Saturday, January 8, 2011
Menjelang 1 April 2011 - Skandal Seks RTM 1982
Al-Kisah 'The RTM Sex Scandal' - June 1982'
....... Deme tuu nakal kan?
Saya masih ingat benar berita skandal seks yang telah dilemparkan terhadap anggota Penerbit RTM satu waktu 29 tahun dahulu.
Berita itu telah disensasikan secara mendadak melalui pendedahan eksklusif penerbitan sulung sabuah tabloid baru - Mingguan Perdana keluaran minggu pertama June 1982.
Saorang 'Penyanyi Kelab Malam' yang terkenal dengan lagak seksinya mendakwa 'beliau dan beberapa artis perempuan 'jelak jemu' dengan godaan seksual dari Sang Penerbit TV sebagai pra-syarat untuk muncul dalam rancangan-rancangan terbitan RTM.'
Walaupun pendedahan itu kurang mendapat perhatian dari kumpulan media perdana, secara langsung berita sensasi itu telah menimbulkan pelbagai fitnah dan kabar angin liar yang tidak kurang hebatnya. Desas-desus wujudnya godaan seks oleh karyawan Angkasapuri terus tersebar dan merebak luas bagaikan api dalam sekam. Kesah pelbagai skandal seks yang 'menjijikan' melibatkan kakitangan RTM saterusnya jadi buah mulut dan secara terang-terang dibincangkan disana sini. Langsung abbreviation huruf R.T.M - diberi 'tagline' dengan slogan jolokan: RTM - Rumah Tempat Maksiat'. 'Tagline' slogan baru ciptaan baru ini senang hinggap di bibir ramai, menyebabkan YB Menteri Penerangan sendiri segera mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menjelaskan pendedahan isu kes tersebut secara detail dalam masa yang terdekat.
Walaubagaimana pun tiada pengumuman atau penjelasan dari pejabat Menteri dibuat salepas itu. Menyebabkan YB Menteri pula difitnah terlibat dalam skandal yang sama, dan Kementerian dituduh cuba tutup (cover up) tersebut.
Saterusnya di satu perhimpunan Wanita UMNO, YB Menteri Penerangan dipetik, memberi alasan sebab tiadanya penyiasatan polis dilakukan terhadap isu Skandal Seks RTM itu, kerana tidak ada lapuran Polis di buat oleh penuduh.
Penjelasan YB Menteri itu segera disokong oleh Presiden SENIMAN - satu-satunya pertubuhan NGO yang mewakili artis tanah air. Beliau menjelaskan bahawa 'isu tersebut telah selesai dan ditutup'. Menurut President SENIMAN itu, artis berkenaan penoh konfiden bahawa Kementerian Penerangan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menentukan keadilan kepada semua, walaupun saminggu sabelumnya artis itu telah terang-terang menuduh bahawa Kementerian Penerangan telah cuba 'cover-up' isu tersebut.
Majallah ASIAWEEK keluaran June 11, 1982 telah menyiarkan sabuah lapuran 'investigative' dengan judul 'Behind The Screen, a Sex Scandal'. Kulit depan issue Majallah ASIAWEEK keluaran June 11, itu telah sengaja dilampiran sahelai tempekkan kertas tambahan sebagai label tarikan khusus dengan kata-kata pengantar: 'The RTM Sex Scandal: What Really Happen!' dalam fon bersaiz besar berwarna putih, kuning dan hitam diatas latar berwarna merah. Senang memikat dan menguja pelanggan pelbacanya.
Di tempat-tempat artis santai di ibu negara berita sensasi itu terus rancak dibincang. Pelbagai pendedahan baru kononya benar wujud 'godaan seksual' oleh orang-orang Angkasapuri terhadap artis perempuan teruatama pendatang baru, terus jadi buah mulut dan gigih disensasikan. Walaupun terdapat penapian dikalangan satengah mereka, tiada pula ada yang berani tampil kemuka menyatakan penapian mereka itu.
