Monday, August 18, 2008

Al-kisah 51 TAHUN MERDEKA -DIRGAHAYU MALAYSIA

Sebermula..perayaan 51 tahun Merdeka akan kita raikan dalam beberapa minggu lagi. Menjelang 31 Ogos tiap tahun rakyat adalah digalak kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda patriotisma mereka. Ramai rakyat patriotik akur hakikat memuliakan bendera Negara. Mereka sangat menghargai Kemerdekaan negaranya. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, bagus lagi negeri sendiri." Semangat setia negara mereka selamanya, tidak pernah luntur. Mereka tetap akan hormat dan terus sedia untuk kibarkan jalur gemilang.
Saorang rakan sebaya saya bermastautin di negeri Perak, tidak pernah satu haripun gagal mengibarkan Bendera Negeri dan Jalur Gemilang dikediamannya. Ketika usianya sedang meningkat hampir 70an pun, tiap menjelang tarikh 31 Ogos beliau pasti akan mengantikan bendera Negeri dan Jalur Gemilang itu dengan yang baru, sambil membaharui ikrar setia negaranya.
Kami pernah bersama di IPT. Beliau memilih karier sebagai Pendidik dan bersara dalam jawatan itu. Sepanjang masa walaupun dalam persaraan beliau tetap memberi tumpuan melibatkan diri pada aktibiti-aktibiti sosial untuk kesejahteraan rakyat dan negaranya.
"Pendidik ibarat Suluh Kampung Matahari Bangsa," slogan ini pegangan hidupnya. Membimbing anak bangsa menghayati erti kemerdekaan itu satu pendidikan yang lumrah dilaksanakan. Membantu untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeranya mutlak pada semua warga Malaysia. Itu pendapatnya. Aku akur memperakukan keperluan itu.
Semangat Patriotisma bukan bermusim. Ia sewajarnya sedia subur dijiwa kita sepanjang masa. Kita adalah dituntut membelai dan menyuburkan sikap patriotisma diri masing-masing, terhadap bangsa dan negara. Merdeka ini sangat bermakna bagi semua kita. Patriotisma samestinya dizahir, disubur dan digembeling atas semangat jiwa merdeka untuk nusa bangsa kita. Perjuangan kita untuk bebas dari belenggu penjajahan tidak ada garis penghujungnya. Telah lebih 500 tahun kita terjajah, dan keterampilan diri dan jiwa raga kita akan terabai sakiranya kita lalai menegakkan intergriti bangsa dan negara kita saterusnya sebagai warga negara yang masih muda usianya ini.
Kita rasa keciwa pada sepanjang tahun Kerajaan terpaksa adakan kempen untuk sebarkan Jalur Gemilang tidap kali menjelang 31 Ogos. Berbagai jenis dan bentuk kempen diadakan di seluruh negara, semata-mata untuk mengalakkan rakyat bersemangat patriotik. Maka akibah kempen yang berleluasa di wawarkan itu, rakyat teruja memperagakan Bendera Negara dalam pelbagai bentuk dan gaya, walaupun ada banyak tempat, terdapat pencemaran dan salah laku dalam cara meragakan Bendera negara itu kerana terdorong dan didorong suasana keghaerahan semata-mata.
Bendera adalah lambang kedaulatan sasabuah Negara. Memperagakannya dengan cara tidak menentu, akan mencemar kedaulatan Negara itu.
Patutkah itu berlaku?
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 51.
Dirgahyu Malaysia.

No comments:

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.