Sunday, March 28, 2010

Menjelang 1 APRIL - 5

THE TEAM

Sebagai Penerbit Kanan saya mengepalai satu pasukan 5 kakitangan Penerbit.

‘Bersatu dan Bersekutu’ slogan yang sesuai bagi kami di PSRKSS. Ruang pejabat yang sempit dengan kemudahan yang sangat terhad tidak menghalang untuk maju. Jika waktu itu ada KPI (Key Performance Indicator) di Radio Malaysia, sudah tentu produktibiti PSRKSS mencatatkan tahap ‘performance’ paling menggalakkan walaupun ia baru ‘setahun jagung’ ditubuhkan.

Menerbitkan siri rancangan pendidikan ilimiah tugas yang sangat mencabar. Bukan senang untuk menyakinkan guru di sekolah-sekolah membawa pelajar-pelajar mereka mengikuti siaran radio dibilik darjah. Apatah rancangan yang disediakan, berupa pembelajaran alternative. Terpulang samaada guru-guru setuju terima atau sebaliknya. Mengendalikan bilik siaran di sekolah-sekolah juga tidak mudah. Guru-guru perlu buat persediaan membimbing murid-murid mereka mengikuti tiap detik program tersebut. Aktibiti pra dan paska siaran perlu dirancang sebaiknya untuk memberikan manfaat kepada satiap murid dan pelajar. Sukar untuk meyakinkan Guru-Guru melaksanakan ‘tugasan tambahan ini’ dari jadual mengajar hakiki mereka.

Bagi kami apabila ada guru yang sedia menggunakan program SRKSS bermakna SIRI program itu dapat tambahan 40 murid. Jika ada sekolah mendaftar akan bermakna SRKSS secara pukal menambah tambahan pendengar yang berjumlah munkin 300 murid. Purata rekod Bahagian Melayu sedia mempunyai 300 Sekolah Rendah dan 180 Sekolah Menengah berdaftar dengan PSRKSS, bermakna purata 20,000 penuntut mengikuti siri program dalam Bahasa Malaysia terbitan Bahagian Melayu sahaja. Jumlah ini dikira satu gagasan pendengar yang besar. Menjelang awal tahun kami membekalkan sajumlah besar naskah-naskah nota pelajaran kesekolah-sekolah yang berdaftar itu. Jumlahnya bertambah tahun demi tahun, apabila ada sekolah yang baru dapat kemudahan peralatan radio dari Kementerian Pelajaran dan sedia mengikuti siaran pendidikan radio terbitan PSRKSS.

Urusan perancangan dan penerbitan sedia terjadual menurut keperluan siaran. Tiap penerbit secara purata menerbitkan 2 siri rancangan tiap minggu hari persekolahan. Tajuk dan karikulum yang ditentukan mesti dipatuhi dan mesti keudara menurut tarikh dan jangkawaktunya.

Displin penerbitan yang ‘rigid’ mencabar daya kreatif dan kewibawaan tiap penerbit. Semua maukan siri program yang diterbitkan diminati bukan hanya oleh pendengan sasar dibangku-bangku sekolah, juga oleh pendengar radio dirumah-rumah, khusus oleh pelajar-pelajar yang mengambil pepereksaan STPM/HSC secara persendirian.

Matlamat dan hasrat itu kami dapati secara langsung telah tercapai.

Kudos kepada rakan penerbit pioneer: Yahya Awang (Allahyarham), Azizah Shahrin, Khairuddin Saidi, Mohd.Fadzli Yusoff (Datuk) dan Ibrahim Bachik (Datuk).


Friday, March 26, 2010

Menjelang 1 APRIL - 4

KETERAMPIALAN CENDIAKIAWAN 

Usaha mengisi kemerdekaan perlukan kesepaduan rakyat dalam apa jua bentuk pembangunan sosio ekonomi bangsa dan Negara. Munkin kerana keperluan sedemikian sedang membakar dada rakyat waktu itu. Masing-masing sedia menyumbang untuk kesejahteraan semua.