Saban hari dalam beberapa minggu itu terdapat banjiran kehadhiran pemberita di foyer dan kantin-kantin RTM di Wisma Radio dan juga di Wisma TV - di Angkasapuri. Masing-masing inginkan peluang 'scoop' berita, mengharapkan ada pengumuman dari YB Menteri atau Kementerian. Yang paling menonjol antara mereka ini, pemberita dari Mingguan Perdana termasuk penulis ruang hiburan dari Majallah-Majallah Hiburan dan akhbar-akhbar perdana berbahasa Melayu.
Sepanjang waktu itu kakitangan Penerbitan RTM menghadapi krisis moral yang sangat mencabar; dihantui rasa hinadiri dan 'maruah' kami tercemar - tanpa sebarang pembelaan dari pihak Jabatan maupun Kementerian. Di RTM waktu itu tidak ada badan bertindak atau Kesatuan Sekerja dalam Jabatan untuk dijadikan saluran membela diri. Sebagai kakitangan awam kami terikat dengan peraturan-peraturan pentadbiran jawatan. Sepanjang masa itu kami (teruatama Pegawai Penerbit TV) cuma mampu tebalkan muka, lupakan isu yang remeh-temeh itu, terus laksanakan tugas sebaik dan sejujur yang boleh, dengan keyakinan Allah SWT berada dan sentiasa melindungi pihak yang benar.
Terdapat kalangan Pemberita yang berkeliaran dipengkarangan Angkasapuri waktu itu, semacam terdesak untuk mendapatkan komen dari kami. Mereka akan gunakan pelbagai helah. Kononnya akhbar mereka dah dapat banyak pengakuan dari artis-artis yang mengaku secara bersumpah pernah digoda oleh Penerbit TV. Kononnya 'Kementerian dah ada lis 10 nama Pengawai yang terlibat. Akan keluarkan pada bila-bila masa. Mereka perlukan komen dan penapian dari kami sahaja untuk penerbitan mereka tidak dituduh 'berat sabelah'.
Dengan hanya berpegang teguh pada 'perintah 'am Kerajaan untuk penjawat awam) melarang mengeluarkan sebarang ulasan media tanpa kebenaran; makanya apapun bentuk ugutan dan daleh yang dilakukan oleh pemberita-pemberita tersebut tiada 'statement' yang berjaya mereka dapati dari kami.
___
Dan dalam kami di RTM cuba mencari punya timbulnya kekalutan dari pendedahan yang sensasi itu, terdapat desas-desus dikalangan warga Angkasapuri, pendedahan yang sangat menjijikan itu terhasil akibah rasa tidak puas hati saorang calun yang gagal terpilih ke jawatan sebagai Juruhebah di Radio RTM. Beliau kini mendapat tempat di tabloid baru itu, dan menggunakan kesempatan itu untuk membelas dendam. Apa benarkah perkara ini - wallahualam.
Apapun berita skendel seks itu telah meningkatkan jualan keluaran isu sulung MINGGUAN PERDANA dan Majallah ASIAWEEK keluaran June 11, 1982 - artikel pendedahan sensasi skendel seks RTM sebagai satu 'gimik pengiklanan' yang sangat berjaya.
___
___
Saya catatkan samula ulasan kesimpulan yang pendek tetapi padat dan bermaksud dari ruangan 'Content' muka 3 ASIAWEEK terhadap lapuran investigative panjang lebar yang disiarkan pada ruangan INTERNATIONAL AFFAIRS/ASIAWEEK issue yang sama.
Malaysia Hushes Up a Scandal
After female artistes complained that producers at
Malaysia's state-owned television station had asked
them for sexual favours, the public was expecting a
spicy expose. But the government last week declared
the matter closed. The artist accepted the decision -
despite earlier claims of a cover-up.
....... Deme tuu nakal kan?
Sunday, January 2, 2011
Menjelang 1 April 2011....Al-kisah 50 TAHUN ORKESTRA RTM
DIRGAHAYU ORKESTRA RTM
Sebagai penuntut IPT dalam tahun 1962, saya pernah berurusan dengan pihak Radio Malaya minta pinjam pita rakaman Malam Irama Melayu oleh Orkes Radio Malaya dan kebenaran menggunakan sebahgian rakaman musik terbitannya. Saterusnya saya telah gunakan sebahgian dari rakaman Medley lagu-lagu Melayu tradisional sebagai musik iringan pada Pementasan Diraja teater IBU KANDUNG hasil karya pertama saya sempena sambutan 50 tahun MPSI (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris-Tanjung Malim) pada tahun itu.
