Wednesday, March 31, 2010

1 APRIL - HARI PENYIARAN KEBANGSAAN?


SELAMAT SAMBUT HARI RTM KE 64

Esok kita rayakan sambutan Hari RTM ke 64. Perjuangan kami dalam persatuan Veteran RTM untuk dinobat tarikh 1hb.April tiap tahun sebagai Hari Penyiaran Kebangsaan nampaknya belum berjaya, walaupun awal tahun ini satu memorandum telah diserahkan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Ada kabar angin mengatakan YB Menteri dan Kementerian cenderung menimbangkan 1hb.April sebagai Hari Penerangan dan Penyiaran.

Cadangan itu tidak sesuai bagi kami. Sejarah Penyiaran Radio di Malaya bermula 1hb.April 1946. Kewujudannya berkait rapat keperluannya waktu itu. Saterusnya ia dikendalikan oleh Jabatan Penyiaran Negara. Maka itu 1hb.April harus di peringati sebagai Hari Penyiaran Kebangsaan. Tidak wajar dicampur adukkan dengan hari lain-lain walaupun untuk Jabatan dalam Kementerian yang sama.

Menobatkan tarikh bersejarah Hari Penyiaran Kebangsaan sebagai sabuah entiti milik Negara, perlukan penelitian pada fakta-fakta sejarah sahih penubuhannya dengan mengambil kira ciri-ciri kepentingannya sebagai saluran komunikasi telekomunikasi letronik negara.

Fungsi dan aktibiti komunikasi (bersemuka) yang dizahirkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jabatan Penerangan selama ini, berbedza caranya dan sangat terasing dari peranan, fungsi dan halacara komunikasi (jarak jauh) 'free to air' media penyiaran Radio dan Television yang sedia wujud sejak 64 tahun lalu itu.


Sakian. Salam hormat.

Tuesday, March 30, 2010

Menjelang 1 APRIL - 9

KURSUS BBC dan PENUBOHAN ETV  -

Bulan Ogos 1969 terima tawaran mengikuti kursus Radio di BBC London atas biasiswa Kerajaan British. Olihkerana hanya sebilangan kecil kakitangan Radio Malaysia pernah ditawarkan mengikuti kursus Penyiaran Radio yang berprestij ini aku rasa bertuah dipilih.

2 tahun satelah PSRKSS ditubuhkan, pemilihan aku satu-satunya calun dari Malaysia dipandang sebagai satu penghormatan.

Negara, baru 12 tahun Merdeka. Dengan berlakunya tragedi berdarah 13 Mei beberapa bulan sabelumnya kehadhiran anak Malaysia di Kursus Penyiaran BBC dikota London menarik perhatian kalangan pegawai di BBC Broadcasting House, venue kursus 6 bulan itu diadakan. 


Pada sessi perbincangan kadangkala tersasul komen negatif luar jangka dari pensyarah ‘mengutuk politik Malaysia’ akibah tragedy 13 Mei itu. 


Saya selalu teruja untuk jelaskan perkara sabenar menurut perpectif peribadi saya. Biasanya penjelasan kita itu diketepikan sebagai remeh.

Cuma kalangan perserta dari India dan Afrika memahami masaalah perkauman apabila perbincangan cenderung menuduh adudumba ideology luar biasanya mengakibatkan berlakunya tragedi perkauman sademikian. Yang lain sedia akur pendapat yang diutarakan oleh pensyarah kursus rata-rata ‘Orang Puteh’ itu. Ketara sikap pro-British masih menebal teruatama dari kalangan perserta negara-negara komenwealth yang masih dijajah.

Persetan. Saya tetap bertahan dan teruja memberikan pandangan peribadi saya itu. Ada ketika-ketikanya saya ‘terlepas’ cakap dan ‘kutuk’ system Pecah dan Perintah penjajah British yang lama bertapak di Malaysia. Pada biasanya ‘polimik’ sademikian senang menarik perhatian dari perserta-perserta bekas anak jajahan. Lalu perbincangan kami terbawa-bawa hingga ke Bilik Rehat.

Diluar dugaan kami, Bilik Rehat khas untuk kami itu di ‘bug’. Tanpa kami sedari perbincangan kami dipantau oleh pegawai atasan. Nasib menyebelahi saya kerana saya tidak pandai ‘bicara’ politik secara melulu. Walaupun ketika mempertahankan kedudukan kaum majoriti Melayu dalam sistem politik perkauman di Malaysia saya agak ‘vokal’, saya cuma menjelaskan keadaan sabenarnya dan bukan saperti yang mereka fahami dari laporan media sabelum ini.

Kebetulan pada waktu yang sama YTM Perdana Malaysia Tengku Abdul Rahman Putra melawat kota London. ‘Excerpt’ statement Tunku berhubung berhubung ‘race relation’ di Malaysia saperti dilaporkan dikebanyakkan akhbar tempatan bermaksud:‘ Persepsi orang luar terhadap masaalah perkauman di Malaysia ibarat melihat sabijik telor separuh masak. Dari luar nampak keras dan solid. Tapi jika anda ‘penetrate’ sedalamnya,  bahagian kuningnya masih teras yang lebur.’ 

Munkinkah filasafah YTM Tunku itu telah membantu redakan polimik politik negatif hubungan kaum di Malaysia yang menghantui minda ramai intelektual dunia waktu itu?

Satu hari aku dipanggil oleh BBC Head of Training – Dr.Charles Armour. Dia Nampak jujur memberikan pandangannya. Katanya dia faham kenapa kadangkala aku ‘vocal’ mempertahankan keadaan perhubungan kaum di Malaysia. Katanya persepsi Barat adakalanya berat sabelah. Aku kaget. Terkejut pada keterbukaan Dr.Charles Armour itu.

Salepas pertemuan singkat dengan Dr.Charles Amour itu aku tidak ragu-ragu menjelaskan keadaan sabenarnya di Malaysia dalam perseptif yang lebih luas, jika dan apabila diminta. Secara langsung ada antara kakitangan dari BBC Broadcasting house menjemput aku ke BBC Club untuk berkenalan dan makan tengah hari. Kebanyakkan mereka ini pernah bertugas di Malaysia dan Singapura sebagai Pegawai Expatriate. Salah saorang dari mereka beristerikan rakyat Malaysia dari Penang. Saorang lagi yang sempat ku kenali bernama Anthony Schooling saorang pembaca Berita di BBC Radio, pernah satu ketika dahulu bertugas di School Broadcasting Singapore.

Berada di kota London zaman itu mempertemukan sasaorang dengar penuntut-penuntut Malaysia dalam pelbagai jurusan melanjutkan pelajaran disana. Berada jauh di perantauan menjadikan kami cepat mesra dan ramai yang menjadi rakan akrab hingga hari ini. Malaysia Hall tempat pertemuan antara kami yang popular. Malaysia Hall senang dilawati kerana kedudukannya di Centeral Kota London itu.

Keinginanku untuk melanjutkan pelajaran (terbantut apabila menjawat Jawatan di PRSKSS) membunga samula. Dengan bantuan Dr:Charles Armour Head of BBC Training, aku cuba enroll di University London untuk ambil kursus Child Physiology dan Subjek-Subjek Berkaitan Komunikasi Pendidikan. Cadangku saterusnya untuk mohon biasiswa British Council dan dapatkan cuti belajar dari Jabatan Penyiaran. Malang surat penerimaan University London itu tidak membantu aku mendapatkan sokongan cuti belajar dari Jabatan, prasyarat rasmi untuk dipertimbangkan biasiswa.

Satu usaha gagal, tidak samestinya kita kehabisan akhtiar. Itu prinsip hidupku.

Kecenderungan untuk menubuhkan Perkhidmatan Television Pendidikan sedang rancak dibincang di Kementerian Pelajaran. Ada ura-ura PRSKSS juga akan diserap sama ke Kementerian tersebut. Gagasan baru ini, sukar untuk di sangkal, walaupun rata-rata kami di PSRKSS lebih setuju ia dibawah kawalselia Jabatan Penyiaran. Alasan kami program pendidekan melalui media massa ke sekolah-sekolah perlu dianggap sebagai ‘saluran pendidikan alternative' dan tidak dipaksakan kegunaannya kepada guru-guru. Pada kesempatan menduduki J.Kuasa Khas untuk menderaf Kertas Kabinet, aku gigih memberikan pendapat. Malang terlalu ramai didalam Jawatankuasa itu pegawai dari Kementerian Pelajaran. Adapun pegawai PRSKSS yang dijemput hadhir, rata-rata mereka ini pegawai yang dipinjamkan dari Kementerian Pelajaran. Mereka ta’berani buka mulut.

Dalam keciwa, aku mengorak langkah positif untuk terus saja majukan kerjayaku sebagai pegawai RTM. Ketidakseimbangnya laporan media asing terhadap politik tanah air yang baru merdeka berpunca dari tradgedi Mei 13 menyebabkan aku gigih untuk ikuti kurus Ijazah bidang Kewartawanan di university-universiti USA. MARA sedia membantu dengan memberikan pinjaman atau biasiswa. Aku Berjaya dipilih masuk ke Lousiana State Universiti di Banton Rough. Tujuan utama aku, dengan kelulusan itu munkin aku berjaya dilantik sebagai Pegawai Penerbit TV atau TV News Editor.

Nasib sekali lagi tidak menyebelahi aku. Aku gagal untuk dapatkan cuti belajar dari Jabatan Penyiaran atas alasan ‘kursus ijazah kewartawanan yang akan diikuti itu, tiada kaitan dengan tugasan hakiki aku di PRSKSS waktu itu’. YB Datuk Wan Kadir (Allahyarham), Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan waktu itu telah cuba membantu tetapi gagal.

