Sunday, March 21, 2010

Menjelang 1 APRIL

Dinihari 22 Mac 2010, jam 12.12 SMS dari Presiden PVRTM: “Urgent – semua ajk dijemput ke mesy.khas n sesi fotografi dpej pvrtm pakaian lk kot – tk.pres,”

Aku terpinga. Waduuh. Hebat sekali mesyuarat kali ini, fikirku.

Persatuan Vateren?  Mesyuarat tergempar? Message dihantar waktu dinihari?

Aku bengung. Munkinkah itu satu gurauan dari Wak Helan?

“Esok? Apa hal?” segera ku pinta confirmation.

Beliau hantar SMS jam 5.13 pagi ini. Rengkas jawapan dari Helan. “Mesyuarat hari RTM dan sessi photografi AJK,” jawabnya.

1 April secara langsung telah di nobat sebagai Hari RTM. Semua kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia merayakan hari tersebut. Hingga tahun ini hampir genap 14 tahun bersara jawatan satelah 30 tahun di RTM, aku selalu teruja untuk mengalukan kahadhiran tarikh tersebut. Bukan untuk waspada diri akan kehadhiran hari April Fool. 

Tapi untuk sambut hari kelahiran RTM. Kebetulan tarikh kelahiran aku, juga tarikh perasaraan aku dari jawatan di RTM juga dalam minggu yang sama.

Maka apabila diminta merangka memorandum khas Persatuan Veteran RTM untuk diserahkan kepada YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tahun lepas, aku cadangkan tarikh tersebut dipilih dan istiharkan Kerajaan sebagai Hari Penyiaran Kebangsaan. Disamping itu aku cadangkan dikekalkan warna Jalur Gemilang sebagai warna rasmi saluran TV - RTM. 

Secara langsung aku telah terlibat dalam perbincangan untuk menentukan warna tubuh RTM sebagai Penyiar Publik samestinya dari warna Bendera Malaysia satu masa dahulu, kuathir akan dicekup oleh stesen Penyiaran Swasta yang sedang ghaerah diwawarkan penubuhannya waktu itu. Cadangan memasukkan kedalam rangka memorandum khas itu bertujuan untuk warna tuboh RTM itu tidak diubahsuai dalam pelbagai jenis ‘penjenamaan samula RTM’ yang galak dilakukan tiap kali ada Menteri baru dilantik mengapalai Kementerian Penerangan (kini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan).

Munkinkah cadangan PVRTM diistiharkan sebagai Hari Penyiaran Kebangsaan itu diterima Kerajaan? Dan pada 1 April 2010 ini akan di umumkan secara rasmi? Atau adakah aku hanya syok sendiri?

Sambil ku tulis catatan ini, aku teringat akan rangkap pantun lagu Melayu tradisional Melayu Nusantara - Merah Jambu Merah. Bagini bunyinya:

                        Merah Jambu Merah,
               Merah Dalam Raga,
                         Adik Jangan Marah.
                Abang Bergurau Aje…..

1hb April, Hari RTM bagi kami. Dan 1hb April bukannya hari April Fool saperti yang diingati ramai.


catatan:

Irama lagu “Merah Jambu Merah” pernah gah berkumandang disaluran Radio RTM. Munkin ramai pemimpin Negara masa kini yang dibesarkan dalam rentak irama lagu tersebut. Gah pada zaman itu, kini dah lama dilupakan dan berkubur tanpa tanda. Tidak pernah disentuh dalam sebarang perbincangan atau ditulis di Journal RTM terbitan semasa dan sabelum ini.  Juga tidak ghaerah disebut oleh mereka (baik yang sudah berpangkat dan bergelar) yang pernah menempa kerjaya dan membesar dalam dakapannya satu waktu dulu. Cadang saya untuk tulis entiti RTM yang ini dalam ‘blogposting’ saya 1hb.April nanti. Insyaalah.



Friday, March 5, 2010

RASCOM iv

PILOT AZIZ


Kerana schedule tugasan yang ketat hari itu, aku tidak punya masa untuk berkenalan rapat dengan Pilot Aziz. Penerbangan 'stunt' lagak-ngerinya pagi itu, membuatkan aku rasa perlu berkawan rapat dengan beliau. Paling kurang bertanya kabar. 


Aku ada sebab untuk berbicara dengannya. Dalam tahun 1970 seorang juruterbang Alouette TLDM adik bos ku telah terhempas di kawasan  hutan Sarawak. Kejadian itu baru 2 tahun berlaku, munkin Pilot Aziz boleh menceritakan keadaan sebenarnya. Munkin Pilot Aziz kenal juruterbang yang malang itu. Munkin mereka rakan yang akrab. Dalam kejadian itu Pasukan Keselamatan mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa, kerana helikopter itu terjatuh kedalam kawasan gaung. Aku telah mengikuti kesah itu.


Kebetulan aku mula menyampaikan Berita Radio Malaysia siaran jam 11.00 peristiwa malang itu. Aku masih ingat bagaimana aku bersusah payah berulang kali berlatih menyebut perkataan helikopter alouette, jenis helikopter yang jatoh terhempas itu. Sebagai Pembaca Berita baru di Radio Malaysia tiap kali keudara, penyampaian kami dipantau pelbagai pihak dan dinilai. Kesahihan sebutan salah satu faktor yang penting. 


Waktu itu aku samasekali tidak sangka, pilot yang malang itu adik bos aku - Amir Hamzah Shamsuddin (allahyarham). Sekembali kapejabat, aku diberitau berita malang itu dari bos aku sendiri, mengesahkan pilot yang terlibat itu adiknya. Saterusnya kami mengikuti dari dekat rentetan drama kemalangan itu hingga kehari jenazah dibawa pulang ke Semenanjung dan disemadikan dengan penoh penghormatan negara. 


Fikirku, munkin kesah kemalangan itu dapat dikongsi bersama sekaligus merapatkan aku dengan Pilot Aziz. Munkin kemundian nanti aku akan berjaya mempengarohi beliau, untuk tidak membuat 'stunt' - lagak ngerinya saperti  yang kami lalui pagi itu, untuk penerangan kami saterusnya hari itu.

