masa telah sampai untuk kami terbang pulang. Halikopter perlu kembali ke depo di Kuching sabelum jam 6.00 petang.
Dan ketika kami mengucapkan selamat tinggal kepada pegawai pemerintah dan kakitangan di kem Biawak itu, Pilot Aziz memberitau kami akan ancaman ribut taupan dan 'flight path' helikopter telah ditentukan untuk masuk keudara Kuching ikut arah laut. Penerbangan itu bahaya dan, kami diberi pilihan untuk tinggal bermalam di kem itu atau pulang merentas ribut dan hujan ka depo bersamanya. Kami pilih untuk pulang. Komandar Kem Biawak setuju dengan pilihan kami itu.
Mendung tebal jelas dilihat berarak dihadapan kami, ketika Pilot Aziz mengendalikan helikopter itu menuju arah laut. Sajurus helikopter itu sudah memasuki kawasan hujan mula-mula rintis kemundian lebat dengan angin bertiup kuat. Helikopter itu berbuai. Kami rasakan bagaikan sedang berada dalam buaian. Di luar Kilat dan petir mula sambar menyambar di hadapan dan di sekeliling kami. Kami kini benar-benar berada di tengah-tengah ribut berpetir dan hujan yang mengganas. Pemandangan 180 darjah dihadapan kami diselubungi tabir hujan dengan kilat sabung meyabung diikuti ledakan petir yang mengegarkan seluruh pesawat itu.
Pilot Aziz ku lihat serius mengendalikan Alouette itu. Penerbangan kali ini lebih ngeri dari 'stunt' yang dilakukannya pagi tadi itu. Pada banyak ketika aku kuathir Pilot Aziz telah mula hilang daya kawalan pada pesawat yang dikendalikannya, dan dia tidak punya kuasa untuk menstabilkannya. Cuma hatikecilku kuat menyakinkan aku untuk melupakan kekuathiranku itu, dan yakin Pilot Aziz cukup terlatih menerbangkan pesawat itu dengan selamatnya.
Saat yang paling genting ketika helikopter kami melintasi ruang antara dua bukit yang tinggi dari arah laut. Goncangan helikopter itu kuat, rakus dan kasar dalam hujan, kilat dan petir yang terus menerus mengganas. Aku menunggu masa untuk terhempas di kawasan berbukit itu.
Dengan sertamerta kemalangan helikopter Laftenan Komander Jalil Shamsuddin, dalam tahun 1970 itu menghantui fikiranku. Munkinkah sejarah akan berulang hari itu, kali ini melibatkan aku, Fong,Tim dan Seith bersama Pilot Aziz. Bibirku ta'renti beristirafar dan kupanjat doa kehadrath Allah untuk melindungi kami dari segala kemunkinan.
Alhamdullillah. Kira-kira 1 jam masa penerbangan, kami menghampiri Lapangan Terbang Kuching dan selamat mendarat dalam titisan hujan yang baru reda.
Kami rasa bertuah Pilot Aziz telah berjaya mengendalikan Helikopter Aloutte itu, penoh daya professional dan tanggungjawab. Ketika aku menjabat tangannya untuk mengucapkan terima kasih dan pengarhargaan kami, Pilot Aziz kilihat hanya melerek senyum, semacam satu tugasan hariannya telah selesai.
Kami sampai ke Hotel Ariff jam 7.00. Tanpa berkata apa-apa. Munkin pengalaman sengit yang kami lalui itu, membuatkan kami lebih banyak berfikir dari bersuara.

1 comment:
The Venetian Las Vegas - JT Hub
Book your room at The Venetian Las Vegas 태백 출장마사지 in Las Vegas, NV. Our 아산 출장샵 spacious 보령 출장마사지 suite offers a king-sized pillow-top bed 속초 출장마사지 with 507-thread-count linens plus a 용인 출장샵 seating area
Post a Comment