Saturday, August 30, 2008

Alkisah 51 TAHUN DAHULU

Sebermula..31 Ogos 1957, 51 tahun dahulu Penulis menyambut Merdeka di kampong Tanjung Bayan, daerah Hilir Perak.
Semangat Merdeka waktu itu zahir dari keinginan untuk bebas dari penjajahan Inggeris. Itulah semangat rakyat jelata Persekutuan Tanah Melayu. Walaupun ramai yang tidak segan silu menyuarakan rasa kebimbangan mereka, tapi dihati masing-masing (Penulis yakin) mereka mengalukan kehadhiran tarikh bertuah itu.
Merdeka bermakna penjajahan British di Tanah Melayu telah tamat. Kolonialis British yang memerintah rakyat Persekutuan Tanah Melayu bersetuju membebaskan negeri ini dan pulang kenegeri masing-masing. Anak tempatan akan mengambil alih tampuk pemerintahan diketuai Bapa Kemerdekaan YTM Tunku Abdul Rahmman Putra dalam suasana keselamatan negeri yang tidak menentu dan sangat membimbangkan.
Gerombolan kominis di hutan tetap terus menerus menggilla melancarkan perang gurila yang sengit. Dharurat telah di istiharkan sejak tahun 1948 lagi. Banyak ‘kawasan hitam’ (kawasan berkurung) wujud di seluruh Persekutuan Tanah Melayu, menjadikan pergerakan rakyat sangat terbatas.
Keganasan Kominis menjadi-jadi. Berita perjuangan Kemerdekaan tindih bertindih dengan slogan ancaman dan anti Merdeka pengganas komunis. Pertubuhan-pertubuhan Politik dan Pekerja banyak telah berjaya dipergunakan dan resapi pengaruh Kominis. Gerakan subersib menjadi-jadi. Ramai pasokan pertahanan negara gugur di medan pertempuran mempertahankan kedaulatan negara. Balapetaka keganasan ancaman peperangan gurella kominis waktu itu sangat menakutkan ramai.
Pun bagitu semangat juang wira-wira negara dan pejuang-pejuang Kebangsaan tidak luntur. Gerakan Merdeka tetap terus diperjuangkan dengan gigih dan berani. Genderang semboyan perjuangan dengan sahutan ‘Merdeka’, ‘Hidup Tunku’ & ‘Hidup Melayu’ tetap terus menerus dicetus melalui pekikan anak watan, berkumandang dibandar, pekan dan desa. Parti PERIKATAN yang dianggotai UMNO,MCA dan MIC telah melengkapi komponen 3 suku kaum terbesar di Tanah Melayu zaman itu berganding tenaga bersatu menuntut Kemerdekaan Negara.
Penulis dalam (Tingkatan 3) Form 3 pelajar Sekolah Inggeris Kerajaan (GES) kelas yang tertua pertama kali akan menduduki Pepereksaan LCE (Lower Certificate of Education) tahun itu. Sebagai kelas tertua dan kumpulan pelajar terkanan dari jumlah lebihkurang 500 pelajar, kami dalam Form 3 ditawarkan Guru Besar pass untuk sama-sama meraikan Pemashuran Kemerdekaan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka pada pagi 31hb Ogos 1957. Kos perjalanan dan tempat tinggal tanggungan sendiri, sebab sekolah tidak mampu untuk menangung kos yang besar itu.