Dari situ mula berputik minat dan penghormatan saya kepada hasil seni musik tanah air yang dizahirkan oleh Orkestra RTM. Tiapkali diadakan pementasan Malam Irama Melayu/Malam Irama Malaysia ( masa itu di Dewan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur) saya tetap akan ke Kuala Lumpur untuk menonton persembahan yang berprestej itu.
Ketika bertugas sebagai Pendidik di Negeri Terengganu, Pantai Timur (1963-1967) saya aktif sebagai aparentis seni teater melalui Kelab Darulihsan, satu-satunya badan budaya yang tersohor di Negeri Terengganu waktu itu. Kelab Darulihsan kerap mengadakan persembahan di Kuala Lumpur dan pernah bergabung dengan Persatuan Sariwana Singapura disatu persembahan di Panggung Victoria-Singapore. Artis pelakun dan penari Kelab Darulihsan juga pernah diberi penghormatan membintangi disamping mempersembahan tarian untuk filem cereka berjudul Cucu Datuk Merah terbitan Cathay Kris Singapore - 1964/1965.
Kami dari Kelab Darulihsan juga turut membantu seberapa termampu ketika Orkestra RTM mengadakan persembahan lawatan ke Kuala Terengganu dalam tahun 1964 disatu rakaman pementasan terbuka ditontoni oleh ribuan penonton. Penerbitnya Ahmad Merican (Tan Sri) dan Juruacaranya Wancik Daud (Hjh) juruhebah Radio Malaya Kota Bahru yang sangat popular di Pantai Timur waktu itu.
Sumber musik dalam tahun-tahun 1960/70/80han bagi Penerbitan RTM khususnya Drama dan Hiburan semata-mata dari khazanah hasil ciptaan music dari wadah cetusan Orkestra RTM, ciptaan pemusik tempatan mengiringi ikon-ikon penghibur pupolar tempatan melalui pertandingan-pertandingan Bintang Radio, Bakat TV, Bintang RTM. Terlalu ramai jumlah artis dizahirkan RTM melalui pertandingan-pertandingan ini, dan berdekad lamanya Orkestra RTM mengharumi persada senimusik tanah air paska Merdeka.
Makanya, Orkestra RTM satu legasi seni negara yang tidak harus diketepikan bagitu saja.
Makanya, Orkestra RTM satu legasi seni negara yang tidak harus diketepikan bagitu saja.
Keterbilangan dan keterampilan selamanya menjadikan Orkestra RTM sebagai tunggak – ‘flagship’ dan nadi untuk organisasi RTM dan Negara. Dalam hireachy RTM, Pemimpin dan pemusik Orkestra RTM diletakkan pada katagori perjawatan artis khusus, sangat berbedza dengan kedudukan kakitangan penerbitan seluruhnya. Pengiktirafan sadimikian ini, memberikan ruang untuk mereka berkarya. Sekaligus zahir satu kelompok pemusik tanah air yang berpengalaman dan berwibawa.
Orkestra RTM, tidak kekok beraksi di pementasan persada global, tanpa hilang identity kebangsaannya.
Di persada musik tanah air, keterampilan Orkestra RTM terserlah, dari Persembahan Diraja (Royal Command Performances) yang berpristij sahingga kepada penampilan untuk tontonan rakyat jelata - nada dan musik Orkestra RTM tetap memukau deria penonton dan pendengarnya.
Keyakinan ini sering saya cetuskan sepanjang karier 30 tahun (1966-1996)sebagai penjawat RTM dari Penerbit Radio dan TV sahingga saya bersara jawatan sebagai Pengarah Urusan Rancangan RTM tahun 1996. Secara peribadi saya bangga cadangan saya untuk menamakan Sakateriat dan Studio baru Orkestra RTM di kompleks Angkasapuri dengan nama RENTAK 50 sempena annivesary 50 tahun penubuhan RTM pada tanggal 1hb April - 3 hari sabelum saya bersara jawatan sebagai Pengarah Urusan Rancangan RTM - 4hb April 1996.
