Monday, April 13, 2009

APRIL YANG PENUH MAKNA


Fool’s Day
Sesuatu menguja aku tiap menjelang April. Kadatangan April tahun ini juga demikian.Pertama pada minggu pertama April aku memperingati ulang tahun kelahiranku. Syukur Alhamdullillah 4hb April 2009, usiaku genap 68 tahun. Kedua 1 April, berupa April Fool Day. Aku teringat pada kenakalan murid-murid SMC1`GES Hutan Melintang, mempedaya rakan-rakan sakelas dengan gurauan yang buka-bukan. 2 tahun kami di GES Hutan Melintang. Pada tahun keduanya kenakalan April Fool sudah mula melampaui batasan gurauan biasa. Saorang murid hampir buta matanya, akibah dipanah dengan lidi – semata-mata kerana gurauan.


1 April. 1hb.April pula diperingati sebagai Hari Penyiaran RTM, yang aku turut raikan saban tahun bermula 1967-hingga tahun 1996; jangka perkhidmatanku dengan Jabatan Penyiaran Malaysia.


Dan tahun ini bulan April menyaksikan peralihan kuasa PM ke 5: Dato’Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi kepada PM ke-6 Datok Seri Najib Tun Razak. Acronim R.A.H.M.A.N terlalu lengkap terhasil dari susunan nama PM 1 hingga 6. Rahman,Abd.Razak,Hussein,Mahadhir,Abdullah, Najib . RAHMAN bermaksud Yang Amat Pemurah. Sangat sesuai dengan budi pekerti rakyat Malaysia – murah senyum dan murah budi bicara. Bagitu pujian yang sering kita terima tiap tetamu ke negeri ini.


'UMPAMA KETAM DALAM BAKUL'
Perhimpunan UMNO ke-akan berakhir hujung minggu ini. Kepimpinan Baru UMNO di ketuai President Dato’Seri Najib Tun Abd Razak sedang berdepan dengan 3 Pilihan Raya Kecil: Parlimen Bukit Gantang, DUN Batang Ai, Sarawak dan DUN Bukit Selembar, Kedah. Penamaan Calun serentak berlangsung pada 1hb.April. Kini BN dan PKR sekali lagi menguji pilihan rakyat – sasudah PilihanRaya Umum, Mach 2008. PRU 2008 menampakkan kemunculan pakatan baru PKR – menguasai 5 DUN, negeri-negeri PERAK, SELANGOR, PENANG, KELANTAN dan KEDAH, serta sebilangan besar kerusi Parlimen. Kekecundangan BN diluar dugaan ini di beri jolokan sebagai Kejatuhan kepimpinan politik PM Ke 5 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. MCA,GERAKAN dan MIC disamping UMNO menerima tamparan hebat. Sementara pemimpin-pemimpin PKR mendabik dada merayakan kemenangan besar mereka, pemimpin komponen BN yang selamanya menerajui tempuk kepimpinan politik kaum di negara ini, kini hilang taring: Bagaikan Ketam Dalam Bakul, mengaku dirinya berkuasa, tetapi telah kehilangan daya.


2 Pilihanraya kecil Parlimen yang berlangsung salepas PRU ke 13 juga menunjukkan kemenangan kepada PKR. Maka bagi 3 Pilihanraya Kecil yang berlangsung April ini memperluatkan iltizam BN untuk berdaya saing dan menguasai politik tanah air samula. Ia sebagai langkah bermulanya ‘reform’ yang dijanjikan oleh Presiden baru UMNO Dato’Seri Najib Tun Razak. Satu pertaruhan yang getir. Pada ketika-ketika peralihan kuasa pada kempimpinan UMNO dalam suasana ancaman kegawatan ekonomi dunia, rata-rata suasana tidak menentu, ragu dan rasa tidak selamat sedia mengongkong minda rakyat. Bagitu jugalah halnya dengan bakal pengundi Bukit Gantang, Bukit Selembar dan Batang Ai.