Bekali kutanya diriku. Mestikah aku mendekati Pilot Aziz? Bertanya, kenapa dia mengendalikan helikopter itu sademikian? Tidakke merbahaya terbang terlalu rendah hingga hampir mencecah bumi dalam kawasan keselamatan. Pada ketika-ketikanya dia memilih terbang antara rabung deretan pokok-pokok tinggi. Adakah itu satu 'taktical penerbangan halikopter tentera dalam kawasan keselamatan? Atau dia saja seronok melakukan cara penerbangan lagak ngeri itu untuk menakutkan kami, tanpa sadikitpun memikirkan risikonya. Munkin aku berhak minta penjelasan itu, walaupun pada dasarnya aku tidak berhak untuk mempersoalkan cara Pilot Aziz mengendalikan helikopternya itu. Itu bukan tugas aku. Aku dan krew RTM hanya penumpang untuk dibawa masuk kekawasan keselamatan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kami - menerbitkan satu dukumenteri Keselamatan saperti diarahkan Kerajaan. Saperti kami  Pilot Aziz juga menjalankan tugasan yang telah diamanahkan kepadanya. 


Atau munkinkah kerana aku tidak biasa naik helikopter rengan jenis alouette menyebabkan aku rasa cemas tanpa bersebab, senang menganggap cara Pilot Aziz mengendalikan pesawatnya itu sebagai 'stunt' - lagak ngeri. Sendiri-sendiri aku nilai kedudukan perkara itu.


Tugasan liputan pengambaran saterusnya membawa kami ke 'foward location' di Biawak dalam kawasan persempadanan Malaysia/Pointianak. Kem ini lebih kecil dari Kem di Lundu. Ia terletak di tengah-tengah hutan tebal. Dari udara hanya jelas kelihatan satu kawasan lapang tempat helikopter mendarat sahaja. Khemah pasokan keselamatan keseluruhannya tersembunyi di bawah tanah. Cuma 'command post' sahaja yang dapat dilihat. Kerana kedudukan keselamatan demikian itu, tidak ada pengambaran dalam Kem dibuat. Kami cuma rakamkan pengambaran pasukan keselamatan menjalankan rondaan dan beberapa rakaman temubual.


Kehadhiran krew RTM dari Kuala Lumpur menguja anggota tentera yang sedang bertugas di kem itu. Perkara yang pertama mereka tanya, adake kami bawa surat kabar. Mereka mendakwa telah putus hubungan dengan dunia luar, kecuali melalui surat dari keluarga yang dihantar ke-kem itu secara berkala. Sanaskah akhbar lusuh yang ada bersama kami, jadi bahan bacaan rebutan dikalangan mereka. 


Rata-rata mereka seronok bertemu kami. "Paling kurang dapat mengubat rindu." jelas mereka.


Menurut pegawai pemerintah, pasukannya telah berada di kem itu lebih 6 bulan menjalankan tugasan rondaan disepanjang sempadan. Terdapat beberapa Rumah Panjang di kawasan itu, dan urusan harian antara penduduk tempatan dengan peniaga yang datang dari Pointianak, selamanya melalui 'barter trading' sahaja. Risiko keselamatan amat tinggi, hatta kem kediaman pasukan keselamatan ini di dirikan tersembunyi di bawah tanah.


Sepanjang masa kami mengendalikan liputan pengambaran dan temuduga itu, Pilot Aziz hanya menunggu di halikopternya, bagaikan pemandu teksi sewa khas sedang menunggu penumpangannya singgah di kawasan membelibelah mewah. Patuh beliau menunggu kami di kawasan 'halipad' itu. Ku lihat dia kerap menggunakan peralatan komunikasi.


Hampir jam 4.00 petang Pilot Aziz memberi isyarat, masa telah sampai untuk kami terbang pulang. Halikopter perlu kembali ke depo di Kuching sabelum jam 6.00 petang. 


Dan ketika kami mengucapkan selamat tinggal kepada pegawai pemerintah dan kakitangan di kem Biawak itu, Pilot Aziz memberitau kami akan ancaman ribut taupan dan 'flight path' helikopter telah ditentukan untuk masuk keudara Kuching ikut arah laut. Penerbangan itu bahaya dan, kami diberi pilihan untuk tinggal bermalam di kem itu atau pulang merentas ribut dan hujan ka depo bersamanya. Kami pilih untuk pulang. Komandar Kem Biawak setuju dengan pilihan kami itu.


Mendung tebal jelas dilihat berarak dihadapan kami, ketika Pilot Aziz mengendalikan helikopter itu menuju arah laut. Sajurus helikopter itu sudah memasuki kawasan hujan mula-mula rintis kemundian lebat dengan angin bertiup kuat. Helikopter itu berbuai. Kami rasakan bagaikan sedang berada dalam buaian. Di luar Kilat dan petir mula sambar menyambar di hadapan dan di sekeliling kami. Kami kini benar-benar berada di tengah-tengah ribut berpetir dan hujan yang mengganas. Pemandangan 180 darjah dihadapan kami diselubungi tabir hujan dengan kilat sabung meyabung diikuti ledakan petir yang mengegarkan seluruh pesawat itu.


Pilot Aziz ku lihat serius mengendalikan Alouette itu. Penerbangan kali ini lebih ngeri dari 'stunt' yang dilakukannya pagi tadi itu. Pada banyak ketika aku kuathir Pilot Aziz telah mula hilang daya kawalan pada pesawat yang dikendalikannya, dan dia tidak punya kuasa untuk menstabilkannya. Cuma hatikecilku kuat menyakinkan aku untuk melupakan kekuathiranku itu, dan yakin Pilot Aziz cukup terlatih menerbangkan pesawat itu dengan selamatnya.


Saat yang paling genting  ketika helikopter kami melintasi ruang antara dua bukit yang tinggi dari arah laut. Goncangan helikopter itu kuat, rakus dan kasar dalam hujan, kilat dan petir yang terus menerus mengganas. Aku menunggu masa untuk terhempas di kawasan berbukit itu. 