Pada hemat saya ORKESTRA RTM layak dianugerahkan anugerah DiRaja. Munkin gelaran ORKESTRA DIRAJA RTM satu penghormatan paling tinggi dan simbolik dari Kerajaan sebagai mengenang jasa-jasa 50 dekad kewujudannya mengharumi persada music Tanah Air, Serantau dan Global.
Selamat Menyambut 50 Tahun ORKESTRA RTM – 1961-2011.
Saturday, January 1, 2011
MENJELANG 1 APRIL 2011 - Al-kisah..'SELASIHKU SAYANG'
Selasih Ku Sayang
Ramai peminat setia RTM dalam tahun-tahun 70han pernah didendangkan lagu Selasih Ku Sayang melalui pelbagai saluran Radio RTM waktu itu. Lagu tersebut adalah ciptaan dan gubahan Taib Osman (pemusik RTM) dengan lirik diilhamkan olih Zainal Abas (adik saya Juruhebah RTM waktu itu) dinyanyikan mantan Bintang Radio kebangaan Negeri Terengganu Saudara M.Ibrahim dengan gabungan suara olih biduanita Hafsah Zakaria.
Kedua artis ini anak kelahiran negeri Terengganu. Biduan M.Ibrahim tinggal di Kuala Trengganu manakala biduanita Hafsah Zakaria di Kuala Brang, Ulu Terengganu. Kedua mereka pada waktu itu adalah artis regular Kombo RTM Kawasan Timur di Studio RTM Kuala Terengganu dibawah pimpinan Pemusik Taib Osman (Allahyarham).
-----

Menerbitkan drama tv dalam siri Panggung RTM tugasan yang sangat mencabar bagi saorang Penerbit/Pengarah TV. Siri Panggung RTM berupa 'Made For TV Movies' difilemkan dengan menggunakan sistem pengambaran filem ukuran 16 mm (sistem filem reversal atau negative).
Siri Panggung RTM diwujudkan bagi mengatasi kekurangan cereka filem Melayu untuk saluran TV1-RTM waktu itu.
Waktu itu TV Malaysia masih dalam Hitam Putih - hatta penerbitan Panggung RTM Selasihku Sayang.
------

Naskah teleplay Selasihku Sayang telah saya tulis sendiri. Dipadankan dari naskah novel berjudul LUBUK MATI BERTIGA karya rakan penulis (wartawan dan ahli politik) Pantai Timur Alias Ali (Tan Sri). Waktu itu Alias Ali saorang Yang Berhormat - ahli parlimen mewakili kawasan Ulu Terengganu. Kesah LUBUK MATI BERTIGA berupa cerita rakyat yang dipercayai berlaku di Ulu Terengganu - kawasan parlimen yang di wakili beliau.
Kebetulan Tan Sri sahabat lama saya. Kami pernah sama-sama seangkatan penulis Pantai Timur. Sama-sama berhijrah ke Kuala Lumpur pada pertengahan tahun 1960han. Beliau bertugas di Berita Harian dan saya di Radio Malaysia. Beliau telah dihantar ikut kursus Penulisan Kreatif dan Kewartawanan di luar negeri, manakala saya berkursus penyiaran di kota London.
Perkenalan ini memudahkan saya mensesuaikan kandungan novel LUBUK MATI BERTIGA sebagai sabuah teleplay yang lengkap. Saterusnya saya beri judul SELASIHKU SAYANG.
-----
Allahyarham Taib Osman pula saorang pemusik kenalan lama. Kami pernah berjiran selang sepintu di perumahan Ampang Jaya semasa allahyarham menganggotai Orkestra RTM di Angkasapuri.