BIRTHDAY KE 68
4hb April 2009 genap 68 tahun usiaku. Aku sambut hari ini bersantai bersama-sama keluarga dan sahabat akrab di Aman Rimba Janda Baik. Rancangannya, rehat dan tenangkan fikiran. Bersyukur kepada Allah kerana rahmatNya. Kami berlepas ke Janda Baik jam 11.00. Berkumpul di Tol Gombak, kemundian berbondong menuju ke Janda Baik. Acara perimpulan kami biasa. Welcome Drink, Jamuan Tengah Hari, Rehat, Jamuan Petang, Rehat, Solat Maghrib & Tahlil, Jamuan Malam (BBQ Mak Oii), Tidur, Solat Subuh (ada rancangan nak Kiaimulai konon, tapi ta’saorang pun terbangun), Jamuan Pagi, Rehat dan masing-masingpun teringat nak balik. Gitu caranya Warga Emas sambut Hari Lahir ku. Aku sakerluarga menghargai kehadhiran Keluarga 7 termasuk Haji Yahya dan Hajjah Teh (Besan Haji Johari Samad & Hajjah Azizah Majid juga Haji Razim Mokhtar dan isteri serta dua anak sebagai undangan khas).

Juga hadiah yang tinggi nilainya dari anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu, Haji Mazlan&Hjh Badiah, Hj Aziz&Hjh Sauyah, Haji Razim dan keluarga. Wah, ta’pernah dapat sebanyak ini hadiah disambutan Hari Jadi sabelum ini.
Alhamdullillah.

KABINET PM KE-6
Aku teruja pada barisan Kabinet Baru Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak. Barisan Kabinet yang pernahku bayangkan secara ‘ngomong-ngomong politik kosong dengan kawan-kawan’ nampaknya berlaku. Paling menguja aku penamaan samula Kementerian Penerangan Malaysia. Kini Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian & Kebudayaan. Langsung aku tulis surat terbuka ucapan Tahniah kepada Menteri yang di lantik: Datuk Seri Dr Rais Yatim, bekas bos aku di Kementerian Penerangan antara 1984 hingga 1986. Aku percaya Datuk Seri sangat serasi dengan Kementerian baru ini.



Ahad, April 12, 2009
Ybhg DatukSeri Dr.Rais Yatim,
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian & Kebudayaan,
Tingkat 7, Wisma TV, Angkasapuri,
Kuala Lumpur.

