'Niether A Borrower Nor A Lender Be'... kata William Shakespaere.
Kita telah gempar membaca berita kekejaman Ah Long merantai dan mengurung pemuitang yang gagal langsaikan hutang mereka.
Ah Long, Santa Clause/Chettiar individu 'banker' yang sangat popular dikalangan warga kota. Pinjam wang dari Ah Long, Chettiar atau Santa Clause, lebih mudah dari pinjam wang dari Bank. Tidak boleh dinafikan ramai di kalangan masyarakat kita yang berurusan dengan mereka ini. Tiap urusan dijalankan secara peribadi dan sulit. Isteri atau suami atau keluarga sipemutang tidak sepatutnya tau. Kebanyakkan pemuatang terdiri dari pelbagai gulungan, teruatama tahi judi, kaki minum, kaki perempuan, ahli perniagaan, kakitangan awam dan swasta, malah orang ramai yang selalu kekurangan wang. Sekali meminjam, mula ketagih. Terlalu banyak meminjam pula mendatangkan masaalah. Bagitu adanya, dan itulah akibahnya.
Saorang staff pejabatku (1960es) gilakan saorang penyanyi lelaki yang sedang popular dari negeri diluar KL. Si Gadis ini bukan calang orang nya. Ayahnya saorang pegawai Kanan Majlis Agama Negeri dan ibunya pula orang kuat politik. Munkin kerana latarbelakangnya dari keluarga berada, menyebabkan Gadis kecik molek ini sanggup pinjam duit Chettiar untuk ikut bontot penyanyi tersohor itu. Sajumlah besar wang telah dipinjam dari Chettiar tersebut, dan beliau pula tidak berusaha membayar ansuran bulanan saperti yang dijanjikan. Chettiar keturunan Punjabi, di nikname Santa Clause olih pemuitang regular kerana janggutnya yang panjang dan puteh itu. Lagipun panggilan Santa Clause lebih mesra dari penggilan Chettiar.
Kini Santa Clause sudah mula datang ka pejabat kami untuk mencari si Gadis keckk molek itu. Si Gadis akan sembunyikan diri pura-pura sebuk buat kerja dan ta'ada masa nak layan Santa Clause. Menyebabkan rakan-rakan sapejabat rasa kurang senang. Bos kami cuba bantu selesaikan masaalah. Dia pujuk Santa Clause supaya jangan datang mencari keopis dan berjanji akan cuba menyelesaikan perkara tersebut.
Tanpa berlengah Bos menalipon keluarga Si Gadis. Keperihatinan Bos itu sangat kami puji. Bos telah bertindak bijak, kata kami. Bos pandai untuk menjaga naba baik pegawainya dan perihatin atas kebajikan mereka.
Kami diberitau, satu pertemuan sulit telah diatur antara keluarga Si Gadis dengan Santa Clause. Saya tidak pasti sama-ada kedua ibubapa Si Gadis hadhir dipertemuan itu. Bos pula tidak bercerita keputusan pertemuan itu. Bagi kami, semua sudah selesai. Santa Clause juga tidak datang cari Si Gadis lagi. Sebagai rakan sakerja, kami turut bersyukur. Rakan sapejabat kami telah terselamat dari diganggu gugat oleh Santa Clause, hingga menyebabkan Si Gadis terpaksa kunci diri dalam bilik pejabat dan pura-pura sebuk kerja.
Satu pagi beberapa bulan kemundian Santa Clause yang sama kelihatan berada di foyer pejabat. Beliau berdiri disitu semacam sedang menunggu sasaorang. Persoalan demi persoalan timbul. Adakah Si Gadis dicari samula? Kami jadi keloh kesah. Ada yang cuba beri amaran kepada Si Gadis untuk sembunyikan diri. Sebaliknya Si Gadis kelihatan berlagak biasa dan samasekali tidak kelihatan cemas akan kehadhiran Santa Clause itu. Untuk memboktikan yang dia tidak ada kaitan apa-apa lagi dengan Santa Clause itu Si Gadis saja-saja belegar di foyer.
Apabila dimaklumkan akan kehadhiran Santa Clause itu, Bos segera menemuinya. Kali ini Bos tidak menjemputnya masuk pejabat, tetapi cepat-cepat bawa Santa Clause keluar manaiki skuternya.
Kami terpempan. Apa gerangan telah berlaku.
Si Gadis kemundiannya secara terang terangan menjelaskan, kini yang di cari Santa Clause itu adalah Bos dan Ayahnya. Ayahnya telah meminjam wang yang besar jumlahnya dari Santa Clause itu, manakala Bos jadi penjaminnya.
Si Gadis saterusnya menjelaskan, bahawa Bos dan Ayahnya kini sahabat baik. Bos telah perkenalkan Ayahnya dengan judi Bole Golek di Bukit Bintang. Akibah judi Bola Golek itu menyebabkan Ayahnya dan Bosnya kini menjadi pelanggan baru Santa Clause itu.
Gitulah adanya.
No comments:
Post a Comment