Friday, January 29, 2010

Aruah King Ghaz Yang Pernah Ku Kenali


Pertama kali aku mengenali aruah Tun dalam tahun 1969, pada minggu pertama Peristiwa Berdarah 13 Mei. Hari itu Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri adakan Sidang Akhbar Khas di Auditorium Besar Radio Malaysia, Federal House, Kuala Lumpur. Akan dihadhiri wartawan dalam dan luar negeri.

Cara allahyarham mengendalikan Sidang Akhbar itu menarik. Beliau ‘impromptu’ tidak membaca dari teks yang disediakan. Pada sabuah meja dipamirkan beberapa jenis senjata yang digunakan perusuh: Molotov Cocktail (Bom Minyak), Parang, Keris, Pisau, Lembing, Buluh Rencung, dsbnya.

Allahyarham menjelaskan peristiwa itu semata-mata cetusan marah ‘rakyat’ yang keciwa dan bukan saperti yang didakwa pihak akhbar asing. Saorang wartawan asing sceptic, lantas mengutarakan soalan: ‘Will those kill?” ‘reference’ kepada senjata-senjata buatan tangan itu. Tanpa menjawab Tun capai sebilah lembing di hadapannya dan humbankan kearah wartawan itu. Wartawan tersebut melompat, ketika lembing itu terpacak diatas papan lantai di hadapannya.

“That’s your answer,” tegas aruahnya serious.

Tun berpindah ke Angkasapuri, sebagai Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas, dengan fortfolio tambahan Kementerian Penerangan tahun 1971. Saya baru pegang jawatan sebagai Penerbit TV dan mulai tahun itu berpeluang mengenali Tun lebih dekat.

Kantin Wisma TV letaknya di sabelah Foyer Wisma TV berhadpan dengan Federal Highway. Sangat sesuai untuk kakitangan bersantai teruatama lepas waktu pejabat. Ada ketikanya Tun meruangkan masa minum semeja bersama kami. Beliau senang bergaul, dan selalu terbuka untuk berbincang.

Sebagai Penerbit TV, aku rasa bertuah menghadhiri Mesyuarat Post Kabinet beliau atau Mesyuarat Perancangan yang beliau pengerusikan. Kami banyak belajar melalui percambahan fikiran yang YB Menteri adakan, teruatama pada pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan.

Newsreel Di Sekitar Tanah Air kemundian di tukar kepada tajuk baru PERISTIWA didapati popular. Beliau komen Bahgian Berita hanya buat liputan: ‘Pemimpin potong riben rasmikan bangunan semata-mata.’ Beliau sarankan, ambil gambar Menteri bermesra dengan orang ramai. Tunjukkan Menteri dukung bayi ketika bersama rakyat di kampong-kampung, atau jika Menteri melawat kawasan banjir, tunjukkan bagaimana YB itu mengharungi lumpur.

“Liputan begItu baik untuk Kerajaan?” jelas beliau.

Bahagian Berita TV saterusnya akur arahan itu. Ada liputan gambar Menteri dukung bayi ketika melawat kawasan perkampungan. Ada gambar Menteri sengseng lengan dan bergontong ruyong bersama rakyat. Ada gambar MB mengharung lumpur atau menonggang basikal masuk kampong. Bagitulah, kreatif dan inovatifnya babak-babak menarik dalam satiap persembahan Berita atau paparan dalam siri newsreel popular PERISTIWA saterusnya.

Di satu mesyuarat mingguan YB pula sinis. “Saya ta’suruh ambil gambar betis perempuan,” bentaknya. “ Kak Aishah kata ta’de kerja lainke?”.

Sequence pengambaran yang dimaksudkannya itu berkenaan Menteri Kebajikan melawat mangsa tengkujuh di Pantai Timur dan jurukamera kita asyek focus betis telanjang YB itu ketika mengharungi banjir berlumpur - jurugambar ikut briefing News Editor bos mereka yang kononnya dapat  arahan dari YB Menteri sendiri.

Aruah Tun kaya dengan idea. Apabila RTM ta’mampu nak bawa siaran langsung World Cup kerana tiada penaja untuk menanggung ongkos yang mahal, beliau cadangkan adakan tajaan rakyat. Dan siaran langsung itu sukses disiarkan ‘live’.

Satu ketika beliau sarankan drama tv harus mengambarkan penduduk Rumah Pangsa tanam tomato dalam pasubunga di balkoni. Maka drama-drama tv pun ghaerah mengutarakan babak-babak demikian, menjadikan sukar bahagian Set & Rekabentuk RTM mendapatkan bekalan pokok tomato berbuah ranum ditanam dalam pasu untuk di sewa sebagai props.

Aku telah di arah menerbitkan satu dukumentari khas angkatan tentera & polis yang bertugas di perbatasan ( Foward Locations) untuk hari raya berjudul IDILFITRE DI PERBATASAN.

RTM mendapat kerjasama padu dari Mindef dan Bukit Aman untuk menjayakan penerbitan tersebut.

Waktu itu ancaman kominis dari perbatasan Malaysia/Thai dan Sarawak/Kalimantan mengancam keselamatan Negara. Jumlah besar angkatan Tentera dan Polis (Polis Hutan) bertugas di setiap inci kawasan perbatasan Malaysia.

Sepanjang bulan Ramadhan itu, aku membawa krew tv menjelajah Sempadan Malaysia/Thai dan Sarawak/Kalimantan buat liputan kerja-kerja keselamatan yang dilaksanakan sepanjang masa.

Berpuasa bersama pasukan keselamatan di kemah-khemah pendalam sangat menakutkan. Semasa di perbatasan Malaysia/Thai kehadhiran kami di alu-alukan oleh Radio Clandestine (Siaran Radio Haram Kominis), menyebabkan tidor malam kami di khemah tentera dikawasan hadapan ‘foward locations’ tidak lena. Khemah Kudup, 40 minit penerbangan helicopter dari Sibu, telah di serang hendap pada malam kami sepatutnya bersama pasukan keselamatan di kem tersebut. Kerana krew RTM lewat sampai ke Sibu dari Kuching, helicopter yang sepatutnya membawa kami tidak dibenarkan terbang salepas jam 6.00 petang. Kami di minta menunggu di Sibu dan mereka akan terbangkan kami awal pagi esoknya. Serang hendap grombolan Kominis di Kem Kudup malam itu telah mengorbankan 2 ashkar dan beberapa luka parah. Saorang pengganas telah ditembak mati. Saya dan krew; kameraman Teoh Teik Koon dan Halim (aruah)  serta soundman Tim, terpaksa membatalkan liputan itu dan minta dihantar bertugas kekhemah lain yang lebih selamat.

2 minggu sabelum Raya, kami berada samula di Kuala Lumpur untuk menemuramah isteri-isteri prajurit yang tinggal di kuarters di Mindef atau di pekan-pekan lain di Semenanjung.

Arahan yang saya terima program tersebut seharusnya menimbulkan kesedaran rakyat segala pengorbanan Pasukan Keselamatan yang bertugas di perbatasan.

Pada pagi Raya itu, salepas siaran langsung Solat Raya dari Masjid Negara, rancangan dukumentari IDILFITRI DI PERBATASAN menemui rakyat melalui saluran TV1. Aku rasa lega, kerana selesai menjalankan tugas yang sangat bahaya dan paling menakutkan itu. Aku diberitau rancangan tersebut diulang siar pada malam yang sama. Slot Filem Melayu yang sepatutnya keudara salepas Berita Jam 8, ditunda sejam kemundian untuk memberi laluan ulang tayang IDILFITRI DI PERBATASAN. Aku bersyukur penerbitanku itu diterima baik, dan kabarnya YB Menteri sendiri arahkan untuk di ulang tayang pada hari yang sama itu.

Raya itu sangat sempurna bagiku. Munkin juga bagi krew dan pegawai-pegawai dari MINDEF dan BUKIT AMAN, juga pihak RASCOM (Rejang Security Command) yang banyak memberikan kerjasama merealisasikan dukumantari IDILFITRI DI PERBATASAN.