Aku ambil keputusan letak jawatan.

Nasib kemundian menyebelahi aku. Dalam bersiap-siap untuk ke USA itu aku berjaya dilantik SPA sebagai Pegawai Penerbitan TV, dan diminta melaporkan diri pada bulan Oktober 1971. Alhamdullillah.

Perpindahan aku ke Jabatan Television Malaysia telah membuka ruang penempatan tambahan pegawai-pegawai kanan baru untuk memperlengkapkan lagi kedudukan PRSKSS.

Pada 18hb.Mei 1970 keputusan dibuat  PSRKSS akan diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran. Saterusnya pada 19 Jun 1972 siaran Television Pendidikan ke sekolah-sekolah dilancarkan oleh Perdana Menteri Ke2 - Tun Abdul Razak Hussein. Pegawai-pegawai RTM  diberi option sama ada untuk kekal atau berpindah kembali ke Jabatan Penyiaran.




Nota Kaki:

Hari ini menjelang 64 tahun usia RTM dan satelah 44 tahun tarikh bermulanya PSRKSS di Radio Malaysia, aku terfikir: kiranya PSRKSS tetap kekal dibawah Jabatan Penyiaran hingga kehari ini bagaimana keterampilannya. Munkinkah ia akan trampil sebagai satu Institusi Pendidikan Jarak Jauh melalui teknologi penyiaran Radio dan Television  yang berjaya? Wallahualam.

Menjelang 1 APRIL - 8


The dedicated lot…..

Saya gunakan ungkapkata dalam Bahasa Inggeris diatas untuk menjelaskan dedikasinya kami di Bahagian Melayu PSRKSS. Kami benar-benar bagaikan ‘Satu Platun Pasokan Kombat’ gigih berjuang dimedan pertempuran yang sangat mencabar, kalaulah itu yang dimaukan oleh General kami ‘Abang Mok’ panggilan intim ‘budak-budak’ Bahagian Melayu kepada Mokhtar Daud.

Mokhtar Daud, seorang Ketua yang sangat dihormati ( dan ditakuti ) kerana cara pentadbirannya terlalu ‘business like’. Semacam ada elemen ‘memaksa’ cara Allahyarham mentadbirkan pasukannya. Pun bagitu rata-rata bagi kami, ‘Abang Mok’ juga aka saorang ‘Big Brother’ yang sangat dihormati dan dipuja oleh adik-adiknya. Ini kerana, dalam ‘garangnya’ Allahyarham selalu perihatin pada kebajikan dan kemajuan ‘adik-adik’nya khusus kami dalam Bahagian Melayu. Semacam baginya, kamilah segelanya. Kerana itu Allahyarham sangat sensitive tiap tata-laku kami. Baginya tidak harus ada kegagalan dan kekecundangan dalam apa jua tugasan yang diarahkan kami laksanakan. Wajaran ini menyebabkan kami merasakan, Allahyarham semacam sentiasa mengawasi tiap gerak laku kami sepanjang masa.

Sebagai ketua, Allahyarham selalu bangga pada kejayaan dan keterampilan anak-anak buahnya*, walaupun tidak pernah beliau zahirkan secara terusterang kepada kami. 

Bagi kami ‘indicator’ (KPI) kejayaan dan produktibiti Bahagian Melayu, diukur dengan beliau memberikan kami kebebasan untuk berkreatif dan selalu mengarahkan tambahan tugasan. Ini ketara apabila Bahagian Melayu diberi penghormatan untuk mengendalikan satu ‘event’ kebangsaan tahunan yang berpristaj dan bersekala besar. Perayaan Hari Kanak-Kanak Sadunia dipentaskan saban tahun di Stadium Negara. Majlis berprotokol dan berprestij itu menerima berangkat DYMM SPD Yang Di Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agung. Sepanjang tahun hingga beberapa tahun berikutnya kami telah laksanakan tanggungjawab itu sebaiknya. Kami rasa bertuah menerbit dan mementaskan persembahan hampir 2 jam itu. Disiarkan ‘live’ oleh saluran-saluran radio dan television RTM. Allahyarham Mokhtar Daud sedia turun padang bersama kami mempamirkan daya kepimpinannya selayak saorang ‘General’ dimedan pertempuran.

Kebebasan berkeratif menyebabkan kami gigih menimba ilmu untuk memajukan diri. Percambahan fikiran dan ‘critique’ cara yang terbaik kami lakukan untuk kemajuan bersama. Kami kerap ‘turun padang’ berinteraksi dengan Guru-Guru di sekolah-sekolah. Kami juga gunakan kesempatan yang terluang untuk bersama murid-murid dan pelajar-pelajar yang mengikuti siaran pendidikan. Penerbit kami didedahkan pada suasana dan ‘kerenah’ yang dihadapi mereka dibilik-bilik darjah. 

Sekolah-sekolah disekitar Lembah Kelang hingga kekawasan semi-urban dan luar-bandar sedia kami kunjungi, tiap masa terluang. Tanpa elaun perjalanan atau elaun harian, kami tetap laksanakan tugasan ini walau terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Biasanya keretaku  transport rasmi kami dalam semua lawatan itu.

Diluar waktu pejabat Allahyarham Yahya Awang aktif mengetuai PESENI (Persatuan Seni) – sering adakan pementasan teater. Aku aktif dalam PENA (Persatuan Penulis Nasional). Khairuddin dan Fadzli dengan pasukan bola mereka (sangat jarang turun padang dan tidak pernah menang dalam perlawanan). Ibrahim Bacik aktif mencipta lagu. Lagu ciptaan Ibrahim ‘Di Sebut Jangan di Kenang Jangan’ nyanyian Rafiah Buang? (maaf jika tersalah nama penyanyi) telah berjaya memukau pendengar radio dan mencacatkan rekod carta kepopularaannya. Azizah Shahrin saorang penyair, bagitujuga halnya dengan adiknya Noraini Shahrin.  

Menerbitkan rancangan radio dalam pelbagai genre, tidak semudah yang dijangkan ramai. Program radio perlu ada daya tarikan untuk menguja dan merangsang ilusi pendengar melalui deria dengar. 

Rakaman pengkesahan drama sejarah dengan paluan gendang dan nobat atau genderang dan tiupan nafiri dicampur aduk rentak langkah dan ‘war cries’ para penglima dimedan pertempuran akan menghidupkan suasana perang dan damai secara relastik dan berkesan. Pendengar akan teruja dan terpukau, dipukau oleh penampilan kesan bunyi khusus dan musik pilihan sama-ada mengiringi suara lunak mesra Sita Dewi atau herdek dan kasar lagak Sang Hanuman. 


Media Radio bolih digunakan sebaiknya untuk mendidik, disamping senang menghasut pendengarnya. Kekuatan ini terhasil jika dan apabila penerbitannya lakukan sebaiknya melalui adunan eleman dan penampilan kreatif dari penulis, penerbit dan pelakun2nya. Dengan mengunakan pelbagai kesan bunyi dan music khusus, ilusi pendengar boleh dibawa menerewang kealam maya siber, atau kekawasan perantuan global, maupun kealam khayalan science ficksyen. 


Kesah angkatan Sang Semut berperang, kesah tipuhelah Sang Kancil memperdayakan buaya, animasi fiksyen kanak-kanak yang sangat menguja dan selalunya popular.  Melalui pengkesahan ceritanya boleh diselitkan unsur-unsur pendidikan moral yang tinggi. Menerbitkan cerita fiksyen sademikian perlukan daya kreatif yang tinggi dan pemilihan kesan bunyi dan music latar yang realistik dan berkesan.

Kumpulan penerbit di PSRKSS diakui mempunyai pengalaman yang luas menerbitkan siri program pendidikan moral kanak-kanak untuk pendidikan dan pembangunan mental dalam pelbagai genre yang dimaksudkan. Perakuan ini ketara, hinggakan Ketua Pengarah Penyiaran Dol Ramli (Tan Sri) pernah selama 3 malam bercenkang mata hingga lewat dinihari bersama kami distudio untuk mencipta-reka kesan bunyi khusus dan pemilihan musik khas untuk satu projek yang sedang beliau kendalikan. Kesan bunyi yang sesuai tidak terdapat dalam Rakam Khanah Radio Malaysia, kerana kebanyakkan rakaman kesan bunyi yang ada dalam simpanan datangnya dari barat dan tidak sesuai untuk cereka fiksyen filem animation Sita Dewi dan Sang Hanuman yang sedang diterbitkan itu. 

Munkin Dol Ramli (Tan Sri ) yakin 'budak-budak School Broadcast' boleh lakukan sebaiknya. Maka itu beliau datang ka Studio kami di Jalan Sulaiman itu. 

Memang tidak sukar bagi kami untuk menghasilkan bunyi titisan air mata Sita Dewi melalui penciptaan satu ilusi kesan bunyi yang yunik tetapi meyakinkan. Sebaliknya amat sukar bagi kami mencipta kesan bunyi khusus untuk disesuaikan dengan musik genderang babak Sang Hanuman mengamok dengan membungkas pepohon dihutan belantara dengan rakus dan penoh tenaga itu. 3 malam berturut-turut berkerja dalam pasukan yang diketuai sendiri oleh Ketua Pengarah Penyiaran Dol Ramli (Tan Sri ) pengalaman yang amat berguna bagi kami. Keperhatian beliau pada bentuk bunyi, effect khusus dan musik banyak mendidik kami kearah kesempurnaan.