Kempen membasmi Kemiskinan, Buta Huruf, dan berbagai kempen pambangunan sicio-ekonomi rakyat oleh Kerajaan akur diterima serta patuh dilaksanakan. Tidak diwarwarkan, tiada kempen media, tiada roadshow dan potong memotong riben oleh Menteri. Segalanya dilaksanakan secara jujur, berhemah dan terancang. Pemimpin-pemimpin Negara waktu itu, mengenepikan kepentingan diri sendiri, berjuang bermatian membangunkan Negara.

Gulungan cendiakiawan pula tidak lokek memberikan pandangan, kerjasama dan bimbingan untuk merealisasikan hasrat tersebut, melalui pelbagai aktibiti projek menurut kepakaran masing-masing. Itu yang dapat aku rasai semasa berkhidmat di PSRKSS antara 1967 hingga 1971 lima tahun pertama kewujudannya.

Sepanjang 5 tahun pertama itu PSRKSS telah menapak gagah, bangun mengorak langkah. Mula keudara dengan hanya menerbitkan siri-siri rancangan Cerita dan Musik untuk kanak-kanak di Sekolah Rendah. Kemundian itu secara mendadak aktibitinya meningkat kepada usaha-usaha penerbitan siri-siri rancangan ilmu untuk Pelajar-Pelajar Menengah Atas dan Pra-Universiti. Bagitu cepat ia berkembang dan bagitu berjaya siarannya menubuhkan gagasan pendengar dari di bangku-bangku Sekolah Rendah, Menengah, Menengah Atas dan Pra Universiti itu. 


Semacam 2 fakulti pendidikan telah tertubuh, khususnya di Bahgian Melayu, PRSKSS waktu itu.

Tulisan ini berkisar pada sumbangan cendiakiawan Melayu di Bahagian Melayu, PSRKSS. Sebagai Pengelola Rancangan/Penerbit Eksekutif saya telah secara langsung terlibat dalam pelaksanaan tiap projek dari peringkat penubuhan Panel Subjek, sahingga kepada pengurusan penerbitan siri-siri rancangan yang melibatkan kumpulan professional tertentu sebagai tenaga pakar.

Sepanjang masa itu Bahagian Melayu berbangga dapat sumbangan pukal dari cendiakawan Melayu terbilang yang berada di Lembah Kelang saperti Ungku Aziz (Professor Di Raja UM), Rafidah Aziz – (Tan Sri) – Pensyarah Ekonomi UM, Dr.Atan Long (Prof.) – Penulis dan Sastrawan UM, Koo Kay Kim (Prof Emeratus) - Ahli Sejarah UM, Yahya Ismail - Pengkritik Sastera DBP, Noor Azam (Dato’) – Ahli Bahasa dan Sastrawan DBP), Prof. Ismail Hussein (Tan Sri) – Sastrawan dan Budayawaan UM, Omar Yusus -Sastrawan/Pensyarah UM, Adibah Amin - sastrawan/wartawan NST), Azah Aziz - wartawan/budayawan NST, Prof.Awang Had Salleh (Dato’) – Professor/Sastrawan/Ahli Pendidik), Dr.Ahmad Salleh - Pensyarah Bahasa UM, Dr.Tajuddin Jali dan Dr. Raja Fauziah Tun Uda - pakar Kerjaya MARA, kebanyakkannya cendiakiawan ikon dari Universiti Malaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MARA.

Saban minggu halaman pejabat Bahagian Melayu dan Studio B rancak menerima kedatangan cendiakawan pakar merakamkan kuliah dan perbincangan ilimiah dalam pelbagai siri rancangan pendidikan untuk pelajar-pelajar dalam Tingkatan Menengah Atas dan Pra Universiti melalui siri-siri Pelajaran Ekonomi, Sastera, Bahasa Malaysia, Sejarah dan kerjaya. Siri-siri ini diterbitkan khusus untuk calun-calun sekolah dan individu yang menduduki Pepereksaan STP/HSC atas kesedaran kurangnya guru-guru pakar dan pembimbing dalam subjek-sebjek tertentu (di sekolah-sekolah) waktu itu.

Professional dan trampil mereka ini menyumbangkan kepakaran masing-masing. Kepakaran mereka secara langsung telah mengangkat kualiti rancangan pendidikan radio ketahap penyampaian berkualiti tinggi dan berkesan.

