Wednesday, May 13, 2009

Alkisah..Ratu Tuntung Bertelorkan Emas Di Negeri Cempakasari

......maka tersebarlah keseluruh penduduk negeri Cempakasari, wujudnya saekor Ratu Tuntung bertelorkan emas. Rakyat dari jauh dan dekat berpusu-pusu membanjiri ‘Sanctuary Tuntung’ itu dengan harapan berpeluang mengaut untung, yang akan menjadikan mereka kayaraya dan berkuasa. Diantara mereka itu, terdapat saorang lelaki permastautin sabuah pulau di Selat Melaka. Sebagai nelayan pantai, lelaki ini mempunyai tubuh badan yang sasa. Kulitnya hitam legam kerana terlalu banyak berjemur. Dialah nelayan pakar di pulau itu. Kepakarannya mengesan sarang penyu bertelur dipantai. Penduduk pulau kampungnya beri dia nama jolokan ManPanko.

ManPanko sangat teruja untuk memcuba kepakarannya menjejaki sarang Ratu Tuntung dipulau ‘santuary’ itu, serta layak menuntut hak dilantik sebagai Penguasa. Kerana itu, kehadhiran ManPanko sangat tidak disenangi SiKentol penguasa baru ‘Sanctuary Tuntung’ itu. Bagi SiKentol dia mendapat sokongan padu khalayak menjawat jawatan itu. ManPanko tetap berdegil untuk mencuba kepakarannya menjejak sarang Ratu Tuntung bertelor emas itu.

Orang ramai mula berbelah bagi, antara menyokong SiKentol atau ManPanko. Menurut adat mereka berhak dapat panggu hasil telur emas Ratu Tuntung itu. Tapi dari siapa - SiKentol atau ManPanko. Kebengongan menghantui semua.

Tanpa berlengah ManPanko pun memulakan kerjanya menjejak sarang telor Ratu Tuntung itu. Setiap sarang tuntung yang ditemuinya rakus dipunggahnya. Tidak ditemui sebarang telor emas. ManPanko tetap berusaha. Dia terus mengorek dan mencari. Dari satu sarang, kesatu sarang lain di bongkar ManPanko. Masih telur emas tidak ditemui. ManPanko terus mencari dan mencari....

Menurut yang ampunya cerita, akhirnya ManPanko terserempak saekor Ibu Tuntung sedang bertelor. Percaya itulah Ratu Tuntung yang dicarinya, ManPanko rakus mengorek sarangnya. Tidak pula ditemui sebarang telor emas. Geram dan sangat teruja, MatPanko pun selukkan tangannya yang sasa itu kedalam ‘dubur’ Ibu Tuntung itu. Tidak juga ditemui telor emas. Diseloknya sedalam munkin ‘dubur’itu. Juga tiada telor emas.

Apabila Ibu Tuntung rasa duburnya perit, ia pun bertindak balas. Dikemutkannya ‘dubur’nya sekuat munkin. Ia terjun keair menarik ManPanko bersamanya.

ManPanko berhempas pulas cuba menyelamatkan diri. Tapi tetap terus ditarik Ibu Tuntung itu ketengah arus.

SiKentol serta orangramai kaget melihatkan peristiwa ganjil itu. Tapi tiada pula sebarang usaha dilakukan untuk membantu. Disebaliknya, mereka rasa sangat terhibur, melihatkan Ibu Tuntung mengherat ManPanko katengah arus sungai.

Tidak pernah peristiwa seganjil itu berlaku sepanjang hayat mereka.
Kerana terlalu gelihati mereka tidak renti-renti ketawa berdekah-dekah.


Tercungap-cungap ManPanko menarik nafas mengelakkan diri dari dilemaskan Ibu Tuntung itu. Lagi orang ramai gelihati dan terus bersorak-sorak, setuju dengan tuduhan SiKentol, bahawa ManPanko tamak harta dan gila kuasa. Ada yang sampai menguling-gulingkan diri keatas tanah, keseronokan dan kegelian. Yang latah melompat-lompat macam katak dan menari-nari saperti monyet kelatahan. Yang semput mengurut-urut dada, cuba elakkan diri dari diserang ‘angin ahmar.’

Pun bagitu tiada sebarang usaha untuk menyelamatkan ManPanko.

Laungan kecemasan dari ManPanko telah ditenggelami sorak sorai dari pantai itu.

Kini semua mereka percaya ManPanko akan mati lemas ditarik Ibu Tuntung kedasar sungai. ‘Padankan muka kamu’, jerkah SiKentol. Diikuti suara ‘chorus’ sorak sorai ramai pengikutnya. ‘Sanctuary Tuntung’ ni sekarang kawasan teman, usah mike nak mengada.’

Sabenarnya, ketika kesah ini di tulis ManPanko tidak mati lemas. Ibu Tuntung tidak tahan menanggung kesakitan ‘dubur’nya diselok tangan sasa ManPanko itu. Maka di terankannya ‘dubur’nya berkali-kali untuk melepaskan diri. Juga tidak berjaya. Dicubanya menyelam untuk melemaskan penyerangnya itu, tapi tangan ManPanko masih terkepit di ‘dubur’nya.

Maka berlakulah tarik menarik antara ManPanko dan IbuTuntung. Masing-masing hendak menyelamatkan diri. Orang ramai kini sampai ketahaf histeria kerana kegelian melihatkan kemuncak pertarongan menyelamatkan diri antara Ibu Tuntung dan ManPanko itu.

Akhirnya Ibu Tuntung mengalah. Iapun lepaskan ‘kuasa kemut duburnya untuk lepaskan penyerangnya itu.

MatPanko selamat berenang kepantai samula, dan Ibu Tuntung rasa legaaaa!!!!

-------

Yang jadi mangsa peristiwa ganjil itu adalah orang ramai. Kerana terlalu ghaerah, mereka lupa diri. Ramai yang ketawa sampai pengsan, ramai pula dirasuk ‘latah’ yang menggila, dan tidak kurang diserang ‘angin ahmar.’ Saterusnya pengikut-pengikut ManPanko dan SiKentol rasa malu kerana kebodohan diri. Mereka terus malu nak bertemu muka. Mereka berpuak-puak.

Pun bagitu kedua pihak masih tetap teruja untuk berkuasa di Pulau Sanctuary itu, serta memiliki Ratu Tuntung bertelor emas. Kerana mereka percaya bahawa Ratu Tuntung bersarang dipulau itu.

Sakian adanya. Wassalam.
______________________-
TAJUK BERITA PALING MENARIK MINGGU INI.......




No comments:

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.