Monday, December 1, 2008

Allahyarham Syed Alwi Dalam Kenangan

Prolog:
6.30 PAGI Ihb November 08:
Pesanan Rengkas dari MYM cukup rengkas: Syed Alwi meninggal dunia. Alfatihah. Pada pagi yang sama Akhbar The New Straits Times juga menyiarkan berita kematian trajik allahyarham itu.
Allahyarham adalah dari gulungan pioneer penubuhan system Television di Malaysia awal tahun 1960han. Allahyarham mengetuai sagelintir pasukan penerbitan talivisyen memulakan siaran percubaan untuk Lembah Kelang di studio sementaranya di Jalan Ampang. Antara Penerbit TV seangkatan beliau termasuk (Tan Sri) Ahmad Merican, (Dato’) Abdullah Mohammad (Mantan Ketua Pengarah Penyiaran), Thomas Mathews, Allahyarham Hashim Amir Hamzah, Allahyarham (Dato’)Aziz Wok, Hysinth Leo, Richard Job dan Long Hin Boon dll.
Saya mula kenal allahyarham ketika menghasilkan teleplay ke5 terbitan Telivisyen Malaysia berjudul MEMBURU BULAN SABIT -1964. Waktu itu saya masih berkhidmat sebagai pendidik di Pantai Timur. Teleplay MEMBURU BULAN SABIT di angkat dari naskah teater yang saya pentaskan di Kuala Trengganu sabelumnya. Saya diberitau Allahyarham yang telah memilih naskah teater saya itu untuk penerbitan TV. Penerbit (Dato')Aziz Wok dipilih untuk menerbitkannya. Kerana pemilihan itu, sebagai karyawan, saya rasa terhormat.
Secara peribadi, saya mula bergaul rapat dengan Allahyarham di pertengahan 1970han, ketika menjawat jawatan Penerbit Eksekutif dan Ketua Perkhidmatan Drama di RTM.
Kami telah sepakat untuk menerbitkan 3 nakah teater beliau sebagai persembahan talivisyen: MENUJU UTARA, ALANG RENTAK SERIBU dan TOK PERAK.
Berbagai pengalaman menarik dan pengarajan berguna saya, krew RTM lalui berkerja dengan Seniman Negara ini. Kebitaraan beliau sebagai playwrght, penerbit dan penyiar radio dan tv ketara dan terbilang. Beliau ikon pada penggiat teater dan professional radio dan television waktu itu.
Saya rasa bertuah adakan koloborasi itu: Allahyarham - Pengarah dan saya
Penerbit Eksekutif.
Allahyarham saorang seniman yang serius, fokus dan tidak akan kompromi dalam penghasilan seninya. Beliau berkelulusan dan professional dalam bidangnya. Kerjaseninya tersusun, dan mantap. Tiap detail yang digariskan dalam karya seninya, tidak boleh dirobah. Itu prasyarat yang beliau tetapkan kepada saya sebagai Penerbit Eksekutif RTM yang bertanggungjawab pada penerbitan-penerbitan MENUJU UTARA, TOK PERAK dan ALANG RENTAKJ SERIBU.

Untuk naskah MENUJU UTARA (GOING NORTH) allahyarham telah minta sabuah kereta api 'locomotive' untuk di filemkan di sabuah stesen. Agak sukar untuk mendapatkan kereta-api 'locomotive' berkuasa steam waktu itu kerana KTM hanya mengendalikan kereta-api berkuasa diesel. Saya cadangkan gunakan bahan arkib, beliau tidak setuju.
RTM adakan perbincangan dengan KTM. Nasib kami baik. KTM masih simpan 'locomotive' tahun 1948 yang dipinta itu. Tersimpan di depo Sentul, dan masih boleh digunakan. RTM cuma perlu tanggun kos sewa 'crane' untuk mengangkat 'locomotive' dan beberapa gerabak lama keatas landasan. KTM setuju menutup laluan kereta-api Kuala Lumpur/Klang mulai 9.pagi hingga 5.00 petrang untuk pengambaran itu. Perhentian Kereta Api Sungai Way telah disetujui sebagai setting. Menurut KTM menutup laluan kereta-api Kuala Lumpur/Pelabuhan Klang akan menghalang pengangkutan barang dan penumpang dilaluan itu selama 8 jam. Kerugian yang ditanggung KTM dan Kerajaan sangat tinggi. Tapi demi kepentingan pengambaran itu pihak Kerajaan akur keperluan RTM itu. Poohhhh.....

