BALANGSUNGKAWA
Pada jam 4.50 pagi Khamis 22 April tepat waktu masuk Solat Subuh saorang sahabat menghembuskan nafas terakhir di Universiti Hospital. Allahyarham Zainurddin Ismail telah kembali kerahmatullah. Saya terima berita kematian Allahyarham, jam 6.35 pagi yang sama. Alfatihah.
Saya mengenali Allahyarham semasa menjawat jawatan Pegawai Penerbit TV RTM awal tahun 1973. Allahyarham antara gugusan artis berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur waktu itu. Ramai artis dan karyawan filem, pelakun dan pengarah drama dan hiburan Negara yang menempa nama di pulau Singapura berhijrah ke Kuala Lumpur.
Saya mengenali Allahyarham semasa menjawat jawatan Pegawai Penerbit TV RTM awal tahun 1973. Allahyarham antara gugusan artis berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur waktu itu. Ramai artis dan karyawan filem, pelakun dan pengarah drama dan hiburan Negara yang menempa nama di pulau Singapura berhijrah ke Kuala Lumpur.
Berbanding dengan yang lain-lain, Allahyarham Zainurddin cuma saorang ‘artis’ sambilan. Saya mula mengenali Allahyarham, sebagai Pegawai Executif di Holiday Inn City Centre.
Kecenderungan lepak di Coffee House Holiday Inn City Centre lepas waktu pejabat mempertemukan saya dengan Allahyarham. Bolih dikatakan pengenalan saya dengan Allahyarham waktu itu semata-mata sebagai saorang Penerbit Rancangan TV RTM, dan pelanggan 'regular' CoffeeHouse Holiday Inn City Centre. Persahabatan kami terus akrab. Munkin kerana Allahyarham saorang yang peramah dan pandai berbudi bahasa.
Pada waktu yang sama saorang sahabat (rakan satu sekolah saya dari Kampung) telah menempah nama dalam dunia koprat di Kuala Lumpur. Itu yang saya difahamkan olihnya, dan kefahaman itulah yang saya yakini.
Sebagai ahli koporat bumiputra, beliau cenderung untuk menerima tawaran mengendalikan sabuah hotel 3 bintang di Kuala Lumpur. Bangunan hotel tersebut baru siap dibina dan saya ‘diberitau oleh ahli koprat tersebut’,pihak UDA (Urban Development Authority) telah menawarkan operasi hotel tersebut untuk pihak beliau kendalikan. Sahabat ‘dari kampong itu’ minta saya bantu carikan ‘potential’ untuk dilantik sebagai Pengurus. Saya cepat-cepat pujuk Allahyarham. Beliau setuju.
Satelah itu kerjaya Allahyarham dalam bisnis perhotelan meningkat. Dari Holiday Inn City Center, beliau dilantik sebagai Pengurus, South East Asia Hotel - hotel yang baru ditubuhkan itu.
Secara langsung kawasan lepak saya pun berpindah dari Holiday Inn ke Hotel SEA. Beberapa tahun satelah berjaya menerajui SEA Hotel, Allahyarham telah berpindah menerajui sabuah hotel baru lain sebagai General Manager.
Kesebukan tidak menghalang Allahyarham meneruskan minat sebagai artis Television dan Filem sambilan. Saya telah sempat berkerjasama dengan Allahyarham dalam beberapa penerbitan siri Panggung RTM yang saya terbitkan. Antara drama khas dalam siri Panggung RTM, lakunan Allahyarham terserlah melalui Panggong RTM Kelana Pulang berganding dengan bintang filem Sophia Ibrahim, Jalan Pulang berganding dengan Ismail Hudson (Datuk), Kasihku Nun Di Pulau berganding dengan ‘starlet baru’ Zubaidah Bunyamin, Alang Sejagat berganding dengan Osman Zailani dan Nuraini Hashim (Allahyarhamah).
Panggung RTM Kasihku Nun Di Pulau hasil karya saya sendiri, telah diterbitkan khusus untuk sambutan Hari Angkatan Tentera. Allahyarham diberi peranan sebagai LT Komander TLDM beroperasi diperairan Selat Melaka. Pengambaran telah dibuat dengan melibatkan sabuah Kapal Peronda TLDM dan Helikopter jenis alouette di perairan Pulau Pangkor.
Satu kemalangan hampir melibatkan Allahyarham, apabila helikopter yang membawa Jurukamera Filem sedang mengambarkan Allahyarham beraksi diatas bridge Kapal Peronda TLDM hampir terhempas.
Sebagai pengarah saya maukan sudut pengambaran yang mencabar, dari atas helikopter yang diarah terbang rendah seiring dengan Kapal Peronda TLDM dalam satu operasi menyelamat. Malang tidak berbau. 'Rotoblade' helikopter tersebut telah melibas 'cone' pada puncak tiang signal Kapal Peronda TLDM itu.
Nasib menyebelahi semua anak kapal, artis dan crew RTM kerana kecekapan pilot megelakkan helikopter itu dari terus berlanggar dengan Kapal Peronda TLDM dan terhempas keatas dek.
Bayangkan apa akan terjadi jika helikopter itu terhempas keatas dek dan minyaknya tumpah menyebabkan kebakaran dan kemusnahan yang paling dahsyat. Hingga kehari ini kemunkinan peristiwa itu berlaku tetap 'mengigaui' saya.
Persahabatan saya denga Allahyarham bukan setakat sebagai pelakun dan Penerbit semata-mata. Kami sering berhubung dan bertemu.
Kami sering berhubung. Sekali sekala kami makan tengah hari bersama. Kadangkala kami kumpulkan kawan-kawan lama dan sama-sama menjamu selera. Kali akhir kami berpakat untuk bertemu makan tengah hari pada 4hb.Feb.2010. Saya aturkan pertemuan di Restoran Pulau Ketam Steam Boat di The Curve. Pertemuan itu terpaksa dibatalkan pada saat terakhir, kerana Allahyarham sebuk. Saterusnya Allahyarham cadangkan lebih baik jika pertemuan berikutnya jamuan Kari Kepala Ikan, Restoran Kampung Pandan. Saya setuju.
Sebulan kemundian saya terima berita sedih Allahyarham dimasukkan ke wad Hospital Universiti pada 6hb.Mac. Saya sempat kumpulkan kawan-kawan dan melawat Allahyarham. Hari itu 9hb.Mac kami: Zainal Osman, Shamsuddin dan isteri, juga Haji Helan Abu melawat Allahyarham. Allahyarham nampak ceria menerima kunjungan kami, walau terlalu lemah untuk bersuara. Selang sehari kemundian Allahyarham koma dan dimasukkan ke ICU.
Hari ini rakan dan sahabat; Baharuddin Haji Omar, Helan Abu, Abu Bakar Juah, Shahroom Md Dom, Aziz Sattar, Kuswadinata, Ahmad Tamimi Seregar, M.Shahlan dan lain-lain bersama keluarga mengiringi Jenazah Allahyarham. Telah disembahyangkan di masjid Kota Damansara salepas zohor. Alfatihah, samoga ALLAH cucuri rahmat NYA keatas roh Allahyarham.
No comments:
Post a Comment