Dukudrama NANGA SKUAU
Untuk dukudrama NANGA SKUAU saya sendiri telah buat penyelidekan rapi dan tulis skrip.
Scenario dan jalan ceritanya saya cuba olah mudah dan senang di hayati:
Kesahnya bermula dengan abuah Rumah Panjang dalam kawasan RASCOM telah dibakar grombolan Kominis. Sabelumnya Tuai Rumah itu telah dibicarakan oleh gerombolan Ketua grombolan Kominis tersebut. Mereka tuduh Tuai Rumah itu telah laporkan kapihak berkuasa, adanya gerakan pengganas didaerah itu. Saterusnya pihak berkuasa telah menjalankan gerakan memburu dikawasan itu dan pergerakan gerombolan pengganas tersebut telah dikesan.
Dalam pertempuran yang berlaku tiga anggota pengganas telah berjaya di tumpaskan. Dan Tuai Rumah tersebut telah diberikan ganjaran wang ringgit oleh Kerajaan.
Satu malam ketua gerombolan pengganas tersebut telah datang ke Rumah Panjang itu. Mereka memberkas Tuai Rumah tersebut. Saterusnya mereka kumpulkan semua penghuni. Perbicaraan dilakukan.
Pertuduhannya: Tuai Rumah tersebut telah adukan kegiatan mereka di daerah itu kepada pihak berkuasa. Satu gerakan memburu telah dilakukan oleh pasukan Keselamatan. Hasilnya, 3 anggota mereka telah terkorban. Tuai Rumah itu telah menerima wang ganjaran Kerajaan kerana jasanya. Salinan chek bayaran dan inbois pembayaran telah dipamirkan sebagai bahan bokti. Langsung, ketua gerombolan itu meminta pengadilan dari semua penghuni rumah panjang itu…. ‘Bahawa mereka telah hilang 3 nyawa anggota. Kini mereka minta ganti 1 nyawa sahaja, jatuhkan hukuman mati kepada Tuai Rumah itu’.Penghuni-penghuni itu tidak dapat berbuat apa-apa. Saterusnya hukuman dijatuhkan dan Tuai Rumah itu di heret keluar dan ditembak sampai mati.
Pengkesahan dukudrama NANGA SKUAU dirangka kusus dengan memasukkan sejarah trajik yang berlaku kepada Tuai, Rumah Panjang Nanga Skuau dibunoh Kominis disadur dengan ‘human story’ yang menarik. Ceritanya berkisar pada bagaimana anak perempuan Tuai Rumah itu, sebagai pewaris terdekat bersama rakan-rakannya menyelamatkan puak mereka, satelah Rumah Panjang mereka dibakar hangus. Kesah cinta 3 segi antara sahabat seperjuangan menguja sikap patriotik, jayadiri dan perjuangan hidup yang luhur antara pelaku utama dukumentari ini. Dirasakan penampilan kesah percintaan teruna dara sebegini sesuai untuk menyampaikan message secara simbolik dasar Penempatan Samula yang diajukan oleh Perdana Menteri untuk penduduk kawasan keselamatan RASCOM itu.
Skrip itu telah diterima dan disetuju terbit. Dana khas penerbitan telah diluluskan. Maka saya dan krew RTM ( kali ini saya diberi pasukan Krew Senior oleh Perkhidmatan Filem RTM konon untuk menjamin kualiti pengambaran dalam tata warna ) pun memulakan pengambaran di lokasi Kuching, Bau dan Semanggang, sabelum ke kawasan penempatan Nanga Skuau.
Diluar dugaan saya, bermulanya tugas pengambaran bermakna bermula masaalah saya sebagai Penerbit Pengarah dukudrama tersebut. Saya dapati terlalu ramai Pegawai Kanan RTM baik di Angkasapuri maupun di RTM Kuching yang nak ‘tumpang semangkok’. Ramai yang jujur untuk membantu, manakala tidak kurang yang punya ‘agenda sendiri’. Sahingga saya dapati terlalu ramai ‘backseat driver’ sepanjang masa penerbitan itu dikendalikan.