Apabila Pejabat Buka samula 2 hari kemundian, aku terima arahan YB Menteri nak tonton samula IDILFITRI DI PERBATASAN bersama beberapa pegawai tinggi Bukit Aman dan Mindef. Studio 2 telah diuruskan untuk tujuan itu. Tontonan samula itu diadakan jam 10.00. Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Penerangan, Jabatan Penyiaran & Jabatan Penerangan juga dijemput sama. Penoh ruang lantai Studio 2 di kelilingi pegawai-pegawai, berdiri ( munkin barangkali pihak RTM ta’sempat nak aturkan kerusi) menyaksikan tayangan samula dukumantari itu.

Sebahgian besar rancangan IDILFITRI DI PERBATASAN liputan kembara aku sebagai ‘hos’ menemubual anggota keselamatan: tentera dan polis di perbatasan. Berbagai situasi diatur untuk babak-babak temubual itu: di atas ‘ferret car’ ( kereta kebal ) yang sedang meronda dalam convoy ditengah hutan dan narai di perbatasan, di atas dek ‘assault bot’ di sungai-sungai Serawak, di dalam khemah perang di ‘foward location’ bersama pasukan keselamatan berbuka puasa, sembahyang terawikh dan bersahor, dan belbagai lagi.

Segalanya semacam ‘one man show’. Aku penerbit, aku penemubual, aku ‘stand upper,’ aku penulis skrip ulasan dsbnya. Dan tiap kali mukaku di udara, aku mencuri pandang YB Menteri menunggukan kritikan beliau.

YB terus menonton. Bagitu juga yang lain-lain. Aku rasa selamat.

Kemundianya, apabila sequence beralih kepada aku meninjau pendapat isteri-isteri perajurit di kuarters Mindef dan belumpun sempat beberapa orang isteri atau anak mereka aku temubual.......... Tiba-tiba YB Menteri membentak dan arahkan direntikan tayangan.

“I want the Producer,” suaranya mendatar. Tegas.

Bossku Sulaiman Alias (allahyarham) menolak aku ketengah gelanggang.

“Ini. Encik Aziz,” jawab Sulaiman Alias sambil tersengeh bersahaja. Memang bagitu perangainya.

“You?” katanya sambil memandang tepat kearahku.

Aku terkebil. Mengangguk.

“Teknik interview yang you gunakan, lebih dari cara Kominis,” bentaknya. “Awak soal isteri-isteri perajurit itu, ibarat awak cucuk pisau di dada mereka dan ‘squeeze’ jawapan dari mereka itu. Awak tanya apa perasaan mereka berhari raya tanpa suami, tentulah jawab mereka ‘ mereka sedeh,’ ulas YB Menteri.

Aku pucat lesi. Mengigil dalam seluarku. Aku curi pandang kearah ketua-ketua ku. Tidak saorangpun kehadapan membela aku. Lagipun siapa yang berani ‘lawan’ King Ghaz bila beliau mengamok. Nak cari nahas.

“Budak kecil yang di dukung ibunya yang menyanyi lagu ‘ayahku kahwin lagi’ tadi tuu.......cheecky isn’t it.” Dia menoleh kearah pegawai-pegawai di sekelilingnya sambil mencemik senyum. Mereka turut mencemek sama. Ada yang mencuri pandang kearahku, bagaikan nak telan aku. Aku rasa di perbudak-budak.

Saorang pegawai dari Jabatan Penerangan tiba-tiba bersuara, memberitau YB Menteri akan kesalahan yang sama aku lakukan pada beberapa interview dibahgian awal rancangan. Ku lihat bossku Abdullah Mohammad (Dato) mengetab bibir sambil merenung jengkel kearah pegawai itu. Benakku yakin, bos ku akan sokong aku.
Aku pun ambil keputusan untuk membela diri.

“Yang Berhormat......” kataku, minta perhatiannya. “Saya memang tidak layak untuk terbitkan rancangan itu.”

Beliau memandang tepat kearahku. Munkin kerana teruja pada tindak balasku itu. Atau munkin beliau hendak menguji aku.

“Saya tidak pernah dilatih menerbitkan program ‘perang saraf,’ jelasku.

“Jadi awak telah diberitau ini program ‘perang saraf’ kan?”

Aku mengangguk.

“Awak kata awak ta’pernah di latih terbitkan rancangan bagini? Tapi awak lakukan juga?”

“Saya terima arahan. Dan saya komited.” Jawapan itu tercetus dari bibirku.

Aku dapati beliau mula kelihatan tenang. Munkin kesihan melihat aku atau bangga pada jawapan ‘mengelak’ yang aku berikan itu. Aku ta’pasti yang mana satu.

“OK. Now tell us how you approach the isu,” beliau mula hypotical.

Bukan jawapan ‘mengelak’, tapi jawapan ‘bijak’ kata hatiku.

“Saya ta’tau apa masaalah anggota keselamatan. Tapi apa yang saya selalu baca, gulungan pesara tentera dan polis sukar untuk diterima berkerja di firma-firma swasta. Saorang pemandu lori 6 ton dalam angkatan tentera dan polis mithalnya, pengalaman dan lesen memandu tidak di pertimbangkan untuk mereka dapat kerja pemandu kenderaan berat di sektor komersil. Ingat saya, jika hari ini salepas kita berRaya, ada bekas tentera ditemuduga untuk jawatan dalam firma, dan kebetulan yang menemuduga itu telah melihat program saya ini, munkin situasi akan berubah. Saya kira saya berjaya ‘bridge the gap,’ aku melalut.

YB Menteri tersengeh. Dia segera rapat kerahku, letakkan tangannya keatas bahu aku, dan kami bersama keluar studio. Aku rasa terharu tetapi lega.

Pada ketika kami berpusu keluar melalui korridor sempit studio TV menuju ke foyer dan Kantin, ada antara pegawai atasanku yang sempat menarik pandanganku, sambil menunjukkan ‘tumb up’ sign.

Bermakna aku telah lulus ujian King Ghaz.

Salepas peristiwa itu, tiap satu penerbitan rancangan TV bentuk ‘perang saraf’ yang melibatkan keselamatan Negara, polis dan tentera bos tetap ajukan arahan itu kepejabat aku.

----------------------------------------
* Semalam, malam Jumaat 28hb.Januari 2010 PVRTM mengadakan tahlil di Masjid Baru, Angkasapuri – 4 hari salepas kembalinya kerahmatullah Tun. Alfatihah untuk hamba Allah, Pejuang, Pemimpin dan Bekas bosku - Tun Ghazali Shafiee. 

Wednesday, January 27, 2010

We Don't Retire - We Just Fade Out



Maka apabila sampai waktu untuk bersara wajib, ramai kita rasakan 'waktu untuk bersara' itu datang terlalu awal, walaupun rekod pejabat mencatat masanya dah sampai. Mau tidak mau, bersaralah kita.

Saya bersara pada 4hb.April 1996. Genap RTM menyambut anniversari Jubli Emasnya. 

Program TV yang pertama saya terbitkan sabuah dukumenteri khas sempena sambutan 25 tahun Jubli Perak RTM dalam tahun 1971 - 6 bulan satelah saya dilantik sebagai Penerbit Rancangan TV. Dukumenteri itu memperakukan keterampilan RTM sebagai wadah rakyat. Saya dan krew filem TV mengembara kepelbagai lokasi dipekan dan kota, juga di luar-luar bandar - ke tengah bendang dan kampung, ke rancangan Felda dan ke penempatan Orang Asli menemuramah rakyat.  

Menerbitkan sabuah dukumentari filem sangat mencabar waktu itu, terutama bagi mereka yang tidak pernah menerima latihan formal dalam bidang filem, saperti saya.

Zaman itu, tahap professionalisma penerbitan Radio & TV sangat diutamakan jabatan. Saorang Penerbit Rancangan TV yang baru dilantik disyaratkan mesti melalui jangkawaktu sacukupnya (paling kurang 6 bulan) sabagai pelatih distudio sebelum dibenarkan mengandalikan sabuah penerbitan rancangan, walaupun pegawai itu telah sedia mempunyai kelulusan walau dari Film School luar negeri sekali pun. 

