Sunday, January 2, 2011

Menjelang 1 April 2011....Al-kisah 50 TAHUN ORKESTRA RTM

DIRGAHAYU ORKESTRA RTM

Sebagai penuntut IPT dalam tahun 1962, saya pernah berurusan dengan pihak Radio Malaya minta pinjam pita rakaman Malam Irama Melayu oleh Orkes Radio Malaya dan kebenaran menggunakan sebahgian rakaman musik terbitannya. Saterusnya saya telah gunakan sebahgian dari rakaman Medley lagu-lagu Melayu tradisional sebagai musik iringan pada Pementasan Diraja teater IBU KANDUNG hasil karya pertama saya sempena sambutan 50 tahun MPSI (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris-Tanjung Malim) pada tahun itu. 

Dari situ mula berputik minat dan penghormatan saya kepada hasil seni musik tanah air yang dizahirkan oleh Orkestra RTM. Tiapkali diadakan pementasan Malam Irama Melayu/Malam Irama Malaysia ( masa itu di Dewan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur) saya tetap akan ke Kuala Lumpur untuk menonton persembahan yang berprestej itu.

Ketika bertugas sebagai Pendidik di Negeri Terengganu, Pantai Timur (1963-1967) saya aktif sebagai aparentis seni teater melalui Kelab Darulihsan, satu-satunya badan budaya yang tersohor di Negeri Terengganu waktu itu. Kelab Darulihsan kerap mengadakan persembahan di Kuala Lumpur dan pernah bergabung dengan Persatuan Sariwana Singapura disatu persembahan di Panggung Victoria-Singapore. Artis pelakun dan penari Kelab Darulihsan juga pernah diberi penghormatan membintangi disamping mempersembahan tarian untuk filem cereka berjudul Cucu Datuk Merah terbitan Cathay Kris Singapore - 1964/1965.

Kami dari Kelab Darulihsan juga turut membantu seberapa termampu ketika Orkestra RTM mengadakan persembahan lawatan ke Kuala Terengganu dalam tahun 1964 disatu rakaman pementasan terbuka ditontoni oleh ribuan penonton. Penerbitnya Ahmad Merican (Tan Sri) dan Juruacaranya Wancik Daud (Hjh) juruhebah Radio Malaya Kota Bahru yang sangat popular di Pantai Timur waktu itu.

Sumber musik dalam tahun-tahun 1960/70/80han bagi Penerbitan RTM khususnya Drama dan Hiburan semata-mata dari khazanah hasil ciptaan music dari wadah cetusan Orkestra RTM, ciptaan pemusik tempatan mengiringi ikon-ikon penghibur pupolar tempatan melalui pertandingan-pertandingan Bintang Radio, Bakat TV, Bintang RTM.  Terlalu ramai jumlah artis dizahirkan RTM melalui pertandingan-pertandingan ini, dan berdekad lamanya Orkestra RTM mengharumi persada senimusik tanah air paska Merdeka. 


Makanya, Orkestra RTM satu legasi seni negara yang tidak harus diketepikan bagitu saja.

Keterbilangan dan keterampilan selamanya menjadikan Orkestra RTM sebagai tunggak – ‘flagship’ dan nadi untuk organisasi RTM dan Negara. Dalam hireachy RTM, Pemimpin dan pemusik Orkestra RTM diletakkan pada katagori perjawatan artis khusus, sangat berbedza dengan kedudukan kakitangan penerbitan seluruhnya. Pengiktirafan sadimikian ini, memberikan ruang untuk mereka berkarya. Sekaligus zahir satu kelompok pemusik tanah air yang berpengalaman dan berwibawa. 

Orkestra RTM, tidak kekok beraksi di pementasan persada global, tanpa hilang identity kebangsaannya.

Di persada musik tanah air, keterampilan Orkestra RTM terserlah, dari Persembahan Diraja (Royal Command Performances) yang berpristij sahingga kepada penampilan untuk tontonan rakyat jelata - nada dan musik Orkestra RTM tetap memukau deria penonton dan pendengarnya. 

Keyakinan ini sering saya cetuskan sepanjang karier 30 tahun (1966-1996)sebagai penjawat RTM dari Penerbit Radio dan TV sahingga saya bersara jawatan sebagai Pengarah Urusan Rancangan RTM tahun 1996. Secara peribadi saya bangga cadangan saya untuk menamakan Sakateriat dan Studio baru Orkestra RTM di kompleks Angkasapuri dengan nama RENTAK 50 sempena annivesary 50 tahun penubuhan RTM pada tanggal 1hb April - 3 hari sabelum saya bersara jawatan sebagai Pengarah Urusan Rancangan RTM - 4hb April 1996.

Pada hemat saya ORKESTRA RTM layak dianugerahkan anugerah DiRaja. Munkin gelaran ORKESTRA DIRAJA RTM satu penghormatan paling tinggi dan simbolik dari Kerajaan sebagai mengenang jasa-jasa 50 dekad kewujudannya mengharumi persada music Tanah Air, Serantau dan Global.

Selamat Menyambut 50 Tahun ORKESTRA RTM – 1961-2011.  

1 comment:

Anonymous said...

Tn Hj Aziz..
Usah dikenang perkara yang lalu..RTM hanya sesuai masuk Muzium dan Arkib saja..

Cuba hayati pantun ini:
George Town bergelar bandaraya
Francis Light menjadi raja,
Usah dikenang cerita yang lama,
terasa menitik si air mata.

Bukit Chuping gua berangin,
Banyak orang mengambil baja,
Putih kuning apa dok ingin,
ramai orang balik saja...!

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.