Sejujurnya ‘Pakcik Salleh’ ( panggilan kami kepada Pengarah RTM Kuching ) sedia membantu sangat kami hargai. Tetapi beliau sendiri mendapat tekanan dari bos-bosnya di Angkasapuri. Tidak jelas apakah permasaalahan sabenarnya, menyebabkan saya tersepit ditengah. Setau saya masaalah itu berpunca dari satu ‘masaalah kecil' salahfaham antara anggota Krew Perkhidmatan Filem RTM dengan Unit Film Negara Malaysia cawangan Kuching serta Pegawai Kanan RTM Kuching. Saya amati timbul cemburu mencemburui antara mereka. Masaalah yang terlalu peribadi, diperbesarkan. Akibahnya kelancaran jadual penerbitan saya itu telah dipantau oleh bos saya di Angkasapuri. Bos di Angkasapuri minta lapuran, tiap kali jadual pengambaran tidak dilaksanakan sapenohnya. Saya teruja akan tindakan mendadak Bos saya itu. Saya tulis surat panjang lebar minta penjelasan akan kedudukan perkara. Kata saya masaalah yang dihadapi adalah personal. Tiada kaitan dengan urusan penerbitan saya. Bos saya setuju pendapat saya itu. Katanya, dia yakin pada saya, cuma kuathir saya senang dipengaruhi.
Saya tidak dapat mendalami maksud kata-kata bos saya itu. ‘Waaduh…..saya rasa lebih selesa jika dibekalkan dengan krew biasa saya. Lebih mudah jalankan kerja,’ saya merintih sendirian.
Pengambaran yang telah dilakukan dilokasi sekitar Bandar Kuching, Bau dan Semanggang, sepatutnya selesai 1 minggu, tetapi telah berlarutan hingga hampir 2 minggu. Antara sebab, cuaca tidak baik, masaalah keselamatan dilokasi dalam kawasan 'perintah berkurung' RASCOM, selain kerenah pentadbiran. Selesai saja tugasan di Kuching, Bau dan Semanggang, redaksi penerbitan segera berlepas ke Nanga Skuau. Sebagai Penerbit Pengarah saya mula rasa lega. Dilokasi baru ini, kami tidak mudah dihubungi, kecuali dalam kecemasan. Saya kira dapat menyelesaikan urusan saya di lokasi ini menurut jadual - 2 minggu.
Di Nanga Skuau kami ditempatkan dikhemah Pasukan Keselamatan ditebing tinggi anak Sungai Rejang yang deras arusnya. Kem itu berupa bangunan sementara, beratap Zinc – panas membahang waktu siang dan dingin ketulang waktu malam. Kami tidak perlu jam loceng untuk mengejutkan kami waktu pagi. Subuh lagi bunyi derai kokokan ayam dari 5 Rumah Panjang di penempatan itu sudah lebih dari mencukupi untuk membangunkan semua. Kami perlu bangun awal untuk kesungai, sabelum penduduk-penduduk perempuan dan kanak-kanak dari rumah-rumah panjang itu menguasai satu-satunya kawasan pengkalan mandi ditebing anak sungai itu. Dipengkalan sungai yang berlumpur itu dan tiada pengkalan lain untuk kami mandi manda, membersihkan diri dan urusan-urusan biasa waktu pagi.
Sungai itu juga kabarnya, ‘infested’ dengan buaya.
Pelakun-pelakun dari puak Iban dan Bidayuh dari Bandar Kuching ( yang lulus ujibakat khusus ) tinggal bersama kami sepanjang masa 2 minggu di Kem Nanga Skuau itu. Mereka banyak membantu kami menyesuaikan diri. Bekalan makanan datang dalam tin dan roti diterbangkan khas dari Bandar Sibu dengan helikopter. Kami uruskan penyediaan makanan sendiri.
Di Nanga Skuau kami ditempatkan dikhemah Pasukan Keselamatan ditebing tinggi anak Sungai Rejang yang deras arusnya. Kem itu berupa bangunan sementara, beratap Zinc – panas membahang waktu siang dan dingin ketulang waktu malam. Kami tidak perlu jam loceng untuk mengejutkan kami waktu pagi. Subuh lagi bunyi derai kokokan ayam dari 5 Rumah Panjang di penempatan itu sudah lebih dari mencukupi untuk membangunkan semua. Kami perlu bangun awal untuk kesungai, sabelum penduduk-penduduk perempuan dan kanak-kanak dari rumah-rumah panjang itu menguasai satu-satunya kawasan pengkalan mandi ditebing anak sungai itu. Dipengkalan sungai yang berlumpur itu dan tiada pengkalan lain untuk kami mandi manda, membersihkan diri dan urusan-urusan biasa waktu pagi.