Penerbit dan Juruteknik perlu bertugas sebagai satu pasukan professional untuk mencapai tahap kualiti penerbitan yang terbaik untuk memenohi piawaian antarabangsa yang diperlukan. Gagal mencapai piawaian ini menyebabkan program tidak akan disiarkan.

Aku masih ingat keterampilan juruteknik yang gigih bersama kami dalam apa jua bentuk rakaman rancangan yang dilaksanakan. Aku dah lupa nama penoh mereka. Yang aku ingat cuma panggilan intim kami terhadap mereka itu: Mr.Boon, Ambalawana, Phang, Tan, Lee, Rashid dan lain-lain. Mereka ini telah menunjukkan cara berkerja yang tinggi nilai professionalnya. Kerjasama dari satiap mereka ini sangat diperlukan oleh kami para penerbit.




Nota Kaki: Akhir tahun 1980 aku bertugas sebagai Pengarah Penyiaran Kawasan Utara beribupejabat di Pulau Pinang. Aku menerima kabar Mokhtar Daud sedang terlantar dan udzor di hospital. Aku bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk menzaihari beliau di hospital. Melihatkan aku dan isteri disis katilnya, dalam lemahnya Allahyarham mula kelihatan ceria. Dalam baringnya Allahyarham cuba duduk, hanya untuk bercerita kepada yang berada disekeliling kami, betapa aku bekas penyiar School Broadcasting telah berjaya melakar kerjayaku di RTM. Selang seminggu salepas pertemuan kami itu Allahyarham telah kembali kerahmatullah. Alfatihah.

Monday, March 29, 2010

Menjelang 1 APRIL - 7

THE LITTLE MALAYSIA dan 13 MEI

Tahun ini genap 43 tahun Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah memulakan operasinya di Malaysia. Walaupun kewujudannya di Radio Malaysia tidal lebih 1 dekad, keterampilannya tetap ada, walaupun telah lama ditelan sejarah. Malang sekali tiada satupun ‘dessertation’ atau kajian ilimiah keberkesanannya pernah diterbitkan dimana-mana. Ia terus hilang dari ingatan dan berkubur tanpa nisan.

Mengenang kembali keadaan kami berhimpit diruang pejabat sempit, lantai bawah sabuah kuarters 2 tingkat di Jalan Sulaiman waktu itu, mengingatkan saya pada ungkap popular Allahyarham Mokhtar Daud – bahawa kewujudan kami di pejabat dan studio PSRKSS itu, ibarat satu nation dalam The Little Malaysia.’ Pelbagai bangsa rakyat satu nation berkongsi hidup dibawah satu bumbung. Sentiasa menghormati antara satu dengan yang lain. Berkompromi berkongsi kemudahan. Satu bangsa berlainan agama dan anutan adat resam sekata pasrah pada ketuanan dan pemerintah.

Peristiwa trajidi berdarah 13hb.Mei 1969 menguji setiakawan kami. Tidak timbul sebarang pergeselan, prasangka atau sikap benci membenci antara kami waktu itu. Kami bergerak seadanya sebagai satu bangsa, walaupun pada banyak ketika diistiharkan ‘curfew’ di Kuala Lumpur. Teman sakerja D.Geoffery, Krishnan, dan Chin, pada waktu-waktu lepas pejabat, tetap teruja membawa saya lepak di Bar dan Restauran South East Asia Lodging House dalam kawasan Brickfield, terkenal sebagai kawasan sensitive perkauman yang di dominasi oleh kaum Tamil dan China.

Munkin wajaran konsep 1MALAYSIA kempen intergrasi yang Dato’Seri Najib Tun Razak, PM ke 5 laksanakan genap 1 tahun lalu (3hb.April 2009) sejajar dengan sikap dan keterampilan kami di PSRKSS 4 dekad yang lalu itu. Jika Allahyarham Mokhtar Daud dipanjangkan umor hingga hari ini beliau tentu rasa megah diri kerana secara langsung telah awal melaksanakan konsep tersebut, ketika usia meningkat lebih 70 tahun, kini.

……

Hari itu 13hb.Mei 1969 kami bertugas saperti biasa dipejabat. Telah luas tersebar pelbagai kabar angin ‘akan berlaku kekecohan kaum di Kuala Lumpur’ pada petang itu.

Hari itu Ketua PSRKSS Mokhtar Daud (Allahyarham) bertugas rasmi di Singapura. Malungun (Allahyarham) telah lebih sebulan tinggalkan jawatan sebagai Pengelola Rancangan Melayu kerana menjawat jawatan baru sebagai Penyunting di DBP. Aku kakitangan terkanan kini bertanggungjawab untuk keselamatan ‘Platun’ yang ku pimpin itu.

Suasana tegang hari itu, munkin juga dirasai 3 rupabangsa + etnik ‘The Little Malaysia’ di Jalan Sulaiman itu. Mereka juga pasti ada menerima pelbagai ‘berita angin’ melalui komunikasi sulit kalangan kaum mereka. ‘Spin-off’ kempen politik Pilihan Raya 10hb.Mei jelas telah diadudumba fahaman Kominis, condong kearah perpecahan kaum.

Keputusan Pilihan Raya 10hb.Mei itu sendiri telah banyak memehak Pembangkang. Penyokong DAP di Selangor teruja untuk mengambil alih pentadbiran Kuala Lumpur dan Negeri Selangor, hingga sanggup berkasar berarak kekawasan penduduk Melayu, memperagakan penyapu konon untuk ‘menyapu Melayu dari bandaraya ke kampong-kampung’. Bagitu agresif dan kasar tindakan mereka itu.

Hari itu Tan Siew Sin (Tun), Presiden MCA telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan. Ada kabar-angin bahawa kaum Melayu dan mula resah dan sedia untuk berjuang ‘menumpahkan darah’. Kabarnya berpuluh bas membawa Melayu dari seluruh Negara akan sampai di Kuala Lumpur lewat petang itu untuk bersama berhimpun dan berarak dari Kampung Baru menuju ke Pekan Pudu kawasan dominan penduduk Cina. Kabarnya penduduk Kampung Bahru sedang aktif menajamkan senjata dan akan ‘membekalkan diri dengan buluh runcing’ disepanjang perarakan itu, siapsedia untuk mempertahankan diri jika diserang.

Sebagai ketua ‘Platun’ Bahagian Melayu aku dipanggil ka Federal House jam 1.00 tengah hari untuk hadhiri taklimat khas keselamatan, saterusnya dibekalkan dengan ‘curfew pas’ untuk datang bertugas sakiranya undang-undang dharurat dikuatkuasakan. (Terbantut rancangan kami nak tuang pejabat jam 2.30 petang untuk menonton tayangan filem Hollywood The Day They Rob Las Vegas di Panggong Federal dalam kawasan Chow Keat. Ingatkan sekali-sekali ‘The Big Brother’ tiada di pejabat, boleh tuang opis dan santai dipawagam.)*

Kembali kepejabat jam 2.30 – aku berusaha mengaktifkan ‘Platun’ untuk kombat. Tugasan pertama: ‘Selamatkan kakitangan wanita dan hantar mereka pulang kekampung.’ Itu yang kami perlu lakukan untuk Noraini dan Azizah Shahrin. Mereka menyewa bilik di Jalan Kelang Lama dalam kawasan ‘sensitif perkauman.’ Mereka di arahkan balik kerumah keluarga di Beranang. Awal-awal Noraini Shahrin diminta pulang kebilik penginapan mereka, untuk berkemas dan segera kembali kepejabat untuk kami hantar pulang ke Beranang
.

Khairuddin sudah sedia dalam ‘mode’ perang. Memang bagitu perangai anak Minang yang ini. Ibrahim dan Fadzli buat ta’kesah, sebuk menyiapkan program untuk minggu itu jika ‘curfew’ di diistiharkan. Bagitu juga Yahya Awang dan Azizah Shahrin. Lagipun tiada sebarang arahan untuk membatalkan Siaran Radio Ka-Sekolah-Sekolah dikeluarkan oleh Encik Toh Seng Yam ketika menyampaikan taklimat khas tengah hari itu.

Hingga hampir jam 4.30 Noraini tidak muncul samula dipejabat saperti yang dicadangkan.

Apakah kekecohan sudah berlaku di Bandar dan Noraini terperangkap?

Kami segera ambil keputusan untuk menyongsong beliau di Jalan Kelang Lama. Sementara Yahya Awang dan Ibrahim Bachek ditugaskan menunggu di Pejabat, aku, Khairuddin dan Fadzli menemani Azizah kerumah sewa mereka. Sampai disana, kami diberitau Noraini dah lama keluar dari bilik sewanya, membawa bungkusan pakaian. Kami bergegas pulang samula kepajabat. Noraini belum sampai lagi. Kami panik sahingga apabila kami lihat Noraini berlenggang masuk kekawsan pejabat, bagaikan tiada sesuatu yang dirisaukan. Kini dah terlalu lewat untuk ke Beranang. Kami cadangkan mereka naik bas sahaja dan segera hantar mereka ke Perhentian Bus.

Lalulintas Bandar Kuala Lumpur waktu itu tidaklah sehebat sekarang. Pergerakan kenderaan tetap lancar, jarang menghadapi kesesakan.

Sepanjang masa di jalalan hari itu, kami pastikan segalanya tenang saperti biasa. Kecuali, kami dapat kesan beberapa penonggang motorsikal (KapChai) rancak bergerak mengekori kenderaan. Sambil memotong kenderaan itu, si pembonceng akan balingkan sagumpalan naskah kedalam kereta yang mereka potong itu. Waktu itu semua kereta dijalan raya bergerak dengan ‘wind screen’ terbuka, kerana terlalu sadikit kereta yang ‘berhawa dingin’.