Semacam pembabitkan gulungan cerdik pandai ini tercetus secara pukal dan terjurus, bagaikan diarah oleh satu gagasan tuntutan keperluan yang mesti dipatuhi. Itu yang aku rasakan hingga kehari ini, walaupun jangkawaktu 5 tahun di PSRKSS itu telah 4 dekad berlalu.

Mereka sedia menyumbang tanpa mengenal jalan buntu atau mempersoalkan imbuhan. Keterampilan mereka itu, menjadi kenangan manis buatku selamanya…… munkin juga oleh rakan-rakan Penerbit Rancangan, di Bahagian Melayu, PSRKSS waktu itu.

Menjelang 1 APRIL 3

KONSULTAN DARI AUS

Dia keturunan ‘Mat Salleh’, tapi susuk badannya tidak tinggi lampai macam kebanyakkan ‘Orang Putih’ yang biasa kita kenali. Orangnya tegap. Pendek.  Tingginya macam kebanyakkan penduduk Malaysia - lebihkurang 5 kaki 4 inci.

Dia saorang konsultan. Pakarunding Program Radio Pendidikan, didatangkan khas dari Australia. Tugasnya untuk membantu PSKSS mencapai matlamatnya sebagai penyiar rancangan pendidikan radio yang berwibawa.

1 tahun satengah dia berkhidmat di PSRKSS. Sebagai saorang konsultan dia banyak membuat penyelidikan dan menulis laporan. Dia juga kerap mengendalikan kursus singkat kepada kakitangan penerbitan dan melawat ke-sekolah-sekolah. 

Kami di Perkhidmatan Melayu beri dia nama jolokan ‘Mat Kambing’, munkin kerana Australia terkenal dengan eksport kambing biri-birinya.

Namanya Jeff Rushton. Beliau menumpang pejabat di Bilik D.Geofrey, Pengelola Rancangan Inggeris. Secara langsung kakitangan penerbitan di Bahagian Inggeris lebih rapat dengan Jeff Rushton dari kami di Bahagian Melayu.

Apapun, manusia Jeff Rushton ini berhemah orangnya. Tiap kali masuk pejabat, dengan penoh senyum dia memberi ucap selamat kepada kami, walaupun ada kalangan kakitangan dari Bahagian Melayu saja-saja membalas salamnya dengan ungkapan ‘kawasan pendaratan helicopter - dah sampai.’ Ini kerana kepala Jeff Rushton botak ditengah. Pun bagitu Jeff Rushton tetap memberikan senyumnya kepada kami.

Sebagai salah saorang Penerbit Kanan aku acapkali bermesyuarat dan melawat sekolah bersama Jeff Rushton, sampai ke Kedah kami melawat. Perhubungan kami agak rapat. Ada kalanya di hujung minggu Jeff Rushton membawa isteri dan anak lelakinya kekediaman kami di Ampang Jaya.

Jangkamasa perkhidmatan Jeff Rushton di PSRKSS berakhir 18 bulan kemundian. Beliau telah berangkat kembali ke ABC,Sydney, Australia. Tidak ada jamuan perpisahan secara besar-besaran atau sumbangan cenderahati kami beri untuk perpisahannya.

Kemundian dari Sydney Jeff Rushton mengutus surat ucapan terima kasih kepada kami, disamping menyatakan betapa bertuahnya beliau dan keluarga berpeluang tinggal dan berkhidmat sengkat di Malaysia. Katanya beliau sangat hormat dengan penduduk-penduduk Malaysia yang beliau temui. Semua mereka berhemah tinggi.

Surat itu beliau tulis tangan dalam Bahasa Indonesia yang baik. Kami terkejut, bahawa selama ini Jeff Rushton celek Bahasa Indonesia, dan pada pengamatan kami beliau samestinya faham Bahasa Malaysia yang kami tuturkan sepanjang masa, teruatama ketika mengelarnya dengan gelaran ‘Mat Kambing’ atau mengusik tompok botak dikepalanya sebagai ‘kawasan pendaratan helikopter.’

Satu-satunya cenderahati yang beliau bawa pulang ialah Direktori Telipon Telekom Malaysia. Katanya dia sangat teruja membaca pelbagai jenis nama tiap bangsa dan etnik Malaysia yang tersenarai dalam direktori itu. ‘Membaca direktori telepon Malaysia, menghiburkan,’ katanya.