Sungai itu juga kabarnya, ‘infested’ dengan buaya.
Pelakun-pelakun dari puak Iban dan Bidayuh dari Bandar Kuching ( yang lulus ujibakat khusus ) tinggal bersama kami sepanjang masa 2 minggu di Kem Nanga Skuau itu. Mereka banyak membantu kami menyesuaikan diri. Bekalan makanan datang dalam tin dan roti diterbangkan khas dari Bandar Sibu dengan helikopter. Kami uruskan penyediaan makanan sendiri.
Kerjasama Tuai Rumah dan penduduk di penempatan Nanga Skuau sangat memberangsangkan. Kami diterima segabai keluarga. Tiap malam kami dijemput lepak sama mereka di kawasan ruai. Pegawai RTM dari Bahagian Set dan Props RTM ( terkenal dengan nama panggilan Baa ) paling popular dikalangan Tuai Rumah kelima-lima Rumah Panjang itu. Keterampilan Baa menjadikan beliau sering dibontoti ramai ( teruatama kanak-kanak ) dimana saja beliau berada. Baa pandai melayan mereka. Dalam poketnya sedia ada gula-gula. Baa akan berikan gula-gula kepada kanak-kanak yang ikut perentahnya. Dengan jalan itu masalaaha ganguan semasa pengambaran dapat diatasi, dan tugas-tugas rumit melibatkan babak dramatik dapat dilakukan dengan jayanya.
Satu petang kami didatangi 2 orang tetamu dalam uniform ashkar. Mereka mengaku anggota polis khas dari Kuching dan sedang menjalankan Pengintipan Keselamatan untuk kami dikawasan itu. Saterusnya kedua mereka minta kebenaran tinggal beberapa hari di Kem kami, dan makan ‘ration’ bekalan kami.
Kami bersetuju terima mereka. Kami dapati mereka senang menyesuaikan diri. Malam itu mereka lepak bersama kami dan penduduk di salah sabuah Rumah Panjang disitu.
Dua daripada pelakun pemuda Iban yang turut membintangi dukudrama NANGA SKUAU datangnya dari Markas Polis Sarawak di Kuching dari Depo Latihan. Apabila malam itu kedua tetamu itu rancak mengakui diri mereka dari pasukan Keselamatan Khas Polis ( munkin kerana mereka mabuk terlebih minum Tuak yang dibekalkan oleh Baa ) menyebabkan kedua pemuda pelakun kami secara sulit gunakan kemudahan perhubungan 'wireless' di Kem Keselamatan untuk berhubung dengan Unit mereka di Kuching. Esoknya kami dapat jawapan, tidak ada Pasukan Pengintipan Keselamatan Khas saperti yang didakwa kedua tetamu itu.
Saterusnya kedua tetamu kami itu telah diberkas. Satelah disoal siasat, keduanya mengaku mereka adalah ajen Kominis yang dihantar untuk memantau kehadhiran Krew RTM di penempatan itu. Pada jam 3.00 petang sabuah helikopter Nuri mendarat untuk membawa mereka pergi.
Barangkali tuak ‘Chop Langkau’[i]yang dibekalkan oleh Baa malam itu, telah menyelamatkan kami dan penduduk Nanga Skuau gejala keganasan grombolan kominis di daerah itu.
Pengambaran telah selesai dilaksanakan dengan jayanya beberapa hari kemundian. Kami pun pulang ke Angkasapuri untuk urusan Paska-Penerbitan.
Saya dapat arahan untuk ikuti Kursus Penerbitan TV dan Filem di BBC dan Ealing Film Studio, London selama 6 bulan dengan attachment khusus di BBC Scotland. Tugas menyiapkan dukudrama NANGA SKUAU telah diserahkan kepada saorang penerbit lain.
[i] ‘Cop Langkau’gelaran janama tuak buatan tempatan dari perkataan ‘Langkau’. Mereka yang mabok tuak cara berjalan dengan langkah ‘melangkau’. Maksud itu yang kami di fahamkan. Harga 1 tin minyak waktu itu sangat murah – tidak sampai RM10.00
No comments:
Post a Comment