Dengan sertamerta kemalangan helikopter Laftenan Komander Jalil Shamsuddin, dalam tahun 1970 itu menghantui fikiranku. Munkinkah sejarah akan berulang hari itu, kali ini melibatkan aku, Fong,Tim dan Seith bersama Pilot Aziz. Bibirku ta'renti beristirafar dan kupanjat doa kehadrath Allah untuk melindungi kami dari segala kemunkinan.


Alhamdullillah. Kira-kira 1 jam masa penerbangan, kami menghampiri Lapangan Terbang Kuching dan selamat mendarat dalam titisan hujan yang baru reda.


Kami rasa bertuah Pilot Aziz telah berjaya mengendalikan Helikopter Aloutte itu, penoh daya professional dan tanggungjawab. Ketika aku menjabat tangannya untuk mengucapkan terima kasih dan pengarhargaan kami, Pilot Aziz kilihat hanya melerek senyum, semacam satu tugasan hariannya telah selesai.


Kami sampai ke Hotel Ariff jam 7.00. Tanpa berkata apa-apa. Munkin pengalaman sengit yang kami lalui itu, membuatkan kami lebih banyak berfikir dari bersuara.

Thursday, March 4, 2010

RASCOM iii

PENERBANGAN ALOUETTE KE KEM PERTAHANAN HADAPAN


Bertugas di kawasan RASCOM, Sarawak dalam tahun 1972/1973 menguji ketahanan saya dan krew RTM. Kawasan RASCOM adalah kawasan berkurung kerana ancaman pengganas kominis. Tugas saya dan crew RTM, membuat liputan di kawasan-kawasan tersebut. Untuk tujuan itu kami diberi pelepasan keselamatan khas dibawah kawalan ketat Pasukan Keselamatan.


Menaiki Helikopter Angkatan Tentera, atau 'imbedded' dalam Farret Car yang bergerak dalam convoy jenis pengankutan yang biasa diberikan kepada kami. Mengembara menggunakan kenderaan angkatan bersenjata berisiko tinggi. Kemunkinan diserang hendap, terlanggar jerangkap samar atau helikopter ditembak jatuh. Tidak ada sebarang lindungan Insuran, risikonya 'tanggungan sendiri'. Untuk itu tiap pegawai awam yang akan menaiki kenderaan-kenderaan tersebut diwajibkan menandatangani 'ideminity papers' melepaskan tanggungan Angkatan Keselamatan, jika sesuatu berlaku kepada kami. Peruntukan itu dijelaskan sewaktu Taklimat Keselamatan sabelum kami memulakan perjalanan harian.

Kawasan liputan RTM kali ini dalam kawasan panas - Serian, Bau, Lundu, Batu Kawa, Kenawit, Semanggang, Sibu, Kudup, Biawak dan lain-lain kawasan hadapan ( foward locations ). Berita serang hendap, kematian dipihak Angkatan Bersenjata, maupun Pengganas Kominis, kesah bagaimana kominis menyamar masuk camp untuk mencuri senjata, perbalahan antara penyokong kominis dengan orang ramai dan anggota tentera di Bar, cerita harian yang senang tersebar luas.

Hari itu kami dijadualkan membuat liputan di 'kem Lundu' khusus untuk pengambaran rondaan 'assault boat' di sabuah anak sungai di 'foward location,' disitu. Perjalanan kami ke 'Kem Lundu' dan beberapa kawasan 'foward location' hari itu, dengan menaiki halikopter jenis Allouette. Perjalanan darat untuk kekawasan-kawasan tersebut sukar, mengambil masa yang lama dan tidak selamat. 


Penggunakan helikopter Angkatan Tentera, perkara biasa yang dilakukan bukan sahaja oleh pasukan keselamatan, juga kakitangan agensi-agensi kerajaan. Penjelasan itu di berikan kepada kami semasa Taklimat Khas Keselamatan pagi itu. Mau tidak mau, hanya itu saja pilihan yang kami ada.


Saya tidak biasa naik helikopter. Bagitu juga barangkalinya 3 crew RTM bersama saya itu. Helicopter jenis Alouette boleh memuatkan maksima 5 orang termasuk pilot. 3 di tempat duduk belakang dan saya di kerusi co-pilot. Pilot hari itu namanya Aziz. Itu yang dapat saya baca dari uniform yang dipakainya, ketika kami bersalaman. Kabarnya beliau saorang anggota 'green beret'. Orangnya berbadan sasa dan lagaknya tangkas. Penilaian peribadi saya pagi itu, Pilot Aziz bagaikan sasaorang yang sedang teruja untuk melaksanakan tugasan menghantar kami ke kawasan 'pertahanan hadapan' pagi itu. (Munkin baginya tugasan sebegitu lumrah berlaku, dan kami sebagai unit barang hantaran yang perlu dihantar kedestinasi yang dijadualkan). Dia tidak bercakap sepatah dengan kami sejak di perkenalkan pagi itu. Ketika saya bersalamannya dia hanya memberikan senyum senang kepada saya dan krew RTM - Fong, Tim & Seith. 


Dia menghidupkan injin pesawat dan berkomunikasi dengan entah siapa dalam bahasa dan lingo yang sukar difahami. Kemundian kipas 'roto blades' bergerak, mula-mula perlahan dan terus melaju. Sekaligus kami rasa semacam isi perut disentap, dan kami diangkat keawangan yang tinggi. Dengan serta merta pula helikopter itu menunduk dan terbang laju meninggalkan kawasan 'helipad' menuju kesatu arah - kawasan hutan yang hijau dan berbukit.


Menaiki helikopter Alouette membolehkan kita menyaksikan pandangan panoramik 180 darjah dihadapan. Kita rasa bagaikan sedang berada diatas papan buaian menerjun laju meluru kehadapan. Kehijauan hutan Sarawak, Gunung Serapi, Sungai Sarawak dan jaringan sungai-sungainya, terbentang dihadapan kami mencorak satu hamparan permaidani hijau yang belum selesai dibentang. Berbenggol di sana sini, bertompok-tompok kawasan pekebun kecil, kampung-kampung terpencil rumah panjang, kawasan pamah, nyarai, bukit bukau dan gunung ganang. Terbang pada ketinggian selamat itu sangat mengujakan. Kententeraman mula kami rasakan. Sebahgian besar Pulau Borneo bagaikan sedang terhampar di bawah.