Khairuddin berpendapat naskah itu adalah ‘message’ sulit untuk kaum mereka. ‘Lihatlah. Mereka ta’balingkan masuk kereta yang aku pandu, kerana kita semua Melayu,’ Khairuddin meyakinkan kami.

Jam 6.00 giliran kakitangan lelaki pula untuk dihantar pulang. Keretaku Vauxall Viva BL4117 ‘full load’ membawa Yahya, Ibrahim, Fadzli, Khairuddin untuk pulang. Khairuddin tinggal di Kampung Bahru, Yahya di Datuk Keramat, manakala Fadzli dan Ibrahim disabuah rumah bujang di Jalan Gurney hampir Polis Depot. Aku tinggal di Ampang Jaya. Sangat baik perancangan perjalanan pulang kami itu. Tidak menyusahkan aku. Dari Jalan Sulaiman kami ke Kampung Bahru terus ke Jalan Gurney dan masuk Kampung Datuk Keramat dalam perjalanan pulang kerumahku di Ampang Jaya.

Di Kampung Baru kami teruja melalui Jalan Raja Muda – untuk meninjau perhimpunan ramai di kediaman Menteri Besar Selangor.... menyokong kepimpinan Dato’Harun Idris.

Suasana di sekitar Kampung Baru yang kami tempohi kelihatan biasa saja. Di sepanjang Jalan Raja Muda masih kelihatan kanak-kanak bermain, kaum ibu membersihkan halaman rumah dan satengahnya menolak bayi dalam stroller hingga kami hampir kawasan kediaman Menteri Besar segalanya tenang dan tenteram..

Keretaku dilengkapi sticker khas RADIO MALAYSIA. Sticker itu sangat baik untuk urusan kerja kami, dan sangat dihormati ramai, termasuk Polis Trafik. Memperagakan sticker RADIO MALAYSIA dicermin hadapan kereta BL 4117 memudahkan untuk ‘parking’ dikawsan sesak. Kemudahan bagitu juga berlaku pada kami petang itu. Sampai saja kami hampir kawasan kediaman MB Selangor, saorang teman Dr Megat dan rakan-rakannya sedia membuka ruang khas untuk aku ‘parking’ keretaku betul-betul bersebelahan pintu masuk kekawasan perhimpunan besar-besaran yang sedang berlangsung itu. Barangkalinya fikir mereka munkin kami sedang bertugas rasmi, membuat liputan perhimpunan tersebut.

Kami segera keluar. Dan ketika aku akan mengunci kereta ku…..’all hell broke loose’. Sakumpulan penunjuk perasaan dengan memekikkan pekikan ‘Allahu Akbar’ meluru keluar kejalan raya.

Sabuah pickup jenama radio BlueFunk dipaksa berhenti. Diterbalikkan dan di bakar. Saterusnya kumpulan penunjuk perasaan itu bergerak ganas menuju ke Chow Keat. Persimpangan Jalan Raja Muda/Tun Razak/Jalan Gurney kini dah mula bersesak apabila kebanyakkan kereta rakus, berundur keluar dari kawasan Kampung Bahru.

Aku tidak berupaya untuk menghantar rakan-rakanku balik kekediaman masing-masing. Aku cadangkan mereka cari jalan sendiri, kerana keselamatan diri aku dan keluargaku yang tinggal di Ampang Jaya, kini tanggungjawab yang mesti aku utamakan. Apatah, isteriku waktu itu sedang mengandung sarat anak kedua kami.

Alhamdullillah aku selamat sampai ke Ampang Jaya beberapaminit sabelum jam 7.00.

Dari senja 13hb Mei dan sepanjang malam itu ku saksikan langit di bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan sekitar merah menyala.  Sabenarnya sepanjang malam itu dan beberapa hari salepas itu trajedi berdarah antara kaum di ibunegara dan kawasan-kawasan sekitar telah mencatatkan tinta hitam dalam sejarah kemerdekaan negara.

---------

Fikirku apa munkinkah gejala itu akan mempengarohi setiakawan kami dalam The Little Malaysia di Jalan Sulaiman?

Aku optimis: bahawa manusia berakal tidak akan sewenang-wenangnya melakukan tindakan ganas untuk menyelesaikan sebarang masaalah tetek-bengek perkauman yang mereka hadapi.


Nota Kaki:
*Kabar yang kami terima pada keesokan hari, rakan kami Jit Singh hampir dibelasah dengan parang, apabila panggong tersebut diserang dan pintu dipecahkan pada jam 6.00 petang sabelum tayangan The Day They Rob Las Vegas berakhir. Jit Singh walupun keturunan Sikh, dia tidak pakai ‘turban’…dan pesonanya tampan mirip pemuda Melayu. Kabarnya Jit Singh sambil angkat tangan sambil melaungkan dia bukan Melayu tetapi keturunan Bengali. Alhamdullillah Jit Singh telah selamat. Jit Singh kemundian kahwin dengan gadis Melayu dengan nama Islamnya Rizal Jit Abdullah.
Azean gadis comel dari pejabat Lembaga Pepereksaan berhampiran (seringkali datang bertandang ke pejabat kami) telah menonton di pawagam REX hampir dibelasah ketika pintu panggung dipeca dan Azean sedang merangkak keluar panggung. Wajah Azean mirip gadis Tionghua, malangnya hari itu dia pakai baju kurung. Menurut cerita Azean, saorang pemuda Cina telah bertindak menyelamatkan beliau dari malapetaka itu.



Menjelang 1 APRIL - 6

 ‘BUDAK-BUDAK’ SCHOOL BROADCAST

‘Budak-budak’ School Broadcast ta’ada pengalaman keguruan. Kebanyakkan mereka ‘hardcore’ dari Federal House (ibupejabat Radio Malaysia). Legasi tindak tanduk mereka di Federal House akan terbawa-bawa ke School Broadcast.

‘You watchout for these guys.They have all the tricks in their pocket.  If you can win them, then you’ll feel at home with your new job,’ pesan Pengawal Rancangan Radio Malaysia Encik Hashim Hassan (Allahyarham) ketika aku melapor diri di Federal House pada pagi Sabtu 10 Oktober 1967. ‘Awak guru. Saya yakin awak bolih bimbing mereka. Good luck.’

Petang itu aku ke Kedai Musa di Chow Kit. Musa (Datuk) peniaga Restauran dari Terengganu. Letak kedainya di Jalan Princess. Di Restoran ini kebanyakkan ‘penulis dan sastrawan’ suka lepak. Kami penulis dari Terengganu, pasti akan singgah di Kedai Musa tiap kali berkunjung ke Kuala Lumpur. Malungun, Yahya Samah, Harun Hassan, Osman Abadi, A.Samad Said, Shahnon Ahmad, Atan Long, A.Wahab Ali dan ramai lagi penulis arus perdana di Kuala Lumpur senang di temui di Kedai Musa. 


Petang itu, saperti yang dijangka, aku berjaya menemui Malungun. Dia singgah di Kedai Musa bersama Yahya Samah.

‘Hari Isnin awak terus ke pejabat ‘School Broadcast’ di Jalan Sulaiman,’ nasihat penulis Malungun ( Allahyarham Amir Hamzah Shamsuddin ), bos baru aku di pertemuan sengkat kami petang itu. ‘Biasalah ada kakitangan yang nak ‘ragging’ awak nanti,’ sambung Malungun sambil ketawa-ketawa kecil. Memang itu perangai Malungun. Apabila ada sesuatu yang menggelikan hatinya, dia akan ketawa-ketawa kecil.

‘Ragging’ macam di Kolej?’

Malungun tersengeh. ‘Jawatan yang awak sandang adalah jawatan Penerbit Kanan. Saya ketua awak. Tapi gaji awak lebih besar dari gaji saya. Awak nasib baik kerana dilantik SPA. Saya dipinjamkan dari Kementerian Pelajaran, dan masih terima gaji dan saraan Guru biasa. Awak taulah berapa sangat gaji guru.’ Dia melengu. ‘Saya dan D.Geoffrey (Pengelola Rancangan Inggeris ), Krishnan (Pengelola Rancangan Tamil) dipinjamkan dari Kementerian Pelajaran. Radio Malaysia janji nak serapkan kami ke jawatan BA1. Ta’tau bila!!’ Beliau melengo lagi.

Aku teruja ingin tau perihal ‘budak-budak School Broadcast’, saperti yang disebut oleh Pengawal Rancangan Radio Malaysia itu.

Malungun jelaskan ada 3 Penerbit: Yahya Awang bekas ashkar Penerbit Sambilan, Azizah Shahrin (BA3 sementara), Khairuddin Saidi dari Federal House. Kemundian kita ada ramai lagi penyiar berpengalaman dari Federal House. Mereka di bahagian Inggeris, Tamil dan Cina.Semua mereka ta’ada kelulusan dan pengalaman Guru. Semua anggota Unit Bantuan Teknikal didatangkan dari Bahagian Kejurutaraan, Radio Malaysia. Mereka gulungan professional dan sangat mengikuti peraturan dan piawaian penerbitan dan penyiaran radio.

‘Kita sama-sama akan bimbing dan didik mereka. Itu yang kami harap dari awak,’ Malungun menamatkan cerita. Dia minta diri, katanya dia ada urusan ditempat lain dengan Yahya Samah. Sama-sama mereka meninggalkan Kedai Musa dengan Yahya Samahmemboncing di belakang Vespa bos baru aku, kedestinasi lain.

