Saturday, January 8, 2011

Menjelang 1 April 2011 - Skandal Seks RTM 1982

Al-Kisah 'The RTM Sex Scandal' - June 1982'

Saya masih ingat benar berita skandal seks yang telah dilemparkan terhadap anggota Penerbit RTM satu waktu 29 tahun dahulu. 
Berita itu telah disensasikan secara mendadak melalui pendedahan eksklusif penerbitan sulung sabuah tabloid baru - Mingguan Perdana keluaran minggu pertama June 1982. 
Saorang 'Penyanyi Kelab Malam' yang terkenal dengan lagak seksinya mendakwa 'beliau dan beberapa artis perempuan 'jelak jemu' dengan godaan seksual dari Sang Penerbit TV sebagai pra-syarat untuk muncul dalam rancangan-rancangan terbitan RTM.'
Walaupun pendedahan itu kurang mendapat perhatian dari kumpulan media perdana, secara langsung berita sensasi itu telah menimbulkan pelbagai fitnah dan kabar angin liar yang tidak kurang hebatnya. Desas-desus wujudnya godaan seks oleh karyawan Angkasapuri terus tersebar dan merebak luas bagaikan api dalam sekam. Kesah pelbagai skandal seks yang 'menjijikan' melibatkan kakitangan RTM saterusnya jadi buah mulut dan secara terang-terang dibincangkan disana sini. Langsung abbreviation huruf R.T.M - diberi 'tagline' dengan slogan jolokan: RTM - Rumah Tempat Maksiat'. 'Tagline' slogan baru ciptaan baru ini senang hinggap di bibir ramai, menyebabkan YB Menteri Penerangan sendiri segera mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menjelaskan pendedahan isu kes tersebut secara detail dalam masa yang terdekat.
Walaubagaimana pun tiada pengumuman atau penjelasan dari pejabat Menteri dibuat salepas itu. Menyebabkan YB Menteri pula difitnah terlibat dalam skandal yang sama, dan Kementerian dituduh cuba tutup (cover up) tersebut.  
Saterusnya di satu perhimpunan Wanita UMNO, YB Menteri Penerangan dipetik, memberi alasan sebab tiadanya penyiasatan polis dilakukan terhadap isu Skandal Seks RTM itu, kerana tidak ada lapuran Polis di buat oleh penuduh.
Penjelasan YB Menteri itu segera disokong oleh Presiden SENIMAN - satu-satunya pertubuhan NGO yang mewakili artis tanah air. Beliau menjelaskan bahawa 'isu tersebut telah selesai dan ditutup'. Menurut President SENIMAN itu, artis berkenaan penoh konfiden bahawa Kementerian Penerangan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menentukan keadilan kepada semua, walaupun saminggu sabelumnya artis itu telah terang-terang menuduh bahawa Kementerian Penerangan telah cuba 'cover-up' isu tersebut.
Majallah ASIAWEEK keluaran June 11, 1982 telah menyiarkan sabuah lapuran 'investigative' dengan judul 'Behind The Screen, a Sex Scandal'. Kulit depan issue Majallah ASIAWEEK keluaran June 11, itu telah sengaja dilampiran sahelai tempekkan kertas tambahan sebagai label tarikan khusus dengan kata-kata pengantar: 'The RTM Sex Scandal: What Really Happen!' dalam fon bersaiz besar berwarna putih, kuning dan hitam diatas latar berwarna merah. Senang memikat dan menguja pelanggan pelbacanya.
Di tempat-tempat artis santai di ibu negara berita sensasi itu terus rancak dibincang. Pelbagai pendedahan baru kononya benar wujud 'godaan seksual' oleh orang-orang Angkasapuri terhadap artis perempuan teruatama pendatang baru, terus jadi buah mulut dan gigih disensasikan. Walaupun terdapat penapian dikalangan satengah mereka, tiada pula ada yang berani tampil kemuka menyatakan penapian mereka itu.
