Tuesday, March 30, 2010

Menjelang 1 APRIL - 9

KURSUS BBC dan PENUBOHAN ETV  -

Bulan Ogos 1969 terima tawaran mengikuti kursus Radio di BBC London atas biasiswa Kerajaan British. Olihkerana hanya sebilangan kecil kakitangan Radio Malaysia pernah ditawarkan mengikuti kursus Penyiaran Radio yang berprestij ini aku rasa bertuah dipilih.

2 tahun satelah PSRKSS ditubuhkan, pemilihan aku satu-satunya calun dari Malaysia dipandang sebagai satu penghormatan.

Negara, baru 12 tahun Merdeka. Dengan berlakunya tragedi berdarah 13 Mei beberapa bulan sabelumnya kehadhiran anak Malaysia di Kursus Penyiaran BBC dikota London menarik perhatian kalangan pegawai di BBC Broadcasting House, venue kursus 6 bulan itu diadakan. 


Pada sessi perbincangan kadangkala tersasul komen negatif luar jangka dari pensyarah ‘mengutuk politik Malaysia’ akibah tragedy 13 Mei itu. 


Saya selalu teruja untuk jelaskan perkara sabenar menurut perpectif peribadi saya. Biasanya penjelasan kita itu diketepikan sebagai remeh.

Cuma kalangan perserta dari India dan Afrika memahami masaalah perkauman apabila perbincangan cenderung menuduh adudumba ideology luar biasanya mengakibatkan berlakunya tragedi perkauman sademikian. Yang lain sedia akur pendapat yang diutarakan oleh pensyarah kursus rata-rata ‘Orang Puteh’ itu. Ketara sikap pro-British masih menebal teruatama dari kalangan perserta negara-negara komenwealth yang masih dijajah.

Persetan. Saya tetap bertahan dan teruja memberikan pandangan peribadi saya itu. Ada ketika-ketikanya saya ‘terlepas’ cakap dan ‘kutuk’ system Pecah dan Perintah penjajah British yang lama bertapak di Malaysia. Pada biasanya ‘polimik’ sademikian senang menarik perhatian dari perserta-perserta bekas anak jajahan. Lalu perbincangan kami terbawa-bawa hingga ke Bilik Rehat.

Diluar dugaan kami, Bilik Rehat khas untuk kami itu di ‘bug’. Tanpa kami sedari perbincangan kami dipantau oleh pegawai atasan. Nasib menyebelahi saya kerana saya tidak pandai ‘bicara’ politik secara melulu. Walaupun ketika mempertahankan kedudukan kaum majoriti Melayu dalam sistem politik perkauman di Malaysia saya agak ‘vokal’, saya cuma menjelaskan keadaan sabenarnya dan bukan saperti yang mereka fahami dari laporan media sabelum ini.

Kebetulan pada waktu yang sama YTM Perdana Malaysia Tengku Abdul Rahman Putra melawat kota London. ‘Excerpt’ statement Tunku berhubung berhubung ‘race relation’ di Malaysia saperti dilaporkan dikebanyakkan akhbar tempatan bermaksud:‘ Persepsi orang luar terhadap masaalah perkauman di Malaysia ibarat melihat sabijik telor separuh masak. Dari luar nampak keras dan solid. Tapi jika anda ‘penetrate’ sedalamnya,  bahagian kuningnya masih teras yang lebur.’ 

Munkinkah filasafah YTM Tunku itu telah membantu redakan polimik politik negatif hubungan kaum di Malaysia yang menghantui minda ramai intelektual dunia waktu itu?

Satu hari aku dipanggil oleh BBC Head of Training – Dr.Charles Armour. Dia Nampak jujur memberikan pandangannya. Katanya dia faham kenapa kadangkala aku ‘vocal’ mempertahankan keadaan perhubungan kaum di Malaysia. Katanya persepsi Barat adakalanya berat sabelah. Aku kaget. Terkejut pada keterbukaan Dr.Charles Armour itu.

Salepas pertemuan singkat dengan Dr.Charles Amour itu aku tidak ragu-ragu menjelaskan keadaan sabenarnya di Malaysia dalam perseptif yang lebih luas, jika dan apabila diminta. Secara langsung ada antara kakitangan dari BBC Broadcasting house menjemput aku ke BBC Club untuk berkenalan dan makan tengah hari. Kebanyakkan mereka ini pernah bertugas di Malaysia dan Singapura sebagai Pegawai Expatriate. Salah saorang dari mereka beristerikan rakyat Malaysia dari Penang. Saorang lagi yang sempat ku kenali bernama Anthony Schooling saorang pembaca Berita di BBC Radio, pernah satu ketika dahulu bertugas di School Broadcasting Singapore.

Berada di kota London zaman itu mempertemukan sasaorang dengar penuntut-penuntut Malaysia dalam pelbagai jurusan melanjutkan pelajaran disana. Berada jauh di perantauan menjadikan kami cepat mesra dan ramai yang menjadi rakan akrab hingga hari ini. Malaysia Hall tempat pertemuan antara kami yang popular. Malaysia Hall senang dilawati kerana kedudukannya di Centeral Kota London itu.