Kehadhiran Jeff Rushton sebagai Konsultan di PSRKSS secara langsung meninggalkan impak kepada aku, juga beberapa rakan penyiar lain-lain.

Nota Kaki:
Semasa anak sulungku Mohammad Nazli ketika itu beliau berumor 11 tahun, pertama kali kerumah sepupuku permastautin tetap di Mosman, Sydney; aku bekalkan beliau alamat Jeff Rushton dengan pesanan mengunjungi kediaman beliau. Sebulan Mohammad Nazli berada di Sydney, dan aku telah menerima surat panjang lebar dari Jeff Rushton menyatakan kegembiraannya menemui anakku itu.  Menurut ingatannya semasa dia berkunjung kerumah kami di Ampang Jaya, Mohammad Nazli masih saorang bayi kecil. 

Thursday, March 25, 2010

Menjelang 1 APRIL - 2

'Merah Jambu Merah'

Mulai 21 April 1966 Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah (PSRKSS), Radio Malaysia di lancarkan olih Menteri Pelajaran Encik Khir Johari. 


PSRKSS Radio Malaysia beroperasi dari studio di Jalan Sulaiman Kuala Lumpur. Pejabat operasi PSRKSS juga diperlengkap dengan 2 suite studio rakaman memenohi kawasan lantai bawah sabuah banglow lama bangunan kuarters 2 tingkat dalam kompleks The Malay Boy’s Hostel peninggalan Pentadbiran British Malaya.

Kawasan seluas hampir 2 ekar itu telah menempatkan bangunan The Malay Boy’s Hostel dan 2 bangunan kuarters, sabuah rumah besar 2 tingkat dan sabuah rumah 1 tingkat ( munkin kediaman warden dan pembantu waktu itu).

Keseluruhan bangunan The Malay Boy’s Hostel itu dijadikan ibupejabat Lembaga Pepereksaan Malaysia diketuai oleh Murad Mohd Noor (allahyarham Tan Sri), manakala bangunan bunglow kayu disabelahnya dikongsi antara Bahagian APPD (Alat Pandang Dengar) Kementerian Pelajaran bertempat dilantai atas dan ibupejabat PSRKSS, Radio Malaysia di tingkat bawah.

Bangunan Kuarters 1 tingkat yang lagi situ, tidak digunakan walaupun telah dibaik pulih. Kabarnya rumah itu berhantu. Benarkah? Wallahualam. Sepanjang hampir 5 tahun saya bertugas di situ, bangunan itu memang tidak sekalipun digunakan.

Kami 40 anggota dari Ketua, 4 Pengelola Rancangan, Empat Penerbit Eksekutif, Saorang Konsultan dari ABC-Australia, para Penerbit serta kakitangan khidmat bantuan, lebih sanggup duduk bersesak-sesak diruang pejabat seluas 4000 kaki persegi. Tidak ada sebarang usaha berpindah kebangunan kosong itu.

(Saorang Mamak gerai Teh Tarik pernah dipelawa menempatkan operasi kantinnya secara percuma di banglow 1 tingkat itu. Dia senang mencuba, tapi kemundiannya dia memilih untuk beroperasi dipangkal pokok angsana dihalaman kuarters tersebut. Munkinkah Mamak beranak satu itu, telah diusir keluar oleh penunggu kuarters tersebut, sukar untuk ditentukan. Mamak Maidin itu satrusnya lebih senang merebus air dan menyediakan mee rojak dari gerainya di bawah pokok Angsana itu)

2 Studio Suites: Studio A dilengkapkan kemudahan untuk rakaman program genre Drama & Hiburan dan Studio B untuk rakaman biasa. Dari pagi hingga malam kedua studio ini selalu sebuk mengendalikan rakaman penerbitan rancangan-rancangan pendidikan dalam 4 bahasa: Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Lebih 30 siri rancangan pendidikan radio dalam 4 aliran Bahasa untuk murid-murid Sekolah Rendah, juga Menengah diterbit dan keduara tiap minggu penggal persekolahan.