Crew TV RTM kuat berpegang pada pra-syarat ini. Penerbit TV sengakatan saya Zainal Abu dan Zainuddin Nordin telah sabelumnya bertugas sebagai Penolong Penerbit/Floor Manager di studio tv. Maka mereka dianggap telah melalui jangkamasa latihan penyesuaian, dan mereka dibenarkan menerbitkan rancangan. Sdra Shahroom Sahaban & Sdra Othman Hafsham lulusan Film School di UK juga bekas pengarah filem di FNM (Film Negara Malaysia) dan saya bekas guru dengan 5 tahun pengalaman di Radio Malaysia, perlu terlebih dahulu melalui jangkawaktu latihan penyesuaian itu.

Maka kami bertiga pun dijadualkan menjalankan tugasan Penolong Penerbit/Floor Manager di studio TV. Sahingga Pengawal Rancangan TV keluarkan arahan perkelilingan memperakukan kewajaran kami sebagai penerbit untuk menerbitkan rancangan.  Baru  dianggap sebagai (a fully- Fledged Television Producer) dan layak menduduki kerusi Producer TV di Studio atau di lokasi pengambaran filem. 

Di studio Penerbit TV sangat dipandang tinggi dan mulia (juga ditakuti) seluruh anggota krew. Kuasa eksekutif yang ada pada tiap Penerbit TV melayakkan mereka menolak 'pekerja dan karyawan yang tidak kompeten'; menangguh atau membatalkan sesuatu penerbitan. 

(Saya sendiri pernah menolak kumpulan crew studio yang saya anggap tidak kompeten mengendalikan satu penerbitan 'siaran langsung' yang melibatkan beberapa orang pemimpin negara'. Sabenarnya crew tersebut baru selesai mengikuti kursus induksi teknikal di IPTAR dan saya anggap masih tidak cukup pengalaman mengendalikan peralatan di studio-studio TV RTM secara professional. Saorang Jurusolek pernah saya hantar pulang dari lokasi di Parit Buntar, dan minta boss di Angkasapuri hantar penganti kerana tidak kompeten megendalikan fungsinya. 
Tiap anggota krew sewajarnya menunjukkan tahap professionalisma yang tinggi, untuk membolehkan beliau berfungsi sebaiknya sebagai anggota penerbitan). 

Penerbit Rancangan TV pula rata-rata dikatagorikan menurut pengkhususan bidang kepakaran masing-masing. Saorang Penerbit Hiburan tidak samestinya dianggap layak menerbitkan rancangan Drama TV atau Dukumentari Film dan bagitu sebaliknya. Pegawai-Pegawai Penerbitan TV saperti Ahmad Merican (Tan Sri) sinonim dengan pembangunan Hiburan & Musik TV, Abdullah Mohammad (Dato') - Hal Ehwal Awam, Aziz Wok (Dato') - Drama TV, Hashim Amir Hamzah (Allahyarham) - Agama &Dakwah, Long Hin Boon - Drama China, Kassim Aris - Sukan. Legasi sademikian saterusnya diturunkan dan trampil di zaman saya dan gulungan salepas saya.

Bagitu juga halnya dengan di Radio. Tidak semua Penerbit Radio layak menerbitkan rancangan Drama atau Hiburan, Rancangan Agama atau Rancangan Pembangunan. 

Tidak semua Penyiar di Radio layak menjadi DJ (Juruhebah) atau membaca Berita Radio. Ada penyiar yang berpuluh tahun pengalaman tidak pernah menjadi DJ(JuruHebah) atau sebagai Pembaca Berita, walaupun sewaktu pengambilan masuk mereka wajib lulus uji bakat dan uji suara. S.M Salim (Tan Sri) artis ikon hiburan, seniman  yang serba boleh sepanjang zaman - walaupun beliau pernah menjawat jawatan tinggi di RTM, tidak sekali beliau membaca Berita Radio saperti rakan penyiar seangkatan dengan nya saperti Norlidar Saidi (Datin Paduka), Zulkifli Amin, Mohd Fadzli Yusoff (Dato'), Yahya Longcik, Mokhtar Daud (allahyarham), Tahir Ramli dan lain-lain, walaupun waktu itu pembaca Berita Radio dianggap personaliti ikon yang di minati ramai.

Bagi artis radio dan television pula satiap mereka terpaksa terlebih dahulu melalui ujian bakat sabelum diterima, walaupun beliau tersohor sebagai dramatis teater, pelakun filem atau gulungan 'mereka yang mengakui diri mereka layak'. Ramai artis filem yang tidak berjaya mendapat tempat sebagai artis drama di Radio dan TV - RTM. Begitu juga halnya dengan artis hiburan penyanyi, pemusik dan pelawak tanah air.

Rata-rata tiap pegawai RTM sedia berlomba menimba pengalaman untuk memajukan diri dan 'posisi' keterampilan diri masing-masing dalam bidang penyiaran dan penerbitan rancangan yang diminati. Tidak renti mereka mengasah bakat. Bertahun dan ada yang sampai berpuluh tahun, baru sampai ketahap pencapaian yang mereka hajati. Bagi gulungan ini,  RTM itulah institusi tempat menimba ilmu dan di RTM jugalah medan untuk bertandak sebagai karyawan disamping tempat mencari redzeki.

Di RTM kami membesar bagaikan satu keluarga yang padu dan intim. Keintiman itu yang terbawa-bawa hingga masakini, walaupun hampir seluruh kami telah bersara wajib. Andainya, jikalah RTM itu Ibu Kandung kami sudah lama dianggap telah 'bercerai susu'.

Apapun keadaannya bagi kebanyakkan kami pesara RTM kami masih berkeyakinan bahawa: 'We Don't Retire - We Just Fade Out'.

Betulke?

Friday, May 29, 2009

Antara Ah Long & Santa Clause

'Niether A Borrower Nor A Lender Be'... kata William Shakespaere.
Kita telah gempar membaca berita kekejaman Ah Long merantai dan mengurung pemuitang yang gagal langsaikan hutang mereka.
Ah Long, Santa Clause/Chettiar individu 'banker' yang sangat popular dikalangan warga kota. Pinjam wang dari Ah Long, Chettiar atau Santa Clause, lebih mudah dari pinjam wang dari Bank. Tidak boleh dinafikan ramai di kalangan masyarakat kita yang berurusan dengan mereka ini. Tiap urusan dijalankan secara peribadi dan sulit. Isteri atau suami atau keluarga sipemutang tidak sepatutnya tau. Kebanyakkan pemuatang terdiri dari pelbagai gulungan, teruatama tahi judi, kaki minum, kaki perempuan, ahli perniagaan, kakitangan awam dan swasta, malah orang ramai yang selalu kekurangan wang. Sekali meminjam, mula ketagih. Terlalu banyak meminjam pula mendatangkan masaalah. Bagitu adanya, dan itulah akibahnya.
Saorang staff pejabatku (1960es) gilakan saorang penyanyi lelaki yang sedang popular dari negeri diluar KL. Si Gadis ini bukan calang orang nya. Ayahnya saorang pegawai Kanan Majlis Agama Negeri dan ibunya pula orang kuat politik. Munkin kerana latarbelakangnya dari keluarga berada, menyebabkan Gadis kecik molek ini sanggup pinjam duit Chettiar untuk ikut bontot penyanyi tersohor itu. Sajumlah besar wang telah dipinjam dari Chettiar tersebut, dan beliau pula tidak berusaha membayar ansuran bulanan saperti yang dijanjikan. Chettiar keturunan Punjabi, di nikname Santa Clause olih pemuitang regular kerana janggutnya yang panjang dan puteh itu. Lagipun panggilan Santa Clause lebih mesra dari penggilan Chettiar.
Kini Santa Clause sudah mula datang ka pejabat kami untuk mencari si Gadis keckk molek itu. Si Gadis akan sembunyikan diri pura-pura sebuk buat kerja dan ta'ada masa nak layan Santa Clause. Menyebabkan rakan-rakan sapejabat rasa kurang senang. Bos kami cuba bantu selesaikan masaalah. Dia pujuk Santa Clause supaya jangan datang mencari keopis dan berjanji akan cuba menyelesaikan perkara tersebut.
Tanpa berlengah Bos menalipon keluarga Si Gadis. Keperihatinan Bos itu sangat kami puji. Bos telah bertindak bijak, kata kami. Bos pandai untuk menjaga naba baik pegawainya dan perihatin atas kebajikan mereka.
Kami diberitau, satu pertemuan sulit telah diatur antara keluarga Si Gadis dengan Santa Clause. Saya tidak pasti sama-ada kedua ibubapa Si Gadis hadhir dipertemuan itu. Bos pula tidak bercerita keputusan pertemuan itu. Bagi kami, semua sudah selesai. Santa Clause juga tidak datang cari Si Gadis lagi. Sebagai rakan sakerja, kami turut bersyukur. Rakan sapejabat kami telah terselamat dari diganggu gugat oleh Santa Clause, hingga menyebabkan Si Gadis terpaksa kunci diri dalam bilik pejabat dan pura-pura sebuk kerja.
Satu pagi beberapa bulan kemundian Santa Clause yang sama kelihatan berada di foyer pejabat. Beliau berdiri disitu semacam sedang menunggu sasaorang. Persoalan demi persoalan timbul. Adakah Si Gadis dicari samula? Kami jadi keloh kesah. Ada yang cuba beri amaran kepada Si Gadis untuk sembunyikan diri. Sebaliknya Si Gadis kelihatan berlagak biasa dan samasekali tidak kelihatan cemas akan kehadhiran Santa Clause itu. Untuk memboktikan yang dia tidak ada kaitan apa-apa lagi dengan Santa Clause itu Si Gadis saja-saja belegar di foyer.
Apabila dimaklumkan akan kehadhiran Santa Clause itu, Bos segera menemuinya. Kali ini Bos tidak menjemputnya masuk pejabat, tetapi cepat-cepat bawa Santa Clause keluar manaiki skuternya.
Kami terpempan. Apa gerangan telah berlaku.
Si Gadis kemundiannya secara terang terangan menjelaskan, kini yang di cari Santa Clause itu adalah Bos dan Ayahnya. Ayahnya telah meminjam wang yang besar jumlahnya dari Santa Clause itu, manakala Bos jadi penjaminnya.
Si Gadis saterusnya menjelaskan, bahawa Bos dan Ayahnya kini sahabat baik. Bos telah perkenalkan Ayahnya dengan judi Bole Golek di Bukit Bintang. Akibah judi Bola Golek itu menyebabkan Ayahnya dan Bosnya kini menjadi pelanggan baru Santa Clause itu.
Gitulah adanya.

