Saturday, January 1, 2011

MENJELANG 1 APRIL 2011 - Al-kisah..'SELASIHKU SAYANG'

Selasih Ku Sayang
Ramai peminat setia RTM dalam tahun-tahun 70han pernah didendangkan lagu Selasih Ku Sayang melalui pelbagai saluran Radio RTM waktu itu. Lagu tersebut adalah ciptaan dan gubahan Taib Osman (pemusik RTM) dengan lirik diilhamkan olih Zainal Abas (adik saya Juruhebah RTM waktu itu) dinyanyikan mantan Bintang Radio kebangaan Negeri Terengganu Saudara M.Ibrahim dengan gabungan suara olih biduanita Hafsah Zakaria. 
Kedua artis ini anak kelahiran negeri Terengganu. Biduan M.Ibrahim tinggal di Kuala Trengganu manakala biduanita Hafsah Zakaria di Kuala Brang, Ulu Terengganu. Kedua mereka pada waktu itu adalah artis regular Kombo RTM Kawasan Timur di Studio RTM Kuala Terengganu dibawah pimpinan Pemusik Taib Osman (Allahyarham).
-----
Menerbitkan drama tv dalam siri Panggung RTM tugasan yang sangat mencabar bagi saorang Penerbit/Pengarah TV. Siri Panggung RTM berupa 'Made For TV Movies' difilemkan dengan menggunakan sistem pengambaran filem ukuran 16 mm (sistem filem reversal atau negative). 
Siri Panggung RTM diwujudkan bagi mengatasi kekurangan cereka filem Melayu untuk saluran TV1-RTM waktu itu.
Waktu itu TV Malaysia masih dalam Hitam Putih - hatta penerbitan Panggung RTM Selasihku Sayang.
------
Naskah teleplay Selasihku Sayang telah saya tulis sendiri. Dipadankan dari naskah novel berjudul LUBUK MATI BERTIGA karya rakan penulis (wartawan dan ahli politik) Pantai Timur Alias Ali (Tan Sri). Waktu itu Alias Ali saorang Yang Berhormat - ahli parlimen mewakili kawasan Ulu Terengganu. Kesah LUBUK MATI BERTIGA berupa cerita rakyat yang dipercayai berlaku di Ulu Terengganu - kawasan parlimen yang di wakili beliau. 
Kebetulan Tan Sri sahabat lama saya. Kami pernah sama-sama seangkatan penulis Pantai Timur. Sama-sama berhijrah ke Kuala Lumpur pada pertengahan tahun 1960han. Beliau bertugas di Berita Harian dan saya di Radio Malaysia. Beliau telah dihantar ikut kursus Penulisan Kreatif dan Kewartawanan di luar negeri, manakala saya berkursus penyiaran di kota London. 
Perkenalan ini memudahkan saya mensesuaikan kandungan novel LUBUK MATI BERTIGA sebagai sabuah teleplay yang lengkap. Saterusnya saya beri judul SELASIHKU SAYANG.
-----
Allahyarham Taib Osman pula saorang pemusik kenalan lama. Kami pernah berjiran selang sepintu di perumahan Ampang Jaya semasa allahyarham menganggotai Orkestra RTM di Angkasapuri. 
Kami sangat serasi dan sangat menghormati antara satu sama lain. Bukan mudah untuk kenal rapat dengan saorang seniman saperti allahyarham. Munkin kerana kami 'collegue' dari RTM dan tinggal berjiran, sering lepak bersama berbincang bidang musik dan drama yang kami sama-sama minati, menjadikan keakraban itu persahabatan yang sebati.
Saya telah tidak ragu-ragu minta allahyarham Taib Osman mencipta, mengubah dan merakamkan lagu tema khusus untuk telemovie SelasihKu Sayang yang sedang saya rancang penerbitannya itu. Saterusnya saya minta adik saya Zainal Abas (saorang penyair, ketika itu bertugas di RTM Kuala Terengganu) menuliskan senikatanya. Naskah lengkap teleplay SELASIHKU SAYANG telah dikirimkan untuk penghayatan khusus kedua mereka.
Pengambaran telemovie Selasihku Sayang dilakukan dilokasi Ulu Terengganu - di bintangi oleh Ahmad Tamimi Seregar, Umar Abdullah, Noriah Abdullah (allahyarhamah) artis muda dari Singapura, Seniwati Umi Kalsum (Datin), Seniwati Normadiah( allahyarhamah) dan beberapa orang artis tempatan. Penerbitan tersebut saterusnya telah berjaya di siarkan di saluran TV1.
Lagu SelasihKu Sayang kemundiannya memenohi ruang udara radio RTM - dan waktu itu menduduki carta tertinggi buat beberapa minggu.
Kepopularan lagu tersebut telah menguja beberapa artis rakaman untuk merakamkan. Antara mereka bidunita Rafeah Buang (Datin) dan biduan Ahmad Jais (Dato'). Terdapat juga beberapa artis lain menyanyikan ciptaan tersebut melalui pelbagai persembahan Orkestra RTM, dan di beberapa persembahan pentas.
----
Secara peribadi saya sangat mengkagumi kejayaan allahyarham Taib Osman dan penulis lirik Zainal Abas yang bagitu serasi mengilhamkan pinciptaan SelasihKu Sayang, yang kini sinonim sebagai sabuah lagu rakyat dari Pantai Timur.




**Alfatihah untuk aruah Taib Osman.






4 comments:

Ahmad Ramli said...

Alhamdulillah, saya telah menemui asal usul Selasihku Sayang. Tujuan adalah untuk merakamkan semula lagu tersebut. Walaupun pernah dinyanyikan oleh Dato' Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang, namun saya akan lakukan secara solo dengan meninda senikatanya agar lebih signifikan dengan hasrat dan falsafah Selasihku Sayang. Ikhlas, Ahmad Ramli, Penyanyi Puisi "Katakan Padaku"

Ahmad Ramli said...

Ku siram selasih ku siramkan dihujung halaman
mengenangkan kasih aduh sayang yang aku tinggalkan
Ku tinggal kekasih ku tinggalakan di kampung halaman
kutanam selasih aduh sayang lambang percintaan
Hai muda bistari kasih yang ku rindu ku belai selalu intan
moga tak kan layu cinta yang abadi kekal dan abadi
Hai cendana dewi kau tetap ku kenang janganlah kau bimbang
ku tetapkan pulang disisimu sayang
membawa harapan
Ku siram selasih ku siramkan di hujung halaman
kutanam selasih aduh sayang lambang percintaan.

pak ngah said...

salam...
syukur sya pun dah jumpa ceria asal bagai mana kisah selasih ku sayang ini diterbitkan... selasih ku sayang diterbitkan ketika saya belasan tahun... blog ini sudah memberi penjelasan bagaimana ianya di hasilkan.... agak terkilan lagu asal jarang dimainkan... sering kedengaran yang di dendangkan oleh datok Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang.... 2 hari lepas ada disiarkan melalui radio klasik nasional... keindahan susunan musiknya... adunan instrument... imbangan suara penyanyi lelaki dan wanita... Aduh... terubat rasa rindu pada selasih ku sayang... agak terkilan juga dah lama cari dalam you tube lagu yang asal tak ada... terima kasih pada blogger...

ZULKIFLI said...

Namun lagu ini dirakam rompak oleh beberapa syarikat tanpa memberikan kredit kepada pencipta lagu dan penulis liriknya.

Loading...

About Me

My Photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.