Sabelumnya School Broadcasting Service berpunca dari Radio Singapura. Kerajaan membayar Radio Singapura sajumlah RM300,00 untuk siarannya ke Semenanjung Tanah Melayu. Negeri-negeri Sarawak dan Sabah sedia mempunyai SBS sendiri. Saterusnya PRSKSS berpindah ke Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak meneruskan operasi mereka secara hakiki.

Perpindahan Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah oleh Radio Malaysia dari ibupejabat dan studionya dari Singapura ke Kuala Lumpur ini secara langsung telah membuka ruang untuk saya memajukan kerjaya sebagai pendidik dan penyiar Radio.

Rata-rata eksekutif Perancangan dan Penerbitan Rancangan SRKK-Radio Malaysia dilantik dari mereka yang mempunyai kelulusan dan pengalaman keguruan. Ketua PSRKK Mokhtar Daud (allahyarham) bekas guru lulusan Brinsford, London, sementara Amir Hamzah Shamsuddin (guru Lulusan SITC & LI dan sasterawan tanah air), D.Gefforeyt, Krishnan dan Pang Chick Fee mengepalai 4 Bahagian: Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina. Pada bulan Oktober tahun penubuhannya 4 pegawai eksekutif baru: AzizAbas, Yahya Longchik, Chen Then Shoong dan K.Narayanan bagi melengkapkan lagi pasukan perancangn, disamping perlantikan terus beberapa Penerbit Sambilan dan ramai Pembantu Siaran yang dipinjamkan dari ibupejabat Radio Malaysia, Kuala Lumpur.

Jika nak disamakan dengan semangat 1 MALAYSIA sekarang ini, diruang pejabat seluas 4000 kaki persegi di Jalan Sulaiman itulah wujud kesebatian mencanai 1 matlamat pembelajaran pendidikan ilmu dan moral secara sepadu untuk disiarkan kepada 4 aliran pendidikan rendah di seluruh Negara, walau secara hakikinya, fungsi Perkhidmatan Siaran Ke Sekolah-Sekolah ini cuma menyediakan pendidikan alternative kepada murid-murid di bilik darjah dan tidak sama sekali dikawal selia terus oleh Kementerian Pelajaran waktu itu.

Rancangan-rancangan pendidikan terbitan Studio Radio Malaysia di Jalan Sulaiman ini telah saterusnya menguasai 4 rangkaian Nasional Radio Malaysia’. Berjaya menerap masuk kedalam karikulum pendidikan di bilik-bilik darjah dipelbagai aliran pendidikan perdana Negara.

Menyediakan rancangan pendidikan untuk menembusi pembelajaran dibilik darjah bukan satu perkara yang mudah. Sukar untuk menyakinkan guru-guru sekolah membawa program kami kedalam bilik-bilik darjah, walaupun pada waktu itu majority sekolah di bekalkan kerajaan dengan peti radio.

Munkin barangkali kerana kualiti rancangan yang diterbitkan ‘sangat baik’ dan sesuai dengan karikulum pendidikan waktu itu, ia saterusnya senang diterima.

Maka ‘Signature Tune’ dari irama lagu MERAH JAMBU MERAH sedia memukau murid-murid dan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia tiap kali mula keudara jam 9.00 pagi dan jam 2 petang – empat jam sehari melalui 4 saluran Radio Malaysia.

Waktu itu lawati mana-mana sekolah rendah disemenanjung menjelang jam 9.00 pagi atau 2.00 petang, kelihatan murid-murid patuh beratur masuk bilik siaran radio dan dengan tertip mengambil tempat untuk mengikuti siaran pendidikan melalui radio.


Sunday, March 21, 2010

Menjelang 1 APRIL

Dinihari 22 Mac 2010, jam 12.12 SMS dari Presiden PVRTM: “Urgent – semua ajk dijemput ke mesy.khas n sesi fotografi dpej pvrtm pakaian lk kot – tk.pres,”

Aku terpinga. Waduuh. Hebat sekali mesyuarat kali ini, fikirku.

Persatuan Vateren?  Mesyuarat tergempar? Message dihantar waktu dinihari?

Aku bengung. Munkinkah itu satu gurauan dari Wak Helan?

“Esok? Apa hal?” segera ku pinta confirmation.

Beliau hantar SMS jam 5.13 pagi ini. Rengkas jawapan dari Helan. “Mesyuarat hari RTM dan sessi photografi AJK,” jawabnya.