Tetapi apabila halikopter itu, tiba-tiba menurun untuk terbang rendah, kami rasa bagaikan 'helang sewah' sedang terjun menerpa dan menyambar mangsanya dibumi. Saya mula rasa cemas pada 'stunt' - gerak ganas yang dilakukan oleh Pilot Aziz itu. Saya rasa bagaikan helikopter itu sedang menjunam laju kearah bumi, semacam akan terhempas. Sedar-sedar saya sendiri-sendiri berpaut kuat pada kerusi co-pilot yang saya duduki itu, melakukan gerakan mengelak, apabila helikopter itu semacam akan mencecah pucuk hutan. 


Kemundian dengan gaya bersahaja dan penoh kepakaran pilot Aziz menstabilkan kedudukan pesawat helikopter itu samula dan kami terus terbang 'melayari' rabung rimbun hutan hijau Sarawak. Sempat aku buang pandang kearah 3 krew dibelakang ku. Muka Fong, Kim dan Seith pucat dan ketiga mereka fokus merenung aku semacam minta pelepasan dari melakukan tugasan hari itu.


Terbang rendah dalam kawasan keselamatan RASCOM secara langsung keadaan keselamatan diri mula menghantui aku, munkin juga Fong, Tim dan Seith. 


Banyak persoalan menguasai minda ku yang sukar kuberikan jawapan. Kenapa terbang rendah di kawasan bahaya? Munkinkan akan di tembak pengganas? Gilakah Pilot Aziz ini?


Sekilas aku buang pandang kearahnya dikerusi Pilot disabelah kanan ku. Aku pasti dia sedang seronok mengendalikan pesawat itu, dan teruja melihatkan rasa takut yang sedang kami lalui itu.


Di kawasan-kawsan bertanah pamah yang luas Pilot Aziz menjunamkan Alouette hampir keparas pucuk  rumput dan tumbuhan renek bagaikan helikopter itu akan mencicah bumi. Sekali sekala melintasi kawasan berpaya. Diluar sedarku, keduabelah tanganku sekali lagi berpaut kuat pada kerusi yang ku duduki itu. Pokok-pokok besar hutan tebal dihadapan kami, semacam akan menerpa kami dengan lajunya. Jantung ku berdegup pantas. Benakku marah pada gelagat 'gerak ganas' Pilot Aziz itu. Kini isi paparan belantara rimbunan kayu kayan yang tinggi menjulang, kian membesar, berbanjar dihadapan mata. Bila-bila masa Alouette itu akan melanggarnya. Cepat-cepat aku pejamkan mata. Tapi cuma buat saketika. Dan apabila ku buka samula, sempatku saksikan dengan senyum melirik, senang dan bersahaja Pilot Aziz menerbangkan pesawat keatas, naik tinggi melampaui rabung belantara itu. 


Aku rasa lega, apabila tiba-tiba penerbangan kami mendekati satu kawasan Kem di pekan kecil pada pesisiran tebing sabuah sungai. Alouette kami terbang lintas sekali sabelum berpatah balik menuju kearah 'hellipad'. Alhamdullillah, kami telah mendarat dengan selamatnya.


Thursday, February 25, 2010

RASCOM ii

Dukudrama NANGA SKUAU


Untuk dukudrama NANGA SKUAU saya sendiri telah buat penyelidekan rapi dan tulis skrip.

Scenario dan jalan ceritanya saya cuba olah mudah dan senang di hayati:
Kesahnya bermula dengan abuah Rumah Panjang dalam kawasan RASCOM telah dibakar grombolan Kominis. Sabelumnya Tuai Rumah itu telah dibicarakan oleh gerombolan Ketua grombolan Kominis tersebut. Mereka tuduh Tuai Rumah itu telah laporkan kapihak berkuasa, adanya gerakan pengganas didaerah itu. Saterusnya pihak berkuasa telah menjalankan gerakan memburu dikawasan itu dan pergerakan gerombolan pengganas tersebut telah dikesan.
Dalam pertempuran yang berlaku tiga anggota pengganas telah berjaya di tumpaskan. Dan Tuai Rumah tersebut telah diberikan ganjaran wang ringgit oleh Kerajaan.
Satu malam ketua gerombolan pengganas tersebut telah datang ke Rumah Panjang itu. Mereka memberkas Tuai Rumah tersebut. Saterusnya mereka kumpulkan semua penghuni. Perbicaraan dilakukan.
Pertuduhannya: Tuai Rumah tersebut telah adukan kegiatan mereka di daerah itu kepada pihak berkuasa. Satu gerakan memburu telah dilakukan oleh pasukan Keselamatan. Hasilnya, 3 anggota mereka telah terkorban. Tuai Rumah itu telah menerima wang ganjaran Kerajaan kerana jasanya. Salinan chek bayaran dan inbois pembayaran telah dipamirkan sebagai bahan bokti. Langsung, ketua gerombolan itu meminta pengadilan dari semua penghuni rumah panjang itu…. ‘Bahawa mereka telah hilang 3 nyawa anggota. Kini mereka minta ganti 1 nyawa sahaja, jatuhkan hukuman mati kepada Tuai Rumah itu’.Penghuni-penghuni itu tidak dapat berbuat apa-apa.  Saterusnya hukuman dijatuhkan dan Tuai Rumah itu di heret keluar dan ditembak sampai mati.

Pengkesahan dukudrama NANGA SKUAU dirangka kusus dengan memasukkan sejarah trajik yang berlaku kepada Tuai, Rumah Panjang Nanga Skuau dibunoh Kominis disadur dengan ‘human story’ yang menarik. Ceritanya berkisar pada bagaimana anak perempuan Tuai Rumah itu, sebagai pewaris terdekat bersama rakan-rakannya menyelamatkan puak mereka, satelah Rumah Panjang mereka dibakar hangus. Kesah cinta 3 segi antara sahabat seperjuangan menguja sikap patriotik, jayadiri dan perjuangan hidup yang luhur antara pelaku utama dukumentari ini. Dirasakan penampilan kesah percintaan teruna dara sebegini sesuai untuk menyampaikan message secara simbolik dasar Penempatan Samula yang diajukan oleh Perdana Menteri untuk penduduk kawasan keselamatan RASCOM itu.