Pagi Isnin 12hb.Oktober keretaku Borgward Irabella warna cream pintu satu satu-satunya kereta parking di bawah pokok cendana berhampiran Gerai Mamak Kadir dipengkarangan pejabat baruku. Amir Hamzah Shamsuddin, Pengelola Rancangan Melayu, telah sediakan meja aku bersebelahan mejanya. Kamu berkongsi bilik.

Mokhtar Daud ( allahyarham ) Ketua PSRKSS segak orangnya. Trampil dan bergaya. Pertama kali bertemu dengan beliau ku rasa bagaikan bertemu saorang Putra Raja. Beliau memakai baju putih dan pantelon gelap. Tubuh badannya sasa. Rambutnya lurus tertapi disisir rapi, kuak ditengah. Beliau memakai ‘bow tie’ warna merah darah. Ketika beliau masuk pejabat, semua kakitangan di pejabat am patuh mengawasi displin diri. Tidak saorang berani mendongakkan muka, masing-masing cuba buat sebuk menjalankan tugasan harian. Itu yang dapat aku saksikan melalui ruang pintu separuh terbuka dari pejabat baruku itu.

Mokhtar Daud tidak terus masuk pejabatnya. Sebaliknya dia menolak daun pintu pejabat baruku yang separuh terbuka dan arahkan aku segera masuk pejabatnya. Malungun cepat-cepat mengiringi aku masuk bilik KPSKSS.

Kekekokan aku menyebabkan aku lupa untuk bersalaman, ketika Malungun memperkenalkan aku kepadanya.

Dia tersengih. Tidak pula mempersilakan kami duduk. Lagipun cuma ada satu kerusi tamu sahaja dihadapan meja besar Pegawai Tinggi yang didudukinya itu.

‘Lungun, awak dah ada Penerbit Kanan. Kita perlu buat kerja. Ada banyak kerja yang perlu kita laksanakan. Bahagian Melayu adalah contoh. Di segi saiz tiap bahagian sama besarnya. Tapi disegi fungsi Bahagian Melayu yang terbesar. Saya mau Bahgian Melayu sebagai contoh seksyen yang terbaik. Terbitkan lebih banyak program yang bermutu. Pastikan semuanya dilaksanakan sebaiknya.’

Lagaknya serius. Tidak ada bedzanya dengan Pegawai Expatriat, Orang Puteh yang pernah menjajah Malaya. Juga tidak ada ucap selamat datang, darinya. Aku mula rasa tekanan.

‘Jika diibaratkan kita ini tentera dimedan perang, saya adalah General dan awak berdua ‘my fighting colonels’. Jadi saya maukan ‘komitment’…..bla..bla..bla.’

Perjumpaan itu sangat ‘business like’ dan memakan masa tidak sampai satengah jam. Keluar dari bilik kecil Ketua PSRKSS, sebagai di aturkan Yahya, Azizah dan Khairuddin sedia membontot kami masuk ke pejabat Pengelola. Secara bersahaja, semacam berjenaka Malungun memperkenalkan kami.

‘Ziz kenallah pasukan ashkar awak?’ dia tersengeh. Aku juga tersengeh. Kekekokan menyebabkan kami juga tidak bersalaman. Ketiga Penerbit yang baru dikenalkan itu cuma memandang kosong kearah aku. Tiada ucap selamat datang.

Munkinkan mereka sedang ‘rag’ aku?

Minggu itu aku cuba rapat dengan 3  lanskar dalam pasukan ‘combat’ aku itu. Mereka tidak ‘rag’ aku saperti yang di ramalkan oleh Malungun di depan Kedai Musa sabelumnya.

‘Munkin Malungun yang ‘rag’ saya,’ aku mengomel.

‘Tidak,’kata Khairuddin Saidi. ‘Bila kami dengar You akan pegang jawatan BA2, kami sedia untuk uji You. Kalau You berlagak dan sombong sebagai pegawai baru BA2, kami akan boikot.’

‘Tapi kenapa ta’boikot?’

Sambil tersengeh mempamirkan bibir tebalnya Khairuddin Saidi menjelaskan: ‘Sebab You tidak saperti mereka? You baik dan sedia bergaul dengan kami staff bawahan. Ta’sampai hati nak boikot.’

‘Kami?’

‘Termasuk Jasbir, Gopala…….. mereka juga terima You.’

Aku pilih tidak meneruskan perbincangan itu.

Kami pun sama-sama menaiki lift ke pejabat Radio Malaysia di Federal House untuk aku ‘double banking’ di Konti Siaran Pendidikan yang keudara jam 2.00 petang itu.


Nota Kaki:

Beberapa bulan kemundian Mohd.Fadzli Yusoff (Dato’) dari Federal House ditukarkan ke Bahagian Melayu, PSRKSS, sebagai BA3. Mohd.Fadzli Yusoff secara kebetulan sepupu isteriku.
Ibrahim Bachek (Datuk) bekas murid Zubir Said pemusik terkenal di Singapura dilantik sebagai Penerbitan Sambilan.
Kini pasukan ‘combat’ Bahagian Melayu sedia mempunyai 5 gurkas.


Sunday, March 28, 2010

Menjelang 1 APRIL - 5

THE TEAM

Sebagai Penerbit Kanan saya mengepalai satu pasukan 5 kakitangan Penerbit.

‘Bersatu dan Bersekutu’ slogan yang sesuai bagi kami di PSRKSS. Ruang pejabat yang sempit dengan kemudahan yang sangat terhad tidak menghalang untuk maju. Jika waktu itu ada KPI (Key Performance Indicator) di Radio Malaysia, sudah tentu produktibiti PSRKSS mencatatkan tahap ‘performance’ paling menggalakkan walaupun ia baru ‘setahun jagung’ ditubuhkan.

Menerbitkan siri rancangan pendidikan ilimiah tugas yang sangat mencabar. Bukan senang untuk menyakinkan guru di sekolah-sekolah membawa pelajar-pelajar mereka mengikuti siaran radio dibilik darjah. Apatah rancangan yang disediakan, berupa pembelajaran alternative. Terpulang samaada guru-guru setuju terima atau sebaliknya. Mengendalikan bilik siaran di sekolah-sekolah juga tidak mudah. Guru-guru perlu buat persediaan membimbing murid-murid mereka mengikuti tiap detik program tersebut. Aktibiti pra dan paska siaran perlu dirancang sebaiknya untuk memberikan manfaat kepada satiap murid dan pelajar. Sukar untuk meyakinkan Guru-Guru melaksanakan ‘tugasan tambahan ini’ dari jadual mengajar hakiki mereka.

Bagi kami apabila ada guru yang sedia menggunakan program SRKSS bermakna SIRI program itu dapat tambahan 40 murid. Jika ada sekolah mendaftar akan bermakna SRKSS secara pukal menambah tambahan pendengar yang berjumlah munkin 300 murid. Purata rekod Bahagian Melayu sedia mempunyai 300 Sekolah Rendah dan 180 Sekolah Menengah berdaftar dengan PSRKSS, bermakna purata 20,000 penuntut mengikuti siri program dalam Bahasa Malaysia terbitan Bahagian Melayu sahaja. Jumlah ini dikira satu gagasan pendengar yang besar. Menjelang awal tahun kami membekalkan sajumlah besar naskah-naskah nota pelajaran kesekolah-sekolah yang berdaftar itu. Jumlahnya bertambah tahun demi tahun, apabila ada sekolah yang baru dapat kemudahan peralatan radio dari Kementerian Pelajaran dan sedia mengikuti siaran pendidikan radio terbitan PSRKSS.

Urusan perancangan dan penerbitan sedia terjadual menurut keperluan siaran. Tiap penerbit secara purata menerbitkan 2 siri rancangan tiap minggu hari persekolahan. Tajuk dan karikulum yang ditentukan mesti dipatuhi dan mesti keudara menurut tarikh dan jangkawaktunya.

Displin penerbitan yang ‘rigid’ mencabar daya kreatif dan kewibawaan tiap penerbit. Semua maukan siri program yang diterbitkan diminati bukan hanya oleh pendengan sasar dibangku-bangku sekolah, juga oleh pendengar radio dirumah-rumah, khusus oleh pelajar-pelajar yang mengambil pepereksaan STPM/HSC secara persendirian.

Matlamat dan hasrat itu kami dapati secara langsung telah tercapai.

Kudos kepada rakan penerbit pioneer: Yahya Awang (Allahyarham), Azizah Shahrin, Khairuddin Saidi, Mohd.Fadzli Yusoff (Datuk) dan Ibrahim Bachik (Datuk).


Friday, March 26, 2010

Menjelang 1 APRIL - 4

KETERAMPIALAN CENDIAKIAWAN 

Usaha mengisi kemerdekaan perlukan kesepaduan rakyat dalam apa jua bentuk pembangunan sosio ekonomi bangsa dan Negara. Munkin kerana keperluan sedemikian sedang membakar dada rakyat waktu itu. Masing-masing sedia menyumbang untuk kesejahteraan semua.

Kempen membasmi Kemiskinan, Buta Huruf, dan berbagai kempen pambangunan sicio-ekonomi rakyat oleh Kerajaan akur diterima serta patuh dilaksanakan. Tidak diwarwarkan, tiada kempen media, tiada roadshow dan potong memotong riben oleh Menteri. Segalanya dilaksanakan secara jujur, berhemah dan terancang. Pemimpin-pemimpin Negara waktu itu, mengenepikan kepentingan diri sendiri, berjuang bermatian membangunkan Negara.