1 April secara langsung telah di nobat sebagai Hari RTM. Semua kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia merayakan hari tersebut. Hingga tahun ini hampir genap 14 tahun bersara jawatan satelah 30 tahun di RTM, aku selalu teruja untuk mengalukan kahadhiran tarikh tersebut. Bukan untuk waspada diri akan kehadhiran hari April Fool. 

Tapi untuk sambut hari kelahiran RTM. Kebetulan tarikh kelahiran aku, juga tarikh perasaraan aku dari jawatan di RTM juga dalam minggu yang sama.

Maka apabila diminta merangka memorandum khas Persatuan Veteran RTM untuk diserahkan kepada YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tahun lepas, aku cadangkan tarikh tersebut dipilih dan istiharkan Kerajaan sebagai Hari Penyiaran Kebangsaan. Disamping itu aku cadangkan dikekalkan warna Jalur Gemilang sebagai warna rasmi saluran TV - RTM. 

Secara langsung aku telah terlibat dalam perbincangan untuk menentukan warna tubuh RTM sebagai Penyiar Publik samestinya dari warna Bendera Malaysia satu masa dahulu, kuathir akan dicekup oleh stesen Penyiaran Swasta yang sedang ghaerah diwawarkan penubuhannya waktu itu. Cadangan memasukkan kedalam rangka memorandum khas itu bertujuan untuk warna tuboh RTM itu tidak diubahsuai dalam pelbagai jenis ‘penjenamaan samula RTM’ yang galak dilakukan tiap kali ada Menteri baru dilantik mengapalai Kementerian Penerangan (kini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan).

Munkinkah cadangan PVRTM diistiharkan sebagai Hari Penyiaran Kebangsaan itu diterima Kerajaan? Dan pada 1 April 2010 ini akan di umumkan secara rasmi? Atau adakah aku hanya syok sendiri?

Sambil ku tulis catatan ini, aku teringat akan rangkap pantun lagu Melayu tradisional Melayu Nusantara - Merah Jambu Merah. Bagini bunyinya:

                        Merah Jambu Merah,
               Merah Dalam Raga,
                         Adik Jangan Marah.
                Abang Bergurau Aje…..

1hb April, Hari RTM bagi kami. Dan 1hb April bukannya hari April Fool saperti yang diingati ramai.


catatan:

Irama lagu “Merah Jambu Merah” pernah gah berkumandang disaluran Radio RTM. Munkin ramai pemimpin Negara masa kini yang dibesarkan dalam rentak irama lagu tersebut. Gah pada zaman itu, kini dah lama dilupakan dan berkubur tanpa tanda. Tidak pernah disentuh dalam sebarang perbincangan atau ditulis di Journal RTM terbitan semasa dan sabelum ini.  Juga tidak ghaerah disebut oleh mereka (baik yang sudah berpangkat dan bergelar) yang pernah menempa kerjaya dan membesar dalam dakapannya satu waktu dulu. Cadang saya untuk tulis entiti RTM yang ini dalam ‘blogposting’ saya 1hb.April nanti. Insyaalah.



Friday, March 5, 2010

RASCOM iv

PILOT AZIZ


Kerana schedule tugasan yang ketat hari itu, aku tidak punya masa untuk berkenalan rapat dengan Pilot Aziz. Penerbangan 'stunt' lagak-ngerinya pagi itu, membuatkan aku rasa perlu berkawan rapat dengan beliau. Paling kurang bertanya kabar. 


Aku ada sebab untuk berbicara dengannya. Dalam tahun 1970 seorang juruterbang Alouette TLDM adik bos ku telah terhempas di kawasan  hutan Sarawak. Kejadian itu baru 2 tahun berlaku, munkin Pilot Aziz boleh menceritakan keadaan sebenarnya. Munkin Pilot Aziz kenal juruterbang yang malang itu. Munkin mereka rakan yang akrab. Dalam kejadian itu Pasukan Keselamatan mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa, kerana helikopter itu terjatuh kedalam kawasan gaung. Aku telah mengikuti kesah itu.


