Sebermula...Seniman Ahmad Mahmud (Dato') telah kembali kerahmatullah Rabu (27.08.08) malam. Perginya saorang seniman yang tersohor dizamannya. Ikon bagi mereka yang membesar dan meminati hiburan seni filem Melayu. Orangnya kacak dan segak. Geraklakunya cergas dan tangkas. Perwatakannya lambang 'kelelakian' dan wira Melayu, khusus melalui watak Hang Jebat yang dilakunkannya bersama Allahyarham P.Ramlee (Tan Sri) juga watak-watak wira yang dilakunkan Allahyarham dalam semua filem Melayu yang dibintanginya telah menguja peminat-peminat filem Melayu.
Seniman Ahmad Mahmud anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan ini telah mewarnai
mendahului kebanyakkan artis tanah air yang sama berhijrah ke Singapura.hiburan filem tanah air melalui pelbagai genre filem cereka terbitan Studio-Studio
Filem di Singapura sepanjang tahun-tahun 1950han dan 1960han.
Penglibatan Allahyarham dalam penerbitan filem Studio Cathay dan Shaws Filem di Singapura sepanjang tahun-tahun 1950han dan 1960han.
Waktu itu ramai kalangan seniman tanah air berhijrah dan berkelompok di Studio Shaws dan Cathay Kris di Singapura semata-mata untuk mengisi khazanah seni filem tanah air. P Ramlee, Ahmad Mahmud, Omar Rojik, Jins Shamsuddin, Nordin Ahmad, Ali Rahman, A.Rahim, M.Amin, S Romai Noor, Haji Mahadi, Mahmud June, Mustapha Maaruf, Hj Arshad, Ghazali Sumantri, Salim Bachek, Kuswadinata, Sarimah, Umi Kalthum dan lain-lain. Kontribusi mereka selama itu berupa khazanah bangsa yang sukar dilupakan hingga masa kini dan tidak akan luput dek zaman.
Sama saperti yang lain-lain Allahyarham Ahmad Mahmud telah pulang ketanah air apabila Studio Shaws & Cathay Keris di Singapura tamat beroperasi. Berlainan dari kebanyakkan mereka saperti Mustapha Maarof (Dato'), Kuswadinata, Nordin Ahmad, Jins Shamsuddin (Tan Sri) Sarimah (Dato'), Aziz Jaafar, Aziz Satar (Dato'), Normadiah, Romai Noor (Dato') & Umi Kalthum (Datin) dan lain-lain, Allahyarham Ahmad Mahmud tidak aktif meneruskan keriernya sebagai artis sekembalinya ketanah air. Satu-satu filem cereka yang di bintanganinya salepas Jalan Ampas, adalah sabuah penerbitan filem dari adaptasi nobel Dato'Prof Shahnon Ahmad: Ranjau Di Sepanjang Jalan tahun 1980han. Sebaliknya Allahyarham telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Selama dalam persaraan dari dunia filem kemunculan samula Allahyarham dilayar perak sangat dirindui jutaan peminat dari seluruh negara dan Nusantara. Penulis, salah saorang peminat setia Allahyarham sedar akan kehilangan itu, tidak heran jika yang lain-lain juga bagitu.
Selama dalam persaraan dari dunia filem kemunculan samula Allahyarham dilayar perak sangat dirindui jutaan peminat dari seluruh negara dan Nusantara. Penulis, salah saorang peminat setia Allahyarham sedar akan kehilangan itu, tidak heran jika yang lain-lain juga bagitu.
Munkinkah kerana kesebukan urusan perniagaannya yang diceburinya itu menyebabkan Allahyarham tidak dapat meneruskan kariernya dalam filem. Wallahualam.
Satelah studio Shaws dan Cathay berhenti beroperasi di Singapura, terdapat kegiatan berterusan membangkitkan industri filem tanah air di Merdeka Studio Ulu Klang dan oleh Syarikat Penberbitan Filem lain-lain khususnya di Kuala Lumpur. Allahyarham tidak tersenarai dikalangan seniman seangkatan dengannya yang bermastautin di Lembah Klang aktif dalam bisnis tersebut. Allahyarham semacam memencilkan diri atau dipencilkan. Itu andaian Penulis selamanya.
