Tuesday, March 30, 2010

Menjelang 1 APRIL - 8


The dedicated lot…..

Saya gunakan ungkapkata dalam Bahasa Inggeris diatas untuk menjelaskan dedikasinya kami di Bahagian Melayu PSRKSS. Kami benar-benar bagaikan ‘Satu Platun Pasokan Kombat’ gigih berjuang dimedan pertempuran yang sangat mencabar, kalaulah itu yang dimaukan oleh General kami ‘Abang Mok’ panggilan intim ‘budak-budak’ Bahagian Melayu kepada Mokhtar Daud.

Mokhtar Daud, seorang Ketua yang sangat dihormati ( dan ditakuti ) kerana cara pentadbirannya terlalu ‘business like’. Semacam ada elemen ‘memaksa’ cara Allahyarham mentadbirkan pasukannya. Pun bagitu rata-rata bagi kami, ‘Abang Mok’ juga aka saorang ‘Big Brother’ yang sangat dihormati dan dipuja oleh adik-adiknya. Ini kerana, dalam ‘garangnya’ Allahyarham selalu perihatin pada kebajikan dan kemajuan ‘adik-adik’nya khusus kami dalam Bahagian Melayu. Semacam baginya, kamilah segelanya. Kerana itu Allahyarham sangat sensitive tiap tata-laku kami. Baginya tidak harus ada kegagalan dan kekecundangan dalam apa jua tugasan yang diarahkan kami laksanakan. Wajaran ini menyebabkan kami merasakan, Allahyarham semacam sentiasa mengawasi tiap gerak laku kami sepanjang masa.

Sebagai ketua, Allahyarham selalu bangga pada kejayaan dan keterampilan anak-anak buahnya*, walaupun tidak pernah beliau zahirkan secara terusterang kepada kami. 

Bagi kami ‘indicator’ (KPI) kejayaan dan produktibiti Bahagian Melayu, diukur dengan beliau memberikan kami kebebasan untuk berkreatif dan selalu mengarahkan tambahan tugasan. Ini ketara apabila Bahagian Melayu diberi penghormatan untuk mengendalikan satu ‘event’ kebangsaan tahunan yang berpristaj dan bersekala besar. Perayaan Hari Kanak-Kanak Sadunia dipentaskan saban tahun di Stadium Negara. Majlis berprotokol dan berprestij itu menerima berangkat DYMM SPD Yang Di Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agung. Sepanjang tahun hingga beberapa tahun berikutnya kami telah laksanakan tanggungjawab itu sebaiknya. Kami rasa bertuah menerbit dan mementaskan persembahan hampir 2 jam itu. Disiarkan ‘live’ oleh saluran-saluran radio dan television RTM. Allahyarham Mokhtar Daud sedia turun padang bersama kami mempamirkan daya kepimpinannya selayak saorang ‘General’ dimedan pertempuran.

Kebebasan berkeratif menyebabkan kami gigih menimba ilmu untuk memajukan diri. Percambahan fikiran dan ‘critique’ cara yang terbaik kami lakukan untuk kemajuan bersama. Kami kerap ‘turun padang’ berinteraksi dengan Guru-Guru di sekolah-sekolah. Kami juga gunakan kesempatan yang terluang untuk bersama murid-murid dan pelajar-pelajar yang mengikuti siaran pendidikan. Penerbit kami didedahkan pada suasana dan ‘kerenah’ yang dihadapi mereka dibilik-bilik darjah. 

Sekolah-sekolah disekitar Lembah Kelang hingga kekawasan semi-urban dan luar-bandar sedia kami kunjungi, tiap masa terluang. Tanpa elaun perjalanan atau elaun harian, kami tetap laksanakan tugasan ini walau terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Biasanya keretaku  transport rasmi kami dalam semua lawatan itu.

Diluar waktu pejabat Allahyarham Yahya Awang aktif mengetuai PESENI (Persatuan Seni) – sering adakan pementasan teater. Aku aktif dalam PENA (Persatuan Penulis Nasional). Khairuddin dan Fadzli dengan pasukan bola mereka (sangat jarang turun padang dan tidak pernah menang dalam perlawanan). Ibrahim Bacik aktif mencipta lagu. Lagu ciptaan Ibrahim ‘Di Sebut Jangan di Kenang Jangan’ nyanyian Rafiah Buang? (maaf jika tersalah nama penyanyi) telah berjaya memukau pendengar radio dan mencacatkan rekod carta kepopularaannya. Azizah Shahrin saorang penyair, bagitujuga halnya dengan adiknya Noraini Shahrin.  

Menerbitkan rancangan radio dalam pelbagai genre, tidak semudah yang dijangkan ramai. Program radio perlu ada daya tarikan untuk menguja dan merangsang ilusi pendengar melalui deria dengar. 

