Monday, March 29, 2010

Menjelang 1 APRIL - 7

THE LITTLE MALAYSIA dan 13 MEI

Tahun ini genap 43 tahun Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah memulakan operasinya di Malaysia. Walaupun kewujudannya di Radio Malaysia tidal lebih 1 dekad, keterampilannya tetap ada, walaupun telah lama ditelan sejarah. Malang sekali tiada satupun ‘dessertation’ atau kajian ilimiah keberkesanannya pernah diterbitkan dimana-mana. Ia terus hilang dari ingatan dan berkubur tanpa nisan.

Mengenang kembali keadaan kami berhimpit diruang pejabat sempit, lantai bawah sabuah kuarters 2 tingkat di Jalan Sulaiman waktu itu, mengingatkan saya pada ungkap popular Allahyarham Mokhtar Daud – bahawa kewujudan kami di pejabat dan studio PSRKSS itu, ibarat satu nation dalam The Little Malaysia.’ Pelbagai bangsa rakyat satu nation berkongsi hidup dibawah satu bumbung. Sentiasa menghormati antara satu dengan yang lain. Berkompromi berkongsi kemudahan. Satu bangsa berlainan agama dan anutan adat resam sekata pasrah pada ketuanan dan pemerintah.

Peristiwa trajidi berdarah 13hb.Mei 1969 menguji setiakawan kami. Tidak timbul sebarang pergeselan, prasangka atau sikap benci membenci antara kami waktu itu. Kami bergerak seadanya sebagai satu bangsa, walaupun pada banyak ketika diistiharkan ‘curfew’ di Kuala Lumpur. Teman sakerja D.Geoffery, Krishnan, dan Chin, pada waktu-waktu lepas pejabat, tetap teruja membawa saya lepak di Bar dan Restauran South East Asia Lodging House dalam kawasan Brickfield, terkenal sebagai kawasan sensitive perkauman yang di dominasi oleh kaum Tamil dan China.

Munkin wajaran konsep 1MALAYSIA kempen intergrasi yang Dato’Seri Najib Tun Razak, PM ke 5 laksanakan genap 1 tahun lalu (3hb.April 2009) sejajar dengan sikap dan keterampilan kami di PSRKSS 4 dekad yang lalu itu. Jika Allahyarham Mokhtar Daud dipanjangkan umor hingga hari ini beliau tentu rasa megah diri kerana secara langsung telah awal melaksanakan konsep tersebut, ketika usia meningkat lebih 70 tahun, kini.

……

Hari itu 13hb.Mei 1969 kami bertugas saperti biasa dipejabat. Telah luas tersebar pelbagai kabar angin ‘akan berlaku kekecohan kaum di Kuala Lumpur’ pada petang itu.

Hari itu Ketua PSRKSS Mokhtar Daud (Allahyarham) bertugas rasmi di Singapura. Malungun (Allahyarham) telah lebih sebulan tinggalkan jawatan sebagai Pengelola Rancangan Melayu kerana menjawat jawatan baru sebagai Penyunting di DBP. Aku kakitangan terkanan kini bertanggungjawab untuk keselamatan ‘Platun’ yang ku pimpin itu.

Suasana tegang hari itu, munkin juga dirasai 3 rupabangsa + etnik ‘The Little Malaysia’ di Jalan Sulaiman itu. Mereka juga pasti ada menerima pelbagai ‘berita angin’ melalui komunikasi sulit kalangan kaum mereka. ‘Spin-off’ kempen politik Pilihan Raya 10hb.Mei jelas telah diadudumba fahaman Kominis, condong kearah perpecahan kaum.

Keputusan Pilihan Raya 10hb.Mei itu sendiri telah banyak memehak Pembangkang. Penyokong DAP di Selangor teruja untuk mengambil alih pentadbiran Kuala Lumpur dan Negeri Selangor, hingga sanggup berkasar berarak kekawasan penduduk Melayu, memperagakan penyapu konon untuk ‘menyapu Melayu dari bandaraya ke kampong-kampung’. Bagitu agresif dan kasar tindakan mereka itu.

Hari itu Tan Siew Sin (Tun), Presiden MCA telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan. Ada kabar-angin bahawa kaum Melayu dan mula resah dan sedia untuk berjuang ‘menumpahkan darah’. Kabarnya berpuluh bas membawa Melayu dari seluruh Negara akan sampai di Kuala Lumpur lewat petang itu untuk bersama berhimpun dan berarak dari Kampung Baru menuju ke Pekan Pudu kawasan dominan penduduk Cina. Kabarnya penduduk Kampung Bahru sedang aktif menajamkan senjata dan akan ‘membekalkan diri dengan buluh runcing’ disepanjang perarakan itu, siapsedia untuk mempertahankan diri jika diserang.