Pengumuman itu dialukan. Penulis antara yang awal kapejabat Guru Besar untuk mendapatkan pass. Penulis yakinkan pihak sekolah, mampu untuk ke Kuala Lumpur dan sedia mempunyai keluarga di Kampong Dato’Keramat.
Tapi malang bagi Penulis, kekacauan dan ancaman perang gurella kominis tidak akan menjamin keselamatan disepanjang perjalanan ke ibunegara. Semua kawasan yang akan di lalui dari Kampong Tanjung Bayan ke Teluk Anson, ke Bidor, Sungkai, Slim River ke Tanjung Malim melalui Ulu Bernam, Batang Kali, Kerling, Kuala Kubu, Rawang ke Kuala Lumpur sepanjang perjalanan yang dilalui, kerap berlaku keganasan serang hendap gerombolan kominis. Walaupun pasukan Keselamatan ada berkawal, kabarnya di sepanjang perjalanan itu, terdapat kawasan-kawasan hutan terpencil jalanraya berliku melalui kawasan berbukit bukau kerap jadi sasaran serang hendap gurella kominis. Berita-berita bas penumpang diserang hendap dan di bakar, berupa berita-berita biasa menghiasi dada akhbar waktu itu.
Bapa, ibu dan keluarga Penulis memberi nasihat tidak dapat menjamin keselamatan diperjalanan, walaupun kedua ‘uncle’ Penulis di Datok Keramat telah dimaklumkan dengan surat minta mereka menunggu di Perhentian Bas, di Melaka Street, Kuala Lumpur. Ibu dan Bapa tidak melarang untuk Penulis ke Kuala Lumpur. Penulis perlu ambil keputusan sendiri. Perkara yang sangat sukar untuk dilaksanakan.
Akhirnya dengan rasa berat hati Penulis terpaksa akur nasihat keluarga dan membatalkan hasrat untuk ke Kuala Lumpur itu. Terbantut hasrat Penulis untuk ke Stadium Merdeka pada awal pagi 31hb Ogos 1957 saperti jadual yang tertera dimuka belakang ‘pass’ Jemputan ke Acara Pemasyuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah sedia dikemas kedalam bag perjalanan itu.
‘Memadai sajalah sambut Merdeka di kampung’, semacam ada suara bapa dan ibuku memujuk.
Dan hingga kehari ini 51 tahun kemundian, menjelang sambutan Kemerdekaan Penulis tetap bangga menjadi Rakyat negeri ini berjaya menyaksikan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan satelah lebih 500 tahun dijajah, cuma Penulis rasa terkilan tidak berpeluang menyaksikan sendiri acara bersejarah dan yang gilang gemilang itu, walaupun peluang itu ada. Keadaan keselamatan negara tidak membolehkan Penulis (berumor 16tahun tahun itu) di yakini selamat untuk mengembara sejauh lebih 160km melalui kawasan berkurung kerana Dharurat untuk ke Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.
Esok kita merayakan Perayaan Hari Kebangsaan.
'Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.'
'Dirgahyu Ibu Pertiwi.'

