Pertemuan kami di Tanjung Harapan pagi 26 April 2010 itu sabenarnya telah awal-awal saya fikirkan. Jadinya perancangan untuk itu berjaya saya aturkan sarengkas munkin – cuma melalui pesanan SMS saja. Alhamdullillah segalanya lancar dan menepati masa.
Jadual saya pagi itu mudah: Jam 10.00 jemput Zata di Rawang. Jam 10.45 sampai di Rantau Panjang Klang, jemput Zainal dan Jam 11.15 jemput Zek di Terminal Bas Baru, Kelang.
Zek dan Zata patuh menepati masa. Selamanya itulah panggilanku kepada kedua rakan karyawan ini. Zek mula ku kenali tahun 1964 di Perhimpunan Penulis Pantai Timor anjuran PELITA (Persatuan Penulis Terengganu) dan Zata semasa sama-sama menuntut Ilmu Perguruan di MPSI (kini UPSI) tahun 1961/1962.
Zata (Mohd Wazata Zain) saorang karyawan seni yang unik bentuk persembahannya. Zata saorang pemusik dan penyanyi dan artis komidi. Pertama kali aku menonton persembahan beliau di Dewan Suluh Budiman semasa sama-sama menuntut Ilmu Perguruan di MPSI (kini UPSI).. Judul persembahan teater beliau – PANTO: sengkatan gabungan genre – Pantomin dan Tablo. Persembahan Zata dipentas Suluh Budiman itu sangat mengujakan – kreatif dan inovatif. Hingga ke hari ini aku masih menunggukan persembahan genre sademikian dipementasan teater tanah air. Belum jumpa lagi. Munkin di Festival Teater Antara Bangsa kita lebih senang terjumpa penggiat teater menghasilkan seni persembahan sedemikian. Bagitu adanya. Saterusnya Zata memajukan kerjaya dalam bidang Pendidikan, Penyiaran dan Persembahan TV.
Zek (Zakaria MZ) dan saya telah sama-sama gigih mengasah bakat sebagai penulis kreatif angkatan 60han. Saterusnya kami sama-sama jadi warga kreatif Angkasapuri. Beliau di Radio dan saya di Talivisyen, hingga kami bersara hakiki.
Adik saya Zainal juga saorang karyawan, bekas penyiar Radio RTM dan TV 3.
Pagi itu, kami berempat bagaikan sepasukan veteran, cuba mensebatikan kemahiran masing-masing, kali ini melalui penerbitan siri berjudul MJM - drama tv kanak-kanak untuk RTM. Perbincangan pagi itu berpusat pada bagaimana pengalaman kreatif masing-masing diadun untuk mengangkat kualiti persembahan tersebut.
Akan terampilkah gabungan kreatif dari kami dalam pasukan setiakawan ini? Hanya masa yang akan menentukan.
Ketika menghantar Zata kestesen Petronas dipekan Rawang lewat petang itu, secara bersahaja saya mengomel. “Kita. Awak, saya, Zek dan Zainal dah menjangkau umor hampir mencapai angka 70, tapi masih teruja untuk berkarya bersama. Kenapa?”
Zata tidak segera menjawab. Cuma dapat aku pastikan keceriaan pesona dirinya.
Dalam sepi dia merenung kakejauhan. Semacam Zata telah sedia ada jawapan pada persoalanku itu, cuma tidak dilahirkannya.
Munkinkah jika soalan yang sama aku kemukakan kepada Zek, beliau juga telah sedia dengan jawapan beliau. Sendiri-sendiri aku cuba yakinkan diriku akan jawapan pasti dari mereka itu.
No comments:
Post a Comment