Skrip itu telah diterima dan disetuju terbit. Dana khas penerbitan telah diluluskan. Maka saya dan krew RTM ( kali ini saya diberi pasukan Krew Senior oleh Perkhidmatan Filem RTM konon untuk menjamin kualiti pengambaran dalam tata warna ) pun memulakan pengambaran di lokasi Kuching, Bau dan Semanggang, sabelum ke kawasan penempatan Nanga Skuau.

Diluar dugaan saya, bermulanya tugas pengambaran bermakna bermula masaalah saya sebagai Penerbit Pengarah dukudrama tersebut. Saya dapati terlalu ramai Pegawai Kanan RTM baik di Angkasapuri maupun di RTM Kuching yang nak ‘tumpang semangkok’. Ramai yang jujur untuk membantu, manakala tidak kurang yang punya ‘agenda sendiri’. Sahingga saya dapati terlalu ramai ‘backseat driver’ sepanjang masa penerbitan itu dikendalikan.

Sejujurnya ‘Pakcik Salleh’ ( panggilan kami kepada Pengarah RTM Kuching ) sedia membantu sangat kami hargai. Tetapi beliau sendiri mendapat tekanan dari bos-bosnya di Angkasapuri. Tidak jelas apakah permasaalahan sabenarnya, menyebabkan saya tersepit ditengah. Setau saya masaalah itu berpunca dari satu ‘masaalah kecil' salahfaham antara anggota Krew Perkhidmatan Filem RTM dengan Unit Film Negara Malaysia cawangan Kuching serta Pegawai Kanan RTM Kuching. Saya amati timbul cemburu mencemburui antara mereka. Masaalah yang terlalu peribadi, diperbesarkan. Akibahnya kelancaran jadual penerbitan saya itu telah dipantau oleh bos saya di Angkasapuri. Bos di Angkasapuri minta lapuran, tiap kali jadual pengambaran tidak dilaksanakan sapenohnya. Saya teruja akan tindakan mendadak Bos saya itu. Saya tulis surat panjang lebar minta penjelasan akan kedudukan perkara. Kata saya masaalah yang dihadapi adalah personal. Tiada kaitan dengan urusan penerbitan saya. Bos saya setuju pendapat saya itu. Katanya, dia yakin pada saya, cuma kuathir saya senang dipengaruhi.

Saya tidak dapat mendalami maksud kata-kata bos saya itu. ‘Waaduh…..saya rasa lebih selesa jika dibekalkan dengan krew biasa saya. Lebih mudah jalankan kerja,’ saya merintih sendirian.

Pengambaran yang telah dilakukan dilokasi sekitar Bandar Kuching, Bau dan Semanggang, sepatutnya selesai 1 minggu, tetapi telah berlarutan hingga hampir 2 minggu. Antara sebab, cuaca tidak baik, masaalah keselamatan dilokasi dalam kawasan 'perintah berkurung' RASCOM, selain kerenah pentadbiran. Selesai saja tugasan di Kuching, Bau dan Semanggang, redaksi penerbitan segera berlepas ke Nanga Skuau. Sebagai Penerbit Pengarah saya mula rasa lega. Dilokasi baru ini, kami tidak mudah dihubungi, kecuali dalam kecemasan. Saya kira dapat menyelesaikan urusan saya di lokasi ini menurut jadual - 2 minggu. 


Di Nanga Skuau kami ditempatkan dikhemah Pasukan Keselamatan ditebing tinggi anak Sungai Rejang yang deras arusnya. Kem itu berupa bangunan sementara, beratap Zinc – panas membahang waktu siang dan dingin ketulang waktu malam. Kami tidak perlu jam loceng untuk mengejutkan kami waktu pagi. Subuh lagi bunyi derai kokokan ayam dari 5 Rumah Panjang di penempatan itu sudah lebih dari mencukupi untuk membangunkan semua. Kami perlu bangun awal untuk kesungai, sabelum penduduk-penduduk perempuan dan kanak-kanak dari rumah-rumah panjang itu menguasai satu-satunya kawasan pengkalan mandi ditebing anak sungai itu. Dipengkalan sungai yang berlumpur itu dan tiada pengkalan lain untuk kami mandi manda, membersihkan diri dan urusan-urusan biasa waktu pagi. 


Sungai itu juga kabarnya, ‘infested’ dengan buaya. 


Pelakun-pelakun dari puak Iban dan Bidayuh dari Bandar Kuching ( yang lulus ujibakat khusus ) tinggal bersama kami sepanjang masa 2 minggu di Kem Nanga Skuau itu. Mereka banyak membantu kami menyesuaikan diri. Bekalan makanan datang dalam tin dan roti diterbangkan khas dari Bandar Sibu dengan helikopter. Kami uruskan penyediaan makanan sendiri.

Kerjasama Tuai Rumah dan penduduk di penempatan Nanga Skuau sangat memberangsangkan. Kami diterima segabai keluarga. Tiap malam kami dijemput lepak sama mereka di kawasan ruai. Pegawai RTM dari Bahagian Set dan Props RTM ( terkenal dengan nama panggilan Baa ) paling popular dikalangan Tuai Rumah kelima-lima Rumah Panjang itu. Keterampilan Baa menjadikan beliau sering dibontoti ramai ( teruatama kanak-kanak ) dimana saja beliau berada. Baa pandai melayan mereka. Dalam poketnya sedia ada gula-gula. Baa akan berikan gula-gula kepada kanak-kanak yang ikut perentahnya. Dengan jalan itu masalaaha ganguan semasa pengambaran dapat diatasi, dan tugas-tugas rumit melibatkan babak dramatik dapat dilakukan dengan jayanya.

