Dinihari 22 Mac 2010, jam 12.12 SMS dari Presiden PVRTM: “Urgent – semua ajk dijemput ke mesy.khas n sesi fotografi dpej pvrtm pakaian lk kot – tk.pres,”
Aku terpinga. Waduuh. Hebat sekali mesyuarat kali ini, fikirku.
Persatuan Vateren? Mesyuarat tergempar? Message dihantar waktu dinihari?
Aku bengung. Munkinkah itu satu gurauan dari Wak Helan?
“Esok? Apa hal?” segera ku pinta confirmation.
Beliau hantar SMS jam 5.13 pagi ini. Rengkas jawapan dari Helan. “Mesyuarat hari RTM dan sessi photografi AJK,” jawabnya.
1 April secara langsung telah di nobat sebagai Hari RTM. Semua kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia merayakan hari tersebut. Hingga tahun ini hampir genap 14 tahun bersara jawatan satelah 30 tahun di RTM, aku selalu teruja untuk mengalukan kahadhiran tarikh tersebut. Bukan untuk waspada diri akan kehadhiran hari April Fool.
Tapi untuk sambut hari kelahiran RTM. Kebetulan tarikh kelahiran aku, juga tarikh perasaraan aku dari jawatan di RTM juga dalam minggu yang sama.
Maka apabila diminta merangka memorandum khas Persatuan Veteran RTM untuk diserahkan kepada YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tahun lepas, aku cadangkan tarikh tersebut dipilih dan istiharkan Kerajaan sebagai Hari Penyiaran Kebangsaan. Disamping itu aku cadangkan dikekalkan warna Jalur Gemilang sebagai warna rasmi saluran TV - RTM.
Secara langsung aku telah terlibat dalam perbincangan untuk menentukan warna tubuh RTM sebagai Penyiar Publik samestinya dari warna Bendera Malaysia satu masa dahulu, kuathir akan dicekup oleh stesen Penyiaran Swasta yang sedang ghaerah diwawarkan penubuhannya waktu itu. Cadangan memasukkan kedalam rangka memorandum khas itu bertujuan untuk warna tuboh RTM itu tidak diubahsuai dalam pelbagai jenis ‘penjenamaan samula RTM’ yang galak dilakukan tiap kali ada Menteri baru dilantik mengapalai Kementerian Penerangan (kini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan).
Munkinkah cadangan PVRTM diistiharkan sebagai Hari Penyiaran Kebangsaan itu diterima Kerajaan? Dan pada 1 April 2010 ini akan di umumkan secara rasmi? Atau adakah aku hanya syok sendiri?
Sambil ku tulis catatan ini, aku teringat akan rangkap pantun lagu Melayu tradisional Melayu Nusantara - Merah Jambu Merah. Bagini bunyinya:
Merah Jambu Merah,
Merah Dalam Raga,
Adik Jangan Marah.
Abang Bergurau Aje…..
1hb April, Hari RTM bagi kami. Dan 1hb April bukannya hari April Fool saperti yang diingati ramai.
catatan:
Irama lagu “Merah Jambu Merah” pernah gah berkumandang disaluran Radio RTM. Munkin ramai pemimpin Negara masa kini yang dibesarkan dalam rentak irama lagu tersebut. Gah pada zaman itu, kini dah lama dilupakan dan berkubur tanpa tanda. Tidak pernah disentuh dalam sebarang perbincangan atau ditulis di Journal RTM terbitan semasa dan sabelum ini. Juga tidak ghaerah disebut oleh mereka (baik yang sudah berpangkat dan bergelar) yang pernah menempa kerjaya dan membesar dalam dakapannya satu waktu dulu. Cadang saya untuk tulis entiti RTM yang ini dalam ‘blogposting’ saya 1hb.April nanti. Insyaalah.
No comments:
Post a Comment