Wednesday, August 27, 2008

Al-kesah PERGINYA SAORANG SENIMAN AGUNG

Sebermula...Seniman Ahmad Mahmud (Dato') telah kembali kerahmatullah Rabu (27.08.08) malam. Perginya saorang seniman yang tersohor dizamannya. Ikon bagi mereka yang membesar dan meminati hiburan seni filem Melayu. Orangnya kacak dan segak. Geraklakunya cergas dan tangkas. Perwatakannya lambang 'kelelakian' dan wira Melayu, khusus melalui watak Hang Jebat yang dilakunkannya bersama Allahyarham P.Ramlee (Tan Sri) juga watak-watak wira yang dilakunkan Allahyarham dalam semua filem Melayu yang dibintanginya telah menguja peminat-peminat filem Melayu.

Seniman Ahmad Mahmud anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan ini telah mewarnai
hiburan filem tanah air melalui pelbagai genre filem cereka terbitan Studio-Studio
Filem di Singapura sepanjang tahun-tahun 1950han dan 1960han.

Penglibatan Allahyarham dalam penerbitan filem Studio Cathay dan Shaws 
mendahului kebanyakkan artis tanah air yang sama berhijrah ke Singapura.

Waktu itu ramai kalangan seniman tanah air berhijrah dan berkelompok di Studio Shaws dan Cathay Kris di Singapura semata-mata untuk mengisi khazanah seni filem tanah air. P Ramlee, Ahmad Mahmud, Omar Rojik, Jins Shamsuddin, Nordin Ahmad, Ali Rahman, A.Rahim, M.Amin, S Romai Noor, Haji Mahadi, Mahmud June, Mustapha Maaruf, Hj Arshad, Ghazali Sumantri, Salim Bachek, Kuswadinata, Sarimah, Umi Kalthum dan lain-lain. Kontribusi mereka selama itu berupa khazanah bangsa yang sukar dilupakan hingga masa kini dan tidak akan luput dek zaman.

Sama saperti yang lain-lain Allahyarham Ahmad Mahmud telah pulang ketanah air apabila Studio Shaws & Cathay Keris di Singapura tamat beroperasi. Berlainan dari kebanyakkan mereka saperti Mustapha Maarof (Dato'), Kuswadinata, Nordin Ahmad, Jins Shamsuddin (Tan Sri) Sarimah (Dato'), Aziz Jaafar, Aziz Satar (Dato'), Normadiah, Romai Noor (Dato') & Umi Kalthum (Datin) dan lain-lain, Allahyarham Ahmad Mahmud tidak aktif meneruskan keriernya sebagai artis sekembalinya ketanah air. Satu-satu filem cereka yang di bintanganinya salepas Jalan Ampas, adalah sabuah penerbitan filem dari adaptasi nobel Dato'Prof Shahnon Ahmad: Ranjau Di Sepanjang Jalan tahun 1980han. Sebaliknya Allahyarham telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Selama dalam persaraan dari dunia filem kemunculan samula Allahyarham dilayar perak sangat dirindui jutaan peminat dari seluruh negara dan Nusantara. Penulis, salah saorang peminat setia Allahyarham sedar akan kehilangan itu, tidak heran jika yang lain-lain juga bagitu.

Munkinkah kerana kesebukan urusan perniagaannya yang diceburinya itu menyebabkan Allahyarham tidak dapat meneruskan kariernya dalam filem. Wallahualam.

Satelah studio Shaws dan Cathay berhenti beroperasi di Singapura, terdapat kegiatan berterusan membangkitkan industri filem tanah air di Merdeka Studio Ulu Klang dan oleh Syarikat Penberbitan Filem lain-lain khususnya di Kuala Lumpur. Allahyarham tidak tersenarai dikalangan seniman seangkatan dengannya yang bermastautin di Lembah Klang aktif dalam bisnis tersebut. Allahyarham semacam memencilkan diri atau dipencilkan. Itu andaian Penulis selamanya.

Secara langsung keterbilanganya Allahyarham sebagai seniman luput dari ingatan ramai peminatnya.

Allahyarham memilih untuk menetap di Kampung Tunku, Petaling Jaya tidak jauh dari kediaman Penulis. Sepanjang masa berkhidmat di RTM 1966 - 1996 sebagai Pengarah & Penrbit TV dan Filem Penulis secara langsung telah berjaya mengumpulkan seniman seniwati kelahiran Jalan Ampas dan Studio Kathay Kris tersebut kedalam pasukan Kerja Penerbitan RTM kecuali Allahyarham Seniman Ahmad Mahmud. Walau kerap kali dicuba untuk melibatkan Allahyarham dalam penerbitan RTM khususnya genre drama dan telefilm - usaha itu selalu menemui jalan buntu. Penulis rasa terkilan, kerana tidak pula berusaha ambil tau kenapa Allahyarham 'menjauhkan diri' dan bertindan 'menyepi' dari dunia hiburan lakunan filem dan drama yang Allahyarham turut pelopori itu.

Allahyarham juga semacam tidak terlibat (tersenarai) dalam sebarang aktibiti event industri filem tanah air. Malah hampir di semua 'event' anjuran PPFM, FINAS, RTM dan Media Swasta (lain-lain) penyertaan Allahyarham tidak pernah ada, bagaikan Allahyarham telah dilupakan langsung.