Satu petang kami didatangi 2 orang tetamu dalam uniform ashkar. Mereka mengaku anggota polis khas dari Kuching dan sedang menjalankan Pengintipan Keselamatan untuk kami dikawasan itu. Saterusnya kedua mereka minta kebenaran tinggal beberapa hari di Kem kami, dan makan ‘ration’ bekalan kami.

Kami bersetuju terima mereka. Kami dapati mereka senang menyesuaikan diri. Malam itu mereka lepak bersama kami dan penduduk di salah sabuah Rumah Panjang disitu.

Dua daripada pelakun pemuda Iban yang turut membintangi dukudrama NANGA SKUAU datangnya dari Markas Polis Sarawak di Kuching dari Depo Latihan. Apabila malam itu kedua tetamu itu rancak mengakui diri mereka dari pasukan Keselamatan Khas Polis ( munkin kerana mereka mabuk terlebih minum Tuak yang dibekalkan oleh Baa ) menyebabkan kedua pemuda pelakun kami secara sulit gunakan kemudahan perhubungan 'wireless' di Kem Keselamatan untuk berhubung dengan Unit mereka di Kuching. Esoknya kami dapat jawapan, tidak ada Pasukan Pengintipan Keselamatan Khas  saperti yang didakwa kedua tetamu itu.

Saterusnya kedua tetamu kami itu telah diberkas. Satelah disoal siasat, keduanya mengaku mereka adalah ajen Kominis yang dihantar untuk memantau kehadhiran Krew RTM di penempatan itu. Pada jam 3.00 petang sabuah helikopter Nuri mendarat untuk membawa mereka pergi.

Barangkali tuak ‘Chop Langkau’[i]yang dibekalkan oleh Baa malam itu, telah menyelamatkan kami dan penduduk Nanga Skuau gejala keganasan grombolan kominis di daerah itu.

Pengambaran telah selesai dilaksanakan dengan jayanya beberapa hari kemundian. Kami pun pulang ke Angkasapuri untuk urusan Paska-Penerbitan.

Saya dapat arahan untuk ikuti Kursus Penerbitan TV dan Filem di BBC dan Ealing Film Studio, London selama 6 bulan dengan attachment khusus di BBC Scotland. Tugas menyiapkan dukudrama NANGA SKUAU telah diserahkan kepada saorang penerbit lain.





[i] ‘Cop Langkau’gelaran janama tuak buatan tempatan dari perkataan ‘Langkau’. Mereka yang mabok tuak cara berjalan dengan langkah ‘melangkau’. Maksud itu yang kami di fahamkan. Harga 1 tin minyak waktu itu sangat murah – tidak sampai RM10.00

Wednesday, February 24, 2010

RASCOM i

RASCOM/Rejang Security Command

Sebagai Penerbit TV saya mula ditempatkan di Bahagian Hal Ehwal Awam.

Dalam tahun 1972 keselamatan Negara keseluruhannya masih diancam keganasan grombolan kominis dihutan. Penubuhan RASCOM (Rejang Security Command) di Sarawak oleh Perdana Menteri Ke2 Tun Abdul Razak Hussein, menyebabkan saya sering dihantar bertugas kenegeri itu, disamping tugasan yang sama bentuknya di Persempadanan Malaysia/Thailand.

Penghantaran Penerbit dan Krew Filem RTM itu, sekaligus dibawah kawalselia terus Majlis Keselamatan Negara dan The Arm Forces Council. Tugas kami menerbitkan siri-siri dukumentri ehwal Keselamatan Rakyat di negeri itu dan peranan yang dimainkan oleh Pasukan Keselamatan dan Polis.

Bertugas di Sarawak pada tahun-tahun 1972 dan 1973 bukan sesuatu yang menyeronokkan. Untuk penerbangan ke Kuching waktu itu tidak ada peruntukan untuk Krew TV mengunakan kemudahan penerbangan komersil. Hanya Penerbit (Pegawai dalam katagori Division 1) sahaja yang layak menggunakan penerbangan komersil, manakala Krew Filem (Kebanyakkan mereka dalam Division 3) terpaksa naik ‘Charlie’ – kapalterbang pengangkut TUDM. 


Mau tidak mau, demi kemantapan pasukan kami setuju ikut “Charlie’. Aku terpaksa ketepikan kelayakkan aku sebagai Pegawai Penerbit TV-RTM untuk naik penerbangan komersil.

Urusan perjalanan kekawasan panas “forward locations” dalam kawasan RASCOM, kami diangkut dengan Helicopter Allauette atau dalam Farret Car (Kereta Perisai). Helikopter jenis Alouette boleh memuatkan 4 penumpang. Menaiki helicopter Alouette yang cenderung terbang rendah merentas hutan belantara menuju kedestanasi di 'foward location' sangat menakutkan bagi ‘orang awam’ saperti kami. Bagitu pula ketika menaiki “Army Assault Boat” melalui  anak-anak sungai disekitar perairan Sungai Rejang. Ada kalanya kami menaiki truk dan bergerak dalam convoy  yang besar biasanya diiringi kereta perisai.  

Taklimat keselamatan berupa rutine harian yang terpaksa kami lalui sabelum diangkut masuk ke ‘kawasan panas’ sepanjang hari, ke Rumah Panjang, ke Khemah Tentera, ke ‘kawasan yang baru berlaku pertempuran’ dsbnya. Krew filem yang biasa ditugaskan ikut penerbitan saya selalunya krew junior ( munkin barangkali crew senior di Bahagian Filem RTM waktu itu lebih selesa uruskan ‘desk-job’ atau turun kelokasi penerbitan Drama TV di sekitar Kuala Lumpur terbitan pegawai Penerbit Kanan dengan artis-artis glamour.) Antara mereka jurukamera filem yang regular berkerja dengan saya di ‘forward locations’: Teddy Lam, Teoh Tek Koon, Fong Chong, Zainal Osman, Bala,Zambri, Seith, Halim dan juru audio Azmi Omar, Shamsuddin dan Tim. Mereka ini rata-rata ‘green horn’ saperti saya juga. Ikut arahan, tanpa memikirkan kepentingan diri. Jatidiri, setiakawan dan professionalisma yang mereka tunjukkan, sangat saya hargai.