Sebagai ketua ‘Platun’ Bahagian Melayu aku dipanggil ka Federal House jam 1.00 tengah hari untuk hadhiri taklimat khas keselamatan, saterusnya dibekalkan dengan ‘curfew pas’ untuk datang bertugas sakiranya undang-undang dharurat dikuatkuasakan. (Terbantut rancangan kami nak tuang pejabat jam 2.30 petang untuk menonton tayangan filem Hollywood The Day They Rob Las Vegas di Panggong Federal dalam kawasan Chow Keat. Ingatkan sekali-sekali ‘The Big Brother’ tiada di pejabat, boleh tuang opis dan santai dipawagam.)*

Kembali kepejabat jam 2.30 – aku berusaha mengaktifkan ‘Platun’ untuk kombat. Tugasan pertama: ‘Selamatkan kakitangan wanita dan hantar mereka pulang kekampung.’ Itu yang kami perlu lakukan untuk Noraini dan Azizah Shahrin. Mereka menyewa bilik di Jalan Kelang Lama dalam kawasan ‘sensitif perkauman.’ Mereka di arahkan balik kerumah keluarga di Beranang. Awal-awal Noraini Shahrin diminta pulang kebilik penginapan mereka, untuk berkemas dan segera kembali kepejabat untuk kami hantar pulang ke Beranang
.

Khairuddin sudah sedia dalam ‘mode’ perang. Memang bagitu perangai anak Minang yang ini. Ibrahim dan Fadzli buat ta’kesah, sebuk menyiapkan program untuk minggu itu jika ‘curfew’ di diistiharkan. Bagitu juga Yahya Awang dan Azizah Shahrin. Lagipun tiada sebarang arahan untuk membatalkan Siaran Radio Ka-Sekolah-Sekolah dikeluarkan oleh Encik Toh Seng Yam ketika menyampaikan taklimat khas tengah hari itu.

Hingga hampir jam 4.30 Noraini tidak muncul samula dipejabat saperti yang dicadangkan.

Apakah kekecohan sudah berlaku di Bandar dan Noraini terperangkap?

Kami segera ambil keputusan untuk menyongsong beliau di Jalan Kelang Lama. Sementara Yahya Awang dan Ibrahim Bachek ditugaskan menunggu di Pejabat, aku, Khairuddin dan Fadzli menemani Azizah kerumah sewa mereka. Sampai disana, kami diberitau Noraini dah lama keluar dari bilik sewanya, membawa bungkusan pakaian. Kami bergegas pulang samula kepajabat. Noraini belum sampai lagi. Kami panik sahingga apabila kami lihat Noraini berlenggang masuk kekawsan pejabat, bagaikan tiada sesuatu yang dirisaukan. Kini dah terlalu lewat untuk ke Beranang. Kami cadangkan mereka naik bas sahaja dan segera hantar mereka ke Perhentian Bus.

Lalulintas Bandar Kuala Lumpur waktu itu tidaklah sehebat sekarang. Pergerakan kenderaan tetap lancar, jarang menghadapi kesesakan.

Sepanjang masa di jalalan hari itu, kami pastikan segalanya tenang saperti biasa. Kecuali, kami dapat kesan beberapa penonggang motorsikal (KapChai) rancak bergerak mengekori kenderaan. Sambil memotong kenderaan itu, si pembonceng akan balingkan sagumpalan naskah kedalam kereta yang mereka potong itu. Waktu itu semua kereta dijalan raya bergerak dengan ‘wind screen’ terbuka, kerana terlalu sadikit kereta yang ‘berhawa dingin’.

Khairuddin berpendapat naskah itu adalah ‘message’ sulit untuk kaum mereka. ‘Lihatlah. Mereka ta’balingkan masuk kereta yang aku pandu, kerana kita semua Melayu,’ Khairuddin meyakinkan kami.

Jam 6.00 giliran kakitangan lelaki pula untuk dihantar pulang. Keretaku Vauxall Viva BL4117 ‘full load’ membawa Yahya, Ibrahim, Fadzli, Khairuddin untuk pulang. Khairuddin tinggal di Kampung Bahru, Yahya di Datuk Keramat, manakala Fadzli dan Ibrahim disabuah rumah bujang di Jalan Gurney hampir Polis Depot. Aku tinggal di Ampang Jaya. Sangat baik perancangan perjalanan pulang kami itu. Tidak menyusahkan aku. Dari Jalan Sulaiman kami ke Kampung Bahru terus ke Jalan Gurney dan masuk Kampung Datuk Keramat dalam perjalanan pulang kerumahku di Ampang Jaya.