Wednesday, May 20, 2009

Hari Ini Setahun Dahulu.


18hb.Mei 2008, Kristal Ballroom, PJ Hilton.
Resepsi Perkahwinan Yusoff Nik & Nurhafiza Marzuki dihadhiri - Kaum keluarga, Sahabat Handai, Jiran Tenangga dan tetamu-tetamu kehormat.



Ucapan aluan saya bagipihak keluarga.

Asalam-mualaikum-warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera

Malam ini..seluroh keluarga kami rasa sangat dimuliakan, kerana kesudian hadhirin sakalian berkampung bersama-sama kami di Dewan Kristal, PJ Hilton ini.

PEOPLE SAY THAT IF YOU CAN COUNT THE FINGERS ON YOUR HAND AND SAY THAT YOU HAVE FIVE TRUE FRIENDS, YOU ARE VERY LUCKY. AND IF YOU CAN COUNT ENOUGH GOOD FRIENDS ON TWO HANDS, THEN YOU ARE BLESSED.

Saya percaya malam ini WE ARE ALL BLESSED kita sangat dimuliakan kerana tiap saorang dari kita di Dewan ini sedang di kelilingi oleh ramai saudara mara dan sahabat handai. Apatah pada pasangan mempelai yang kita raikan.

1. Syukur Alhamdullillah, dengan barkat dan rahmat dari Allah Subha-Nahu-Wataala, dimalam yang mulia ini kita dapat bersama meraikan Majlis Sambutan Perkahwinan adinda saya Mohammad yusoff nik & Nurhafiza bt MARZUKI Dengan kahendak Allah, pasangan mempelai ini telah selamat dan sempurna diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan semalam 17hb.MEI 2008 bersamaan 11Jamadilawal 1429 Hijrah.

2. Bagipihak mempelai berdua saya serta kaum keluarga kami, saya mengalu-alukan hadhirin dan hadhirat sakalian. Kesudian hadhirin & hadhirat sakalian meluangkan masa datang dari jauh dan dekat untuk sama-sama meraikan Majlis kami yang tidak sepertinya ini, telah tambah berseri lagi majlis ini dan akan jadi kenangan manis yang berkekalan buat kami dan famili. Sama-sama kita berdoa, majlis ini di barkati Allah, serta tali silatulrahim antara kita, terus kekal dan sejahtera buat selama-nya. Insha-allah.

HONESTLY FAMILI KAMI SEMUA ‘LOOKING FORWARD’ UNTUK MAJLIS RECEPSI PERKAHWINAN MALAM INI. AGAK SUKAR NAK ‘INFLUENCE’ SASAORANG UNTUK BERKAHWIN. BAGITU HALNYA DENGAN ENCIK YUSOFF ( ADIK IPAR SAYA ) YANG KITA RAIKAN MALAM INI. MACAM-MACAM HELAH KAMI CUBA PUJUK DIA KAHWIN, TAPI TIAP KALI KAMI TANYA DIA,…. DIA BUAT TA’TAU AJE.
KEMUNDIAN DIA BELI SABUAH RUMAH SATU TINGKAT DI KAMPUNG TUNGKU. DIA ROBOHKAN RUMAH ITU DAN BINA SABUAH RUMAH BARU DIATAS LOT YANG SAMA. SAYA YAKINKAN DIRI SAYA…MUNKIN ITU ‘BODI LANGUAGE DARI YUSOFF UNTUK KAMI FAHAMI’…….BAHAWASANYA DIA MEMANG BERCADANG UNTUK BERUMAH TANGGA.



LALU KATA HATI SAYA, PERANGAI YUSOFF SAPERTI BURUNG MERAK JAMBUL. JIKA KITA TONTON DISCOVERY CHANNEL ADA SAJENIS BURUNG MERAK JAMBUL. WARNA BULUNYA KEHIJAUAN DAN JAMBULNYA MERAH. MATANYA JINAK.. JENIS INI CUMA TERDAPAT DI AFRIKA. PERANGAI BURUNG MERAK JAMBUL INI, IA AKAN CARI TEMPAT SESUAI DALAM BELUKAR UNTUK BUAT SARANG. KEMUNDIAN IA AKAN MENARI-NARI DAN MENYANYI-NYANYI PIKAT BAKAL PASANGANNYA UNTUK MASUK BERTELOR.



JADINYA, SAYA CUKUP TERUJA PADA PEMBINAAN RUMAH BARU DIKAMPUNG TUNKU ITU. HAMPIR SETIAP HARI SAYA KEKAMPUNG TUNKU MEMANTAU PERKEMBANGAN RUMAH BARU ITU, SELALUNYA BERSAMA CUCU SAYA NAEEM BERUMOR 2 TAHUN,, HINGGAKAN ADA YANG BERANGGAPAN RUMAH YANG SEDANG DIBINA ITU RUMAH SAYA. “LELAKI BERUMOR, RAMBUT UBAN DAN DUKUNG ANAK KECIL,” KATA MEREKA.





SUNGGUHPUN MEREKA KERAPKALI LIHAT ENCIK YUSOFF BERADA DI TAPAK PROJEK ITU, MEREKA BERANGGAPAN KHADHIRANNYA, SEMATA-MATA LAWATAN KERJA SAORANG ARCHITECK.
ADA YANG TANYA ENCIK YUSOFF, LELAKI TUA BERAMBUT UBAN YANG SELALU DATANG BERSAMA ANAK KECIL TUU, TUANPUNYA RUMAH IN KE?
ENCIK YUSOFF SEGERA JAWAB. “BUKAN. INI RUMAH SAYA SENDIRI.”
HAAA……SAMPAI GITU CERITANYA.

PEMBINAAN RUMAH ITU MENGAMBIL MASA HAMPIR 1 TAHUN. SAYA BERITAU YUSOFF, SABELUM PINDAH RUMAH BARU TUU……….ELOKLAH KAHWIN DULU.