Secara langsung keterbilanganya Allahyarham sebagai seniman luput dari ingatan ramai peminatnya.
Allahyarham memilih untuk menetap di Kampung Tunku, Petaling Jaya tidak jauh dari kediaman Penulis. Sepanjang masa berkhidmat di RTM 1966 - 1996 sebagai Pengarah & Penrbit TV dan Filem Penulis secara langsung telah berjaya mengumpulkan seniman seniwati kelahiran Jalan Ampas dan Studio Kathay Kris tersebut kedalam pasukan Kerja Penerbitan RTM kecuali Allahyarham Seniman Ahmad Mahmud. Walau kerap kali dicuba untuk melibatkan Allahyarham dalam penerbitan RTM khususnya genre drama dan telefilm - usaha itu selalu menemui jalan buntu. Penulis rasa terkilan, kerana tidak pula berusaha ambil tau kenapa Allahyarham 'menjauhkan diri' dan bertindan 'menyepi' dari dunia hiburan lakunan filem dan drama yang Allahyarham turut pelopori itu.
Allahyarham juga semacam tidak terlibat (tersenarai) dalam sebarang aktibiti event industri filem tanah air. Malah hampir di semua 'event' anjuran PPFM, FINAS, RTM dan Media Swasta (lain-lain) penyertaan Allahyarham tidak pernah ada, bagaikan Allahyarham telah dilupakan langsung.
Sementara keterampilan pesona rakan seangkatan Allahyarham terus menyinari medan seni negara, beliau bagaikan permata yang telah luput sinarnya dan terbenam dalam lumpur, tidak siapa yang ambil peduli.
Cuma penanugerahan Bintang Kebesaran yang membawa gelaran Dato' yang diterima dalam usia yang terlalu lewat itu, mengingatkan kita kembali pada jasa-jasa keseniman Allahyarham selama ini.
Satelah solat zohor tadi (28Ogos08) di Masjid Kampung Tunku, PJ - jarak tidak kurang 150ela dari kediaman Allahyarham, jenazah seniman Ahmad Mahmud disembahyangkan jemaah masjid, kenalan dan anggota keluarga, sabelum disemadikan ditanah perkuburan.
Penulis rasa terharu melihatkan satu-satunya rakan seniman sengangkatan Allahyarham, Datuk Aziz Sattar dengan sedih mengusung jenazah Allahyarham dari Dewan Masjid kekereta Jenazah. Munkin rakan seangkatan allahyarham dan karyawan tanah air yang lain-lain telah lebih awal melawati Allahyarham sabelumnya atau sedia menunggu untuk mengirianginya di tanah perkuburan. Wallahualam.
Alfatihah. Samoga Allah cucuri rahmat NYA dan menempatkan roh Allahyarham dikalangan orang yang solihin. Amin.
Nota Kaki:
Pada hari Khamis 28Ogos2008 ini juga saya 'menangisi' kehilangan saorang rakan setugas di RTM allahyarham Syed Yahya (Jurukamera Film & Video) yang pernah bertugas dalam pasukan penerbitan TV dan Filem yang saya terajui semasa menjawat jawatan Penerbit Pengarah dan Ketua Drama RTM. Syed Yahya saorang yang peramah dan senang berurusan dengan nya. Masih ter'iang-'iang ditelinga saya senda gurau Allahyarham dalam kepenatan kami mengendalikan penerbitan telefilem siri Anjang Aki di Teluk Intan pada tahun 1980han. Kekeletahan beliau bersenda gurau dalam loght Perak jati telah merengankan beban yang kami tanggung disepanjang pengambaran kadangkala hingga mencecah masa lewat dinihari saban malam di halaman rumah bapa saudara saya Haji Dollah.... 'Orang Kaya Bagan Datoh.' gurau Allahyarham.
Alfatihah. Samoga Allah cucuri rahmat NYA dan meletakkan roh Allahyarham dikalangan orang yang solihin. Amin.
No comments:
Post a Comment