Rakaman pengkesahan drama sejarah dengan paluan gendang dan nobat atau genderang dan tiupan nafiri dicampur aduk rentak langkah dan ‘war cries’ para penglima dimedan pertempuran akan menghidupkan suasana perang dan damai secara relastik dan berkesan. Pendengar akan teruja dan terpukau, dipukau oleh penampilan kesan bunyi khusus dan musik pilihan sama-ada mengiringi suara lunak mesra Sita Dewi atau herdek dan kasar lagak Sang Hanuman. 


Media Radio bolih digunakan sebaiknya untuk mendidik, disamping senang menghasut pendengarnya. Kekuatan ini terhasil jika dan apabila penerbitannya lakukan sebaiknya melalui adunan eleman dan penampilan kreatif dari penulis, penerbit dan pelakun2nya. Dengan mengunakan pelbagai kesan bunyi dan music khusus, ilusi pendengar boleh dibawa menerewang kealam maya siber, atau kekawasan perantuan global, maupun kealam khayalan science ficksyen. 


Kesah angkatan Sang Semut berperang, kesah tipuhelah Sang Kancil memperdayakan buaya, animasi fiksyen kanak-kanak yang sangat menguja dan selalunya popular.  Melalui pengkesahan ceritanya boleh diselitkan unsur-unsur pendidikan moral yang tinggi. Menerbitkan cerita fiksyen sademikian perlukan daya kreatif yang tinggi dan pemilihan kesan bunyi dan music latar yang realistik dan berkesan.

Kumpulan penerbit di PSRKSS diakui mempunyai pengalaman yang luas menerbitkan siri program pendidikan moral kanak-kanak untuk pendidikan dan pembangunan mental dalam pelbagai genre yang dimaksudkan. Perakuan ini ketara, hinggakan Ketua Pengarah Penyiaran Dol Ramli (Tan Sri) pernah selama 3 malam bercenkang mata hingga lewat dinihari bersama kami distudio untuk mencipta-reka kesan bunyi khusus dan pemilihan musik khas untuk satu projek yang sedang beliau kendalikan. Kesan bunyi yang sesuai tidak terdapat dalam Rakam Khanah Radio Malaysia, kerana kebanyakkan rakaman kesan bunyi yang ada dalam simpanan datangnya dari barat dan tidak sesuai untuk cereka fiksyen filem animation Sita Dewi dan Sang Hanuman yang sedang diterbitkan itu. 

Munkin Dol Ramli (Tan Sri ) yakin 'budak-budak School Broadcast' boleh lakukan sebaiknya. Maka itu beliau datang ka Studio kami di Jalan Sulaiman itu. 

Memang tidak sukar bagi kami untuk menghasilkan bunyi titisan air mata Sita Dewi melalui penciptaan satu ilusi kesan bunyi yang yunik tetapi meyakinkan. Sebaliknya amat sukar bagi kami mencipta kesan bunyi khusus untuk disesuaikan dengan musik genderang babak Sang Hanuman mengamok dengan membungkas pepohon dihutan belantara dengan rakus dan penoh tenaga itu. 3 malam berturut-turut berkerja dalam pasukan yang diketuai sendiri oleh Ketua Pengarah Penyiaran Dol Ramli (Tan Sri ) pengalaman yang amat berguna bagi kami. Keperhatian beliau pada bentuk bunyi, effect khusus dan musik banyak mendidik kami kearah kesempurnaan.

Penerbit dan Juruteknik perlu bertugas sebagai satu pasukan professional untuk mencapai tahap kualiti penerbitan yang terbaik untuk memenohi piawaian antarabangsa yang diperlukan. Gagal mencapai piawaian ini menyebabkan program tidak akan disiarkan.

Aku masih ingat keterampilan juruteknik yang gigih bersama kami dalam apa jua bentuk rakaman rancangan yang dilaksanakan. Aku dah lupa nama penoh mereka. Yang aku ingat cuma panggilan intim kami terhadap mereka itu: Mr.Boon, Ambalawana, Phang, Tan, Lee, Rashid dan lain-lain. Mereka ini telah menunjukkan cara berkerja yang tinggi nilai professionalnya. Kerjasama dari satiap mereka ini sangat diperlukan oleh kami para penerbit.




Nota Kaki: Akhir tahun 1980 aku bertugas sebagai Pengarah Penyiaran Kawasan Utara beribupejabat di Pulau Pinang. Aku menerima kabar Mokhtar Daud sedang terlantar dan udzor di hospital. Aku bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk menzaihari beliau di hospital. Melihatkan aku dan isteri disis katilnya, dalam lemahnya Allahyarham mula kelihatan ceria. Dalam baringnya Allahyarham cuba duduk, hanya untuk bercerita kepada yang berada disekeliling kami, betapa aku bekas penyiar School Broadcasting telah berjaya melakar kerjayaku di RTM. Selang seminggu salepas pertemuan kami itu Allahyarham telah kembali kerahmatullah. Alfatihah.

No comments:

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.