Gulungan cendiakiawan pula tidak lokek memberikan pandangan, kerjasama dan bimbingan untuk merealisasikan hasrat tersebut, melalui pelbagai aktibiti projek menurut kepakaran masing-masing. Itu yang dapat aku rasai semasa berkhidmat di PSRKSS antara 1967 hingga 1971 lima tahun pertama kewujudannya.

Sepanjang 5 tahun pertama itu PSRKSS telah menapak gagah, bangun mengorak langkah. Mula keudara dengan hanya menerbitkan siri-siri rancangan Cerita dan Musik untuk kanak-kanak di Sekolah Rendah. Kemundian itu secara mendadak aktibitinya meningkat kepada usaha-usaha penerbitan siri-siri rancangan ilmu untuk Pelajar-Pelajar Menengah Atas dan Pra-Universiti. Bagitu cepat ia berkembang dan bagitu berjaya siarannya menubuhkan gagasan pendengar dari di bangku-bangku Sekolah Rendah, Menengah, Menengah Atas dan Pra Universiti itu. 


Semacam 2 fakulti pendidikan telah tertubuh, khususnya di Bahgian Melayu, PRSKSS waktu itu.

Tulisan ini berkisar pada sumbangan cendiakiawan Melayu di Bahagian Melayu, PSRKSS. Sebagai Pengelola Rancangan/Penerbit Eksekutif saya telah secara langsung terlibat dalam pelaksanaan tiap projek dari peringkat penubuhan Panel Subjek, sahingga kepada pengurusan penerbitan siri-siri rancangan yang melibatkan kumpulan professional tertentu sebagai tenaga pakar.

Sepanjang masa itu Bahagian Melayu berbangga dapat sumbangan pukal dari cendiakawan Melayu terbilang yang berada di Lembah Kelang saperti Ungku Aziz (Professor Di Raja UM), Rafidah Aziz – (Tan Sri) – Pensyarah Ekonomi UM, Dr.Atan Long (Prof.) – Penulis dan Sastrawan UM, Koo Kay Kim (Prof Emeratus) - Ahli Sejarah UM, Yahya Ismail - Pengkritik Sastera DBP, Noor Azam (Dato’) – Ahli Bahasa dan Sastrawan DBP), Prof. Ismail Hussein (Tan Sri) – Sastrawan dan Budayawaan UM, Omar Yusus -Sastrawan/Pensyarah UM, Adibah Amin - sastrawan/wartawan NST), Azah Aziz - wartawan/budayawan NST, Prof.Awang Had Salleh (Dato’) – Professor/Sastrawan/Ahli Pendidik), Dr.Ahmad Salleh - Pensyarah Bahasa UM, Dr.Tajuddin Jali dan Dr. Raja Fauziah Tun Uda - pakar Kerjaya MARA, kebanyakkannya cendiakiawan ikon dari Universiti Malaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MARA.

Saban minggu halaman pejabat Bahagian Melayu dan Studio B rancak menerima kedatangan cendiakawan pakar merakamkan kuliah dan perbincangan ilimiah dalam pelbagai siri rancangan pendidikan untuk pelajar-pelajar dalam Tingkatan Menengah Atas dan Pra Universiti melalui siri-siri Pelajaran Ekonomi, Sastera, Bahasa Malaysia, Sejarah dan kerjaya. Siri-siri ini diterbitkan khusus untuk calun-calun sekolah dan individu yang menduduki Pepereksaan STP/HSC atas kesedaran kurangnya guru-guru pakar dan pembimbing dalam subjek-sebjek tertentu (di sekolah-sekolah) waktu itu.

Professional dan trampil mereka ini menyumbangkan kepakaran masing-masing. Kepakaran mereka secara langsung telah mengangkat kualiti rancangan pendidikan radio ketahap penyampaian berkualiti tinggi dan berkesan.

Semacam pembabitkan gulungan cerdik pandai ini tercetus secara pukal dan terjurus, bagaikan diarah oleh satu gagasan tuntutan keperluan yang mesti dipatuhi. Itu yang aku rasakan hingga kehari ini, walaupun jangkawaktu 5 tahun di PSRKSS itu telah 4 dekad berlalu.

Mereka sedia menyumbang tanpa mengenal jalan buntu atau mempersoalkan imbuhan. Keterampilan mereka itu, menjadi kenangan manis buatku selamanya…… munkin juga oleh rakan-rakan Penerbit Rancangan, di Bahagian Melayu, PSRKSS waktu itu.

Menjelang 1 APRIL 3

KONSULTAN DARI AUS

Dia keturunan ‘Mat Salleh’, tapi susuk badannya tidak tinggi lampai macam kebanyakkan ‘Orang Putih’ yang biasa kita kenali. Orangnya tegap. Pendek.  Tingginya macam kebanyakkan penduduk Malaysia - lebihkurang 5 kaki 4 inci.

Dia saorang konsultan. Pakarunding Program Radio Pendidikan, didatangkan khas dari Australia. Tugasnya untuk membantu PSKSS mencapai matlamatnya sebagai penyiar rancangan pendidikan radio yang berwibawa.

1 tahun satengah dia berkhidmat di PSRKSS. Sebagai saorang konsultan dia banyak membuat penyelidikan dan menulis laporan. Dia juga kerap mengendalikan kursus singkat kepada kakitangan penerbitan dan melawat ke-sekolah-sekolah. 

Kami di Perkhidmatan Melayu beri dia nama jolokan ‘Mat Kambing’, munkin kerana Australia terkenal dengan eksport kambing biri-birinya.

Namanya Jeff Rushton. Beliau menumpang pejabat di Bilik D.Geofrey, Pengelola Rancangan Inggeris. Secara langsung kakitangan penerbitan di Bahagian Inggeris lebih rapat dengan Jeff Rushton dari kami di Bahagian Melayu.

Apapun, manusia Jeff Rushton ini berhemah orangnya. Tiap kali masuk pejabat, dengan penoh senyum dia memberi ucap selamat kepada kami, walaupun ada kalangan kakitangan dari Bahagian Melayu saja-saja membalas salamnya dengan ungkapan ‘kawasan pendaratan helicopter - dah sampai.’ Ini kerana kepala Jeff Rushton botak ditengah. Pun bagitu Jeff Rushton tetap memberikan senyumnya kepada kami.

Sebagai salah saorang Penerbit Kanan aku acapkali bermesyuarat dan melawat sekolah bersama Jeff Rushton, sampai ke Kedah kami melawat. Perhubungan kami agak rapat. Ada kalanya di hujung minggu Jeff Rushton membawa isteri dan anak lelakinya kekediaman kami di Ampang Jaya.

Jangkamasa perkhidmatan Jeff Rushton di PSRKSS berakhir 18 bulan kemundian. Beliau telah berangkat kembali ke ABC,Sydney, Australia. Tidak ada jamuan perpisahan secara besar-besaran atau sumbangan cenderahati kami beri untuk perpisahannya.

Kemundian dari Sydney Jeff Rushton mengutus surat ucapan terima kasih kepada kami, disamping menyatakan betapa bertuahnya beliau dan keluarga berpeluang tinggal dan berkhidmat sengkat di Malaysia. Katanya beliau sangat hormat dengan penduduk-penduduk Malaysia yang beliau temui. Semua mereka berhemah tinggi.

Surat itu beliau tulis tangan dalam Bahasa Indonesia yang baik. Kami terkejut, bahawa selama ini Jeff Rushton celek Bahasa Indonesia, dan pada pengamatan kami beliau samestinya faham Bahasa Malaysia yang kami tuturkan sepanjang masa, teruatama ketika mengelarnya dengan gelaran ‘Mat Kambing’ atau mengusik tompok botak dikepalanya sebagai ‘kawasan pendaratan helikopter.’

Satu-satunya cenderahati yang beliau bawa pulang ialah Direktori Telipon Telekom Malaysia. Katanya dia sangat teruja membaca pelbagai jenis nama tiap bangsa dan etnik Malaysia yang tersenarai dalam direktori itu. ‘Membaca direktori telepon Malaysia, menghiburkan,’ katanya.

Kehadhiran Jeff Rushton sebagai Konsultan di PSRKSS secara langsung meninggalkan impak kepada aku, juga beberapa rakan penyiar lain-lain.

Nota Kaki:
Semasa anak sulungku Mohammad Nazli ketika itu beliau berumor 11 tahun, pertama kali kerumah sepupuku permastautin tetap di Mosman, Sydney; aku bekalkan beliau alamat Jeff Rushton dengan pesanan mengunjungi kediaman beliau. Sebulan Mohammad Nazli berada di Sydney, dan aku telah menerima surat panjang lebar dari Jeff Rushton menyatakan kegembiraannya menemui anakku itu.  Menurut ingatannya semasa dia berkunjung kerumah kami di Ampang Jaya, Mohammad Nazli masih saorang bayi kecil. 

Thursday, March 25, 2010

Menjelang 1 APRIL - 2

'Merah Jambu Merah'

Mulai 21 April 1966 Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah (PSRKSS), Radio Malaysia di lancarkan olih Menteri Pelajaran Encik Khir Johari. 


PSRKSS Radio Malaysia beroperasi dari studio di Jalan Sulaiman Kuala Lumpur. Pejabat operasi PSRKSS juga diperlengkap dengan 2 suite studio rakaman memenohi kawasan lantai bawah sabuah banglow lama bangunan kuarters 2 tingkat dalam kompleks The Malay Boy’s Hostel peninggalan Pentadbiran British Malaya.

Kawasan seluas hampir 2 ekar itu telah menempatkan bangunan The Malay Boy’s Hostel dan 2 bangunan kuarters, sabuah rumah besar 2 tingkat dan sabuah rumah 1 tingkat ( munkin kediaman warden dan pembantu waktu itu).