NANGA SKUAU

Lapuran berita 23 Februari 2010 menguja saya menulis pengkesahan ini. Berita Perdana Menteri Dato’Seri Mohammad Najib Tun Razak, di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Ugap Seribu di Nanga Tada, dalam kawasan RASCOM mengumumkan peruntukan Kerajaan sajumlah RM35 juta untuk Skim Penempatan Samula RASCOM yang telah dicetuskan oleh bapa beliau PM Ke2 – Tun Abdul Razak Hussain dalam tahun 1972, mengimbau kembali kenangan SAYA 38 tahun dahulu berkelana dihutan-hutan pendalaman kawasan RASCOM, Sarawak. Subsidi RM18 juta diperuntukkan untuk baikpulih Rumah Panjang di penempatan-penempatan Nangga Janggu, Nanga Ngungan, Nanga Skuau dan Nanga Tada. Terdapat sajumlah 1420 unit rumah dalam rangkaian Rumah Panjang ini menempatkan 12,000 penduduk. Tiap satu yunit diberi subsidi RM12,000.00 untuk tujuan pemulihan itu.

Semasa ulang alik bertugas di Sarawak dalam tahun 1972, saya dan krew RTM pernah diatur melawat satu kawasan penempatan samula penduduk rumah panjang di Nanga Skuau. Kami menaiki helicopter Nuri, ditemani oleh saorang pegawai Kerajaan, orang Iban…namanya Alfred Jabu ak Numpang  ( Datuk Patinggi Tan Seri Alfred Jabu ak Numpang). Semasa helicopter Nuri menghampiri kawasan tersebut dan akan mendarat disabuah tanah lapang, kami nampak deretan penduduk di penempatan samula itu, berpusu-pusu ikut rombongan adat yang akan menyambut kami di ketuai oleh Ketua mereka (Tuai Rumah).

Kami saterusnya diarak kesalah sabuah dari 5 Rumah Panjang yang baru dipindahkan ke kawasan situ. Kedatangan kami telah disambut ikut adat orang-orang Iban. Secara kebetulan Alfred Jabu, Saya dan Pegawai Border Scout jadi tetamu kehormat didudukkan disatu tempat istimewa. Majlis itu berlangsung disabuah pelantar Rumah Panjang itu dan dihiasi dengan bendera Malaysia dan bendera Sarawak. Jamuan kueh mueh dan pulut kuning tradisi Iban, di samping air tuak telah di hidangkan.

Pada klimaks acara sambutan tersebut beberapa das tembakan dilepaskan oleh Tuai Rumah dan Ketua Polis - Border Scout. Saterusnya saekor ‘babi’ telah disembelih.

Alfred Jabu mangaturkan kami yang beragama Islam tidak perlu minum air tuak yang dihidangkan dan ketika upecara menyembelih dilakukan, kami awal-awal telah dibawa keruang yang berasingan.

Secara kebetulan hujan telah turun selesai sahaja upecara tersebut ditengah-tengah musim kemarau yang genting dikawasan itu. Menurut Alfred Jabu, penduduk tempatan percaya kedatangan kami hari itu membawa tuah. Saterusnya beliau mencadangkan saya dan krew tv perlu datang samula untuk penerbitan dukumentari filem khas projek penempatan samula Nanga Skuau itu.

Kami dibawa meninjau kawasan dan diberi taklimat ancaman grombolan kominis yang membunoh dan membakar rumah-rumah panjang diaderah itu menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan penempatan samula itu, dengan dijamin keselamatan oleh Kerajaan.

Krew RTM tidak membuat sebarang liputan ekslusif hari itu, kerana ianya dianggap sebagai lawatan projek sahaja. Kami perlu timbangkan kemunkinan untuk menerbitkan satu rancangan dukumentri tv pada masa yang terdekat. Itu yang saterusnya saya lakukan. Pulang ke Angkasapuri, saya terfus uruskan perancangan penerbitan sabuah dukudrama berjudul Nanga Skuau.


Nota Kaki:
Kesah pengambaran dukudrama Nanga Skuau akan saya catatkan dalam blog ini, kemundian nanti Insyaalah.

Friday, January 29, 2010

RTM 'Main Wayang'?

Januari 2009 RTM lancarkan ‘Sistem Pitching’ - urusan perolehan rancangan tv tempatan dan luar negeri ulungkali dilaksanakan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk tahun 2009. Sambutan dari 'potentials' kabarnya sangat mengalakkan. 


Hari ini - genap 1 tahun kemundian, masih terdapat sungutan di kalangan karyawan dan Penerbit Rancangan Television mendakwa  ‘System Pitching’ itu sebagai sesuatu yang tidak 'professional' dan tidak 'transparen'. 


Kata mereka, konon nya system ini mengantikan sistem pemberian ‘airtime’ (waktu siaran) kepada syarikat-syarikat tempatan sabelumnya. Sistem pemberian ‘airtime’ itu didakwa telah menimbulkan komplik dan discriminasi dalam pemberian ‘airtime’ kepada Syarikat Pengedar dan Penerbitan Rancangan TV tempatan. 


Mereka mendakwa satelah melalui 'sistem pitching' itu, tidak nampak sebarang pendekatan professionalisma digunakan pada halacara penilaian dari pasukan panel pemilih. Saterusnya mereka ragu pada kemampuan Panel Penilai mengendalikan 'sistem pitching' secara teratur saperti yang biasa dilakukan oleh sektor Swasta.


(Kata mereka tiap 1 'presentation' memakan masa 5 hingga 10 minit. Soalnya bagaimana Penerbit atau Pengedar boleh menyakinkan Panel melalui 'presentation' secara 'verbal' semata-mata, dan bagaimana pula ahli panel dapat mementukan rancangan terbaik dari 10 atau lebih Syarikat mengemukakan jenis rancangan yang sama untuk mengisi satu-satu slot siaran saperti yang telah ditentukan sebagai pra-syarat penyertaan. Kata mereka lagi, hanya syarikat yang berjaya sahaja yang akan diberitau. Yang tidak berjaya, tidak boleh komplain atau 'merayu' kerana tidak akan di layan.)  