Kebetulan aku mula menyampaikan Berita Radio Malaysia siaran jam 11.00 peristiwa malang itu. Aku masih ingat bagaimana aku bersusah payah berulang kali berlatih menyebut perkataan helikopter alouette, jenis helikopter yang jatoh terhempas itu. Sebagai Pembaca Berita baru di Radio Malaysia tiap kali keudara, penyampaian kami dipantau pelbagai pihak dan dinilai. Kesahihan sebutan salah satu faktor yang penting. 


Waktu itu aku samasekali tidak sangka, pilot yang malang itu adik bos aku - Amir Hamzah Shamsuddin (allahyarham). Sekembali kapejabat, aku diberitau berita malang itu dari bos aku sendiri, mengesahkan pilot yang terlibat itu adiknya. Saterusnya kami mengikuti dari dekat rentetan drama kemalangan itu hingga kehari jenazah dibawa pulang ke Semenanjung dan disemadikan dengan penoh penghormatan negara. 


Fikirku, munkin kesah kemalangan itu dapat dikongsi bersama sekaligus merapatkan aku dengan Pilot Aziz. Munkin kemundian nanti aku akan berjaya mempengarohi beliau, untuk tidak membuat 'stunt' - lagak ngerinya saperti  yang kami lalui pagi itu, untuk penerangan kami saterusnya hari itu.

Bekali kutanya diriku. Mestikah aku mendekati Pilot Aziz? Bertanya, kenapa dia mengendalikan helikopter itu sademikian? Tidakke merbahaya terbang terlalu rendah hingga hampir mencecah bumi dalam kawasan keselamatan. Pada ketika-ketikanya dia memilih terbang antara rabung deretan pokok-pokok tinggi. Adakah itu satu 'taktical penerbangan halikopter tentera dalam kawasan keselamatan? Atau dia saja seronok melakukan cara penerbangan lagak ngeri itu untuk menakutkan kami, tanpa sadikitpun memikirkan risikonya. Munkin aku berhak minta penjelasan itu, walaupun pada dasarnya aku tidak berhak untuk mempersoalkan cara Pilot Aziz mengendalikan helikopternya itu. Itu bukan tugas aku. Aku dan krew RTM hanya penumpang untuk dibawa masuk kekawasan keselamatan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kami - menerbitkan satu dukumenteri Keselamatan saperti diarahkan Kerajaan. Saperti kami  Pilot Aziz juga menjalankan tugasan yang telah diamanahkan kepadanya. 


Atau munkinkah kerana aku tidak biasa naik helikopter rengan jenis alouette menyebabkan aku rasa cemas tanpa bersebab, senang menganggap cara Pilot Aziz mengendalikan pesawatnya itu sebagai 'stunt' - lagak ngeri. Sendiri-sendiri aku nilai kedudukan perkara itu.


Tugasan liputan pengambaran saterusnya membawa kami ke 'foward location' di Biawak dalam kawasan persempadanan Malaysia/Pointianak. Kem ini lebih kecil dari Kem di Lundu. Ia terletak di tengah-tengah hutan tebal. Dari udara hanya jelas kelihatan satu kawasan lapang tempat helikopter mendarat sahaja. Khemah pasokan keselamatan keseluruhannya tersembunyi di bawah tanah. Cuma 'command post' sahaja yang dapat dilihat. Kerana kedudukan keselamatan demikian itu, tidak ada pengambaran dalam Kem dibuat. Kami cuma rakamkan pengambaran pasukan keselamatan menjalankan rondaan dan beberapa rakaman temubual.


Kehadhiran krew RTM dari Kuala Lumpur menguja anggota tentera yang sedang bertugas di kem itu. Perkara yang pertama mereka tanya, adake kami bawa surat kabar. Mereka mendakwa telah putus hubungan dengan dunia luar, kecuali melalui surat dari keluarga yang dihantar ke-kem itu secara berkala. Sanaskah akhbar lusuh yang ada bersama kami, jadi bahan bacaan rebutan dikalangan mereka. 


Rata-rata mereka seronok bertemu kami. "Paling kurang dapat mengubat rindu." jelas mereka.