Kami sangat serasi dan sangat menghormati antara satu sama lain. Bukan mudah untuk kenal rapat dengan saorang seniman saperti allahyarham. Munkin kerana kami 'collegue' dari RTM dan tinggal berjiran, sering lepak bersama berbincang bidang musik dan drama yang kami sama-sama minati, menjadikan keakraban itu persahabatan yang sebati.
Saya telah tidak ragu-ragu minta allahyarham Taib Osman mencipta, mengubah dan merakamkan lagu tema khusus untuk telemovie SelasihKu Sayang yang sedang saya rancang penerbitannya itu. Saterusnya saya minta adik saya Zainal Abas (saorang penyair, ketika itu bertugas di RTM Kuala Terengganu) menuliskan senikatanya. Naskah lengkap teleplay SELASIHKU SAYANG telah dikirimkan untuk penghayatan khusus kedua mereka.
Pengambaran telemovie Selasihku Sayang dilakukan dilokasi Ulu Terengganu - di bintangi oleh Ahmad Tamimi Seregar, Umar Abdullah, Noriah Abdullah (allahyarhamah) artis muda dari Singapura, Seniwati Umi Kalsum (Datin), Seniwati Normadiah( allahyarhamah) dan beberapa orang artis tempatan. Penerbitan tersebut saterusnya telah berjaya di siarkan di saluran TV1.
Lagu SelasihKu Sayang kemundiannya memenohi ruang udara radio RTM - dan waktu itu menduduki carta tertinggi buat beberapa minggu.
Kepopularan lagu tersebut telah menguja beberapa artis rakaman untuk merakamkan. Antara mereka bidunita Rafeah Buang (Datin) dan biduan Ahmad Jais (Dato'). Terdapat juga beberapa artis lain menyanyikan ciptaan tersebut melalui pelbagai persembahan Orkestra RTM, dan di beberapa persembahan pentas.
----
Secara peribadi saya sangat mengkagumi kejayaan allahyarham Taib Osman dan penulis lirik Zainal Abas yang bagitu serasi mengilhamkan pinciptaan SelasihKu Sayang, yang kini sinonim sebagai sabuah lagu rakyat dari Pantai Timur.
**Alfatihah untuk aruah Taib Osman.

Sunday, May 30, 2010
ALFATIHAH UNTUK NORHAREZAN,NORDIN, ARIFFIN & MEK NAB
Alfatihah.
Mereka pergi mendahului kita.
Kita sama-sama menangisi kehilangan rakan saperjuangan. Rakan sepasukan kerja. Kita bagaikan ahli satu keluaga besar. Kita akrab, se'ia-sekata - sama-sama berkecimpung, mengasah bakat sebagai penghuni Angkasapuri. Pada saban hari di Bukit Putra itu tempat kita bertandak, menabur bakti sekadar yang termampu. Dan dalam pergaulan itu, terlalu banyak kenangan masam manis yang menguja nostalgia kita.
Bagi saya keempat aruahnya ini, bukan saja rakan sekerja tetapi sekaligus pegawai dibawah kelolaan terus ketika saya menjawat jawatan-jawatan Penerbit, Ketua Drama RTM, Pengawal TV dan Pengarah Urusan Rancangan RTM.
Allahyarham Nordin dan Ariffin 'pengamal media' seangkatan saya, sementara allahyarhamah Norharezan pernah berkhidmat sebagai Production Secretary (Pembantu Skrip) saya ketika bertugas sebagai Penerbit Drama TV. Kedua mereka Norharezan dan Mek Nab termasuk gulungan ramai kakitangan baru TV yang saya temuduga bersama allahyarham Salleh Pateh Akhir (Dato') akhir tahun 1970han.
Allahyarham Dato'Salleh dan saya telah dilantik oleh Kementerian Penerangan untuk mengendalikan sessi temuduga bagi jawatan Pembantu Skrip - gerakan Operasi Isi Penoh Kerajaan. Ketika Gerakan Operasi Isi Penoh dilancarkan Kerajaan, terlalu ramai memohon jawatan Kerajaan di pelbagai Jabatan dan Kementerian. Untuk Oprasi Isi Pernoh ini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menurunkan kuasa untuk Jabatan dan Kementerian berkenaan menubuhkan Panel Temuduga sendiri. Saya rasa terhormat dipilih. Paling kurang saya dapat berikan pandangan atas keperluan kakitangan bagi Jabatan saya. Hasrat itu yang saya dan Dato'Salleh setujui.