DIA TA’JAWAB, TAPI DOK SENYUM AJE,


KATA IA PUN TIDAK, KATA TIDAK PUN TIDAK.

SATERUSNYA SAYA HASUT ANAK-ANAK SAUDARA, UNTUK TANYA…..RUMAH HAMPIR NAK SIAP, DAH ADAKE PILIHAN BAKAL ISTERI………MEREKA TAKUT NAK TANYA. CUMA,ADALAH SAORANG TU YANG MENGAKU BERANI. NAMANYA HAJI OMAR MAMAT, TAPI AKHIRNYA DIAPUN GAGAL UNTUK DAPATKAN JAWAPAN PASTI. LEPAS TU DIA PULA SELALU GESA SAYA, BILA LAGI BAPAK SAUDARANYA ITU NAK KAHWIN.

APABILA RUMAH DAH SIAP,…STATUS MEMBUJANG MASIH PADA ENCIK YUSOFF.
.
KAKAKNYA (ISTERI SAYA) GELISAH. SAYA BUNTU..
KAMI BERANIKAN DIRI TANYA LAGI. DIA TA’JAWAB, CUMA KATANYA DIA NAK UMRAH DULU. KAMI CEPAT-CEPAT SOKONG, DENGAN HARAPAN IBADAHNYA DAN DOANYA AKAN DIMAKBULKAN ALLAH, PASTINYA BALIK DARI UMRAH NANTI DIA AKAN BERITAU KAMI.
.
WAKTU YUS PINDAH KERUMAH BARUNYA PADA BULAN APRIL TAHUN LEPAS…. SAYA PULA BARU JADI SAORANG BLOGGER…JADI TERUS TERUJA GUNAKAN MEDIA BLOG UNTUK PENGARUHI YUS, DENGAN HARAPAN DIA AKAN TERBACA BLOGPOSTING SAYA ITU.

MENURUT ANAK SAUDARANYA OMAR MAMAT….SATELAH SIAP RUMAH BARU ENCIK YUSOF, NAMPAKNYA DAH MULA MINAT TULIS PUISI, HINGGAKAN JEMPUT KELUARGA DATANG KERUMAH BARUNYA PUN DIA BERPANTUN BERSAJAK.
SAYA JADI SYOK SENDIRI. TERUS BERANGGAPAN, PASTI DIA TELAH BACA POSTING PANTUN DALAM BLOG SAYA MASA DIA PINDAH RUMAH DULU ITU, MENYEBABKAN DIA MULA MINATI PUISI.

TAPI SAMA-ADA DIA BACA ATAU TIDAK WALLAHUALAM.

BAGINI BUNYI PANTUN SELOKA SAYA YANG SAYA POSTKAN MELALYU BLOG SAYA KEPADANYA ITU:.

TELAPAK BALDU BUSANA TERKINI,
BUAT PAKAIAN DI MAJLIS RAJA;
TERATAK BARU NAMPAKNYA SUNYI,
BILAKAN YUS NAK BERUMAH TANGGA..


TA’ADA RESPOND. MAKA SAYA PUN BERPANTUN LAGI –

JIKA YUS KETANJUNG PUTERI,
BELIKAN DELIMA BARANG SEKATI,
JIKA YUS INGIN BERISTERI,
TUNJUKKAN YANG MANA PEKENAN DIHATI.

BELIKAN DELIMA BARANG SEKATI,
BUAT PENGHIAS SERI HIDANGAN,
TUNJUKKAN YANG MANA PEKENAN DIHATI,
AKAN KU KIRIM ROMBONGAN MEMINANG.

MAKA, MENURUT KESAHNYA SATU PETANG PULANG DARI UMRAH, DIA DATANG KERUMAH DAN MINTA SAYA DAN KAKAKNYA MEMINANG CIK NURHAFIZA BT HJ MARZUKI UNTUKNYA.
ALHAMDULLILLAH, KAMI SEKLUARGA BERSYUKUR KEHADRATH ALLAH. LEBIH-LEBIH LAGI KAKAKNYA ISTERI SAYA, DAN ADIK BERADIK MEREKA.

MAJLIS MERISIK DAN TERUS BERTUNANG TELAH SEMPURNA BERLANGSUNG MELALUI PERSEPAKATAN ANTARA KAMI DAN IBUBAPA SERTA KELUARGA PENGANTIN PEREMPUAN 3 BULAN LALU – PADA 17HB.FEBRUARI.
RUPANYA DALAM SAYA SEBUK-SEBUK BERPANTUN BERSELOKA, YUS SUDAH ADA PILIHAN HATI - CIK NURHAFIZA BT HJ MARZUKI, (PERUNDING JURUKUR BAHAN). TIGA BULAN DALAM PERTUNANGAN DAN ALHAMDULLILLAH SEMALAM MEREKA SEMPURNA DI IJABKABULKAN.

3. Bagipihak hadhirin semua, saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan mempelai yang kita raikan –adinda MOHAMMAD YUSOFF B.HJ CHE’ NIK & NURHAFIZA BT. MARZUKI, dengan doa mereka akan senantiasa bahgia dan sempurna sebagai pasangan suami isteri, membina rumahtangga yang sejahtera dan dilimpahi rahmat dari Allah yang Maha Kuasa. Kami berdoa perkahwinan ini kekal dan berpanjangan, penoh kasih mesra, senantiasa makmur, bertimbang rasa dalam suasana tenang, gembira dan aman bahgia.
Ya Allah Ya Tuhan Kami
“Satukanlah hati kedua mempelai ini
saperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan saperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Berkatilah pernikahan antara kedua-duanya dengan perasaan persafahaman, bersatu hati dan berbaik sangka, dan kurniakanlah kepada mereka berdua
sebaik-baik perkongsian hidup dan kasih mesra selama-lamanya
serta kebaikan dan kebarkatan di dunia dan akhirat.”
~
Amin Ya Rabbal ‘Alamin

BAGI SAYA DAN ISTERI SAYA, PERJODOHAN ANTARA ENCIK MOHAMAD YUSOFF DAN CIK NORHAFIZAH, BUKAN SAHAJA KAMI DAPAT SAORANG ADIK IPAR BARU, TETAPI BAGAIKAN JUGA DAPAT SAORANG MENANTU BARU, KERANA PERHUBUNGAN ANTARA SAYA DENGAN ENCIK YUSOFF SELAMANYA, BUKAN SEMATA SEBAGAI ADIK IPAR, TAPI LEBIH MERUPAKAN PERHUBUNGAN DENGAN SAORANG ANAK LELAKI.. KEPERIHATINAN SAYA PADA KEBAJIKAN NYA, SAMA SAPERTI YANG TERDAYA SAYA LAKUKAN KEPADA ANAK-ANAK SAYA SENDIRI.

4. Kepada adinda pasangan pengantin ingatlah bahawa: Apabila IJABKABUL dilangsungkan, bererti pengantin lelaki telah menerima amanah Allah s.w.t. Adinda telah berikrar menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Dan dengan itu juga, pasangan suami isteri yang telah di ijabkabulkan itu telah terikat dalam satu ikatan yang sah pada syarak. Maka akan termaktub hak-hak, kewajipan dan tanggung-jawab yang berat untuk adinda MOHAMMAD YUSOFF & NURHAFIZA sebagai pasangan suami dan isteri untuk bersungguh-sungguh mempertahankan rumahtangga yang didirikan itu dengan menyempurnakan tanggungjawab masing-masing sebaik-baiknya.

5. Tanggungjawab SUAMI selain dari memberi nafkah zahir dan batin, harus pandai membimbing isteri dengan sikap lemah lembut dan bijaksana. Jangan sekali-kali mengasari dia. Jadikan isteri tempat kira bicara dengan penoh mesra.

KATA ORANG – ISTERI MUDA BANYAK MANJANYA, ISTERI SEBAYA BANYAK CEREWETNYA, ISTERI TUA BANYAK LETERANNYA.

