Friday, January 29, 2010

Aruah King Ghaz Yang Pernah Ku Kenali


Pertama kali aku mengenali aruah Tun dalam tahun 1969, pada minggu pertama Peristiwa Berdarah 13 Mei. Hari itu Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri adakan Sidang Akhbar Khas di Auditorium Besar Radio Malaysia, Federal House, Kuala Lumpur. Akan dihadhiri wartawan dalam dan luar negeri.

Cara allahyarham mengendalikan Sidang Akhbar itu menarik. Beliau ‘impromptu’ tidak membaca dari teks yang disediakan. Pada sabuah meja dipamirkan beberapa jenis senjata yang digunakan perusuh: Molotov Cocktail (Bom Minyak), Parang, Keris, Pisau, Lembing, Buluh Rencung, dsbnya.

Allahyarham menjelaskan peristiwa itu semata-mata cetusan marah ‘rakyat’ yang keciwa dan bukan saperti yang didakwa pihak akhbar asing. Saorang wartawan asing sceptic, lantas mengutarakan soalan: ‘Will those kill?” ‘reference’ kepada senjata-senjata buatan tangan itu. Tanpa menjawab Tun capai sebilah lembing di hadapannya dan humbankan kearah wartawan itu. Wartawan tersebut melompat, ketika lembing itu terpacak diatas papan lantai di hadapannya.

“That’s your answer,” tegas aruahnya serious.

Tun berpindah ke Angkasapuri, sebagai Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas, dengan fortfolio tambahan Kementerian Penerangan tahun 1971. Saya baru pegang jawatan sebagai Penerbit TV dan mulai tahun itu berpeluang mengenali Tun lebih dekat.

Kantin Wisma TV letaknya di sabelah Foyer Wisma TV berhadpan dengan Federal Highway. Sangat sesuai untuk kakitangan bersantai teruatama lepas waktu pejabat. Ada ketikanya Tun meruangkan masa minum semeja bersama kami. Beliau senang bergaul, dan selalu terbuka untuk berbincang.

Sebagai Penerbit TV, aku rasa bertuah menghadhiri Mesyuarat Post Kabinet beliau atau Mesyuarat Perancangan yang beliau pengerusikan. Kami banyak belajar melalui percambahan fikiran yang YB Menteri adakan, teruatama pada pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan.

Newsreel Di Sekitar Tanah Air kemundian di tukar kepada tajuk baru PERISTIWA didapati popular. Beliau komen Bahgian Berita hanya buat liputan: ‘Pemimpin potong riben rasmikan bangunan semata-mata.’ Beliau sarankan, ambil gambar Menteri bermesra dengan orang ramai. Tunjukkan Menteri dukung bayi ketika bersama rakyat di kampong-kampung, atau jika Menteri melawat kawasan banjir, tunjukkan bagaimana YB itu mengharungi lumpur.

“Liputan begItu baik untuk Kerajaan?” jelas beliau.

Bahagian Berita TV saterusnya akur arahan itu. Ada liputan gambar Menteri dukung bayi ketika melawat kawasan perkampungan. Ada gambar Menteri sengseng lengan dan bergontong ruyong bersama rakyat. Ada gambar MB mengharung lumpur atau menonggang basikal masuk kampong. Bagitulah, kreatif dan inovatifnya babak-babak menarik dalam satiap persembahan Berita atau paparan dalam siri newsreel popular PERISTIWA saterusnya.

Di satu mesyuarat mingguan YB pula sinis. “Saya ta’suruh ambil gambar betis perempuan,” bentaknya. “ Kak Aishah kata ta’de kerja lainke?”.

Sequence pengambaran yang dimaksudkannya itu berkenaan Menteri Kebajikan melawat mangsa tengkujuh di Pantai Timur dan jurukamera kita asyek focus betis telanjang YB itu ketika mengharungi banjir berlumpur - jurugambar ikut briefing News Editor bos mereka yang kononnya dapat  arahan dari YB Menteri sendiri.

Aruah Tun kaya dengan idea. Apabila RTM ta’mampu nak bawa siaran langsung World Cup kerana tiada penaja untuk menanggung ongkos yang mahal, beliau cadangkan adakan tajaan rakyat. Dan siaran langsung itu sukses disiarkan ‘live’.

Satu ketika beliau sarankan drama tv harus mengambarkan penduduk Rumah Pangsa tanam tomato dalam pasubunga di balkoni. Maka drama-drama tv pun ghaerah mengutarakan babak-babak demikian, menjadikan sukar bahagian Set & Rekabentuk RTM mendapatkan bekalan pokok tomato berbuah ranum ditanam dalam pasu untuk di sewa sebagai props.

Aku telah di arah menerbitkan satu dukumentari khas angkatan tentera & polis yang bertugas di perbatasan ( Foward Locations) untuk hari raya berjudul IDILFITRE DI PERBATASAN.