Keseluruhan bangunan The Malay Boy’s Hostel itu dijadikan ibupejabat Lembaga Pepereksaan Malaysia diketuai oleh Murad Mohd Noor (allahyarham Tan Sri), manakala bangunan bunglow kayu disabelahnya dikongsi antara Bahagian APPD (Alat Pandang Dengar) Kementerian Pelajaran bertempat dilantai atas dan ibupejabat PSRKSS, Radio Malaysia di tingkat bawah.

Bangunan Kuarters 1 tingkat yang lagi situ, tidak digunakan walaupun telah dibaik pulih. Kabarnya rumah itu berhantu. Benarkah? Wallahualam. Sepanjang hampir 5 tahun saya bertugas di situ, bangunan itu memang tidak sekalipun digunakan.

Kami 40 anggota dari Ketua, 4 Pengelola Rancangan, Empat Penerbit Eksekutif, Saorang Konsultan dari ABC-Australia, para Penerbit serta kakitangan khidmat bantuan, lebih sanggup duduk bersesak-sesak diruang pejabat seluas 4000 kaki persegi. Tidak ada sebarang usaha berpindah kebangunan kosong itu.

(Saorang Mamak gerai Teh Tarik pernah dipelawa menempatkan operasi kantinnya secara percuma di banglow 1 tingkat itu. Dia senang mencuba, tapi kemundiannya dia memilih untuk beroperasi dipangkal pokok angsana dihalaman kuarters tersebut. Munkinkah Mamak beranak satu itu, telah diusir keluar oleh penunggu kuarters tersebut, sukar untuk ditentukan. Mamak Maidin itu satrusnya lebih senang merebus air dan menyediakan mee rojak dari gerainya di bawah pokok Angsana itu)

2 Studio Suites: Studio A dilengkapkan kemudahan untuk rakaman program genre Drama & Hiburan dan Studio B untuk rakaman biasa. Dari pagi hingga malam kedua studio ini selalu sebuk mengendalikan rakaman penerbitan rancangan-rancangan pendidikan dalam 4 bahasa: Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Lebih 30 siri rancangan pendidikan radio dalam 4 aliran Bahasa untuk murid-murid Sekolah Rendah, juga Menengah diterbit dan keduara tiap minggu penggal persekolahan.

Sabelumnya School Broadcasting Service berpunca dari Radio Singapura. Kerajaan membayar Radio Singapura sajumlah RM300,00 untuk siarannya ke Semenanjung Tanah Melayu. Negeri-negeri Sarawak dan Sabah sedia mempunyai SBS sendiri. Saterusnya PRSKSS berpindah ke Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak meneruskan operasi mereka secara hakiki.

Perpindahan Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah oleh Radio Malaysia dari ibupejabat dan studionya dari Singapura ke Kuala Lumpur ini secara langsung telah membuka ruang untuk saya memajukan kerjaya sebagai pendidik dan penyiar Radio.

Rata-rata eksekutif Perancangan dan Penerbitan Rancangan SRKK-Radio Malaysia dilantik dari mereka yang mempunyai kelulusan dan pengalaman keguruan. Ketua PSRKK Mokhtar Daud (allahyarham) bekas guru lulusan Brinsford, London, sementara Amir Hamzah Shamsuddin (guru Lulusan SITC & LI dan sasterawan tanah air), D.Gefforeyt, Krishnan dan Pang Chick Fee mengepalai 4 Bahagian: Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina. Pada bulan Oktober tahun penubuhannya 4 pegawai eksekutif baru: AzizAbas, Yahya Longchik, Chen Then Shoong dan K.Narayanan bagi melengkapkan lagi pasukan perancangn, disamping perlantikan terus beberapa Penerbit Sambilan dan ramai Pembantu Siaran yang dipinjamkan dari ibupejabat Radio Malaysia, Kuala Lumpur.

Jika nak disamakan dengan semangat 1 MALAYSIA sekarang ini, diruang pejabat seluas 4000 kaki persegi di Jalan Sulaiman itulah wujud kesebatian mencanai 1 matlamat pembelajaran pendidikan ilmu dan moral secara sepadu untuk disiarkan kepada 4 aliran pendidikan rendah di seluruh Negara, walau secara hakikinya, fungsi Perkhidmatan Siaran Ke Sekolah-Sekolah ini cuma menyediakan pendidikan alternative kepada murid-murid di bilik darjah dan tidak sama sekali dikawal selia terus oleh Kementerian Pelajaran waktu itu.

Rancangan-rancangan pendidikan terbitan Studio Radio Malaysia di Jalan Sulaiman ini telah saterusnya menguasai 4 rangkaian Nasional Radio Malaysia’. Berjaya menerap masuk kedalam karikulum pendidikan di bilik-bilik darjah dipelbagai aliran pendidikan perdana Negara.

Menyediakan rancangan pendidikan untuk menembusi pembelajaran dibilik darjah bukan satu perkara yang mudah. Sukar untuk menyakinkan guru-guru sekolah membawa program kami kedalam bilik-bilik darjah, walaupun pada waktu itu majority sekolah di bekalkan kerajaan dengan peti radio.

Munkin barangkali kerana kualiti rancangan yang diterbitkan ‘sangat baik’ dan sesuai dengan karikulum pendidikan waktu itu, ia saterusnya senang diterima.

Maka ‘Signature Tune’ dari irama lagu MERAH JAMBU MERAH sedia memukau murid-murid dan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia tiap kali mula keudara jam 9.00 pagi dan jam 2 petang – empat jam sehari melalui 4 saluran Radio Malaysia.

Waktu itu lawati mana-mana sekolah rendah disemenanjung menjelang jam 9.00 pagi atau 2.00 petang, kelihatan murid-murid patuh beratur masuk bilik siaran radio dan dengan tertip mengambil tempat untuk mengikuti siaran pendidikan melalui radio.


Sunday, March 21, 2010

Menjelang 1 APRIL

Dinihari 22 Mac 2010, jam 12.12 SMS dari Presiden PVRTM: “Urgent – semua ajk dijemput ke mesy.khas n sesi fotografi dpej pvrtm pakaian lk kot – tk.pres,”

Aku terpinga. Waduuh. Hebat sekali mesyuarat kali ini, fikirku.

Persatuan Vateren?  Mesyuarat tergempar? Message dihantar waktu dinihari?

Aku bengung. Munkinkah itu satu gurauan dari Wak Helan?

“Esok? Apa hal?” segera ku pinta confirmation.

Beliau hantar SMS jam 5.13 pagi ini. Rengkas jawapan dari Helan. “Mesyuarat hari RTM dan sessi photografi AJK,” jawabnya.

1 April secara langsung telah di nobat sebagai Hari RTM. Semua kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia merayakan hari tersebut. Hingga tahun ini hampir genap 14 tahun bersara jawatan satelah 30 tahun di RTM, aku selalu teruja untuk mengalukan kahadhiran tarikh tersebut. Bukan untuk waspada diri akan kehadhiran hari April Fool. 

Tapi untuk sambut hari kelahiran RTM. Kebetulan tarikh kelahiran aku, juga tarikh perasaraan aku dari jawatan di RTM juga dalam minggu yang sama.

Maka apabila diminta merangka memorandum khas Persatuan Veteran RTM untuk diserahkan kepada YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tahun lepas, aku cadangkan tarikh tersebut dipilih dan istiharkan Kerajaan sebagai Hari Penyiaran Kebangsaan. Disamping itu aku cadangkan dikekalkan warna Jalur Gemilang sebagai warna rasmi saluran TV - RTM. 

Secara langsung aku telah terlibat dalam perbincangan untuk menentukan warna tubuh RTM sebagai Penyiar Publik samestinya dari warna Bendera Malaysia satu masa dahulu, kuathir akan dicekup oleh stesen Penyiaran Swasta yang sedang ghaerah diwawarkan penubuhannya waktu itu. Cadangan memasukkan kedalam rangka memorandum khas itu bertujuan untuk warna tuboh RTM itu tidak diubahsuai dalam pelbagai jenis ‘penjenamaan samula RTM’ yang galak dilakukan tiap kali ada Menteri baru dilantik mengapalai Kementerian Penerangan (kini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan).

Munkinkah cadangan PVRTM diistiharkan sebagai Hari Penyiaran Kebangsaan itu diterima Kerajaan? Dan pada 1 April 2010 ini akan di umumkan secara rasmi? Atau adakah aku hanya syok sendiri?

Sambil ku tulis catatan ini, aku teringat akan rangkap pantun lagu Melayu tradisional Melayu Nusantara - Merah Jambu Merah. Bagini bunyinya:

                        Merah Jambu Merah,
               Merah Dalam Raga,
                         Adik Jangan Marah.
                Abang Bergurau Aje…..

1hb April, Hari RTM bagi kami. Dan 1hb April bukannya hari April Fool saperti yang diingati ramai.


catatan:

Irama lagu “Merah Jambu Merah” pernah gah berkumandang disaluran Radio RTM. Munkin ramai pemimpin Negara masa kini yang dibesarkan dalam rentak irama lagu tersebut. Gah pada zaman itu, kini dah lama dilupakan dan berkubur tanpa tanda. Tidak pernah disentuh dalam sebarang perbincangan atau ditulis di Journal RTM terbitan semasa dan sabelum ini.  Juga tidak ghaerah disebut oleh mereka (baik yang sudah berpangkat dan bergelar) yang pernah menempa kerjaya dan membesar dalam dakapannya satu waktu dulu. Cadang saya untuk tulis entiti RTM yang ini dalam ‘blogposting’ saya 1hb.April nanti. Insyaalah.