Menurut pegawai pemerintah, pasukannya telah berada di kem itu lebih 6 bulan menjalankan tugasan rondaan disepanjang sempadan. Terdapat beberapa Rumah Panjang di kawasan itu, dan urusan harian antara penduduk tempatan dengan peniaga yang datang dari Pointianak, selamanya melalui 'barter trading' sahaja. Risiko keselamatan amat tinggi, hatta kem kediaman pasukan keselamatan ini di dirikan tersembunyi di bawah tanah.


Sepanjang masa kami mengendalikan liputan pengambaran dan temuduga itu, Pilot Aziz hanya menunggu di halikopternya, bagaikan pemandu teksi sewa khas sedang menunggu penumpangannya singgah di kawasan membelibelah mewah. Patuh beliau menunggu kami di kawasan 'halipad' itu. Ku lihat dia kerap menggunakan peralatan komunikasi.


Hampir jam 4.00 petang Pilot Aziz memberi isyarat, masa telah sampai untuk kami terbang pulang. Halikopter perlu kembali ke depo di Kuching sabelum jam 6.00 petang. 


Dan ketika kami mengucapkan selamat tinggal kepada pegawai pemerintah dan kakitangan di kem Biawak itu, Pilot Aziz memberitau kami akan ancaman ribut taupan dan 'flight path' helikopter telah ditentukan untuk masuk keudara Kuching ikut arah laut. Penerbangan itu bahaya dan, kami diberi pilihan untuk tinggal bermalam di kem itu atau pulang merentas ribut dan hujan ka depo bersamanya. Kami pilih untuk pulang. Komandar Kem Biawak setuju dengan pilihan kami itu.


Mendung tebal jelas dilihat berarak dihadapan kami, ketika Pilot Aziz mengendalikan helikopter itu menuju arah laut. Sajurus helikopter itu sudah memasuki kawasan hujan mula-mula rintis kemundian lebat dengan angin bertiup kuat. Helikopter itu berbuai. Kami rasakan bagaikan sedang berada dalam buaian. Di luar Kilat dan petir mula sambar menyambar di hadapan dan di sekeliling kami. Kami kini benar-benar berada di tengah-tengah ribut berpetir dan hujan yang mengganas. Pemandangan 180 darjah dihadapan kami diselubungi tabir hujan dengan kilat sabung meyabung diikuti ledakan petir yang mengegarkan seluruh pesawat itu.


Pilot Aziz ku lihat serius mengendalikan Alouette itu. Penerbangan kali ini lebih ngeri dari 'stunt' yang dilakukannya pagi tadi itu. Pada banyak ketika aku kuathir Pilot Aziz telah mula hilang daya kawalan pada pesawat yang dikendalikannya, dan dia tidak punya kuasa untuk menstabilkannya. Cuma hatikecilku kuat menyakinkan aku untuk melupakan kekuathiranku itu, dan yakin Pilot Aziz cukup terlatih menerbangkan pesawat itu dengan selamatnya.


Saat yang paling genting  ketika helikopter kami melintasi ruang antara dua bukit yang tinggi dari arah laut. Goncangan helikopter itu kuat, rakus dan kasar dalam hujan, kilat dan petir yang terus menerus mengganas. Aku menunggu masa untuk terhempas di kawasan berbukit itu. 


Dengan sertamerta kemalangan helikopter Laftenan Komander Jalil Shamsuddin, dalam tahun 1970 itu menghantui fikiranku. Munkinkah sejarah akan berulang hari itu, kali ini melibatkan aku, Fong,Tim dan Seith bersama Pilot Aziz. Bibirku ta'renti beristirafar dan kupanjat doa kehadrath Allah untuk melindungi kami dari segala kemunkinan.


Alhamdullillah. Kira-kira 1 jam masa penerbangan, kami menghampiri Lapangan Terbang Kuching dan selamat mendarat dalam titisan hujan yang baru reda.


Kami rasa bertuah Pilot Aziz telah berjaya mengendalikan Helikopter Aloutte itu, penoh daya professional dan tanggungjawab. Ketika aku menjabat tangannya untuk mengucapkan terima kasih dan pengarhargaan kami, Pilot Aziz kilihat hanya melerek senyum, semacam satu tugasan hariannya telah selesai.


Kami sampai ke Hotel Ariff jam 7.00. Tanpa berkata apa-apa. Munkin pengalaman sengit yang kami lalui itu, membuatkan kami lebih banyak berfikir dari bersuara.

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.