Thursday, January 13, 2011

Menjelang 1 April 2011 - Liputan awal RTM mengiringi jasad ALLAHYARHAM TUN - YAB Perdana Menterti Ke-2

 YAB Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Ke-2 telah kembali kerahmatullah pada 14hb.Januari 1976 di United Kingdom.
Pada petang hari minggu itu saya terima panggilan telepon dari rakan RTM - Pn Azizah Shahrin kira-kira jam 4.30 petang.Puan Azizah minta saya hubungi suaminya Sdra. Mohd Nor Padidin yang dipercayai sedang bertandang dirumah kawannya dalam kejiranan saya di Ampang Jaya.  
Waktu itu belum ada kemudahan HP peribadi, dan sambungan perhubungan telepon premis-premis kediaman awam juga sangat terhad. Suami Azizah adalah Pegawai Perhubungan, University Malaya. Beliau sedang dicari oleh bosnya - VC Prof Ungku Aziz. Secara jujur Azizah beritau saya akan berita sedih kambalinya kerahmatullah YAB Tun Abdul Razak. Cumanya pengumuman rasmi belum lagi dibuat oleh Kerajaan. Dan bersungguh Azizah minta saya rashiakan.
Sahingga pengumuman rasmi di buat, amat sukar bagi saya untuk berahsia pada sesuatu kejadian sapenting itu. Saya gelisah dan serbasalah, apabila desas desus berita kematian itu sudah mula merebak bagaikan api dalam sekam. Orang ramai mula bertanya. Terdapat juga kalangan jiran tetangga mendakwa penduduk Johore telah memetik berita kematian itu melalui Bulitin Radio dan TV Singapore serta siaran dari BBC Overseas Service. Malah ada yang terang-terang mendakwa sabuah tabloid di England telah menyiarkan obituary aruah Tun keluaran semalam. Dari sumber mana hamba-allah itu dapat berita tersebut, wallahualam.
Yang pasti mereka sangat teruja ingintau kesahihan berita kematian itu dan terang-terang mempersoalkan kenapa RTM masih membisu.    
Saya tidak punya jawapan pasti. Informasi yang saya terima hanya melalui saorang kawan. Selagi tiada pengumuman rasmi dari Kerajaan, sejujur boleh saya perlu simpan rashia itu. 
Saya ambil pendirian berita sademikian perlukan penapisan teliti, perlu melalui process protokal tertentu sabelum Kerajaan mengumumkan kepada rakyat jelata. Alhamdullillah penjelasan saya itu diterima.
------
Saterusnya pengumuman rasmi dari Tim Perdana Menteri, YAB Tun Hussein Onn disiarkan oleh semua saluran RTM lewat senja diikuti dengan siaran bacaan ayat-ayat suci Al'Qur'an. Baru saya berani menghubungi Angkasapuri untuk melaporkan diri.
Rakyat berkabung atas kematian pemimpin negara yang sangat mereka hormati itu. Kesedihan mengelubungi mereka. Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Ke-2, Bapa Pembangunan Negara meninggalkan kita pada waktu-waku kepimpinan Allahyarham sangat diperlukan rakyat jelata dari semua lapisan masyarakat. Allahyarham Tun meninggalkan kita lebih awal dari masanya. Rakyat tidak dapat menerima hakikat itu.
--------
RTM satu-satunya rangkaian media elektronik saluran Radio & Television awam - telah mengenepikan segala program berbentuk hiburan dan mengantikan dengan bacaan ayat-ayat suchi Al-Qur'an.
Siaran langsung saluran radio dan tv saterusnya dirancang bermula dari Jenazah Allahyarham sampai di Lapangan Terbang Antara Bangsa Subang kira-kira jam 11.00 pagi berikutnya. Liputan tersebut akan diteruskan sahingga jenazah sampai ke Kediaman Rasmi PM - menjelang Acara Penghormatan Negara di Bangunan Parlimen dan Pengkebumian di Makan Pahlawan Masjid Negara, Kuala Lumpur pada hari berikutnya.
Sabuah Secretariat Media telah ditubuhkan di Angkasapuri dan segala bentuk liputan siaran adalah dibawah pengawasan terus sabuah Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh YB Menteri dan Timbalannya, dengan dianggotai oleh Pegawai Pegawai Kanan Kementerian Penerangan dan Ketua-Ketua Jabatan di bawahnya.
Tugasan yang kami laksanakan itu 'fragile' dan sangat 'sensitif'. Mencabar kewibawaan kami sebagai penyiar negara. Tiap baris ulasan dan tiap bentuk liputan visual perlu dilaksana sebaiknya tanpa melanggar 'sensitiviti politik semasa' disamping memberikan ulasan fakta-fakta yang bernas dan bertanggungjawab.