Waktu itu rata-rata jawatan Pembantu Skrip TV-RTM datangnya dari calun daerah Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Pada pendapat saya calun-calun dari luar Kuala Lumpur juga perlu diberi peluang sewajarnya. Menurut senarai terlalu ramai pemohon dari luar Kuala Lumpur, dari Negeri-negeri di Semenanjung khususnya. Kerana pemohon untuk Jawatan Pembantu Skrip TV digalakkan calun perempuan, hampir 99% dari jumlah ratusan pemohon adalah perempuan. Untuk mereka bertandang ke Angkasapuri menghadhiri temuduga, perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi perjalanan jauh. Lagipun sukar untuk mereka bertanding dengan calum-calun dari ibukota - kerana keterampilan dan pesona diri yang berbedza. Pada pendapat saya, kiranya sistem lama dilakukan, pasti majoriti calun yang berjaya datangnya dari Lembah Klang - pertama calun-calun dari ibukota petah Berbahasa Inggeris, luas Pengetahuan Am, trampil pesona mereka, bijak berbicara, pro-aktif; berbanding calun dari negeri-negeri Pantai Timur, Utara dan Selatan Semenanjung.
Alhamdullillah Kementerian Penerangan bersetuju cadangan kami itu dan sedia menubuhkan pusat temuduga di satiap ibu negeri untuk kami lakukan pemilihan.
Strategi saterusnya terpulang kepada Dato'Salleh, saya serta Pegawai Kementerian yang bertindak sebagai Setiausaha. Kami bersetuju disediakan satu struktur Kouta bagi Kawasan Tengah, Timur, Utara dan Selatan. Calun-calun terbaik dari tiap negeri, akan di pilih memenohi Kouta Kawasan.
Allahyarhamah Norharezan dan Mek Nab terpilih sebagai antara calun yang terbaik dari negeri Che'Siti Wan Kembang. Mereka sama-sama calun lain-lain dari negeri-negeri di Semenanjung berjaya dipilih. Saterusnya satu kumpulan melebihi 30 kakitangan Pembantu Skrip TV baru melapor diri di Angkasapuri.
Allahyarham Ariffin saya kenali semasa mula memegang jawatan Penerbit TV di Angkasapuri. Waktu itu Jabatan Radio dan Jabatan TV - RTM berupa 2 jabatan yang berbedza. Untuk pegawai Jabatan Radio berpindah tugas ke Jabatan Talivisyen, sasaorang perlu memohon kekosongan jawatan yang diiklankan SPA. Itu yang berlaku pada karier saya di RTM. Semasa berkhidmat di Jabatan Radio, saya telah memohon Jawatan Penerbit TV di Jabatan Talivisyen. Alhamdullillah saya berjaya dan mulai 1971 saya pun diterima bertugas di Wisma TV, Angkasapuri. Waktu itu allahyarham Ariffin, salah saorang dari kumpulan Juru Kamera TV. Kami sering dalam satu pasukan penerbitan. Allahyarham Ariffin (saperti kebanyakkan rakan teknikal studio tv yang seangkatan dengannya) adalah gulungan professional yang berkelayakkan. Mereka gulungan yang sangat terlatih, walaupun waktu itu usia penyiaran dan penerbitan rancangan tv tempatan belum sampai satu dekad pun. Sikap dan output professionalisma yang mereka tunjukkan, banyak membantu Penerbit TV ( green horn ) saperti saya waktu itu. Keterampilan sasaorang Penerbit TV waktu itu diuji, pada daya kepimpinan dan kemahiran Penerbitan Rancangan TV pada tahap optima. Penghormatan dan setiakawan antara kami berputik dan berterusan dari berkerja di Studio TV hingga ketengah masyarakat luar, dari semasa bertugas sahingga sampai waktu ramai kami bersara dari jawatan.