Jadinya ….SEBAIK MENGURUSKAN RUMAH TANGGA, JADIKAN DIRIPERIBADI ANDA SEBAGAI SAORANG SUAMI YANG PENGASIH DAN BANYAK BERSABAR.
Insyaalah, KEBAHGIAAN DAN KESEMPURNAAN RUMAHTANGGA AKAN TERBENTUK SEBAIKNYA.

Tanggung-jawab ISTERI pula hendaklah senantiasa menumpukan taat dan setia kepada suami dengan memberi sebaik-baik layanan. Isteri hendaklah senantiasa manis muka serta budi bahasa yang mulia. Sakiranya menghadapi isu yang boleh membawa kepada perselisihan faham, segeralah mengatasinya melalui nasihat-nasihat yang baik dan hendaklah SUAMI dan ISTERI bertolak ansur menurut jalan yang diredhai Allah s.w.t.

6. Ajaran agama Allah, agama Islam yang maha suci wajib dijadikan panduan supaya adinda berdua sebagai suami & isteri dapat membedzakan antara perkara HALAL dan HARAM, PAHALA dan DOSA ketika membentuk kesejahteraan rumahtangga. Dan apabila syiar dan penghayatan Islam wujud dalam rumahtangga adinda berdua, Inshaallah matlamat mezahirkan keluarga bahgia dan yang soleh akan tercapai.

7. Peliharalah dengan sebaiknya perhubungan dan kasih sayang antara sesama keluarga keduabelah pihak, dengan tingkah laku yang baik dan akhlak yang tinggi supaya tidak akan timbul prasangka yang akan menzahirkan rasa kecil hati keduabelah pihak.

8. Rahmat Allah kepada hambaNya sangat besar dan tidak terkira, di luar dari kemampuan kita untuk menghitungnya. Hakikatnya, semarakkan lah iman dan amalan yang soleh dalam hidup berumahtangga, berkeluarga, dan bermasyarakat. Insha-allah kehidupan adinda berdua akan makmur, sempurna dan sejahtera.

9. Untuk adinda NURHAFIZA kami sakeluarga dengan penoh kesyukuran menerima beliau dan keluarga beliau kedalam keluarga kami. Sama-sama kita berdoa samoga tali silaturrahim antara dua keluarga besar yang mula terbina ini akan terus berpanjangan dan berkekalan.

10. Untuk adinda Mohammad YUSOFF, pandai-pandailah menyesuaikan dalam rumahtangga baru anda. Percayalah, bahawa keterampilan sasaorang hamba Allah bukan diukur pada kekayaan harta yang ada padanya, tetapi pada ketinggian iman dan ketulusan diri peribadinya.Jauhilah diri dari amalan sombong dan bongkak. Hendaklah adinda senantiasa bersikap hormat menghormati dan berbaik sangka antara sesama keluarga. Inshaallah hidup adinda akan di berkati Allah.Dalam suasana hidup yang serba mewah ini, Allah swt telah melimpahkan kurniaNya dengan memberikan suasana aman dan makmur kepada umaatNya. Ingatlah harta kekayaan yang kita miliki itu, sekadar perhiasan dunia semata-mata. Jangan sekali menunjuk-nunjuk dan bermegah dengannya, kerana apa yang kita ada itu orang lain telah juga memiliki yang sama. Yang hakiki milik kita, adalah budi bahasa yang baik, turut kata yang jujur dan peribadi yang luhur yang telah terbina melalui pendidikan agama yang kita perolehi dan bimbingan kemesarakatan yang keluarga kita telah berikan.

11. Untuk Keluarga Sekalian:
Majlis ini tidak akan sempurna tanpa restu, dorongan, kerjasama dan sumbangan masa, tenaga dan wang ringgit dari keluarga sakalian. Majlis ini telah dirancang dengan teliti, untuk memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada semua hadhirin malam ini.

12. Isteri saya Hajjah Fatimah Nazrah bersama adinda
beliau Dato’ Mohammad Nik berasma adik beradik sakalian telah merangka majlis ini sebaiknya, senantiasa berunding dan berbincang antara kami. Kami telah sekata untuk menjadikan majlis ini sesempurna setakat yang kami mampu.

13. Akhir sekali saya mohon maaf jika terdapat salah dan khilaf, pada tutur bicara saya, atau cara majlis ini dilaksanakan, atau apa-apa kelamahan yang terdapat sepanjang masa majlis ini di jalankan. Segala kelemahan adalah kelemahan kami, dan segala kebaikan adalah datangnya dari Allah.



Sakian – wabillah-hil-taufek-wal-hidayah. Assalam mualaikum warah-matullah-hi;wabbarakatuh.


PJ HILTON
Mei 18, 2008

Wednesday, May 13, 2009

Hari Ini 40 Tahun Dahulu

13 Mei 1969, peristiwa berdarah berlaku di Kuala Lumpur. Saterusnya ia jadi kenangan sejarah kelam bagi seluruh rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian. Saperti hari ini (13Mei 2009) hari itu adalah hari Berkerja. Kemelut politik Pilihan Raya Nasional masih membara didada rakyat, baik dari parti yang memerintah maupun dari gulungan pembangkang. Pilihanraya itu, walaupun menyaksikan kemenangan tipis parti pimpinan YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Bapa Kemerdekaan. Keterujaan gulungan pembangkang untuk menguasai politik tanah air saterusnya, secara langsung menguji setiakawan antara kaum.
Kini 40 tahun demikian 'setiakawan' antara penduduk masih kabur dan ditakuk lama. Kadangkala kerterujaan tiap rupabangsa menegakkan hak kebangsaan mereka mengugat keharmonian dan kesetabilan negara...........

"Sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk kesejahteraan Malaysia."

Alkisah..Ratu Tuntung Bertelorkan Emas Di Negeri Cempakasari

......maka tersebarlah keseluruh penduduk negeri Cempakasari, wujudnya saekor Ratu Tuntung bertelorkan emas. Rakyat dari jauh dan dekat berpusu-pusu membanjiri ‘Sanctuary Tuntung’ itu dengan harapan berpeluang mengaut untung, yang akan menjadikan mereka kayaraya dan berkuasa. Diantara mereka itu, terdapat saorang lelaki permastautin sabuah pulau di Selat Melaka. Sebagai nelayan pantai, lelaki ini mempunyai tubuh badan yang sasa. Kulitnya hitam legam kerana terlalu banyak berjemur. Dialah nelayan pakar di pulau itu. Kepakarannya mengesan sarang penyu bertelur dipantai. Penduduk pulau kampungnya beri dia nama jolokan ManPanko.

ManPanko sangat teruja untuk memcuba kepakarannya menjejaki sarang Ratu Tuntung dipulau ‘santuary’ itu, serta layak menuntut hak dilantik sebagai Penguasa. Kerana itu, kehadhiran ManPanko sangat tidak disenangi SiKentol penguasa baru ‘Sanctuary Tuntung’ itu. Bagi SiKentol dia mendapat sokongan padu khalayak menjawat jawatan itu. ManPanko tetap berdegil untuk mencuba kepakarannya menjejak sarang Ratu Tuntung bertelor emas itu.

Orang ramai mula berbelah bagi, antara menyokong SiKentol atau ManPanko. Menurut adat mereka berhak dapat panggu hasil telur emas Ratu Tuntung itu. Tapi dari siapa - SiKentol atau ManPanko. Kebengongan menghantui semua.

Tanpa berlengah ManPanko pun memulakan kerjanya menjejak sarang telor Ratu Tuntung itu. Setiap sarang tuntung yang ditemuinya rakus dipunggahnya. Tidak ditemui sebarang telor emas. ManPanko tetap berusaha. Dia terus mengorek dan mencari. Dari satu sarang, kesatu sarang lain di bongkar ManPanko. Masih telur emas tidak ditemui. ManPanko terus mencari dan mencari....

Menurut yang ampunya cerita, akhirnya ManPanko terserempak saekor Ibu Tuntung sedang bertelor. Percaya itulah Ratu Tuntung yang dicarinya, ManPanko rakus mengorek sarangnya. Tidak pula ditemui sebarang telor emas. Geram dan sangat teruja, MatPanko pun selukkan tangannya yang sasa itu kedalam ‘dubur’ Ibu Tuntung itu. Tidak juga ditemui telor emas. Diseloknya sedalam munkin ‘dubur’itu. Juga tiada telor emas.