Asalamualaikum wbt –
PER: UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH
Saya ucapkan syabas dan satinggi tahniah atas perlantikan Ybhg Datuk Seri ke Kabinet Perdana Menteri Ke-6 – Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak. Syabas kerana Ybhg Datuk Seri telah diberi kepercayaan untuk menerajui Kementerian Penerangan yang baru dan yang lebih menyakinkan: mencakupi tugasan Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan secara pukal. Sekaligus Kementerian baru ini dijangkakan dapat leksanakan tugas paling berkesan sebagai penyubur intelektual dan wadah rakyat.
2. Penerangan, Komunikasi, Kesenian & Kebudayaan sangat serasi dengan diri peribadi Ybhg Datuk Seri. Kepercayaan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat DatukSeri Najib Tun Abdul Razak – Perdana Menteri, kepada Ybhg DatukSeri, satu penghormatan yang sangat bernilai.
3. Kementerian Penerangan yang saya kenali, semacam telah hilang wibawanya sejak satu dekad yang lalu. Pada pengamatan saya keterampilannya sebagai pemacu wadah rakyat telah hilang ‘taring’nya akibah penukaran dasar yang ‘pelbagai arah tuju’ tiap kali ‘kepimpinan baru’ menerajui pucuk pimpinan Kementerian itu. Akibahnya gagasan besar setiakawan rakyat yang terasuh dan terbentuk olehnya secara beransur terlerai.
4. Empat paksi Kementerian baru yang Ybhg Datuk Seri terajui ini mempunyai kesebatian halatuju. Tiap satu paksi komplimen yang satu lagi. Sewajarnya pencanaian konsep 1 Malaysia saperti yang diharapkan dapat dijurus selari dengan matlamat misi dan visi Negara, menurut acuan kenegaraan kita.
5. Globalisasi telah mengakibahkan pendedahan yang ketara pada limpahan budaya luar yang tidak serasi dengan cara kita. Disebaliknya, secara terjurus keperkasaan media komunikasi barat telah memperhambakan persepsi kita akur agenda mereka.
6. Kebitaraan Malaysia diarena Global harus dicetus sebaiknya menurut acuan nilai peribadi timur memperakukan semangat dan citarasa 1 Malaysia. Saya yakin Ybhg Datuk Seri mempunyai pengalaman yang luas melaksanakannya. Saya yakin itu. Saya telah berpeluang berkhidmat dibawah kepimpinan Datuk Seri sebagai Menteri Penerangan & Penyiaran Malaysia – 1984-1986 - sebagai Ketua Perkhidmatan Drama RTM dan Ahli Direktorat Kementerian yang Ybhg Datuk Seri pengerusikan.
7. Sebagai Menteri, Ybhg Datuk Seri ketara memperakukan kewibawaan ahli-ahli professional yang menerajui Jabatan-Jabatan dalam Kementerian. Ybhg Datuk Seri, dapat gabungkan antara tuntutan politik dengan daya pelaksanaan professional yang tinggi nilainya. Atas keupayaan itu program-program di bawah Kementerian Penerangan & Penyiaran Malaysia secara langsung di’label’ sebagai ‘flagship’ wadah rakyat yang sukar ditandingi.
8. Saya telah diberikan kepercayaan sebagai Penerbit program khas TV, Trajidi MEMALI yang Ybhg Datuk Seri hoskan sebagai penjelasan Kerajaan pada Kejadian Peristiwa Berdarah yang dicetuskan oleh Ibrahim Libya dan Pengikut-Pengikutnya di Memali. Program tv MEMALI telah di pra-tonton khas oleh Perdana Menteri ke 4 – Tun Mahadhir Mohamad, saterusnya disetujui untuk disiarkan melalui saluran RTM, dengan rakaman video dibekalkan ke Kedutaan-Kedutaan dan Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negeri. Hasilnya program television 30 minit ini secara langsung telah menukar persepsi rakyat sekaligus mengenepikan segala bentuk prasangka terhadap Kerajaan akibah tragedi itu, di dalam dan luar negeri.
9. Sebagai Ketua Perkhidmatan Drama RTM, saya dapati kepimpinan Ybhg Datuk Seri banyak membantu mempertingkatkan nilai dan arahtuju penerbitan tv oleh RTM. Kesediaan Ybhg Datuk Seri sebagai Menteri duduk berbincang tiap aspek persembahan program-program khas RTM bersama Ahli Direktorat Kementerian, contoh daya kepimpinan berpasukan yang tinggi nilainya. Hatta program-program RTM dan Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian sangat terjurus dan pada banyak perkara ‘kompliment’ antara satu dengan yang lain. Record menunjukkan sahingga tarikh saya bersara jawatan dalam tahun 1996, kepopularan dan ‘ratings’ rancangan-rancangan (telivisyen) terbitan RTM menduduki antara 5 teratas dari 10 rancangan tv terbaik (hasil kajiselidik bulanan oleh Standard Research Malaysia atau oleh Bahagian Penyelidekan Kementerian Penerangan sendiri), berbanding dengan saluran tv pesaing. Pendapatan RTM hasil tajaan rancangan dan jualan ruang komersil juga telah mengatasi saluran media-media letronik pesaing (antara RM180 hingga RM200++ juta tiap tahun).
10.Maka itu, saya yakin kepimpinan Ybhg Datuk Seri di Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian & Kebudayaan, akan meletakkan samula keperkasaan Jabatan Penyiaran serta Jabatan-Jabatan lain dalam Kementerian ini pada tahap cemerlang dan gemilang. Sebagai Media Publik munkin hasil pendapatan dari Penajaan Rancangan dan jualan ruang komersil tidak penting bagi RTM. Pun bagitu kecenderungan sector komersil menaja rancangan dan menempah ruang peragaan iklan, pertanda kepopularan saluran media tersebut mempunyai bilangan khalayak penonton sasar yang paling ramai.
11. Saya doakan kejayaan Ybhg Datuk Seri saterusnya. Syabas dan satinggi tahniah dari saya.

Yang Benar,

ABD.AZIZ ABAS,
(Mantan Pengarah Urusan Rancangan RTM)
Insyaalah salinan asal surat ini akan ku kirimkan ke Angkasapuri untuk tatapan beliau.
Sakian - adanya.


About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.