Keinginanku untuk melanjutkan pelajaran (terbantut apabila menjawat Jawatan di PRSKSS) membunga samula. Dengan bantuan Dr:Charles Armour Head of BBC Training, aku cuba enroll di University London untuk ambil kursus Child Physiology dan Subjek-Subjek Berkaitan Komunikasi Pendidikan. Cadangku saterusnya untuk mohon biasiswa British Council dan dapatkan cuti belajar dari Jabatan Penyiaran. Malang surat penerimaan University London itu tidak membantu aku mendapatkan sokongan cuti belajar dari Jabatan, prasyarat rasmi untuk dipertimbangkan biasiswa.

Satu usaha gagal, tidak samestinya kita kehabisan akhtiar. Itu prinsip hidupku.

Kecenderungan untuk menubuhkan Perkhidmatan Television Pendidikan sedang rancak dibincang di Kementerian Pelajaran. Ada ura-ura PRSKSS juga akan diserap sama ke Kementerian tersebut. Gagasan baru ini, sukar untuk di sangkal, walaupun rata-rata kami di PSRKSS lebih setuju ia dibawah kawalselia Jabatan Penyiaran. Alasan kami program pendidekan melalui media massa ke sekolah-sekolah perlu dianggap sebagai ‘saluran pendidikan alternative' dan tidak dipaksakan kegunaannya kepada guru-guru. Pada kesempatan menduduki J.Kuasa Khas untuk menderaf Kertas Kabinet, aku gigih memberikan pendapat. Malang terlalu ramai didalam Jawatankuasa itu pegawai dari Kementerian Pelajaran. Adapun pegawai PRSKSS yang dijemput hadhir, rata-rata mereka ini pegawai yang dipinjamkan dari Kementerian Pelajaran. Mereka ta’berani buka mulut.

Dalam keciwa, aku mengorak langkah positif untuk terus saja majukan kerjayaku sebagai pegawai RTM. Ketidakseimbangnya laporan media asing terhadap politik tanah air yang baru merdeka berpunca dari tradgedi Mei 13 menyebabkan aku gigih untuk ikuti kurus Ijazah bidang Kewartawanan di university-universiti USA. MARA sedia membantu dengan memberikan pinjaman atau biasiswa. Aku Berjaya dipilih masuk ke Lousiana State Universiti di Banton Rough. Tujuan utama aku, dengan kelulusan itu munkin aku berjaya dilantik sebagai Pegawai Penerbit TV atau TV News Editor.

Nasib sekali lagi tidak menyebelahi aku. Aku gagal untuk dapatkan cuti belajar dari Jabatan Penyiaran atas alasan ‘kursus ijazah kewartawanan yang akan diikuti itu, tiada kaitan dengan tugasan hakiki aku di PRSKSS waktu itu’. YB Datuk Wan Kadir (Allahyarham), Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan waktu itu telah cuba membantu tetapi gagal.

Aku ambil keputusan letak jawatan.

Nasib kemundian menyebelahi aku. Dalam bersiap-siap untuk ke USA itu aku berjaya dilantik SPA sebagai Pegawai Penerbitan TV, dan diminta melaporkan diri pada bulan Oktober 1971. Alhamdullillah.

Perpindahan aku ke Jabatan Television Malaysia telah membuka ruang penempatan tambahan pegawai-pegawai kanan baru untuk memperlengkapkan lagi kedudukan PRSKSS.

Pada 18hb.Mei 1970 keputusan dibuat  PSRKSS akan diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran. Saterusnya pada 19 Jun 1972 siaran Television Pendidikan ke sekolah-sekolah dilancarkan oleh Perdana Menteri Ke2 - Tun Abdul Razak Hussein. Pegawai-pegawai RTM  diberi option sama ada untuk kekal atau berpindah kembali ke Jabatan Penyiaran.




Nota Kaki:

Hari ini menjelang 64 tahun usia RTM dan satelah 44 tahun tarikh bermulanya PSRKSS di Radio Malaysia, aku terfikir: kiranya PSRKSS tetap kekal dibawah Jabatan Penyiaran hingga kehari ini bagaimana keterampilannya. Munkinkah ia akan trampil sebagai satu Institusi Pendidikan Jarak Jauh melalui teknologi penyiaran Radio dan Television  yang berjaya? Wallahualam.

2 comments:

bobtvp@gmail.com said...

salam dato,
untuk makluman dato, etv dah tidak bersiaran lagi. Semua rancangan disalurkan melalui portal.
ada cadangan untuk memohon saluran digital,tetapi masih samar samar..
apa pun terima kasih atas tunjuk ajar dan semangat yg dato berikan kepada saya utk terus bertugas di ETV

AZIZ ABAS said...

Sdra Bobtvp -
#1:Terima kasih. Respond sdra saya beca ketika bercuti di Ontario, Canada. Saya rasa bersemangat dan teruja untuk mengikuti lebih dekat kemajuan ETV. Siaran melalui portal boleh berkesan melalui perancangan promosi yg strategik kepada sasaran pengguna. Kini Kerajaan giat menubuhkan Pusat IT Jalur Lebar ditengah-tengah komuniti. Semalam saya teruja melihat saorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun patuh mengikuti persembahan kartun Ipin di Pusat Komuniti, Jeram, Selangor. Paling teruja saya apabila melihat warga kampung berketayap, bersongkok, (munkin mereka Nelayan atau Petani dikampung Jeram itu) teruja dan tekun melayari internet. Alhamdullillah, saluran jalur lebar dah sampai ke kampung.
#2: Saya bukan Dato, dan tidak layak menerima anugerah demikian, kecuali kini dah punya 8 cucu dan panggilan 'datuk' semacam dah biasa dipendengaran saya.

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.