Apabila Ibu Tuntung rasa duburnya perit, ia pun bertindak balas. Dikemutkannya ‘dubur’nya sekuat munkin. Ia terjun keair menarik ManPanko bersamanya.

ManPanko berhempas pulas cuba menyelamatkan diri. Tapi tetap terus ditarik Ibu Tuntung itu ketengah arus.

SiKentol serta orangramai kaget melihatkan peristiwa ganjil itu. Tapi tiada pula sebarang usaha dilakukan untuk membantu. Disebaliknya, mereka rasa sangat terhibur, melihatkan Ibu Tuntung mengherat ManPanko katengah arus sungai.

Tidak pernah peristiwa seganjil itu berlaku sepanjang hayat mereka.
Kerana terlalu gelihati mereka tidak renti-renti ketawa berdekah-dekah.


Tercungap-cungap ManPanko menarik nafas mengelakkan diri dari dilemaskan Ibu Tuntung itu. Lagi orang ramai gelihati dan terus bersorak-sorak, setuju dengan tuduhan SiKentol, bahawa ManPanko tamak harta dan gila kuasa. Ada yang sampai menguling-gulingkan diri keatas tanah, keseronokan dan kegelian. Yang latah melompat-lompat macam katak dan menari-nari saperti monyet kelatahan. Yang semput mengurut-urut dada, cuba elakkan diri dari diserang ‘angin ahmar.’

Pun bagitu tiada sebarang usaha untuk menyelamatkan ManPanko.

Laungan kecemasan dari ManPanko telah ditenggelami sorak sorai dari pantai itu.

Kini semua mereka percaya ManPanko akan mati lemas ditarik Ibu Tuntung kedasar sungai. ‘Padankan muka kamu’, jerkah SiKentol. Diikuti suara ‘chorus’ sorak sorai ramai pengikutnya. ‘Sanctuary Tuntung’ ni sekarang kawasan teman, usah mike nak mengada.’

Sabenarnya, ketika kesah ini di tulis ManPanko tidak mati lemas. Ibu Tuntung tidak tahan menanggung kesakitan ‘dubur’nya diselok tangan sasa ManPanko itu. Maka di terankannya ‘dubur’nya berkali-kali untuk melepaskan diri. Juga tidak berjaya. Dicubanya menyelam untuk melemaskan penyerangnya itu, tapi tangan ManPanko masih terkepit di ‘dubur’nya.

Maka berlakulah tarik menarik antara ManPanko dan IbuTuntung. Masing-masing hendak menyelamatkan diri. Orang ramai kini sampai ketahaf histeria kerana kegelian melihatkan kemuncak pertarongan menyelamatkan diri antara Ibu Tuntung dan ManPanko itu.

Akhirnya Ibu Tuntung mengalah. Iapun lepaskan ‘kuasa kemut duburnya untuk lepaskan penyerangnya itu.

MatPanko selamat berenang kepantai samula, dan Ibu Tuntung rasa legaaaa!!!!

-------

Yang jadi mangsa peristiwa ganjil itu adalah orang ramai. Kerana terlalu ghaerah, mereka lupa diri. Ramai yang ketawa sampai pengsan, ramai pula dirasuk ‘latah’ yang menggila, dan tidak kurang diserang ‘angin ahmar.’ Saterusnya pengikut-pengikut ManPanko dan SiKentol rasa malu kerana kebodohan diri. Mereka terus malu nak bertemu muka. Mereka berpuak-puak.

Pun bagitu kedua pihak masih tetap teruja untuk berkuasa di Pulau Sanctuary itu, serta memiliki Ratu Tuntung bertelor emas. Kerana mereka percaya bahawa Ratu Tuntung bersarang dipulau itu.

Sakian adanya. Wassalam.
______________________-
TAJUK BERITA PALING MENARIK MINGGU INI.......




Monday, April 13, 2009

APRIL YANG PENUH MAKNA


Fool’s Day
Sesuatu menguja aku tiap menjelang April. Kadatangan April tahun ini juga demikian.Pertama pada minggu pertama April aku memperingati ulang tahun kelahiranku. Syukur Alhamdullillah 4hb April 2009, usiaku genap 68 tahun. Kedua 1 April, berupa April Fool Day. Aku teringat pada kenakalan murid-murid SMC1`GES Hutan Melintang, mempedaya rakan-rakan sakelas dengan gurauan yang buka-bukan. 2 tahun kami di GES Hutan Melintang. Pada tahun keduanya kenakalan April Fool sudah mula melampaui batasan gurauan biasa. Saorang murid hampir buta matanya, akibah dipanah dengan lidi – semata-mata kerana gurauan.


1 April. 1hb.April pula diperingati sebagai Hari Penyiaran RTM, yang aku turut raikan saban tahun bermula 1967-hingga tahun 1996; jangka perkhidmatanku dengan Jabatan Penyiaran Malaysia.


Dan tahun ini bulan April menyaksikan peralihan kuasa PM ke 5: Dato’Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi kepada PM ke-6 Datok Seri Najib Tun Razak. Acronim R.A.H.M.A.N terlalu lengkap terhasil dari susunan nama PM 1 hingga 6. Rahman,Abd.Razak,Hussein,Mahadhir,Abdullah, Najib . RAHMAN bermaksud Yang Amat Pemurah. Sangat sesuai dengan budi pekerti rakyat Malaysia – murah senyum dan murah budi bicara. Bagitu pujian yang sering kita terima tiap tetamu ke negeri ini.


'UMPAMA KETAM DALAM BAKUL'
Perhimpunan UMNO ke-akan berakhir hujung minggu ini. Kepimpinan Baru UMNO di ketuai President Dato’Seri Najib Tun Abd Razak sedang berdepan dengan 3 Pilihan Raya Kecil: Parlimen Bukit Gantang, DUN Batang Ai, Sarawak dan DUN Bukit Selembar, Kedah. Penamaan Calun serentak berlangsung pada 1hb.April. Kini BN dan PKR sekali lagi menguji pilihan rakyat – sasudah PilihanRaya Umum, Mach 2008. PRU 2008 menampakkan kemunculan pakatan baru PKR – menguasai 5 DUN, negeri-negeri PERAK, SELANGOR, PENANG, KELANTAN dan KEDAH, serta sebilangan besar kerusi Parlimen. Kekecundangan BN diluar dugaan ini di beri jolokan sebagai Kejatuhan kepimpinan politik PM Ke 5 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. MCA,GERAKAN dan MIC disamping UMNO menerima tamparan hebat. Sementara pemimpin-pemimpin PKR mendabik dada merayakan kemenangan besar mereka, pemimpin komponen BN yang selamanya menerajui tempuk kepimpinan politik kaum di negara ini, kini hilang taring: Bagaikan Ketam Dalam Bakul, mengaku dirinya berkuasa, tetapi telah kehilangan daya.


2 Pilihanraya kecil Parlimen yang berlangsung salepas PRU ke 13 juga menunjukkan kemenangan kepada PKR. Maka bagi 3 Pilihanraya Kecil yang berlangsung April ini memperluatkan iltizam BN untuk berdaya saing dan menguasai politik tanah air samula. Ia sebagai langkah bermulanya ‘reform’ yang dijanjikan oleh Presiden baru UMNO Dato’Seri Najib Tun Razak. Satu pertaruhan yang getir. Pada ketika-ketika peralihan kuasa pada kempimpinan UMNO dalam suasana ancaman kegawatan ekonomi dunia, rata-rata suasana tidak menentu, ragu dan rasa tidak selamat sedia mengongkong minda rakyat. Bagitu jugalah halnya dengan bakal pengundi Bukit Gantang, Bukit Selembar dan Batang Ai.