Sementara keterampilan pesona rakan seangkatan Allahyarham terus menyinari medan seni negara, beliau bagaikan permata yang telah luput sinarnya dan terbenam dalam lumpur, tidak siapa yang ambil peduli.

Cuma penanugerahan Bintang Kebesaran yang membawa gelaran Dato' yang diterima dalam usia yang terlalu lewat itu, mengingatkan kita kembali pada jasa-jasa keseniman Allahyarham selama ini.

Satelah solat zohor tadi (28Ogos08) di Masjid Kampung Tunku, PJ - jarak tidak kurang 150ela dari kediaman Allahyarham, jenazah seniman Ahmad Mahmud disembahyangkan jemaah masjid, kenalan dan anggota keluarga, sabelum disemadikan ditanah perkuburan.
Penulis rasa terharu melihatkan satu-satunya rakan seniman sengangkatan Allahyarham, Datuk Aziz Sattar dengan sedih mengusung jenazah Allahyarham dari Dewan Masjid kekereta Jenazah. Munkin rakan seangkatan allahyarham dan karyawan tanah air yang lain-lain telah lebih awal melawati Allahyarham sabelumnya atau sedia menunggu untuk mengirianginya di tanah perkuburan. Wallahualam.

Alfatihah. Samoga Allah cucuri rahmat NYA dan menempatkan roh Allahyarham dikalangan orang yang solihin. Amin.

Nota Kaki:
Pada hari Khamis 28Ogos2008 ini juga saya 'menangisi' kehilangan saorang rakan setugas di RTM allahyarham Syed Yahya (Jurukamera Film & Video) yang pernah bertugas dalam pasukan penerbitan TV dan Filem yang saya terajui semasa menjawat jawatan Penerbit Pengarah dan Ketua Drama RTM. Syed Yahya saorang yang peramah dan senang berurusan dengan nya. Masih ter'iang-'iang ditelinga saya senda gurau Allahyarham dalam kepenatan kami mengendalikan penerbitan telefilem siri Anjang Aki di Teluk Intan pada tahun 1980han. Kekeletahan beliau bersenda gurau dalam loght Perak jati telah merengankan beban yang kami tanggung disepanjang pengambaran kadangkala hingga mencecah masa lewat dinihari saban malam di halaman rumah bapa saudara saya Haji Dollah.... 'Orang Kaya Bagan Datoh.' gurau Allahyarham.
Alfatihah. Samoga Allah cucuri rahmat NYA dan meletakkan roh Allahyarham dikalangan orang yang solihin. Amin.

