Friday, March 26, 2010

Menjelang 1 APRIL - 4

KETERAMPIALAN CENDIAKIAWAN 

Usaha mengisi kemerdekaan perlukan kesepaduan rakyat dalam apa jua bentuk pembangunan sosio ekonomi bangsa dan Negara. Munkin kerana keperluan sedemikian sedang membakar dada rakyat waktu itu. Masing-masing sedia menyumbang untuk kesejahteraan semua.

Kempen membasmi Kemiskinan, Buta Huruf, dan berbagai kempen pambangunan sicio-ekonomi rakyat oleh Kerajaan akur diterima serta patuh dilaksanakan. Tidak diwarwarkan, tiada kempen media, tiada roadshow dan potong memotong riben oleh Menteri. Segalanya dilaksanakan secara jujur, berhemah dan terancang. Pemimpin-pemimpin Negara waktu itu, mengenepikan kepentingan diri sendiri, berjuang bermatian membangunkan Negara.

Gulungan cendiakiawan pula tidak lokek memberikan pandangan, kerjasama dan bimbingan untuk merealisasikan hasrat tersebut, melalui pelbagai aktibiti projek menurut kepakaran masing-masing. Itu yang dapat aku rasai semasa berkhidmat di PSRKSS antara 1967 hingga 1971 lima tahun pertama kewujudannya.

Sepanjang 5 tahun pertama itu PSRKSS telah menapak gagah, bangun mengorak langkah. Mula keudara dengan hanya menerbitkan siri-siri rancangan Cerita dan Musik untuk kanak-kanak di Sekolah Rendah. Kemundian itu secara mendadak aktibitinya meningkat kepada usaha-usaha penerbitan siri-siri rancangan ilmu untuk Pelajar-Pelajar Menengah Atas dan Pra-Universiti. Bagitu cepat ia berkembang dan bagitu berjaya siarannya menubuhkan gagasan pendengar dari di bangku-bangku Sekolah Rendah, Menengah, Menengah Atas dan Pra Universiti itu. 


Semacam 2 fakulti pendidikan telah tertubuh, khususnya di Bahgian Melayu, PRSKSS waktu itu.

Tulisan ini berkisar pada sumbangan cendiakiawan Melayu di Bahagian Melayu, PSRKSS. Sebagai Pengelola Rancangan/Penerbit Eksekutif saya telah secara langsung terlibat dalam pelaksanaan tiap projek dari peringkat penubuhan Panel Subjek, sahingga kepada pengurusan penerbitan siri-siri rancangan yang melibatkan kumpulan professional tertentu sebagai tenaga pakar.

Sepanjang masa itu Bahagian Melayu berbangga dapat sumbangan pukal dari cendiakawan Melayu terbilang yang berada di Lembah Kelang saperti Ungku Aziz (Professor Di Raja UM), Rafidah Aziz – (Tan Sri) – Pensyarah Ekonomi UM, Dr.Atan Long (Prof.) – Penulis dan Sastrawan UM, Koo Kay Kim (Prof Emeratus) - Ahli Sejarah UM, Yahya Ismail - Pengkritik Sastera DBP, Noor Azam (Dato’) – Ahli Bahasa dan Sastrawan DBP), Prof. Ismail Hussein (Tan Sri) – Sastrawan dan Budayawaan UM, Omar Yusus -Sastrawan/Pensyarah UM, Adibah Amin - sastrawan/wartawan NST), Azah Aziz - wartawan/budayawan NST, Prof.Awang Had Salleh (Dato’) – Professor/Sastrawan/Ahli Pendidik), Dr.Ahmad Salleh - Pensyarah Bahasa UM, Dr.Tajuddin Jali dan Dr. Raja Fauziah Tun Uda - pakar Kerjaya MARA, kebanyakkannya cendiakiawan ikon dari Universiti Malaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MARA.

Saban minggu halaman pejabat Bahagian Melayu dan Studio B rancak menerima kedatangan cendiakawan pakar merakamkan kuliah dan perbincangan ilimiah dalam pelbagai siri rancangan pendidikan untuk pelajar-pelajar dalam Tingkatan Menengah Atas dan Pra Universiti melalui siri-siri Pelajaran Ekonomi, Sastera, Bahasa Malaysia, Sejarah dan kerjaya. Siri-siri ini diterbitkan khusus untuk calun-calun sekolah dan individu yang menduduki Pepereksaan STP/HSC atas kesedaran kurangnya guru-guru pakar dan pembimbing dalam subjek-sebjek tertentu (di sekolah-sekolah) waktu itu.

Professional dan trampil mereka ini menyumbangkan kepakaran masing-masing. Kepakaran mereka secara langsung telah mengangkat kualiti rancangan pendidikan radio ketahap penyampaian berkualiti tinggi dan berkesan.

Semacam pembabitkan gulungan cerdik pandai ini tercetus secara pukal dan terjurus, bagaikan diarah oleh satu gagasan tuntutan keperluan yang mesti dipatuhi. Itu yang aku rasakan hingga kehari ini, walaupun jangkawaktu 5 tahun di PSRKSS itu telah 4 dekad berlalu.

Mereka sedia menyumbang tanpa mengenal jalan buntu atau mempersoalkan imbuhan. Keterampilan mereka itu, menjadi kenangan manis buatku selamanya…… munkin juga oleh rakan-rakan Penerbit Rancangan, di Bahagian Melayu, PSRKSS waktu itu.

1 comment:

'Adly Azamin said...

Respond dari Sdra Khairuddin Saidi melalui SMS:
#1: SaudaraLupa sebut nama adik Ahmad Salleh, juga cendiakiawan penyumbang. Namanya Siti Hawa Salleh.
#2: Mamak KADIR, dulu jual nasi tepi The Chartered Bank, berpindah kebelakang tepi Selangor Club. T.Gopala Krishnan (adik kepada Ananda Krishnan) ajak Mamak KADIR berniaga di School Broadcast (sebab boleh tulis buku 555 - bermaksud boleh minum dulu dan tulis dalam buku akaun. Bayar kemundian, bila dapat gaji). T.Gopala Krishnan kemundian manjadi producer film komersil yang terkenal, 'tuanpunya' JEMIMA PRODUCTION HOUSE satelah berjaya ikuti kursus Perfilemam di Puna, India.

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.