Friday, March 5, 2010

RASCOM iv

PILOT AZIZ


Kerana schedule tugasan yang ketat hari itu, aku tidak punya masa untuk berkenalan rapat dengan Pilot Aziz. Penerbangan 'stunt' lagak-ngerinya pagi itu, membuatkan aku rasa perlu berkawan rapat dengan beliau. Paling kurang bertanya kabar. 


Aku ada sebab untuk berbicara dengannya. Dalam tahun 1970 seorang juruterbang Alouette TLDM adik bos ku telah terhempas di kawasan  hutan Sarawak. Kejadian itu baru 2 tahun berlaku, munkin Pilot Aziz boleh menceritakan keadaan sebenarnya. Munkin Pilot Aziz kenal juruterbang yang malang itu. Munkin mereka rakan yang akrab. Dalam kejadian itu Pasukan Keselamatan mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa, kerana helikopter itu terjatuh kedalam kawasan gaung. Aku telah mengikuti kesah itu.


Kebetulan aku mula menyampaikan Berita Radio Malaysia siaran jam 11.00 peristiwa malang itu. Aku masih ingat bagaimana aku bersusah payah berulang kali berlatih menyebut perkataan helikopter alouette, jenis helikopter yang jatoh terhempas itu. Sebagai Pembaca Berita baru di Radio Malaysia tiap kali keudara, penyampaian kami dipantau pelbagai pihak dan dinilai. Kesahihan sebutan salah satu faktor yang penting. 


Waktu itu aku samasekali tidak sangka, pilot yang malang itu adik bos aku - Amir Hamzah Shamsuddin (allahyarham). Sekembali kapejabat, aku diberitau berita malang itu dari bos aku sendiri, mengesahkan pilot yang terlibat itu adiknya. Saterusnya kami mengikuti dari dekat rentetan drama kemalangan itu hingga kehari jenazah dibawa pulang ke Semenanjung dan disemadikan dengan penoh penghormatan negara. 


Fikirku, munkin kesah kemalangan itu dapat dikongsi bersama sekaligus merapatkan aku dengan Pilot Aziz. Munkin kemundian nanti aku akan berjaya mempengarohi beliau, untuk tidak membuat 'stunt' - lagak ngerinya saperti  yang kami lalui pagi itu, untuk penerangan kami saterusnya hari itu.

Bekali kutanya diriku. Mestikah aku mendekati Pilot Aziz? Bertanya, kenapa dia mengendalikan helikopter itu sademikian? Tidakke merbahaya terbang terlalu rendah hingga hampir mencecah bumi dalam kawasan keselamatan. Pada ketika-ketikanya dia memilih terbang antara rabung deretan pokok-pokok tinggi. Adakah itu satu 'taktical penerbangan halikopter tentera dalam kawasan keselamatan? Atau dia saja seronok melakukan cara penerbangan lagak ngeri itu untuk menakutkan kami, tanpa sadikitpun memikirkan risikonya. Munkin aku berhak minta penjelasan itu, walaupun pada dasarnya aku tidak berhak untuk mempersoalkan cara Pilot Aziz mengendalikan helikopternya itu. Itu bukan tugas aku. Aku dan krew RTM hanya penumpang untuk dibawa masuk kekawasan keselamatan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kami - menerbitkan satu dukumenteri Keselamatan saperti diarahkan Kerajaan. Saperti kami  Pilot Aziz juga menjalankan tugasan yang telah diamanahkan kepadanya. 


Atau munkinkah kerana aku tidak biasa naik helikopter rengan jenis alouette menyebabkan aku rasa cemas tanpa bersebab, senang menganggap cara Pilot Aziz mengendalikan pesawatnya itu sebagai 'stunt' - lagak ngeri. Sendiri-sendiri aku nilai kedudukan perkara itu.


Tugasan liputan pengambaran saterusnya membawa kami ke 'foward location' di Biawak dalam kawasan persempadanan Malaysia/Pointianak. Kem ini lebih kecil dari Kem di Lundu. Ia terletak di tengah-tengah hutan tebal. Dari udara hanya jelas kelihatan satu kawasan lapang tempat helikopter mendarat sahaja. Khemah pasokan keselamatan keseluruhannya tersembunyi di bawah tanah. Cuma 'command post' sahaja yang dapat dilihat. Kerana kedudukan keselamatan demikian itu, tidak ada pengambaran dalam Kem dibuat. Kami cuma rakamkan pengambaran pasukan keselamatan menjalankan rondaan dan beberapa rakaman temubual.


Kehadhiran krew RTM dari Kuala Lumpur menguja anggota tentera yang sedang bertugas di kem itu. Perkara yang pertama mereka tanya, adake kami bawa surat kabar. Mereka mendakwa telah putus hubungan dengan dunia luar, kecuali melalui surat dari keluarga yang dihantar ke-kem itu secara berkala. Sanaskah akhbar lusuh yang ada bersama kami, jadi bahan bacaan rebutan dikalangan mereka. 


Rata-rata mereka seronok bertemu kami. "Paling kurang dapat mengubat rindu." jelas mereka.


Menurut pegawai pemerintah, pasukannya telah berada di kem itu lebih 6 bulan menjalankan tugasan rondaan disepanjang sempadan. Terdapat beberapa Rumah Panjang di kawasan itu, dan urusan harian antara penduduk tempatan dengan peniaga yang datang dari Pointianak, selamanya melalui 'barter trading' sahaja. Risiko keselamatan amat tinggi, hatta kem kediaman pasukan keselamatan ini di dirikan tersembunyi di bawah tanah.


Sepanjang masa kami mengendalikan liputan pengambaran dan temuduga itu, Pilot Aziz hanya menunggu di halikopternya, bagaikan pemandu teksi sewa khas sedang menunggu penumpangannya singgah di kawasan membelibelah mewah. Patuh beliau menunggu kami di kawasan 'halipad' itu. Ku lihat dia kerap menggunakan peralatan komunikasi.


Hampir jam 4.00 petang Pilot Aziz memberi isyarat, masa telah sampai untuk kami terbang pulang. Halikopter perlu kembali ke depo di Kuching sabelum jam 6.00 petang. 


Dan ketika kami mengucapkan selamat tinggal kepada pegawai pemerintah dan kakitangan di kem Biawak itu, Pilot Aziz memberitau kami akan ancaman ribut taupan dan 'flight path' helikopter telah ditentukan untuk masuk keudara Kuching ikut arah laut. Penerbangan itu bahaya dan, kami diberi pilihan untuk tinggal bermalam di kem itu atau pulang merentas ribut dan hujan ka depo bersamanya. Kami pilih untuk pulang. Komandar Kem Biawak setuju dengan pilihan kami itu.


Mendung tebal jelas dilihat berarak dihadapan kami, ketika Pilot Aziz mengendalikan helikopter itu menuju arah laut. Sajurus helikopter itu sudah memasuki kawasan hujan mula-mula rintis kemundian lebat dengan angin bertiup kuat. Helikopter itu berbuai. Kami rasakan bagaikan sedang berada dalam buaian. Di luar Kilat dan petir mula sambar menyambar di hadapan dan di sekeliling kami. Kami kini benar-benar berada di tengah-tengah ribut berpetir dan hujan yang mengganas. Pemandangan 180 darjah dihadapan kami diselubungi tabir hujan dengan kilat sabung meyabung diikuti ledakan petir yang mengegarkan seluruh pesawat itu.


Pilot Aziz ku lihat serius mengendalikan Alouette itu. Penerbangan kali ini lebih ngeri dari 'stunt' yang dilakukannya pagi tadi itu. Pada banyak ketika aku kuathir Pilot Aziz telah mula hilang daya kawalan pada pesawat yang dikendalikannya, dan dia tidak punya kuasa untuk menstabilkannya. Cuma hatikecilku kuat menyakinkan aku untuk melupakan kekuathiranku itu, dan yakin Pilot Aziz cukup terlatih menerbangkan pesawat itu dengan selamatnya.


Saat yang paling genting  ketika helikopter kami melintasi ruang antara dua bukit yang tinggi dari arah laut. Goncangan helikopter itu kuat, rakus dan kasar dalam hujan, kilat dan petir yang terus menerus mengganas. Aku menunggu masa untuk terhempas di kawasan berbukit itu. 


Dengan sertamerta kemalangan helikopter Laftenan Komander Jalil Shamsuddin, dalam tahun 1970 itu menghantui fikiranku. Munkinkah sejarah akan berulang hari itu, kali ini melibatkan aku, Fong,Tim dan Seith bersama Pilot Aziz. Bibirku ta'renti beristirafar dan kupanjat doa kehadrath Allah untuk melindungi kami dari segala kemunkinan.


Alhamdullillah. Kira-kira 1 jam masa penerbangan, kami menghampiri Lapangan Terbang Kuching dan selamat mendarat dalam titisan hujan yang baru reda.


Kami rasa bertuah Pilot Aziz telah berjaya mengendalikan Helikopter Aloutte itu, penoh daya professional dan tanggungjawab. Ketika aku menjabat tangannya untuk mengucapkan terima kasih dan pengarhargaan kami, Pilot Aziz kilihat hanya melerek senyum, semacam satu tugasan hariannya telah selesai.


Kami sampai ke Hotel Ariff jam 7.00. Tanpa berkata apa-apa. Munkin pengalaman sengit yang kami lalui itu, membuatkan kami lebih banyak berfikir dari bersuara.

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.