Tuesday, August 26, 2008

Al-kisah ANWAR KEMBALI KE DEWAN PARLIMEN

Sebermula..berita kemenangan calun PKR Anwar Ibrahim di PilihanRayaKecil P44 Permatang Pauh memang telah diduga ramai. Anwar telah mewakili Parlimen Permatang Pauh sabelumnya, kemundian di pegang oleh isteri beliau Dato'Seri Dr Wan Azizah, sabelum dikosongkan untuk dipegang samula oleh suami beliau Anwar Ibrahim.
Dengan kemenangan Penasihat PKR itu, corak politik kebangsaan tanah air mulai semalam sedang melalui anjakan baru. Bagaimana dan corak apa masa depan politik tanah air, hanya masa yang dapat menentukan. Kita berdoa, apapun gagasan politik yang bakal diterima rakyat baik bagi Kawasan Parlimen Permatang Pauh maupun bagi seluruh rakyat Malaysia segalanya dilakukan demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Itulah sebaiknya. Demokrasi menentukan hak rakyat untuk memilih pemimpin. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin yang dipilih itu untuk memenohi tuntutan rakyat yang mereka wakili. Saorang pemimpin yang berjiwa rakyat, akan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat yang dipimpinnya dari dirinya atau keluarganya sendiri. Soalnya apakah semua pemimpin kita bersikap bagitu? Rakyat berhak menolak atau menerima kepimpinan sasaorang itu, sama ada dari parti politik atau individu, bukannya pemimpin yang berhak menolak rakyat. Itu maksud demokrasi. Kita rasa kurang senang apabila wakil yang dipilih rakyat melalui Pilihan Raya, secara wenang mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada ahli keluarganya. Hanya rakyat yang boleh menentukan.
Ini yang berlaku di Permatang Pauh. Datin Seri Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen yang di menanginya dalam PRU12 yang baru lalu itu untuk memberi laluan kepada suami beliau Dato'Seri Anwar Ibrahim. Sekali lagi rakyat turun kepadang membuang undi mereka, semata-mata untuk akur pada hak mereka sebagai rakyat yang setia pada negaranya. Banyak wang dan tenaga telah dibelanjakan untuk peralihan itu. Dalam suasana kempen menentukan Parti menang, banyak tetek bengek politik, hasut menghasut, sumpah bersumpah, usek mengusek, kasar mengasari antara parti yang berlawan berlaku. Rakyat semacam terpukau oleh perlakuan diluar adab dan adat biasa dan diluar peri kamanusiaan yang berlaku itu. Sewajarnya masing-masing Parti berusaha untuk memancing undi terbanyak. Wang ringgit dan janji-janji manis dijadikan pertaruhan untuk mendapatkan sokongan undi mereka.
Hari ini dan untuk hari-hari berikutnya, bagi yang menang mereka akan merayakan kemenangan mereka. Bagi yang kalah cuba untuk mencari jawapan kekalahan mereka. Banyak andaian dan 'finger pointing' (tuduhan) akan dijadikan pelbagai alasan kekecundangan itu.
Rakyat Permatang Pauh saperti biasa akan turun kesawah ladang serta tempat kerja masing-masing mengendalikan tugasan harian untuk menyambung hidup. Pemimpin akan berusaha untuk mengembalikan samula kepercayaan rakyat terhadap mereka. Pilihan Raya bagitu memenatkan, bukan sahaja kepada pemimpin tetapi juga rakyat.
Cuma ajen dan pekerja party atau ( the runners ) yang mangaut untung berganda kerana apa saja mereka perlu lakukan, semuanya digerakkan oleh ganjaran wang upah yang melimpah ruah. Meruntuh dan mendirikan sepanduk satu tektik yang baik untuk ganjaran kewangan. Ramai yang berlagak sebagai 'sameseng' akan lakukan apa saja demi kepentingan kewangan mereka. Merekalah kononnya pengikut parti yang setia, sedia berkorban apa saja koonnya untuk menentukan kemenangan calun mereka tapi sabenarnya untuk kepentingan poket masing-masing. Mereka inilah dalang sabenarnya yang merosakkan kesuchian demokrasi negara kita. Mereka ini wujud dalam berbagai bentuk dan kedudukan. Mereka juda adalah terdiri dari gulungan yang 'menyogok' (pemberi rasuah) dan yang 'disogok' (penerima rasuah). Segalanya nya dilakukan untuk kepentingan agenda sendiri.