Itulah pesanan yang saya terima apabila secara tiba-tiba saya diarahkan untuk membuat ulasan selari secara 'spontan' ketika kereta Jenazah akan melintasi Lebuh Raya Persekutuan berhadapan Angkasaputi, dari LTAS ke Kediaman Perdana Menteri pagi itu. Saya telah diarahkan untuk menyampaikan ulasan pengimbang pada suasana paparan visual liputan peringkat awal ketibaan jenazah Allahyarhan Tun dari London dari venue Lapangan Terbang Antarabangsa Subang yang baru disiarkan secara langsung itu.
Kebetulan Kereta Jenazah yang membawa pulang jasad Allahyarham Tun itu bukannya sabuah Kereta Jenazah khas untuk VVIP. Kenderaan itu hanya sabuah Kereta Jenazah biasa yang sudah separoh umor. Sangat tidak sesuai untuk membawa jenazah saorang pemimpin tertinggi negara. Itulah paparan visual awal yang diterima rakyat di seluruh negara melalui kaca television mereka.
Pelbagai pendapat pro dan kontra telah dibincang kesan dan akibahnya dan pendapat consensus kuat memperakukan bahawa kereta jenazah yang sudah berumor itu sangat tidak sesuai untuk membawa jasad Allahyarham Tun. Sakiranya kedudukan perkara tidak dijelaskan, ia berkemunkinan akan menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat jelata dan dijangkan akan dijadikan kontrovasi politik.
Tugasan itulah arahan yang saya terima pagi itu. Sangat berat untuk saya pikul. Tiba-tiba saya sudah berada di 'bilik hubungan tv' berbekalkan nota rengkas yang sempat saya catat dengan merujuk kandungan berita dan editorial akhbar-akhbar perdana keluaran hari itu. Bolihkah saya?
Kini visual konboi yang mengiringi Kereta Jenazah membawa pulang jasad Allahyarham Perdana Menteri sudah berada di Lebuh Raya Persekutuan. Akan melintas langsung depan Angkasapuri. Penduduk Kampung Kerinchi (kini Bangsar Selatan) dikawasan bersebelahan berupa sabuah perkampungan tradisi Melayu ibukota yang padat dengan rumah stinggan. Rakyat dari perkampungan ini sedang berpusu-pusu dibirai jalan hingga melimpah katengah Lebuh Raya Persekutuan. Dari Kampus Universiti Malaya terdapat sebilangan besar kumpulan pelajar. Kehadhiran mereka ini  menghalang kelancaran perjalan komboi yang mengiringi Kereta Jenazah itu.
Kini suasana pilu dan gambaran kesedihan rakyat terpampar secara langsung di kaca tv. Ia memberikan saya kekuatan untuk membuat ulasan komentar selari - segment hampir 20 minit perjalanan Kereta Jenazah melintasi Kampung Kerinci, melalui depan Angkasapuri dan terus Off Frame menuju arah bandar.
Komen saya.......' Kereta Jenazah sedang dipandu perlahan-lahan. Di sabelah kiri Kampung Kerinci tempat kediaman masyarakat Melayu setinggan,....di sabelah kanan Kampus Ilmu Universiti Malayu, menara gading tempat anak bangsa menerima pendidikan tinggi........pagi ini kedua-dua bentuk masyarakat yang sangat berbedza ini sejujurnya menyambut kepulangan jenazah pemimpin besar mereka. Rakyat sabuah negara Merdeka setara menangisi kembalinya kerahmatullah saorang pemimpin Negara yang sangat mereka kasihi,..................bla..bla..bla....' 
Saya susun ayat-ayat itu secara sempurna dengan mengenegahkan keperibadian Allahyarham sebagai pemimpin Rakyat, untuk rakyat dan senantiasa bersama rakyat...hattta Kereta Jenazah yang membawa jasadnya pulang dari luar negeri ketanah air itu.......sengaja menggunakan Kereta Jenazah yang disamapakai oleh rakyat jelata. Perlambangan pada satu pemaparan yang simbolik, keterampilan Allahyarham semasa hayatnya sebagai pemimpin rakyat melalui pelbagai kemajuan negara yang beliau cetuskan. Secara jujur dan dengan nada emosional saya tuturkan komentar saya itu. Saya akhir ulasan saya itu.."Esok satu penghormatan Negara bertempat di Bangunan Parliman dengan di ikuti Perarakan Jenazah dari Bangunan Parlimen ke Makam Pahlawan di Masjid Negara, selayak perarakan pemakaman saorang Ketua Negara yang merdeka dan berdaulat."
Alhamdullillah. Saya telah sempurnakan tugas yang diarahkan kepada saya pagi itu. Saya rasa bertuah apabila sebahgian dari liputan dan ulasan saya itu diterimapakai sebagai segmen Berita Perdana TV saterusnya.
--------
Alfatihah untuk YAB Tun Abdul Razak bin Hussein. Samoga Allah mencucuri rahmaNya keatas roh Allahyarham serta ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang soleh. Amin.

No comments:

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.