‘BUDAK-BUDAK’ SCHOOL BROADCAST
‘Budak-budak’ School Broadcast ta’ada pengalaman keguruan. Kebanyakkan mereka ‘hardcore’ dari Federal House (ibupejabat Radio Malaysia). Legasi tindak tanduk mereka di Federal House akan terbawa-bawa ke School Broadcast.
‘You watchout for these guys.They have all the tricks in their pocket. If you can win them, then you’ll feel at home with your new job,’ pesan Pengawal Rancangan Radio Malaysia Encik Hashim Hassan (Allahyarham) ketika aku melapor diri di Federal House pada pagi Sabtu 10 Oktober 1967. ‘Awak guru. Saya yakin awak bolih bimbing mereka. Good luck.’
Petang itu aku ke Kedai Musa di Chow Kit. Musa (Datuk) peniaga Restauran dari Terengganu. Letak kedainya di Jalan Princess. Di Restoran ini kebanyakkan ‘penulis dan sastrawan’ suka lepak. Kami penulis dari Terengganu, pasti akan singgah di Kedai Musa tiap kali berkunjung ke Kuala Lumpur. Malungun, Yahya Samah, Harun Hassan, Osman Abadi, A.Samad Said, Shahnon Ahmad, Atan Long, A.Wahab Ali dan ramai lagi penulis arus perdana di Kuala Lumpur senang di temui di Kedai Musa.
Petang itu, saperti yang dijangka, aku berjaya menemui Malungun. Dia singgah di Kedai Musa bersama Yahya Samah.
Petang itu, saperti yang dijangka, aku berjaya menemui Malungun. Dia singgah di Kedai Musa bersama Yahya Samah.
‘Hari Isnin awak terus ke pejabat ‘School Broadcast’ di Jalan Sulaiman,’ nasihat penulis Malungun ( Allahyarham Amir Hamzah Shamsuddin ), bos baru aku di pertemuan sengkat kami petang itu. ‘Biasalah ada kakitangan yang nak ‘ragging’ awak nanti,’ sambung Malungun sambil ketawa-ketawa kecil. Memang itu perangai Malungun. Apabila ada sesuatu yang menggelikan hatinya, dia akan ketawa-ketawa kecil.
‘Ragging’ macam di Kolej?’
Malungun tersengeh. ‘Jawatan yang awak sandang adalah jawatan Penerbit Kanan. Saya ketua awak. Tapi gaji awak lebih besar dari gaji saya. Awak nasib baik kerana dilantik SPA. Saya dipinjamkan dari Kementerian Pelajaran, dan masih terima gaji dan saraan Guru biasa. Awak taulah berapa sangat gaji guru.’ Dia melengu. ‘Saya dan D.Geoffrey (Pengelola Rancangan Inggeris ), Krishnan (Pengelola Rancangan Tamil) dipinjamkan dari Kementerian Pelajaran. Radio Malaysia janji nak serapkan kami ke jawatan BA1. Ta’tau bila!!’ Beliau melengo lagi.
Aku teruja ingin tau perihal ‘budak-budak School Broadcast’, saperti yang disebut oleh Pengawal Rancangan Radio Malaysia itu.
Malungun jelaskan ada 3 Penerbit: Yahya Awang bekas ashkar Penerbit Sambilan, Azizah Shahrin (BA3 sementara), Khairuddin Saidi dari Federal House. Kemundian kita ada ramai lagi penyiar berpengalaman dari Federal House. Mereka di bahagian Inggeris, Tamil dan Cina.Semua mereka ta’ada kelulusan dan pengalaman Guru. Semua anggota Unit Bantuan Teknikal didatangkan dari Bahagian Kejurutaraan, Radio Malaysia. Mereka gulungan professional dan sangat mengikuti peraturan dan piawaian penerbitan dan penyiaran radio.
‘Kita sama-sama akan bimbing dan didik mereka. Itu yang kami harap dari awak,’ Malungun menamatkan cerita. Dia minta diri, katanya dia ada urusan ditempat lain dengan Yahya Samah. Sama-sama mereka meninggalkan Kedai Musa dengan Yahya Samahmemboncing di belakang Vespa bos baru aku, kedestinasi lain.
Pagi Isnin 12hb.Oktober keretaku Borgward Irabella warna cream pintu satu satu-satunya kereta parking di bawah pokok cendana berhampiran Gerai Mamak Kadir dipengkarangan pejabat baruku. Amir Hamzah Shamsuddin, Pengelola Rancangan Melayu, telah sediakan meja aku bersebelahan mejanya. Kamu berkongsi bilik.
