Maka apabila sampai waktu untuk bersara wajib, ramai kita rasakan 'waktu untuk bersara' itu datang terlalu awal, walaupun rekod pejabat mencatat masanya dah sampai. Mau tidak mau, bersaralah kita.
Saya bersara pada 4hb.April 1996. Genap RTM menyambut anniversari Jubli Emasnya.
Program TV yang pertama saya terbitkan sabuah dukumenteri khas sempena sambutan 25 tahun Jubli Perak RTM dalam tahun 1971 - 6 bulan satelah saya dilantik sebagai Penerbit Rancangan TV. Dukumenteri itu memperakukan keterampilan RTM sebagai wadah rakyat. Saya dan krew filem TV mengembara kepelbagai lokasi dipekan dan kota, juga di luar-luar bandar - ke tengah bendang dan kampung, ke rancangan Felda dan ke penempatan Orang Asli menemuramah rakyat.
Menerbitkan sabuah dukumentari filem sangat mencabar waktu itu, terutama bagi mereka yang tidak pernah menerima latihan formal dalam bidang filem, saperti saya.
Zaman itu, tahap professionalisma penerbitan Radio & TV sangat diutamakan jabatan. Saorang Penerbit Rancangan TV yang baru dilantik disyaratkan mesti melalui jangkawaktu sacukupnya (paling kurang 6 bulan) sabagai pelatih distudio sebelum dibenarkan mengandalikan sabuah penerbitan rancangan, walaupun pegawai itu telah sedia mempunyai kelulusan walau dari Film School luar negeri sekali pun.
Crew TV RTM kuat berpegang pada pra-syarat ini. Penerbit TV sengakatan saya Zainal Abu dan Zainuddin Nordin telah sabelumnya bertugas sebagai Penolong Penerbit/Floor Manager di studio tv. Maka mereka dianggap telah melalui jangkamasa latihan penyesuaian, dan mereka dibenarkan menerbitkan rancangan. Sdra Shahroom Sahaban & Sdra Othman Hafsham lulusan Film School di UK juga bekas pengarah filem di FNM (Film Negara Malaysia) dan saya bekas guru dengan 5 tahun pengalaman di Radio Malaysia, perlu terlebih dahulu melalui jangkawaktu latihan penyesuaian itu.
Maka kami bertiga pun dijadualkan menjalankan tugasan Penolong Penerbit/Floor Manager di studio TV. Sahingga Pengawal Rancangan TV keluarkan arahan perkelilingan memperakukan kewajaran kami sebagai penerbit untuk menerbitkan rancangan. Baru dianggap sebagai (a fully- Fledged Television Producer) dan layak menduduki kerusi Producer TV di Studio atau di lokasi pengambaran filem.
Di studio Penerbit TV sangat dipandang tinggi dan mulia (juga ditakuti) seluruh anggota krew. Kuasa eksekutif yang ada pada tiap Penerbit TV melayakkan mereka menolak 'pekerja dan karyawan yang tidak kompeten'; menangguh atau membatalkan sesuatu penerbitan.
(Saya sendiri pernah menolak kumpulan crew studio yang saya anggap tidak kompeten mengendalikan satu penerbitan 'siaran langsung' yang melibatkan beberapa orang pemimpin negara'. Sabenarnya crew tersebut baru selesai mengikuti kursus induksi teknikal di IPTAR dan saya anggap masih tidak cukup pengalaman mengendalikan peralatan di studio-studio TV RTM secara professional. Saorang Jurusolek pernah saya hantar pulang dari lokasi di Parit Buntar, dan minta boss di Angkasapuri hantar penganti kerana tidak kompeten megendalikan fungsinya.
Tiap anggota krew sewajarnya menunjukkan tahap professionalisma yang tinggi, untuk membolehkan beliau berfungsi sebaiknya sebagai anggota penerbitan).
Tiap anggota krew sewajarnya menunjukkan tahap professionalisma yang tinggi, untuk membolehkan beliau berfungsi sebaiknya sebagai anggota penerbitan).
Penerbit Rancangan TV pula rata-rata dikatagorikan menurut pengkhususan bidang kepakaran masing-masing. Saorang Penerbit Hiburan tidak samestinya dianggap layak menerbitkan rancangan Drama TV atau Dukumentari Film dan bagitu sebaliknya. Pegawai-Pegawai Penerbitan TV saperti Ahmad Merican (Tan Sri) sinonim dengan pembangunan Hiburan & Musik TV, Abdullah Mohammad (Dato') - Hal Ehwal Awam, Aziz Wok (Dato') - Drama TV, Hashim Amir Hamzah (Allahyarham) - Agama &Dakwah, Long Hin Boon - Drama China, Kassim Aris - Sukan. Legasi sademikian saterusnya diturunkan dan trampil di zaman saya dan gulungan salepas saya.
Bagitu juga halnya dengan di Radio. Tidak semua Penerbit Radio layak menerbitkan rancangan Drama atau Hiburan, Rancangan Agama atau Rancangan Pembangunan.
Tidak semua Penyiar di Radio layak menjadi DJ (Juruhebah) atau membaca Berita Radio. Ada penyiar yang berpuluh tahun pengalaman tidak pernah menjadi DJ(JuruHebah) atau sebagai Pembaca Berita, walaupun sewaktu pengambilan masuk mereka wajib lulus uji bakat dan uji suara. S.M Salim (Tan Sri) artis ikon hiburan, seniman yang serba boleh sepanjang zaman - walaupun beliau pernah menjawat jawatan tinggi di RTM, tidak sekali beliau membaca Berita Radio saperti rakan penyiar seangkatan dengan nya saperti Norlidar Saidi (Datin Paduka), Zulkifli Amin, Mohd Fadzli Yusoff (Dato'), Yahya Longcik, Mokhtar Daud (allahyarham), Tahir Ramli dan lain-lain, walaupun waktu itu pembaca Berita Radio dianggap personaliti ikon yang di minati ramai.
Bagi artis radio dan television pula satiap mereka terpaksa terlebih dahulu melalui ujian bakat sabelum diterima, walaupun beliau tersohor sebagai dramatis teater, pelakun filem atau gulungan 'mereka yang mengakui diri mereka layak'. Ramai artis filem yang tidak berjaya mendapat tempat sebagai artis drama di Radio dan TV - RTM. Begitu juga halnya dengan artis hiburan penyanyi, pemusik dan pelawak tanah air.
Rata-rata tiap pegawai RTM sedia berlomba menimba pengalaman untuk memajukan diri dan 'posisi' keterampilan diri masing-masing dalam bidang penyiaran dan penerbitan rancangan yang diminati. Tidak renti mereka mengasah bakat. Bertahun dan ada yang sampai berpuluh tahun, baru sampai ketahap pencapaian yang mereka hajati. Bagi gulungan ini, RTM itulah institusi tempat menimba ilmu dan di RTM jugalah medan untuk bertandak sebagai karyawan disamping tempat mencari redzeki.
Di RTM kami membesar bagaikan satu keluarga yang padu dan intim. Keintiman itu yang terbawa-bawa hingga masakini, walaupun hampir seluruh kami telah bersara wajib. Andainya, jikalah RTM itu Ibu Kandung kami sudah lama dianggap telah 'bercerai susu'.
Apapun keadaannya bagi kebanyakkan kami pesara RTM kami masih berkeyakinan bahawa: 'We Don't Retire - We Just Fade Out'.
Betulke?
No comments:
Post a Comment