RTM mendapat kerjasama padu dari Mindef dan Bukit Aman untuk menjayakan penerbitan tersebut.

Waktu itu ancaman kominis dari perbatasan Malaysia/Thai dan Sarawak/Kalimantan mengancam keselamatan Negara. Jumlah besar angkatan Tentera dan Polis (Polis Hutan) bertugas di setiap inci kawasan perbatasan Malaysia.

Sepanjang bulan Ramadhan itu, aku membawa krew tv menjelajah Sempadan Malaysia/Thai dan Sarawak/Kalimantan buat liputan kerja-kerja keselamatan yang dilaksanakan sepanjang masa.

Berpuasa bersama pasukan keselamatan di kemah-khemah pendalam sangat menakutkan. Semasa di perbatasan Malaysia/Thai kehadhiran kami di alu-alukan oleh Radio Clandestine (Siaran Radio Haram Kominis), menyebabkan tidor malam kami di khemah tentera dikawasan hadapan ‘foward locations’ tidak lena. Khemah Kudup, 40 minit penerbangan helicopter dari Sibu, telah di serang hendap pada malam kami sepatutnya bersama pasukan keselamatan di kem tersebut. Kerana krew RTM lewat sampai ke Sibu dari Kuching, helicopter yang sepatutnya membawa kami tidak dibenarkan terbang salepas jam 6.00 petang. Kami di minta menunggu di Sibu dan mereka akan terbangkan kami awal pagi esoknya. Serang hendap grombolan Kominis di Kem Kudup malam itu telah mengorbankan 2 ashkar dan beberapa luka parah. Saorang pengganas telah ditembak mati. Saya dan krew; kameraman Teoh Teik Koon dan Halim (aruah)  serta soundman Tim, terpaksa membatalkan liputan itu dan minta dihantar bertugas kekhemah lain yang lebih selamat.

2 minggu sabelum Raya, kami berada samula di Kuala Lumpur untuk menemuramah isteri-isteri prajurit yang tinggal di kuarters di Mindef atau di pekan-pekan lain di Semenanjung.

Arahan yang saya terima program tersebut seharusnya menimbulkan kesedaran rakyat segala pengorbanan Pasukan Keselamatan yang bertugas di perbatasan.

Pada pagi Raya itu, salepas siaran langsung Solat Raya dari Masjid Negara, rancangan dukumentari IDILFITRI DI PERBATASAN menemui rakyat melalui saluran TV1. Aku rasa lega, kerana selesai menjalankan tugas yang sangat bahaya dan paling menakutkan itu. Aku diberitau rancangan tersebut diulang siar pada malam yang sama. Slot Filem Melayu yang sepatutnya keudara salepas Berita Jam 8, ditunda sejam kemundian untuk memberi laluan ulang tayang IDILFITRI DI PERBATASAN. Aku bersyukur penerbitanku itu diterima baik, dan kabarnya YB Menteri sendiri arahkan untuk di ulang tayang pada hari yang sama itu.

Raya itu sangat sempurna bagiku. Munkin juga bagi krew dan pegawai-pegawai dari MINDEF dan BUKIT AMAN, juga pihak RASCOM (Rejang Security Command) yang banyak memberikan kerjasama merealisasikan dukumantari IDILFITRI DI PERBATASAN.

Apabila Pejabat Buka samula 2 hari kemundian, aku terima arahan YB Menteri nak tonton samula IDILFITRI DI PERBATASAN bersama beberapa pegawai tinggi Bukit Aman dan Mindef. Studio 2 telah diuruskan untuk tujuan itu. Tontonan samula itu diadakan jam 10.00. Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Penerangan, Jabatan Penyiaran & Jabatan Penerangan juga dijemput sama. Penoh ruang lantai Studio 2 di kelilingi pegawai-pegawai, berdiri ( munkin barangkali pihak RTM ta’sempat nak aturkan kerusi) menyaksikan tayangan samula dukumantari itu.

Sebahgian besar rancangan IDILFITRI DI PERBATASAN liputan kembara aku sebagai ‘hos’ menemubual anggota keselamatan: tentera dan polis di perbatasan. Berbagai situasi diatur untuk babak-babak temubual itu: di atas ‘ferret car’ ( kereta kebal ) yang sedang meronda dalam convoy ditengah hutan dan narai di perbatasan, di atas dek ‘assault bot’ di sungai-sungai Serawak, di dalam khemah perang di ‘foward location’ bersama pasukan keselamatan berbuka puasa, sembahyang terawikh dan bersahor, dan belbagai lagi.

Segalanya semacam ‘one man show’. Aku penerbit, aku penemubual, aku ‘stand upper,’ aku penulis skrip ulasan dsbnya. Dan tiap kali mukaku di udara, aku mencuri pandang YB Menteri menunggukan kritikan beliau.

YB terus menonton. Bagitu juga yang lain-lain. Aku rasa selamat.

