Thursday, February 25, 2010

RASCOM ii

Dukudrama NANGA SKUAU


Untuk dukudrama NANGA SKUAU saya sendiri telah buat penyelidekan rapi dan tulis skrip.

Scenario dan jalan ceritanya saya cuba olah mudah dan senang di hayati:
Kesahnya bermula dengan abuah Rumah Panjang dalam kawasan RASCOM telah dibakar grombolan Kominis. Sabelumnya Tuai Rumah itu telah dibicarakan oleh gerombolan Ketua grombolan Kominis tersebut. Mereka tuduh Tuai Rumah itu telah laporkan kapihak berkuasa, adanya gerakan pengganas didaerah itu. Saterusnya pihak berkuasa telah menjalankan gerakan memburu dikawasan itu dan pergerakan gerombolan pengganas tersebut telah dikesan.
Dalam pertempuran yang berlaku tiga anggota pengganas telah berjaya di tumpaskan. Dan Tuai Rumah tersebut telah diberikan ganjaran wang ringgit oleh Kerajaan.
Satu malam ketua gerombolan pengganas tersebut telah datang ke Rumah Panjang itu. Mereka memberkas Tuai Rumah tersebut. Saterusnya mereka kumpulkan semua penghuni. Perbicaraan dilakukan.
Pertuduhannya: Tuai Rumah tersebut telah adukan kegiatan mereka di daerah itu kepada pihak berkuasa. Satu gerakan memburu telah dilakukan oleh pasukan Keselamatan. Hasilnya, 3 anggota mereka telah terkorban. Tuai Rumah itu telah menerima wang ganjaran Kerajaan kerana jasanya. Salinan chek bayaran dan inbois pembayaran telah dipamirkan sebagai bahan bokti. Langsung, ketua gerombolan itu meminta pengadilan dari semua penghuni rumah panjang itu…. ‘Bahawa mereka telah hilang 3 nyawa anggota. Kini mereka minta ganti 1 nyawa sahaja, jatuhkan hukuman mati kepada Tuai Rumah itu’.Penghuni-penghuni itu tidak dapat berbuat apa-apa.  Saterusnya hukuman dijatuhkan dan Tuai Rumah itu di heret keluar dan ditembak sampai mati.

Pengkesahan dukudrama NANGA SKUAU dirangka kusus dengan memasukkan sejarah trajik yang berlaku kepada Tuai, Rumah Panjang Nanga Skuau dibunoh Kominis disadur dengan ‘human story’ yang menarik. Ceritanya berkisar pada bagaimana anak perempuan Tuai Rumah itu, sebagai pewaris terdekat bersama rakan-rakannya menyelamatkan puak mereka, satelah Rumah Panjang mereka dibakar hangus. Kesah cinta 3 segi antara sahabat seperjuangan menguja sikap patriotik, jayadiri dan perjuangan hidup yang luhur antara pelaku utama dukumentari ini. Dirasakan penampilan kesah percintaan teruna dara sebegini sesuai untuk menyampaikan message secara simbolik dasar Penempatan Samula yang diajukan oleh Perdana Menteri untuk penduduk kawasan keselamatan RASCOM itu.

Skrip itu telah diterima dan disetuju terbit. Dana khas penerbitan telah diluluskan. Maka saya dan krew RTM ( kali ini saya diberi pasukan Krew Senior oleh Perkhidmatan Filem RTM konon untuk menjamin kualiti pengambaran dalam tata warna ) pun memulakan pengambaran di lokasi Kuching, Bau dan Semanggang, sabelum ke kawasan penempatan Nanga Skuau.

Diluar dugaan saya, bermulanya tugas pengambaran bermakna bermula masaalah saya sebagai Penerbit Pengarah dukudrama tersebut. Saya dapati terlalu ramai Pegawai Kanan RTM baik di Angkasapuri maupun di RTM Kuching yang nak ‘tumpang semangkok’. Ramai yang jujur untuk membantu, manakala tidak kurang yang punya ‘agenda sendiri’. Sahingga saya dapati terlalu ramai ‘backseat driver’ sepanjang masa penerbitan itu dikendalikan.

Sejujurnya ‘Pakcik Salleh’ ( panggilan kami kepada Pengarah RTM Kuching ) sedia membantu sangat kami hargai. Tetapi beliau sendiri mendapat tekanan dari bos-bosnya di Angkasapuri. Tidak jelas apakah permasaalahan sabenarnya, menyebabkan saya tersepit ditengah. Setau saya masaalah itu berpunca dari satu ‘masaalah kecil' salahfaham antara anggota Krew Perkhidmatan Filem RTM dengan Unit Film Negara Malaysia cawangan Kuching serta Pegawai Kanan RTM Kuching. Saya amati timbul cemburu mencemburui antara mereka. Masaalah yang terlalu peribadi, diperbesarkan. Akibahnya kelancaran jadual penerbitan saya itu telah dipantau oleh bos saya di Angkasapuri. Bos di Angkasapuri minta lapuran, tiap kali jadual pengambaran tidak dilaksanakan sapenohnya. Saya teruja akan tindakan mendadak Bos saya itu. Saya tulis surat panjang lebar minta penjelasan akan kedudukan perkara. Kata saya masaalah yang dihadapi adalah personal. Tiada kaitan dengan urusan penerbitan saya. Bos saya setuju pendapat saya itu. Katanya, dia yakin pada saya, cuma kuathir saya senang dipengaruhi.

