Sunday, May 30, 2010

ALFATIHAH UNTUK NORHAREZAN,NORDIN, ARIFFIN & MEK NAB

Alfatihah.

Mereka pergi mendahului kita.

Kita sama-sama menangisi kehilangan rakan saperjuangan. Rakan sepasukan kerja. Kita bagaikan ahli satu keluaga besar. Kita akrab, se'ia-sekata - sama-sama berkecimpung, mengasah bakat sebagai penghuni Angkasapuri. Pada saban hari di Bukit Putra itu tempat kita bertandak, menabur bakti sekadar yang termampu. Dan dalam pergaulan itu, terlalu banyak kenangan masam manis yang menguja nostalgia kita.

Bagi saya keempat aruahnya ini, bukan saja rakan sekerja tetapi sekaligus pegawai dibawah kelolaan terus ketika saya menjawat jawatan-jawatan Penerbit, Ketua Drama RTM, Pengawal TV dan Pengarah Urusan Rancangan RTM. 

Allahyarham Nordin dan Ariffin 'pengamal media' seangkatan saya, sementara allahyarhamah Norharezan pernah berkhidmat sebagai Production Secretary (Pembantu Skrip) saya ketika bertugas sebagai Penerbit Drama TV. Kedua mereka Norharezan dan Mek Nab termasuk gulungan ramai kakitangan baru TV yang saya temuduga bersama allahyarham Salleh Pateh Akhir (Dato') akhir tahun 1970han.

Allahyarham Dato'Salleh dan saya telah dilantik oleh Kementerian Penerangan untuk mengendalikan sessi temuduga bagi jawatan Pembantu Skrip - gerakan Operasi Isi Penoh Kerajaan. Ketika Gerakan Operasi Isi Penoh dilancarkan Kerajaan, terlalu ramai memohon jawatan Kerajaan di pelbagai Jabatan dan Kementerian. Untuk Oprasi Isi Pernoh ini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menurunkan kuasa untuk Jabatan dan Kementerian berkenaan menubuhkan Panel Temuduga sendiri. Saya rasa terhormat dipilih. Paling kurang saya dapat berikan pandangan atas keperluan kakitangan bagi Jabatan saya. Hasrat itu yang saya dan Dato'Salleh setujui.

Waktu itu rata-rata jawatan Pembantu Skrip TV-RTM datangnya dari calun daerah Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Pada pendapat saya calun-calun dari luar Kuala Lumpur juga perlu diberi peluang sewajarnya. Menurut senarai terlalu ramai pemohon dari luar Kuala Lumpur, dari Negeri-negeri di Semenanjung khususnya. Kerana pemohon untuk Jawatan Pembantu Skrip TV digalakkan calun perempuan, hampir 99% dari jumlah ratusan pemohon adalah perempuan. Untuk mereka bertandang ke Angkasapuri menghadhiri temuduga, perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi perjalanan jauh. Lagipun sukar  untuk mereka bertanding dengan calum-calun dari ibukota - kerana keterampilan dan pesona diri yang berbedza. Pada pendapat saya, kiranya sistem lama dilakukan, pasti majoriti calun yang berjaya datangnya dari Lembah Klang - pertama calun-calun dari ibukota petah Berbahasa Inggeris, luas Pengetahuan Am, trampil pesona mereka, bijak berbicara, pro-aktif; berbanding calun dari negeri-negeri Pantai Timur, Utara dan Selatan Semenanjung.

Alhamdullillah Kementerian Penerangan bersetuju cadangan kami itu dan sedia menubuhkan pusat temuduga di satiap ibu negeri untuk kami lakukan pemilihan.

Strategi saterusnya terpulang kepada Dato'Salleh, saya serta Pegawai Kementerian yang bertindak sebagai Setiausaha. Kami bersetuju disediakan satu struktur Kouta bagi Kawasan Tengah, Timur, Utara dan Selatan. Calun-calun terbaik dari tiap negeri, akan di pilih memenohi Kouta Kawasan.

Allahyarhamah Norharezan dan Mek Nab terpilih sebagai antara calun yang terbaik dari negeri Che'Siti Wan Kembang. Mereka sama-sama calun lain-lain dari negeri-negeri di Semenanjung berjaya dipilih. Saterusnya satu kumpulan melebihi 30 kakitangan Pembantu Skrip TV baru melapor diri di Angkasapuri.