Kemundianya, apabila sequence beralih kepada aku meninjau pendapat isteri-isteri perajurit di kuarters Mindef dan belumpun sempat beberapa orang isteri atau anak mereka aku temubual.......... Tiba-tiba YB Menteri membentak dan arahkan direntikan tayangan.

“I want the Producer,” suaranya mendatar. Tegas.

Bossku Sulaiman Alias (allahyarham) menolak aku ketengah gelanggang.

“Ini. Encik Aziz,” jawab Sulaiman Alias sambil tersengeh bersahaja. Memang bagitu perangainya.

“You?” katanya sambil memandang tepat kearahku.

Aku terkebil. Mengangguk.

“Teknik interview yang you gunakan, lebih dari cara Kominis,” bentaknya. “Awak soal isteri-isteri perajurit itu, ibarat awak cucuk pisau di dada mereka dan ‘squeeze’ jawapan dari mereka itu. Awak tanya apa perasaan mereka berhari raya tanpa suami, tentulah jawab mereka ‘ mereka sedeh,’ ulas YB Menteri.

Aku pucat lesi. Mengigil dalam seluarku. Aku curi pandang kearah ketua-ketua ku. Tidak saorangpun kehadapan membela aku. Lagipun siapa yang berani ‘lawan’ King Ghaz bila beliau mengamok. Nak cari nahas.

“Budak kecil yang di dukung ibunya yang menyanyi lagu ‘ayahku kahwin lagi’ tadi tuu.......cheecky isn’t it.” Dia menoleh kearah pegawai-pegawai di sekelilingnya sambil mencemik senyum. Mereka turut mencemek sama. Ada yang mencuri pandang kearahku, bagaikan nak telan aku. Aku rasa di perbudak-budak.

Saorang pegawai dari Jabatan Penerangan tiba-tiba bersuara, memberitau YB Menteri akan kesalahan yang sama aku lakukan pada beberapa interview dibahgian awal rancangan. Ku lihat bossku Abdullah Mohammad (Dato) mengetab bibir sambil merenung jengkel kearah pegawai itu. Benakku yakin, bos ku akan sokong aku.
Aku pun ambil keputusan untuk membela diri.

“Yang Berhormat......” kataku, minta perhatiannya. “Saya memang tidak layak untuk terbitkan rancangan itu.”

Beliau memandang tepat kearahku. Munkin kerana teruja pada tindak balasku itu. Atau munkin beliau hendak menguji aku.

“Saya tidak pernah dilatih menerbitkan program ‘perang saraf,’ jelasku.

“Jadi awak telah diberitau ini program ‘perang saraf’ kan?”

Aku mengangguk.

“Awak kata awak ta’pernah di latih terbitkan rancangan bagini? Tapi awak lakukan juga?”

“Saya terima arahan. Dan saya komited.” Jawapan itu tercetus dari bibirku.

Aku dapati beliau mula kelihatan tenang. Munkin kesihan melihat aku atau bangga pada jawapan ‘mengelak’ yang aku berikan itu. Aku ta’pasti yang mana satu.

“OK. Now tell us how you approach the isu,” beliau mula hypotical.

Bukan jawapan ‘mengelak’, tapi jawapan ‘bijak’ kata hatiku.

“Saya ta’tau apa masaalah anggota keselamatan. Tapi apa yang saya selalu baca, gulungan pesara tentera dan polis sukar untuk diterima berkerja di firma-firma swasta. Saorang pemandu lori 6 ton dalam angkatan tentera dan polis mithalnya, pengalaman dan lesen memandu tidak di pertimbangkan untuk mereka dapat kerja pemandu kenderaan berat di sektor komersil. Ingat saya, jika hari ini salepas kita berRaya, ada bekas tentera ditemuduga untuk jawatan dalam firma, dan kebetulan yang menemuduga itu telah melihat program saya ini, munkin situasi akan berubah. Saya kira saya berjaya ‘bridge the gap,’ aku melalut.

YB Menteri tersengeh. Dia segera rapat kerahku, letakkan tangannya keatas bahu aku, dan kami bersama keluar studio. Aku rasa terharu tetapi lega.

Pada ketika kami berpusu keluar melalui korridor sempit studio TV menuju ke foyer dan Kantin, ada antara pegawai atasanku yang sempat menarik pandanganku, sambil menunjukkan ‘tumb up’ sign.

Bermakna aku telah lulus ujian King Ghaz.

Salepas peristiwa itu, tiap satu penerbitan rancangan TV bentuk ‘perang saraf’ yang melibatkan keselamatan Negara, polis dan tentera bos tetap ajukan arahan itu kepejabat aku.

----------------------------------------
* Semalam, malam Jumaat 28hb.Januari 2010 PVRTM mengadakan tahlil di Masjid Baru, Angkasapuri – 4 hari salepas kembalinya kerahmatullah Tun. Alfatihah untuk hamba Allah, Pejuang, Pemimpin dan Bekas bosku - Tun Ghazali Shafiee. 

No comments:

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.