Saban hari dalam beberapa minggu itu terdapat banjiran kehadhiran pemberita di foyer dan kantin-kantin RTM di Wisma Radio dan juga di Wisma TV - di Angkasapuri. Masing-masing inginkan peluang 'scoop' berita, mengharapkan ada pengumuman dari YB Menteri atau Kementerian. Yang paling menonjol antara mereka ini, pemberita dari Mingguan Perdana termasuk penulis ruang hiburan dari Majallah-Majallah Hiburan dan akhbar-akhbar perdana berbahasa Melayu.
Sepanjang waktu itu kakitangan Penerbitan RTM menghadapi krisis moral yang sangat mencabar; dihantui rasa hinadiri  dan 'maruah' kami tercemar - tanpa sebarang pembelaan dari pihak Jabatan maupun Kementerian. Di RTM waktu itu tidak ada badan bertindak atau Kesatuan Sekerja dalam Jabatan untuk dijadikan saluran membela diri. Sebagai kakitangan awam kami terikat dengan peraturan-peraturan pentadbiran jawatan. Sepanjang masa itu kami (teruatama Pegawai Penerbit TV) cuma mampu tebalkan muka, lupakan isu yang remeh-temeh itu, terus laksanakan tugas sebaik dan sejujur yang boleh, dengan keyakinan Allah SWT berada dan sentiasa melindungi pihak yang benar.
Terdapat kalangan Pemberita yang berkeliaran dipengkarangan Angkasapuri waktu itu, semacam terdesak untuk mendapatkan komen dari kami. Mereka akan gunakan pelbagai helah. Kononnya akhbar mereka dah dapat banyak pengakuan dari artis-artis yang mengaku secara bersumpah pernah digoda oleh Penerbit TV. Kononnya 'Kementerian dah ada lis 10 nama Pengawai yang terlibat. Akan keluarkan pada bila-bila masa. Mereka perlukan komen dan penapian dari kami sahaja untuk penerbitan mereka tidak dituduh 'berat sabelah'.
Dengan hanya berpegang teguh pada 'perintah 'am Kerajaan untuk penjawat awam) melarang mengeluarkan sebarang ulasan media tanpa kebenaran; makanya apapun bentuk ugutan dan daleh yang dilakukan oleh pemberita-pemberita tersebut tiada 'statement' yang berjaya mereka dapati dari kami.
___
Dan dalam kami di RTM cuba mencari punya timbulnya kekalutan dari pendedahan yang sensasi itu, terdapat desas-desus dikalangan warga Angkasapuri, pendedahan yang sangat menjijikan itu terhasil akibah rasa tidak puas hati saorang calun yang gagal terpilih ke jawatan sebagai Juruhebah di Radio RTM. Beliau kini mendapat tempat di tabloid baru itu, dan menggunakan kesempatan itu untuk membelas dendam. Apa benarkah perkara ini - wallahualam.
Apapun berita skendel seks itu telah meningkatkan jualan keluaran isu sulung MINGGUAN PERDANA dan Majallah ASIAWEEK keluaran June 11, 1982 - artikel pendedahan sensasi skendel seks RTM sebagai satu 'gimik pengiklanan' yang sangat berjaya.
___
Saya catatkan samula ulasan kesimpulan yang pendek tetapi padat dan bermaksud dari ruangan 'Content' muka 3 ASIAWEEK terhadap lapuran investigative panjang lebar yang disiarkan pada ruangan INTERNATIONAL AFFAIRS/ASIAWEEK issue yang sama.

Malaysia Hushes Up a Scandal
After female artistes complained that producers at  
Malaysia's state-owned television station had asked 
them for sexual favours, the public was expecting a 
spicy expose. But the government last week declared 
the matter closed. The artist accepted the decision - 
despite earlier claims of a cover-up.












....... Deme tuu nakal kan?



No comments:

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.