Di Kampung Baru kami teruja melalui Jalan Raja Muda – untuk meninjau perhimpunan ramai di kediaman Menteri Besar Selangor.... menyokong kepimpinan Dato’Harun Idris.

Suasana di sekitar Kampung Baru yang kami tempohi kelihatan biasa saja. Di sepanjang Jalan Raja Muda masih kelihatan kanak-kanak bermain, kaum ibu membersihkan halaman rumah dan satengahnya menolak bayi dalam stroller hingga kami hampir kawasan kediaman Menteri Besar segalanya tenang dan tenteram..

Keretaku dilengkapi sticker khas RADIO MALAYSIA. Sticker itu sangat baik untuk urusan kerja kami, dan sangat dihormati ramai, termasuk Polis Trafik. Memperagakan sticker RADIO MALAYSIA dicermin hadapan kereta BL 4117 memudahkan untuk ‘parking’ dikawsan sesak. Kemudahan bagitu juga berlaku pada kami petang itu. Sampai saja kami hampir kawasan kediaman MB Selangor, saorang teman Dr Megat dan rakan-rakannya sedia membuka ruang khas untuk aku ‘parking’ keretaku betul-betul bersebelahan pintu masuk kekawasan perhimpunan besar-besaran yang sedang berlangsung itu. Barangkalinya fikir mereka munkin kami sedang bertugas rasmi, membuat liputan perhimpunan tersebut.

Kami segera keluar. Dan ketika aku akan mengunci kereta ku…..’all hell broke loose’. Sakumpulan penunjuk perasaan dengan memekikkan pekikan ‘Allahu Akbar’ meluru keluar kejalan raya.

Sabuah pickup jenama radio BlueFunk dipaksa berhenti. Diterbalikkan dan di bakar. Saterusnya kumpulan penunjuk perasaan itu bergerak ganas menuju ke Chow Keat. Persimpangan Jalan Raja Muda/Tun Razak/Jalan Gurney kini dah mula bersesak apabila kebanyakkan kereta rakus, berundur keluar dari kawasan Kampung Bahru.

Aku tidak berupaya untuk menghantar rakan-rakanku balik kekediaman masing-masing. Aku cadangkan mereka cari jalan sendiri, kerana keselamatan diri aku dan keluargaku yang tinggal di Ampang Jaya, kini tanggungjawab yang mesti aku utamakan. Apatah, isteriku waktu itu sedang mengandung sarat anak kedua kami.

Alhamdullillah aku selamat sampai ke Ampang Jaya beberapaminit sabelum jam 7.00.

Dari senja 13hb Mei dan sepanjang malam itu ku saksikan langit di bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan sekitar merah menyala.  Sabenarnya sepanjang malam itu dan beberapa hari salepas itu trajedi berdarah antara kaum di ibunegara dan kawasan-kawasan sekitar telah mencatatkan tinta hitam dalam sejarah kemerdekaan negara.

---------

Fikirku apa munkinkah gejala itu akan mempengarohi setiakawan kami dalam The Little Malaysia di Jalan Sulaiman?

Aku optimis: bahawa manusia berakal tidak akan sewenang-wenangnya melakukan tindakan ganas untuk menyelesaikan sebarang masaalah tetek-bengek perkauman yang mereka hadapi.


Nota Kaki:
*Kabar yang kami terima pada keesokan hari, rakan kami Jit Singh hampir dibelasah dengan parang, apabila panggong tersebut diserang dan pintu dipecahkan pada jam 6.00 petang sabelum tayangan The Day They Rob Las Vegas berakhir. Jit Singh walupun keturunan Sikh, dia tidak pakai ‘turban’…dan pesonanya tampan mirip pemuda Melayu. Kabarnya Jit Singh sambil angkat tangan sambil melaungkan dia bukan Melayu tetapi keturunan Bengali. Alhamdullillah Jit Singh telah selamat. Jit Singh kemundian kahwin dengan gadis Melayu dengan nama Islamnya Rizal Jit Abdullah.
Azean gadis comel dari pejabat Lembaga Pepereksaan berhampiran (seringkali datang bertandang ke pejabat kami) telah menonton di pawagam REX hampir dibelasah ketika pintu panggung dipeca dan Azean sedang merangkak keluar panggung. Wajah Azean mirip gadis Tionghua, malangnya hari itu dia pakai baju kurung. Menurut cerita Azean, saorang pemuda Cina telah bertindak menyelamatkan beliau dari malapetaka itu.



No comments:

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.