Saya tidak dapat mendalami maksud kata-kata bos saya itu. ‘Waaduh…..saya rasa lebih selesa jika dibekalkan dengan krew biasa saya. Lebih mudah jalankan kerja,’ saya merintih sendirian.

Pengambaran yang telah dilakukan dilokasi sekitar Bandar Kuching, Bau dan Semanggang, sepatutnya selesai 1 minggu, tetapi telah berlarutan hingga hampir 2 minggu. Antara sebab, cuaca tidak baik, masaalah keselamatan dilokasi dalam kawasan 'perintah berkurung' RASCOM, selain kerenah pentadbiran. Selesai saja tugasan di Kuching, Bau dan Semanggang, redaksi penerbitan segera berlepas ke Nanga Skuau. Sebagai Penerbit Pengarah saya mula rasa lega. Dilokasi baru ini, kami tidak mudah dihubungi, kecuali dalam kecemasan. Saya kira dapat menyelesaikan urusan saya di lokasi ini menurut jadual - 2 minggu. 


Di Nanga Skuau kami ditempatkan dikhemah Pasukan Keselamatan ditebing tinggi anak Sungai Rejang yang deras arusnya. Kem itu berupa bangunan sementara, beratap Zinc – panas membahang waktu siang dan dingin ketulang waktu malam. Kami tidak perlu jam loceng untuk mengejutkan kami waktu pagi. Subuh lagi bunyi derai kokokan ayam dari 5 Rumah Panjang di penempatan itu sudah lebih dari mencukupi untuk membangunkan semua. Kami perlu bangun awal untuk kesungai, sabelum penduduk-penduduk perempuan dan kanak-kanak dari rumah-rumah panjang itu menguasai satu-satunya kawasan pengkalan mandi ditebing anak sungai itu. Dipengkalan sungai yang berlumpur itu dan tiada pengkalan lain untuk kami mandi manda, membersihkan diri dan urusan-urusan biasa waktu pagi. 


Sungai itu juga kabarnya, ‘infested’ dengan buaya. 


Pelakun-pelakun dari puak Iban dan Bidayuh dari Bandar Kuching ( yang lulus ujibakat khusus ) tinggal bersama kami sepanjang masa 2 minggu di Kem Nanga Skuau itu. Mereka banyak membantu kami menyesuaikan diri. Bekalan makanan datang dalam tin dan roti diterbangkan khas dari Bandar Sibu dengan helikopter. Kami uruskan penyediaan makanan sendiri.

Kerjasama Tuai Rumah dan penduduk di penempatan Nanga Skuau sangat memberangsangkan. Kami diterima segabai keluarga. Tiap malam kami dijemput lepak sama mereka di kawasan ruai. Pegawai RTM dari Bahagian Set dan Props RTM ( terkenal dengan nama panggilan Baa ) paling popular dikalangan Tuai Rumah kelima-lima Rumah Panjang itu. Keterampilan Baa menjadikan beliau sering dibontoti ramai ( teruatama kanak-kanak ) dimana saja beliau berada. Baa pandai melayan mereka. Dalam poketnya sedia ada gula-gula. Baa akan berikan gula-gula kepada kanak-kanak yang ikut perentahnya. Dengan jalan itu masalaaha ganguan semasa pengambaran dapat diatasi, dan tugas-tugas rumit melibatkan babak dramatik dapat dilakukan dengan jayanya.

Satu petang kami didatangi 2 orang tetamu dalam uniform ashkar. Mereka mengaku anggota polis khas dari Kuching dan sedang menjalankan Pengintipan Keselamatan untuk kami dikawasan itu. Saterusnya kedua mereka minta kebenaran tinggal beberapa hari di Kem kami, dan makan ‘ration’ bekalan kami.

Kami bersetuju terima mereka. Kami dapati mereka senang menyesuaikan diri. Malam itu mereka lepak bersama kami dan penduduk di salah sabuah Rumah Panjang disitu.