Apapun tujuan dan hasrat Jabatan Penyiaran Malaysia dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ingin capai melalui dasar perolehan rancangan televisyen untuk mengisi slot saluran TV1 dan TV2 hakikatnya semua tugasan itu hak dan tanggung-jawab RTM walaupun tidak disenangi Syarikat Pengedaran dan Penerbitan yang terlibat.

Entity RTM sebagai Media Awam telah bertapak ditengah masyarakat Malaysia lebih 60 tahun. Hakikatnya sebagai Media Kebangsaan ia telah selamanya mengutarakan wadah dan inspirasi rakyat. Hatta pengendalian RTM sebagai sabuah Jabatan Kerajaan Malaysia, selamanya disokong oleh dana Kerajaan – wang rakyat. 


Jadinya, apapun anggapan dan harapan kita terhadap fungsi RTM, ia seharusnya memenohi ‘tanggungjawab sosial’ sapenohnya pada peningkatan intelligentsia rakyat Malaysia ( to inform, to educate and to entertain ).

Sebagai sabuah Institusi Penyiaran Awam Negara yang unggul dan maju, RTM bitara sebagai stesyen penyiaran saluran radio dan telivisyen yang lengkap. Kompleks studio RTM dari Kota Bahru hingga ke Kota Kinabalu sabelumnya diperlengkap kemudahan saluran penyiaran dan studio penerbitan, bagi pelbagai genre rancangan Radio dan juga Television. Kompleks Penyiaran Angkasapuri yang mula beroperasi sapenohnya awal tahun 1970 merupakan kompleks Penyiaran dan Studio Penerbitan media Radio dan; Television Negara. Di halaman Angkasapuri juga letaknya kampus IPTAR (Institute Pentyiaran Tun Abdul Razak), AIBD (Asia Institute of Broadcasting Development) yang tersohor hingga ke Negara-Negara Asia Pasific, Africa, Asia, Latin Amerika dan sebagainya. Sekaligus halaman Angkasapuri menjadi arena ‘bertanjak’ kalangan karyawan professional Radio dan Television global. Sepanjang tahun ratusan mereka datang menimba ilmu di Kompleks Penyiaran Angkasapuri melalui projek-projek MTCP (Malaysian Technical Coporation Projects) anjuran Kerajaan Malaysia, juga organisasi Penyiaran antarabangsa. Menjadikan Pegawai dan karyawan RTM rata-rata gulungan professional media penyiaran Negara yang competent dan professional.


Maka tidak ada sebab jika ada kalangan yang menganggap RTM sebagai  sabuah organisasi penyiaran yang tidak ‘relevent’ dan kurang daya saing.

Sejarah telah memboktikan bahawa RTM sebagai media awam, perantis dan pemacu pada kewujudan dan kemajuan komunikasi Radio dan Television Negara.

Sahingga berakhir abad ke 20 RTM masih tunggak sebagai sistem komunikasi lektronik wadah rakyat Malaysia. Saluran radio dan televisyen RTM telah sedia mempunyai gagasan penonton sasar yang besar meliputi semua gulungan masyarakat Malaysia.


Rata-rata 'ratings' bagi rancangan TV: khususnya Berita, Hiburan, Drama dan Telefilms terbitan RTM sedia menduduki tangga 10 teratas menurut kajian penonton.

Munkin dengan tujuan untuk mendudukan samula tangga kecemerlangan itu, Jabatan Penyiaran Malaysia melancarkan 'sistem pitching' untuk urusan perolehan siri rancangan tunggak dan berkualiti bagi kedua-dua saluran - TV1 dan TV2 itu. 


Hakikat itu sangat diterima ramai Pembekal dan Penerbitan tempatan. Mereka akur pelaksanaan sistem baru itu. RTM perlu bersaing. Mereka akui elemen 'tangkap muat' sistem 'pemberian airtime' telah mengugat keterampilan RTM, sekaligus menguntungkan saluran pesaing. 


RTM perlukan rancangan yang terbaik dan terunggul, untuk menarik balik gagasan penonton sasar dan mempengarohi sajumlah paling ramai penonton potensi menonton saluran TV1 dan TV2. Cabaran itu yang di hadapi oleh Syarikat Pembekal dan Penerbitan seluruhnya.


Persaingan antara pelbagai networks perlu 'ketangkasan' pengendali merebut, menpengarohi, menghasut......penonton menonton saluran mereka. Dalam bidang 'advertising' ia di panggil 'the number game'. Penaja dan Pengiklan potensi akan berentap merebut slot siaran yang mempunyai paling ramai penonton. Jumlah ADEX (Advertising Expenditure) tahunan negara berjumlah hampir RM5 billion itu 'perlu di rebut'. Tahun-tahun 1990han, jumlah ADEX tahunan negara tidak sampai RM2 billion - saluran TV1 dan TV2 meraih pendapatan antara RM200 - hingga RM270 juta; (Saya tidak dapat meramal pendapatan hasil iklan RTM masa kini atau salepas 1996, kerana telah bersara jawatan. Saya tidak peka pada perkembangan itu. Tapi apa yang saya dengar pendapatan hasil iklan RTM sepanjang tahun menguncup dan saterusnya telah melepasi jumlah RM100 juta kebawah - wallahualam.) walaupun waktu itu saingan dari saluran TV3, Media Cetak, Bill Board, Pawagam dll hebat.


Ratings saluran TV1 dan TV2 bagi tahun 2009 sepatutnya meningkat berbanding tahun sabelumnya, sebagai pertanda keberkesanan 'sistem pitching' yang diperkenalkan itu. Juga ada rancangan RTM yang menduduki tangga populariti 10 teratas, berbanding saluran pesaing. Faktanya ada di Angkasapuri. Kita tidak boleh meramal tanpa fakta , sahingga Angkasapuri mengumumkannya. Munkin akan di umumkan oleh YB Menteri Datok Seri Utama Dr Rais Yatim dalam masa yang terdekat. Sama-sama kita tunggukan.


Dan sahingga kedapatan itu diumumkan, kita tidak boleh bersungut.



About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.