'Merah Jambu Merah'
Mulai 21 April 1966 Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah (PSRKSS), Radio Malaysia di lancarkan olih Menteri Pelajaran Encik Khir Johari.
PSRKSS Radio Malaysia beroperasi dari studio di Jalan Sulaiman Kuala Lumpur. Pejabat operasi PSRKSS juga diperlengkap dengan 2 suite studio rakaman memenohi kawasan lantai bawah sabuah banglow lama bangunan kuarters 2 tingkat dalam kompleks The Malay Boy’s Hostel peninggalan Pentadbiran British Malaya.
PSRKSS Radio Malaysia beroperasi dari studio di Jalan Sulaiman Kuala Lumpur. Pejabat operasi PSRKSS juga diperlengkap dengan 2 suite studio rakaman memenohi kawasan lantai bawah sabuah banglow lama bangunan kuarters 2 tingkat dalam kompleks The Malay Boy’s Hostel peninggalan Pentadbiran British Malaya.
Kawasan seluas hampir 2 ekar itu telah menempatkan bangunan The Malay Boy’s Hostel dan 2 bangunan kuarters, sabuah rumah besar 2 tingkat dan sabuah rumah 1 tingkat ( munkin kediaman warden dan pembantu waktu itu).
Keseluruhan bangunan The Malay Boy’s Hostel itu dijadikan ibupejabat Lembaga Pepereksaan Malaysia diketuai oleh Murad Mohd Noor (allahyarham Tan Sri), manakala bangunan bunglow kayu disabelahnya dikongsi antara Bahagian APPD (Alat Pandang Dengar) Kementerian Pelajaran bertempat dilantai atas dan ibupejabat PSRKSS, Radio Malaysia di tingkat bawah.
Bangunan Kuarters 1 tingkat yang lagi situ, tidak digunakan walaupun telah dibaik pulih. Kabarnya rumah itu berhantu. Benarkah? Wallahualam. Sepanjang hampir 5 tahun saya bertugas di situ, bangunan itu memang tidak sekalipun digunakan.
Kami 40 anggota dari Ketua, 4 Pengelola Rancangan, Empat Penerbit Eksekutif, Saorang Konsultan dari ABC-Australia, para Penerbit serta kakitangan khidmat bantuan, lebih sanggup duduk bersesak-sesak diruang pejabat seluas 4000 kaki persegi. Tidak ada sebarang usaha berpindah kebangunan kosong itu.
(Saorang Mamak gerai Teh Tarik pernah dipelawa menempatkan operasi kantinnya secara percuma di banglow 1 tingkat itu. Dia senang mencuba, tapi kemundiannya dia memilih untuk beroperasi dipangkal pokok angsana dihalaman kuarters tersebut. Munkinkah Mamak beranak satu itu, telah diusir keluar oleh penunggu kuarters tersebut, sukar untuk ditentukan. Mamak Maidin itu satrusnya lebih senang merebus air dan menyediakan mee rojak dari gerainya di bawah pokok Angsana itu)
2 Studio Suites: Studio A dilengkapkan kemudahan untuk rakaman program genre Drama & Hiburan dan Studio B untuk rakaman biasa. Dari pagi hingga malam kedua studio ini selalu sebuk mengendalikan rakaman penerbitan rancangan-rancangan pendidikan dalam 4 bahasa: Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Lebih 30 siri rancangan pendidikan radio dalam 4 aliran Bahasa untuk murid-murid Sekolah Rendah, juga Menengah diterbit dan keduara tiap minggu penggal persekolahan.
Sabelumnya School Broadcasting Service berpunca dari Radio Singapura. Kerajaan membayar Radio Singapura sajumlah RM300,00 untuk siarannya ke Semenanjung Tanah Melayu. Negeri-negeri Sarawak dan Sabah sedia mempunyai SBS sendiri. Saterusnya PRSKSS berpindah ke Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak meneruskan operasi mereka secara hakiki.
Perpindahan Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah oleh Radio Malaysia dari ibupejabat dan studionya dari Singapura ke Kuala Lumpur ini secara langsung telah membuka ruang untuk saya memajukan kerjaya sebagai pendidik dan penyiar Radio.
Rata-rata eksekutif Perancangan dan Penerbitan Rancangan SRKK-Radio Malaysia dilantik dari mereka yang mempunyai kelulusan dan pengalaman keguruan. Ketua PSRKK Mokhtar Daud (allahyarham) bekas guru lulusan Brinsford, London, sementara Amir Hamzah Shamsuddin (guru Lulusan SITC & LI dan sasterawan tanah air), D.Gefforeyt, Krishnan dan Pang Chick Fee mengepalai 4 Bahagian: Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina. Pada bulan Oktober tahun penubuhannya 4 pegawai eksekutif baru: AzizAbas, Yahya Longchik, Chen Then Shoong dan K.Narayanan bagi melengkapkan lagi pasukan perancangn, disamping perlantikan terus beberapa Penerbit Sambilan dan ramai Pembantu Siaran yang dipinjamkan dari ibupejabat Radio Malaysia, Kuala Lumpur.
Jika nak disamakan dengan semangat 1 MALAYSIA sekarang ini, diruang pejabat seluas 4000 kaki persegi di Jalan Sulaiman itulah wujud kesebatian mencanai 1 matlamat pembelajaran pendidikan ilmu dan moral secara sepadu untuk disiarkan kepada 4 aliran pendidikan rendah di seluruh Negara, walau secara hakikinya, fungsi Perkhidmatan Siaran Ke Sekolah-Sekolah ini cuma menyediakan pendidikan alternative kepada murid-murid di bilik darjah dan tidak sama sekali dikawal selia terus oleh Kementerian Pelajaran waktu itu.
Rancangan-rancangan pendidikan terbitan Studio Radio Malaysia di Jalan Sulaiman ini telah saterusnya menguasai 4 rangkaian Nasional Radio Malaysia’. Berjaya menerap masuk kedalam karikulum pendidikan di bilik-bilik darjah dipelbagai aliran pendidikan perdana Negara.
Menyediakan rancangan pendidikan untuk menembusi pembelajaran dibilik darjah bukan satu perkara yang mudah. Sukar untuk menyakinkan guru-guru sekolah membawa program kami kedalam bilik-bilik darjah, walaupun pada waktu itu majority sekolah di bekalkan kerajaan dengan peti radio.
Munkin barangkali kerana kualiti rancangan yang diterbitkan ‘sangat baik’ dan sesuai dengan karikulum pendidikan waktu itu, ia saterusnya senang diterima.
Maka ‘Signature Tune’ dari irama lagu MERAH JAMBU MERAH sedia memukau murid-murid dan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia tiap kali mula keudara jam 9.00 pagi dan jam 2 petang – empat jam sehari melalui 4 saluran Radio Malaysia.
Waktu itu lawati mana-mana sekolah rendah disemenanjung menjelang jam 9.00 pagi atau 2.00 petang, kelihatan murid-murid patuh beratur masuk bilik siaran radio dan dengan tertip mengambil tempat untuk mengikuti siaran pendidikan melalui radio.
No comments:
Post a Comment