Al-kisah PRKecil - P44 PERMATANG PAUH & SAMBUTAN 51 TAHUN MERDEKA

Sebermula..hari ini keputusan Pilihan Raya Kecil P44 Permatang Pauh akan diumumkan, satelah parti-parti yang bertanding berhempas pulas berkempen untuk meraih undi. Bagi yang menang saya ucapkan Selamat Maju Jaya. Bagi yang tewas saya harap tidak akan berputus asa untuk meneruskan perjuangan politik parti yang mereka wakili.
Juga mulai hari ini kita cuma ada 5 hari untuk menyambut Perayaan Kemerdekaan negara kita yang tercinta ini. Saya ucapkan 'Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 51.' kepada semua rakyat Malaysia.
Pilihan RayaKecil tidak asing berlaku dinegeri ini. Kerana itu cara demokrasi kita. Tiap Kawasan Pilihan Raya Parlimen atau Negeri yang kosong atau di kosongkan, akan dalam masa 60 hari diisi melalui Pilihan Raya Kecil. Pilihan Raya Kecil bukan sesuatu yang baharu bagi rakyat Malaysia.
Pada tahun ini dirasakan kegaherahan 'countdown' kearah sambutan Kemerdekaan Tanah Air tidak terasa sangat. Munkinkah kerana di tenggelami oleh kegaeharan kempen politik di Permatang Pauh itu?
Saya baru pulang dari negara jiran Indonesia, yang telah menyambut ulang tahun ke 63 Kemerdekaannya pada 17 Ogos yang baru lalu. Semasa berada di Bandung dan Jakarta, bahang perayaan rakyat terhadap tarikh keramat kemerdekaan Indonesia itu masih terasa. Spanduk, bendera dan bantings warna Sang Saka Merah Puteh menghiasi satiap bandar, pekan dan desa dengan slogan keramat DIRGAHYU INDONBESIA atau HUT RI (HARI ULANG TAHUN REPUBLIC INDONESIA) terpampang diperagakan dimana-mana.
Pulang ke tanah air sendiri, saya rasa terkilan semacam rakyat Malaysia telah ketandusan semangat patriotisma masing-masing. Pada minggu akhir menjelang Perayaan Kemerdekaan kita, sangat kurang terdapat Jalor Gemilang dikibarkan, dan sukar untuk menemui bangunan yang dihias dengan buntings dan spanduk. Semacam perayaan ke 51 Merdeka yang bakal disambut beberapa hari saja lagi 'tidak akan berlangsung.'
Dimana letaknya semangat patriotisma rakyat?
Semacam rakyat telah hilang semangat untuk mengingati tarikh keramat kemerdekaan tanah air mereka sendiri.
Ada pendapat dikalangan mereka mengatakan rakyat rasa dipersenda oleh kepimpinan yang ada sekarang. Mereka dikatagorikan sebagai rakyat marhain yang senang di manipulasi oleh mereka yang memegang teraju kepimpinan negara baik dari party yang memerintah maupun dari pihak pembangkang.
Apakah benar itu?
Mari kita fikirkan bersama.

Nota Kaki:
Saya terfikir sama-ada rakan saya Chegu Johari di Setiawan mengibarkan Jalor Gemilang dan Bendera Negeri Perak di hadapan premis kediamannya tahun ini.