Allahyarham Ariffin saya kenali semasa mula memegang jawatan Penerbit TV di Angkasapuri. Waktu itu Jabatan Radio dan Jabatan TV - RTM berupa 2 jabatan yang berbedza. Untuk pegawai Jabatan Radio berpindah tugas ke Jabatan Talivisyen, sasaorang perlu memohon kekosongan jawatan yang diiklankan SPA. Itu yang berlaku pada karier saya di RTM. Semasa berkhidmat di Jabatan Radio, saya telah memohon Jawatan Penerbit TV di Jabatan Talivisyen. Alhamdullillah saya berjaya dan mulai 1971 saya pun diterima bertugas di Wisma TV, Angkasapuri. Waktu itu allahyarham Ariffin, salah saorang dari kumpulan Juru Kamera TV. Kami sering dalam satu pasukan penerbitan. Allahyarham Ariffin (saperti kebanyakkan rakan teknikal studio tv yang seangkatan dengannya) adalah gulungan professional yang berkelayakkan. Mereka gulungan yang sangat terlatih, walaupun waktu itu usia penyiaran dan penerbitan rancangan tv tempatan belum sampai satu dekad pun. Sikap dan output professionalisma yang mereka tunjukkan, banyak membantu Penerbit TV ( green horn ) saperti saya waktu itu. Keterampilan sasaorang Penerbit TV waktu itu diuji, pada daya kepimpinan dan kemahiran Penerbitan Rancangan TV pada tahap optima. Penghormatan dan setiakawan antara kami berputik dan berterusan dari berkerja di Studio TV hingga ketengah masyarakat luar, dari semasa bertugas sahingga sampai waktu ramai kami bersara dari jawatan. 

Allahyarham Ariffin telah bertemu jodoh dengan Mek Nab. Kedua hambaAllah ini sama-sama menemui ajal pada 30hb.Mei.

Saya terima berita pesanan SMS dari saudara Tumpang Saptu, ketika sedia melangkah untuk perjalanan kedestinasi 'outstation'. Saya bersyukur sempat menzarahi jenazah 'Abang Pin dan Mek Nab'. Saya teruja pada kesempatan itu mempertemukan saya dengan rakan-rakan lama ( dari bahagian Penerbitan, Teknikal dan Pementasan TV ) yang datang menzairahi. Ramai yang telah lama bersara. Perkampungan kakitangan yang bagitu ramai menunggu ketibaan jenazah dari Hospital dikediaman keduanya di Petaling Jaya - ( rasanya bagaikan kami berada dalam set siri Twilight Zone, salah satu siri tv yang popular dalam tahun 1970han. Saya bergurau aje...jangan marah!!!) Apapun diperjumpaan itu setiakawan antara kami terserlah sepanjang masa: bertanya kabar, bergurau sadikit sebanyak yang mampu, bernostalgia kenangan lama semasa sama-sama berkhidmat dsbnya.

Saya kenal aruah Nordin Buyong semasa mula menjawat jawatan di Jabatan Radio Malaysia dalam tahun 1997. Keterampilan ( dan kenakalan ) Allahyarham menguja saya untuk mengenali beliau lebih rapat. Lagipulak kami berasal dari satu negeri. Allahyarham di Utara dan saya di Selatan. Apapun kami sama-sama anak Perak. Munkin kerana kami berasal dari satu Negeri, kami cepat kenal mesra. Waktu Jabatan Radio dan Jabatan TV digabungkan kami sama-sama dalam Bahagian Drama RTM. Allahyarham Nordin, Penerbit Drama Radio dan saya Penerbit Drama TV. Sahingga saya naik pangkat sebagai Ketua Perkhidmatan Drama RTM, allahyarham Nordin masih di Bahagian Drama Radio. Di samping menerbitkan Drama allahyarham juga menerbitkan Majallah Filem. 

Sabelum kami bersara jawatan allahyarham pernah bersama saya bertugas di IPTAR.

Saya pernah cadangkan kepada allahyarham untuk main golf. Cadang saya, jika dia boleh mahirkan diri dipermainan golf, kemunkinan akan mendatangkan hasil disamping mengisi masa persaraan. Cadangan yang saya buat itu tidaklah serius. Pada waktu yang sama saya sedang cuba untuk bermain golf. Hingga akhirnya saya 'fed-up' dan tinggalkan permainan itu. Rupa-rupanya allahyarham terima cadangan saya itu. Kabarnya semasa persaraannya beliau aktib bermain golf, sahingga kemundian mengidap kanser yang membawa ajal pada dinihari Khamis 27hb.Mei.

Alfatihah untuk Norharezan, Nordin, Abang Pin dan Mek Nab.

2 comments:

amran said...

alkisah yang nostalgik dan sedih amat sangat. moga kisah seperti ini akan hanya mendatang diamasa yang lama lagi, Yop.

Anonymous said...

Thank you uncle for posting kisah2 kawan2 uncle disini. Arwah Nordin Buyong is my father and membaca kisah dia dlm blog ini sedikit sebanyak mengubati rindu kami dgn arwah.

Liza Nordin

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.