Allahyarham Ariffin telah bertemu jodoh dengan Mek Nab. Kedua hambaAllah ini sama-sama menemui ajal pada 30hb.Mei.
Saya terima berita pesanan SMS dari saudara Tumpang Saptu, ketika sedia melangkah untuk perjalanan kedestinasi 'outstation'. Saya bersyukur sempat menzarahi jenazah 'Abang Pin dan Mek Nab'. Saya teruja pada kesempatan itu mempertemukan saya dengan rakan-rakan lama ( dari bahagian Penerbitan, Teknikal dan Pementasan TV ) yang datang menzairahi. Ramai yang telah lama bersara. Perkampungan kakitangan yang bagitu ramai menunggu ketibaan jenazah dari Hospital dikediaman keduanya di Petaling Jaya - ( rasanya bagaikan kami berada dalam set siri Twilight Zone, salah satu siri tv yang popular dalam tahun 1970han. Saya bergurau aje...jangan marah!!!) Apapun diperjumpaan itu setiakawan antara kami terserlah sepanjang masa: bertanya kabar, bergurau sadikit sebanyak yang mampu, bernostalgia kenangan lama semasa sama-sama berkhidmat dsbnya.
Saya kenal aruah Nordin Buyong semasa mula menjawat jawatan di Jabatan Radio Malaysia dalam tahun 1997. Keterampilan ( dan kenakalan ) Allahyarham menguja saya untuk mengenali beliau lebih rapat. Lagipulak kami berasal dari satu negeri. Allahyarham di Utara dan saya di Selatan. Apapun kami sama-sama anak Perak. Munkin kerana kami berasal dari satu Negeri, kami cepat kenal mesra. Waktu Jabatan Radio dan Jabatan TV digabungkan kami sama-sama dalam Bahagian Drama RTM. Allahyarham Nordin, Penerbit Drama Radio dan saya Penerbit Drama TV. Sahingga saya naik pangkat sebagai Ketua Perkhidmatan Drama RTM, allahyarham Nordin masih di Bahagian Drama Radio. Di samping menerbitkan Drama allahyarham juga menerbitkan Majallah Filem.
Sabelum kami bersara jawatan allahyarham pernah bersama saya bertugas di IPTAR.
Saya pernah cadangkan kepada allahyarham untuk main golf. Cadang saya, jika dia boleh mahirkan diri dipermainan golf, kemunkinan akan mendatangkan hasil disamping mengisi masa persaraan. Cadangan yang saya buat itu tidaklah serius. Pada waktu yang sama saya sedang cuba untuk bermain golf. Hingga akhirnya saya 'fed-up' dan tinggalkan permainan itu. Rupa-rupanya allahyarham terima cadangan saya itu. Kabarnya semasa persaraannya beliau aktib bermain golf, sahingga kemundian mengidap kanser yang membawa ajal pada dinihari Khamis 27hb.Mei.
Alfatihah untuk Norharezan, Nordin, Abang Pin dan Mek Nab.
Sunday, May 16, 2010
GURU: Suluh Kampung Matahari Bangsa
16hb.Mei telah di istihar sebagai Hari Guru. Sebagai bekas pendidik saya selalu teruja menunggukan hari bertuah ini satiap tahun. Hari ini satelah 43 tahun tinggalkan jawatan Guru, saya masih merayakannya. Walau perlawanan akhir Piala Thomas yang berprestij di Stadium Bukit Jalil mempertemukan pasukan China & Indonesia sedang berlangsung, walau demam Kempen Pilihan Raya Kecil, Kawasan Parlimen Sibu sudah sampai ketahap klimaxnya, di campur perayaan Hari Belia Negara diatur secara besar-besaran di Putera Jaya, saya bersukur sambutan Hari Guru tahun ini menduduki 'niche' yang istimewa dan simbolik. Pertanda kebitaraan profession Guru secara langsung telah mula mendapat perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya Perayaan hari Guru tahun ini, sangat berbedza dengan perayaan-perayaan yang sama sabelumnya. Pertama pada tahun ini seluruh anggota Kabinet Perdana Menteri Ke 6 Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menandatangani satu plaque mengucapkan Selamat Hari Guru ditujukan kepada gulungan pendidik. Hari ini plaque itu disiarkan penoh muka dalam warna didada-dada akhbar Kebangsaan. Terdapat juga syarikat-syarikat Swasta dan personaliti persaorangan megirim ucap selamat yang sama dalam pelbagai media.