Monday, August 18, 2008

Al-kisah 51 TAHUN MERDEKA -DIRGAHAYU MALAYSIA

Sebermula..perayaan 51 tahun Merdeka akan kita raikan dalam beberapa minggu lagi. Menjelang 31 Ogos tiap tahun rakyat adalah digalak kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda patriotisma mereka. Ramai rakyat patriotik akur hakikat memuliakan bendera Negara. Mereka sangat menghargai Kemerdekaan negaranya. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, bagus lagi negeri sendiri." Semangat setia negara mereka selamanya, tidak pernah luntur. Mereka tetap akan hormat dan terus sedia untuk kibarkan jalur gemilang.
Saorang rakan sebaya saya bermastautin di negeri Perak, tidak pernah satu haripun gagal mengibarkan Bendera Negeri dan Jalur Gemilang dikediamannya. Ketika usianya sedang meningkat hampir 70an pun, tiap menjelang tarikh 31 Ogos beliau pasti akan mengantikan bendera Negeri dan Jalur Gemilang itu dengan yang baru, sambil membaharui ikrar setia negaranya.
Kami pernah bersama di IPT. Beliau memilih karier sebagai Pendidik dan bersara dalam jawatan itu. Sepanjang masa walaupun dalam persaraan beliau tetap memberi tumpuan melibatkan diri pada aktibiti-aktibiti sosial untuk kesejahteraan rakyat dan negaranya.
"Pendidik ibarat Suluh Kampung Matahari Bangsa," slogan ini pegangan hidupnya. Membimbing anak bangsa menghayati erti kemerdekaan itu satu pendidikan yang lumrah dilaksanakan. Membantu untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeranya mutlak pada semua warga Malaysia. Itu pendapatnya. Aku akur memperakukan keperluan itu.
Semangat Patriotisma bukan bermusim. Ia sewajarnya sedia subur dijiwa kita sepanjang masa. Kita adalah dituntut membelai dan menyuburkan sikap patriotisma diri masing-masing, terhadap bangsa dan negara. Merdeka ini sangat bermakna bagi semua kita. Patriotisma samestinya dizahir, disubur dan digembeling atas semangat jiwa merdeka untuk nusa bangsa kita. Perjuangan kita untuk bebas dari belenggu penjajahan tidak ada garis penghujungnya. Telah lebih 500 tahun kita terjajah, dan keterampilan diri dan jiwa raga kita akan terabai sakiranya kita lalai menegakkan intergriti bangsa dan negara kita saterusnya sebagai warga negara yang masih muda usianya ini.
Kita rasa keciwa pada sepanjang tahun Kerajaan terpaksa adakan kempen untuk sebarkan Jalur Gemilang tidap kali menjelang 31 Ogos. Berbagai jenis dan bentuk kempen diadakan di seluruh negara, semata-mata untuk mengalakkan rakyat bersemangat patriotik. Maka akibah kempen yang berleluasa di wawarkan itu, rakyat teruja memperagakan Bendera Negara dalam pelbagai bentuk dan gaya, walaupun ada banyak tempat, terdapat pencemaran dan salah laku dalam cara meragakan Bendera negara itu kerana terdorong dan didorong suasana keghaerahan semata-mata.
Bendera adalah lambang kedaulatan sasabuah Negara. Memperagakannya dengan cara tidak menentu, akan mencemar kedaulatan Negara itu.
Patutkah itu berlaku?
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 51.
Dirgahyu Malaysia.

Sunday, August 17, 2008

Ai-kisah PR.PARLIMEN PERMATANG PAUH

Permatang Pauh Tangga Batu,
Ramai orang sedang berkempen;
Pilihlah calun yang mana setuju,
Damai dan sejahtera negara terpimpin.


Alahai......malang nasib pengundi Kawasan Perlimen Permatang Pauh. Belumpun kering peluh dibadan, belum sempat apa-apa, tub-tub Kerusi Parlimen Permatang Pauh dah dikosongkan oleh calun yang dipilih rakyat YB Datuk Seri Dr Wan Azizah, konon sebagai 'tanda kasih' untuk memberi laluan kepada suami yang tersayang - Penasihat PKR Dato'Seri Anwar Ibrahim mantan Tim.Perdana Menteri.
Rakyat tertanya tanya, apa perlukah kerusi itu di kosongkan dan Pilihan Raya Kecil di adakan, semata-mata untuk memberi laluan kepada suami bertanding.
Apa perlukah negara dibebankan dengan kos berjuta jumlahnya itu.
Menurut kata kawan-kawan, jangka perbelanjaan untuk Pilihan Raya Kecil saperti di Permatang Pauh itu paling kurang RM20 juta? Itu tidak dikira kos lain saperti kos masa rakyat yang pegi mengundi. Walaupun parti politik ada sediakan transport, jumlah masa rakyat tinggalkan tanggungjawab masing-masing disawah ladang, digerai dan apa jua tugasan lain-lain perlu juga diambil kira. Kenapa gilakuasa orang politik, rakyat yang perlu tanggung? Bagi saya mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh itu semata-mata untuk memberi laluan pada ahli keluarga, satu tindakan yang terlalu kebudak-budakan.
Apakah kita harus akur pada tindakan sedemikian, semata-mata atas nama demokrasi.
Fikirkan.

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.