Dua daripada pelakun pemuda Iban yang turut membintangi dukudrama NANGA SKUAU datangnya dari Markas Polis Sarawak di Kuching dari Depo Latihan. Apabila malam itu kedua tetamu itu rancak mengakui diri mereka dari pasukan Keselamatan Khas Polis ( munkin kerana mereka mabuk terlebih minum Tuak yang dibekalkan oleh Baa ) menyebabkan kedua pemuda pelakun kami secara sulit gunakan kemudahan perhubungan 'wireless' di Kem Keselamatan untuk berhubung dengan Unit mereka di Kuching. Esoknya kami dapat jawapan, tidak ada Pasukan Pengintipan Keselamatan Khas  saperti yang didakwa kedua tetamu itu.

Saterusnya kedua tetamu kami itu telah diberkas. Satelah disoal siasat, keduanya mengaku mereka adalah ajen Kominis yang dihantar untuk memantau kehadhiran Krew RTM di penempatan itu. Pada jam 3.00 petang sabuah helikopter Nuri mendarat untuk membawa mereka pergi.

Barangkali tuak ‘Chop Langkau’[i]yang dibekalkan oleh Baa malam itu, telah menyelamatkan kami dan penduduk Nanga Skuau gejala keganasan grombolan kominis di daerah itu.

Pengambaran telah selesai dilaksanakan dengan jayanya beberapa hari kemundian. Kami pun pulang ke Angkasapuri untuk urusan Paska-Penerbitan.

Saya dapat arahan untuk ikuti Kursus Penerbitan TV dan Filem di BBC dan Ealing Film Studio, London selama 6 bulan dengan attachment khusus di BBC Scotland. Tugas menyiapkan dukudrama NANGA SKUAU telah diserahkan kepada saorang penerbit lain.





[i] ‘Cop Langkau’gelaran janama tuak buatan tempatan dari perkataan ‘Langkau’. Mereka yang mabok tuak cara berjalan dengan langkah ‘melangkau’. Maksud itu yang kami di fahamkan. Harga 1 tin minyak waktu itu sangat murah – tidak sampai RM10.00

Wednesday, February 24, 2010

RASCOM i

RASCOM/Rejang Security Command

Sebagai Penerbit TV saya mula ditempatkan di Bahagian Hal Ehwal Awam.

Dalam tahun 1972 keselamatan Negara keseluruhannya masih diancam keganasan grombolan kominis dihutan. Penubuhan RASCOM (Rejang Security Command) di Sarawak oleh Perdana Menteri Ke2 Tun Abdul Razak Hussein, menyebabkan saya sering dihantar bertugas kenegeri itu, disamping tugasan yang sama bentuknya di Persempadanan Malaysia/Thailand.

Penghantaran Penerbit dan Krew Filem RTM itu, sekaligus dibawah kawalselia terus Majlis Keselamatan Negara dan The Arm Forces Council. Tugas kami menerbitkan siri-siri dukumentri ehwal Keselamatan Rakyat di negeri itu dan peranan yang dimainkan oleh Pasukan Keselamatan dan Polis.

Bertugas di Sarawak pada tahun-tahun 1972 dan 1973 bukan sesuatu yang menyeronokkan. Untuk penerbangan ke Kuching waktu itu tidak ada peruntukan untuk Krew TV mengunakan kemudahan penerbangan komersil. Hanya Penerbit (Pegawai dalam katagori Division 1) sahaja yang layak menggunakan penerbangan komersil, manakala Krew Filem (Kebanyakkan mereka dalam Division 3) terpaksa naik ‘Charlie’ – kapalterbang pengangkut TUDM. 


Mau tidak mau, demi kemantapan pasukan kami setuju ikut “Charlie’. Aku terpaksa ketepikan kelayakkan aku sebagai Pegawai Penerbit TV-RTM untuk naik penerbangan komersil.

Urusan perjalanan kekawasan panas “forward locations” dalam kawasan RASCOM, kami diangkut dengan Helicopter Allauette atau dalam Farret Car (Kereta Perisai). Helikopter jenis Alouette boleh memuatkan 4 penumpang. Menaiki helicopter Alouette yang cenderung terbang rendah merentas hutan belantara menuju kedestanasi di 'foward location' sangat menakutkan bagi ‘orang awam’ saperti kami. Bagitu pula ketika menaiki “Army Assault Boat” melalui  anak-anak sungai disekitar perairan Sungai Rejang. Ada kalanya kami menaiki truk dan bergerak dalam convoy  yang besar biasanya diiringi kereta perisai.  