BIRTHDAY KE 68
4hb April 2009 genap 68 tahun usiaku. Aku sambut hari ini bersantai bersama-sama keluarga dan sahabat akrab di Aman Rimba Janda Baik. Rancangannya, rehat dan tenangkan fikiran. Bersyukur kepada Allah kerana rahmatNya. Kami berlepas ke Janda Baik jam 11.00. Berkumpul di Tol Gombak, kemundian berbondong menuju ke Janda Baik. Acara perimpulan kami biasa. Welcome Drink, Jamuan Tengah Hari, Rehat, Jamuan Petang, Rehat, Solat Maghrib & Tahlil, Jamuan Malam (BBQ Mak Oii), Tidur, Solat Subuh (ada rancangan nak Kiaimulai konon, tapi ta’saorang pun terbangun), Jamuan Pagi, Rehat dan masing-masingpun teringat nak balik. Gitu caranya Warga Emas sambut Hari Lahir ku. Aku sakerluarga menghargai kehadhiran Keluarga 7 termasuk Haji Yahya dan Hajjah Teh (Besan Haji Johari Samad & Hajjah Azizah Majid juga Haji Razim Mokhtar dan isteri serta dua anak sebagai undangan khas).

Juga hadiah yang tinggi nilainya dari anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu, Haji Mazlan&Hjh Badiah, Hj Aziz&Hjh Sauyah, Haji Razim dan keluarga. Wah, ta’pernah dapat sebanyak ini hadiah disambutan Hari Jadi sabelum ini.
Alhamdullillah.

KABINET PM KE-6
Aku teruja pada barisan Kabinet Baru Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak. Barisan Kabinet yang pernahku bayangkan secara ‘ngomong-ngomong politik kosong dengan kawan-kawan’ nampaknya berlaku. Paling menguja aku penamaan samula Kementerian Penerangan Malaysia. Kini Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian & Kebudayaan. Langsung aku tulis surat terbuka ucapan Tahniah kepada Menteri yang di lantik: Datuk Seri Dr Rais Yatim, bekas bos aku di Kementerian Penerangan antara 1984 hingga 1986. Aku percaya Datuk Seri sangat serasi dengan Kementerian baru ini.



Ahad, April 12, 2009
Ybhg DatukSeri Dr.Rais Yatim,
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian & Kebudayaan,
Tingkat 7, Wisma TV, Angkasapuri,
Kuala Lumpur.

Asalamualaikum wbt –
PER: UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH
Saya ucapkan syabas dan satinggi tahniah atas perlantikan Ybhg Datuk Seri ke Kabinet Perdana Menteri Ke-6 – Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak. Syabas kerana Ybhg Datuk Seri telah diberi kepercayaan untuk menerajui Kementerian Penerangan yang baru dan yang lebih menyakinkan: mencakupi tugasan Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan secara pukal. Sekaligus Kementerian baru ini dijangkakan dapat leksanakan tugas paling berkesan sebagai penyubur intelektual dan wadah rakyat.
2. Penerangan, Komunikasi, Kesenian & Kebudayaan sangat serasi dengan diri peribadi Ybhg Datuk Seri. Kepercayaan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat DatukSeri Najib Tun Abdul Razak – Perdana Menteri, kepada Ybhg DatukSeri, satu penghormatan yang sangat bernilai.
3. Kementerian Penerangan yang saya kenali, semacam telah hilang wibawanya sejak satu dekad yang lalu. Pada pengamatan saya keterampilannya sebagai pemacu wadah rakyat telah hilang ‘taring’nya akibah penukaran dasar yang ‘pelbagai arah tuju’ tiap kali ‘kepimpinan baru’ menerajui pucuk pimpinan Kementerian itu. Akibahnya gagasan besar setiakawan rakyat yang terasuh dan terbentuk olehnya secara beransur terlerai.
4. Empat paksi Kementerian baru yang Ybhg Datuk Seri terajui ini mempunyai kesebatian halatuju. Tiap satu paksi komplimen yang satu lagi. Sewajarnya pencanaian konsep 1 Malaysia saperti yang diharapkan dapat dijurus selari dengan matlamat misi dan visi Negara, menurut acuan kenegaraan kita.
5. Globalisasi telah mengakibahkan pendedahan yang ketara pada limpahan budaya luar yang tidak serasi dengan cara kita. Disebaliknya, secara terjurus keperkasaan media komunikasi barat telah memperhambakan persepsi kita akur agenda mereka.
6. Kebitaraan Malaysia diarena Global harus dicetus sebaiknya menurut acuan nilai peribadi timur memperakukan semangat dan citarasa 1 Malaysia. Saya yakin Ybhg Datuk Seri mempunyai pengalaman yang luas melaksanakannya. Saya yakin itu. Saya telah berpeluang berkhidmat dibawah kepimpinan Datuk Seri sebagai Menteri Penerangan & Penyiaran Malaysia – 1984-1986 - sebagai Ketua Perkhidmatan Drama RTM dan Ahli Direktorat Kementerian yang Ybhg Datuk Seri pengerusikan.
7. Sebagai Menteri, Ybhg Datuk Seri ketara memperakukan kewibawaan ahli-ahli professional yang menerajui Jabatan-Jabatan dalam Kementerian. Ybhg Datuk Seri, dapat gabungkan antara tuntutan politik dengan daya pelaksanaan professional yang tinggi nilainya. Atas keupayaan itu program-program di bawah Kementerian Penerangan & Penyiaran Malaysia secara langsung di’label’ sebagai ‘flagship’ wadah rakyat yang sukar ditandingi.
8. Saya telah diberikan kepercayaan sebagai Penerbit program khas TV, Trajidi MEMALI yang Ybhg Datuk Seri hoskan sebagai penjelasan Kerajaan pada Kejadian Peristiwa Berdarah yang dicetuskan oleh Ibrahim Libya dan Pengikut-Pengikutnya di Memali. Program tv MEMALI telah di pra-tonton khas oleh Perdana Menteri ke 4 – Tun Mahadhir Mohamad, saterusnya disetujui untuk disiarkan melalui saluran RTM, dengan rakaman video dibekalkan ke Kedutaan-Kedutaan dan Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negeri. Hasilnya program television 30 minit ini secara langsung telah menukar persepsi rakyat sekaligus mengenepikan segala bentuk prasangka terhadap Kerajaan akibah tragedi itu, di dalam dan luar negeri.
9. Sebagai Ketua Perkhidmatan Drama RTM, saya dapati kepimpinan Ybhg Datuk Seri banyak membantu mempertingkatkan nilai dan arahtuju penerbitan tv oleh RTM. Kesediaan Ybhg Datuk Seri sebagai Menteri duduk berbincang tiap aspek persembahan program-program khas RTM bersama Ahli Direktorat Kementerian, contoh daya kepimpinan berpasukan yang tinggi nilainya. Hatta program-program RTM dan Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian sangat terjurus dan pada banyak perkara ‘kompliment’ antara satu dengan yang lain. Record menunjukkan sahingga tarikh saya bersara jawatan dalam tahun 1996, kepopularan dan ‘ratings’ rancangan-rancangan (telivisyen) terbitan RTM menduduki antara 5 teratas dari 10 rancangan tv terbaik (hasil kajiselidik bulanan oleh Standard Research Malaysia atau oleh Bahagian Penyelidekan Kementerian Penerangan sendiri), berbanding dengan saluran tv pesaing. Pendapatan RTM hasil tajaan rancangan dan jualan ruang komersil juga telah mengatasi saluran media-media letronik pesaing (antara RM180 hingga RM200++ juta tiap tahun).
10.Maka itu, saya yakin kepimpinan Ybhg Datuk Seri di Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian & Kebudayaan, akan meletakkan samula keperkasaan Jabatan Penyiaran serta Jabatan-Jabatan lain dalam Kementerian ini pada tahap cemerlang dan gemilang. Sebagai Media Publik munkin hasil pendapatan dari Penajaan Rancangan dan jualan ruang komersil tidak penting bagi RTM. Pun bagitu kecenderungan sector komersil menaja rancangan dan menempah ruang peragaan iklan, pertanda kepopularan saluran media tersebut mempunyai bilangan khalayak penonton sasar yang paling ramai.
11. Saya doakan kejayaan Ybhg Datuk Seri saterusnya. Syabas dan satinggi tahniah dari saya.

Yang Benar,

ABD.AZIZ ABAS,
(Mantan Pengarah Urusan Rancangan RTM)
Insyaalah salinan asal surat ini akan ku kirimkan ke Angkasapuri untuk tatapan beliau.
Sakian - adanya.


About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.