Bagaikan ia pertanda, satu gagasan sedang diatur untuk mengangkat profession Guru. Adakah perjuangan kaum guru sejak bagitu lama telah sampai ke klimak kejayaannya? Sama-sama kita tunggukan......dan pantau perkembangannya.
Selama ini banyak pendapat dari kalangan professional ilimiah memperakukan ketidak seimbangan pada tahap profession Guru berbanding dengan lain-lain profession dalam Perkhidmatan Awam. Ramai beranggapan gulungan Chegu sebagai 'profession' lulusan sekolah atap, paling tinggi latihan Maktab Perguruan dan 'tidakpun' di iktiraf sama kelulusan diploma dalam struktur Perkhidmatan Awam. Kerana persepsi demikian selamanya gulungan Chegu selalu rasa rendah diri sebagai kumpulan yang terasing.
Semasa saya berkhidmat sebagai Guru dalam tahun-tahun 1963 hingga 1967 saya selalu pandang tinggi pada kawan-kawan sakelas semasa di Sekolah Rendah dan Menengah dahulu kerana memegang jawatan-jawatan tertentu. Lepas menduduki pepereksaan Cambridge/SPM gulungan ini terus cari kerja dalam Sektor Awam, manakala saya pilih masuk Kolej Perguruan untuk dilantik sebagai pendidik. Lulus dari Kolej Perguruan 2 tahun kemundian, secara kebetulan kami dipertemukan sama-sama bertugas di Pantai Timur.

Saya kagum kemudahan yang mereka terima saperti quarters yang selesa, elaun kerja lebih masa, elaun perbatuan jika bertugas diluar serta elaun pakaian bagi yang memakai uniform. Manakala kami gulungan guru tidak diperuntukan elaun-elaun demikian dan terpaksa menyewa kediaman diluar dan berulang alik ka Sekolah antara 20 hingga 40 batu sehari. Usah dibandingkan keadaan tempat kerja kami. Sekolah tempat saya mengajar itu hanya satu bangunan kecil menempatkan pejabat Guru Besar dan 1 bilik darjah, manakala 5 bilik darjah lain ditempatkan dibawah bangsal tanpa dinding. Tidak ada kantin atau rumah Guru disediakan.
Saya rasa sangat keciwa. Saya rasa bagaikan kaum Guru dianak tirikan Kerajaan. Saya rasa bagaikan gulungan guru sedang dianaktirikan tanpa diberitau sebab musabab kami menerima kedudukan demikian.
Secara langsung timbul kelompok-kelompok kecil anggota perkhidmatan awam. Tiap satu 'tidak sebaya' dan 'tidak serasi' dengan yang lain. Secara perbandingan kuarters kediaman dan Balai Penghulu dipenempatan yang sama gah sebagai mercutanda kampung tersebut, walaupun cuma untuk menampung penempatan saorang Penghulu dan munkin saorang kerani.
Cumanya obor: Suluh Kampung Matahari Bangsa...... ketara meletakkan Guru pada posisi yang mulia dalam masyarakat satempat.
Selamat Menyambut Hari Guru.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(7)
-
▼
January
(7)
- Rithma 'Bunyi Terompah & Kicauwan Burung Walit' (1)
- Menjelang 1 April 2011 - Liputan awal RTM mengirin...
- BERNAMA - I Kept Quiet Because I Was Convinced Rai...
- Menjelang 1 April 2011 - Skandal Seks RTM 1982
- Menjelang 1 April 2011....Al-kisah 50 TAHUN ORKEST...
- Tahun Baru Semangatpun Baru
- MENJELANG 1 APRIL 2011 - Al-kisah..'SELASIHKU SAYANG'
-
▼
January
(7)
About Me
- 'Adly Azamin
- Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.