Taklimat keselamatan berupa rutine harian yang terpaksa kami lalui sabelum diangkut masuk ke ‘kawasan panas’ sepanjang hari, ke Rumah Panjang, ke Khemah Tentera, ke ‘kawasan yang baru berlaku pertempuran’ dsbnya. Krew filem yang biasa ditugaskan ikut penerbitan saya selalunya krew junior ( munkin barangkali crew senior di Bahagian Filem RTM waktu itu lebih selesa uruskan ‘desk-job’ atau turun kelokasi penerbitan Drama TV di sekitar Kuala Lumpur terbitan pegawai Penerbit Kanan dengan artis-artis glamour.) Antara mereka jurukamera filem yang regular berkerja dengan saya di ‘forward locations’: Teddy Lam, Teoh Tek Koon, Fong Chong, Zainal Osman, Bala,Zambri, Seith, Halim dan juru audio Azmi Omar, Shamsuddin dan Tim. Mereka ini rata-rata ‘green horn’ saperti saya juga. Ikut arahan, tanpa memikirkan kepentingan diri. Jatidiri, setiakawan dan professionalisma yang mereka tunjukkan, sangat saya hargai.


NANGA SKUAU

Lapuran berita 23 Februari 2010 menguja saya menulis pengkesahan ini. Berita Perdana Menteri Dato’Seri Mohammad Najib Tun Razak, di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Ugap Seribu di Nanga Tada, dalam kawasan RASCOM mengumumkan peruntukan Kerajaan sajumlah RM35 juta untuk Skim Penempatan Samula RASCOM yang telah dicetuskan oleh bapa beliau PM Ke2 – Tun Abdul Razak Hussain dalam tahun 1972, mengimbau kembali kenangan SAYA 38 tahun dahulu berkelana dihutan-hutan pendalaman kawasan RASCOM, Sarawak. Subsidi RM18 juta diperuntukkan untuk baikpulih Rumah Panjang di penempatan-penempatan Nangga Janggu, Nanga Ngungan, Nanga Skuau dan Nanga Tada. Terdapat sajumlah 1420 unit rumah dalam rangkaian Rumah Panjang ini menempatkan 12,000 penduduk. Tiap satu yunit diberi subsidi RM12,000.00 untuk tujuan pemulihan itu.

Semasa ulang alik bertugas di Sarawak dalam tahun 1972, saya dan krew RTM pernah diatur melawat satu kawasan penempatan samula penduduk rumah panjang di Nanga Skuau. Kami menaiki helicopter Nuri, ditemani oleh saorang pegawai Kerajaan, orang Iban…namanya Alfred Jabu ak Numpang  ( Datuk Patinggi Tan Seri Alfred Jabu ak Numpang). Semasa helicopter Nuri menghampiri kawasan tersebut dan akan mendarat disabuah tanah lapang, kami nampak deretan penduduk di penempatan samula itu, berpusu-pusu ikut rombongan adat yang akan menyambut kami di ketuai oleh Ketua mereka (Tuai Rumah).

Kami saterusnya diarak kesalah sabuah dari 5 Rumah Panjang yang baru dipindahkan ke kawasan situ. Kedatangan kami telah disambut ikut adat orang-orang Iban. Secara kebetulan Alfred Jabu, Saya dan Pegawai Border Scout jadi tetamu kehormat didudukkan disatu tempat istimewa. Majlis itu berlangsung disabuah pelantar Rumah Panjang itu dan dihiasi dengan bendera Malaysia dan bendera Sarawak. Jamuan kueh mueh dan pulut kuning tradisi Iban, di samping air tuak telah di hidangkan.

Pada klimaks acara sambutan tersebut beberapa das tembakan dilepaskan oleh Tuai Rumah dan Ketua Polis - Border Scout. Saterusnya saekor ‘babi’ telah disembelih.

Alfred Jabu mangaturkan kami yang beragama Islam tidak perlu minum air tuak yang dihidangkan dan ketika upecara menyembelih dilakukan, kami awal-awal telah dibawa keruang yang berasingan.

Secara kebetulan hujan telah turun selesai sahaja upecara tersebut ditengah-tengah musim kemarau yang genting dikawasan itu. Menurut Alfred Jabu, penduduk tempatan percaya kedatangan kami hari itu membawa tuah. Saterusnya beliau mencadangkan saya dan krew tv perlu datang samula untuk penerbitan dukumentari filem khas projek penempatan samula Nanga Skuau itu.

Kami dibawa meninjau kawasan dan diberi taklimat ancaman grombolan kominis yang membunoh dan membakar rumah-rumah panjang diaderah itu menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan penempatan samula itu, dengan dijamin keselamatan oleh Kerajaan.

Krew RTM tidak membuat sebarang liputan ekslusif hari itu, kerana ianya dianggap sebagai lawatan projek sahaja. Kami perlu timbangkan kemunkinan untuk menerbitkan satu rancangan dukumentri tv pada masa yang terdekat. Itu yang saterusnya saya lakukan. Pulang ke Angkasapuri, saya terfus uruskan perancangan penerbitan sabuah dukudrama berjudul Nanga Skuau.


Nota Kaki:
Kesah pengambaran dukudrama Nanga Skuau akan saya catatkan dalam blog ini, kemundian nanti Insyaalah.

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.