Mokhtar Daud ( allahyarham ) Ketua PSRKSS segak orangnya. Trampil dan bergaya. Pertama kali bertemu dengan beliau ku rasa bagaikan bertemu saorang Putra Raja. Beliau memakai baju putih dan pantelon gelap. Tubuh badannya sasa. Rambutnya lurus tertapi disisir rapi, kuak ditengah. Beliau memakai ‘bow tie’ warna merah darah. Ketika beliau masuk pejabat, semua kakitangan di pejabat am patuh mengawasi displin diri. Tidak saorang berani mendongakkan muka, masing-masing cuba buat sebuk menjalankan tugasan harian. Itu yang dapat aku saksikan melalui ruang pintu separuh terbuka dari pejabat baruku itu.
Mokhtar Daud tidak terus masuk pejabatnya. Sebaliknya dia menolak daun pintu pejabat baruku yang separuh terbuka dan arahkan aku segera masuk pejabatnya. Malungun cepat-cepat mengiringi aku masuk bilik KPSKSS.
Kekekokan aku menyebabkan aku lupa untuk bersalaman, ketika Malungun memperkenalkan aku kepadanya.
Dia tersengih. Tidak pula mempersilakan kami duduk. Lagipun cuma ada satu kerusi tamu sahaja dihadapan meja besar Pegawai Tinggi yang didudukinya itu.
‘Lungun, awak dah ada Penerbit Kanan. Kita perlu buat kerja. Ada banyak kerja yang perlu kita laksanakan. Bahagian Melayu adalah contoh. Di segi saiz tiap bahagian sama besarnya. Tapi disegi fungsi Bahagian Melayu yang terbesar. Saya mau Bahgian Melayu sebagai contoh seksyen yang terbaik. Terbitkan lebih banyak program yang bermutu. Pastikan semuanya dilaksanakan sebaiknya.’
Lagaknya serius. Tidak ada bedzanya dengan Pegawai Expatriat, Orang Puteh yang pernah menjajah Malaya. Juga tidak ada ucap selamat datang, darinya. Aku mula rasa tekanan.
‘Jika diibaratkan kita ini tentera dimedan perang, saya adalah General dan awak berdua ‘my fighting colonels’. Jadi saya maukan ‘komitment’…..bla..bla..bla.’
Perjumpaan itu sangat ‘business like’ dan memakan masa tidak sampai satengah jam. Keluar dari bilik kecil Ketua PSRKSS, sebagai di aturkan Yahya, Azizah dan Khairuddin sedia membontot kami masuk ke pejabat Pengelola. Secara bersahaja, semacam berjenaka Malungun memperkenalkan kami.
‘Ziz kenallah pasukan ashkar awak?’ dia tersengeh. Aku juga tersengeh. Kekekokan menyebabkan kami juga tidak bersalaman. Ketiga Penerbit yang baru dikenalkan itu cuma memandang kosong kearah aku. Tiada ucap selamat datang.
Munkinkan mereka sedang ‘rag’ aku?
Minggu itu aku cuba rapat dengan 3 lanskar dalam pasukan ‘combat’ aku itu. Mereka tidak ‘rag’ aku saperti yang di ramalkan oleh Malungun di depan Kedai Musa sabelumnya.
‘Munkin Malungun yang ‘rag’ saya,’ aku mengomel.
‘Tidak,’kata Khairuddin Saidi. ‘Bila kami dengar You akan pegang jawatan BA2, kami sedia untuk uji You. Kalau You berlagak dan sombong sebagai pegawai baru BA2, kami akan boikot.’
‘Tapi kenapa ta’boikot?’
Sambil tersengeh mempamirkan bibir tebalnya Khairuddin Saidi menjelaskan: ‘Sebab You tidak saperti mereka? You baik dan sedia bergaul dengan kami staff bawahan. Ta’sampai hati nak boikot.’
‘Kami?’
‘Termasuk Jasbir, Gopala…….. mereka juga terima You.’
Aku pilih tidak meneruskan perbincangan itu.
Kami pun sama-sama menaiki lift ke pejabat Radio Malaysia di Federal House untuk aku ‘double banking’ di Konti Siaran Pendidikan yang keudara jam 2.00 petang itu.
Nota Kaki:
Beberapa bulan kemundian Mohd.Fadzli Yusoff (Dato’) dari Federal House ditukarkan ke Bahagian Melayu, PSRKSS, sebagai BA3. Mohd.Fadzli Yusoff secara kebetulan sepupu isteriku.
Ibrahim Bachek (Datuk) bekas murid Zubir Said pemusik terkenal di Singapura dilantik sebagai Penerbitan Sambilan.
Kini pasukan ‘combat’ Bahagian Melayu sedia mempunyai 5 gurkas.
1 comment:
Salam,
Nice to read about Babah's past exploits still echoing well into the future. This is Shahrizan - ya, inilah Ijan. Saya sekarang di Dubai - di sinilah yang boleh cari makan. Kalau sidu uncle silalah kita ber-e mel. shah_azlina@yahoo.com.
Post a Comment