KOLOBORASI 1:
Pengambaran Filem - Lokasi Sungei Way:

Seluruh krew dan extras berkumpul di Stesen Sungei Wai pada satu pagi Sabtu. Tepat jam 10.00 kereta-api 'locomotive' pun sampai dari depo Sentul. Dari jauh kelihatan asap hitam berkepul keluar dari serombong nya. Membawa kenangan nostalgia kepada semua.
Kamera pun di pasang. Krew kereta-api, pelakun dan (extras) diberi breifing. Semua siap sedia untuk pengambaran. Kereta api 'locomotive' itu mengambil masa hampir 30 minit untuk undur ketempat permulaan yang telah dikenalpasti, kira-kira sejauh 1 kilometer jaarak dari Stesen Sungai Way.
“Slate…… Camera...Sound...Turnover….. Mark...” teriak Assistant Director.
“Scene 1, Take One.” Jerit clapperboy.
“Action” jerit Pengarah melalui ‘walkie talkie’.
Semua mata tertumpu kearah kereta api. Tetapi kereta api kelihatan tidak bergerak. Asap hitam dari serombongnya tidak berkepul keluar. Apa dah jadi.
“Action’, jerit Pengarah lagi. Kali ini suaranya lebih lantang.
Kamera terus ‘purring’ berputar mengambarkan LS sabuah kereta-api yang mula bergerak perlahan. Kelihatan asap hitam berkepul. Kereta api terus bergerak…mula-mula perlahan..kemundian mula laju.
“Filem habis,” jurukamera menjerit. “Perlu reload reel baru.”
Pengarah terpinga. Hempas topi. Hilang sabar. Kemundian, beri arahan ‘retake’.
Kereta api, pelakun dan extras berundur samula kira-kira satu kilometer kebelakang. Kali ini kereta api dicadangkan bergerak dahulu sabelum kamera diputar. Pengarah akan beritau bila kamera patut diputar.
“Crank Camera,” jerit Sang Director.
“Scene 1 Take 2” jerit clapperboy.
Semua berjalan lancar. Station Master (pelakun K.Dass) sudah sedia di atas flatform menunggu ketibaan kereta api itu. Malang kereta api tidak dapat berhenti tepat pada tempat yang ditandakan. Roda kereta-api terus mengelonsor 300 ela kahadapan dari tempat yang ditandakan ia harus berhenti, hampir mengilis Jurukamera dan krew bertugas.
Perlu 'retake'.
“Arahan saya jelas.” tegas Syed Alwi.(LS locomotif, slow zoom in to FS as it stop at the station).
Jam 4.00 salepas lebih 10 retake pengambaran tamat. Masing-masing lega. Mengundurkan samula kereta-api 'locomotive' hampir 1 km kebelakang bukan kerja yang mudah. Bagitu pula untuk memberhentikan 'locomotive' itu pada garis yang ditetapkan sukar untuk dilakukan walau oleh pengendali yang mahir. Roda kereta api akan terus meluncur bbeberapa metera kahadapan ketika di 'brake'.

Itulah Syed Alwi.

KOLOBORASI 2:
Reccee Set Tok Perak dilokasi Kampung Sayung:

Untuk naskah TOK PERAK allahyarham telah memilih sabuah rumah tradisional di Kampong Sayung, Kuala Kangsar. Rumah itu usang dan tidak di diami. Dipenohi rumput dan pohon renek. Kawasan perlu ditebas dan bangunan dibaikpulih. Pemerlukan masa berbulan baru boleh digunakan, walhal jadual pengambaran telah ditetapkan awal. Walaupun ada rumah lain yang lebih sesuai berhampiran boleh di sewa untuk set pengambaran, allahyarham masih bertegas maukan rumah pilihannya itu.
“Aku hendak rumah ini, kerana senibenanya dan sebatang pokok rambutan tua disisi rumah anjung. Di pohon rambutan itu tempat Tok Perak berbuai. Dia pengkalan hadapan rumah itu, tempat Tok Perak mandi sungai. Semua jelas dalam naskah skrip teleplay ini,” tegasnya selamba.
"Munkinkah itu rumah kelahiran beliau? Munkinkah di situ naskah TOK PERAK telah beliau hasilkan?"
Walaupun aku yakin itu, tapi mulutku berat untuk bertanya. Sebagai Penerbit Eksekutif saya akur dan seberapa boleh akan uruskan keperluan beliau itu.
Pengambaran 2 episod TOK PERAK memakan jangkamasa lebih 12 bulan. Babak dimana Tok Perak buka gelanggang jual ubat di perayaan Keputraan Sultan Perak dalam kawasan hiburan dibelakang istana Bukit Candan, perlu 'retake' ( difilemkan samula). Untuk tujuan itu Crew Penerbitan RTM perlu tunggu perayaan Hari Keputraan Sultan Perak tahun berikutnya.
Berbalolkah mendiang Ahmad Marbawi dipilih melakunkan Watak TOK PERAK? Fee beliau antara RM1200 hingga RM1500.00 untuk 2 episod. Tunggu lebih 1 tahun baru dapat bayaran. RTM hanya akan uruskan bayaran salepas siaran 2 episod itu, bukan pada masa penerbitan. Berapa bayaran bagi pelakun-pelakun lain? Berapa Syed Alwi di bayar RTM untuk terbitkan TOK PERAK? Sukar untuk dicatatkan, kerana kadar bayaran yang ditetapkan Kerajaan tidak memehak mereka. Apapun mereka tidak akan bersungut. Mereka semua komited.
Melalui TOK PERAK itu mendiang Ahmad Marbawi saterusnya di kenali dengan nama jolokan TOK PERAK oleh peminat-peminatnya. Sepanjang ingatan saya tidak ada artis lain yang lebih berjaya menjalankan peranan TOK PERAK salepas mendiang Ahmad Marbawi. Munkinkan barangkali pada artis Ahmad Marbawi, Allahyarham Syed Alwi telah
menemuiwatak sabenarnya TOK PERAK yang telah beliau katengahkan
kekhalayak Malaysia. Wallahualam.

KOLOBORASI 3:
Dalam Set ALANG RENTAK SERIBU-Sound Stage Filem Negara
Tahap professionalisma beliau sebagai pengarah teater terpancar dalam set ALANG RENTAK SERIBU di Sound Stage Filem Negara waktu rakaman TV oleh RTM. Sebagai pengarah beliau sangat cerewet pada ciri pementasan dan lakunan perwatakan sekuen yang dirakamkan. Sadikit kejanggalan akan mengakibahkan seluruh sekuen dirakam samula, walau untuk berberapa kali lagi. Beliau tidak penat mengasuh artis-artisnya akan penghayatan sabenar (yang beliau mau) bagi watak dan perwatakan yang dilakunkan. Dato'Rahim Razali, Datin Rohani Yusoff, Dato'Abdullah Ahmad, Adman Salleh, Ahmad Yatim dalam kasting kami bukan calang-calang artis pelakun. Syed Alwi tidak akan berpuas hati sahingga mereka berjaya mempamirkan penghayatan yang terbaik. Saya kagum mereka komited pada keperluan Allahyarham. Itu keistimewaan Seniman Negara ini. Mereka sedia akur pada arahan beliau bagaikan terpukau pada kahendaknya.
Ada kalanya sekuen beberapa minit, memakan masa sepanjang malam hingga kedinihari untuk merakamkan. Pun bagitu Allahyarham dan 'cast' ALANG RENTAK SERIBU tetap komited. Kerana komited dan sifat tidak kompromi, sebagai Pengarah Allahyarhan telah berjaya melahirkan gulungan karyawan seni yang professional dan berdisplin - 'gergasi' dikalangan artis television dan teater negara hingga masa kini.

Itu istimewanya Syed Alwi Seniman Negara yang pernah saya kenali.

Epilog:
hari ini semua warga seni teater, filem dan talivisyen menangisi pemergian Allyarham. Playwright anak kelahiran Pondok Tanjung ini telah meninggalkan khazanah seni negara yang sangat tinggi nilainya. Prinsip hidup dan ketokohan beliau munkin tidak ketara kepada ramai secara langsung. Menurut pengamatan saya, beliau saorang radikal yang tidak mudah menyerah kalah. Beliau bukan manusia yang pentingkan diri. Ramai yang kenali Allahyarham hanya sebagai penulis dan pengiat teater dan tidak lebih dari itu. Apakah bagitu? Wallahualam.

Alfatihah...samoga Allah mencucuri rahmatNya, dan menempatkan roh beliau dikalangan yang soleh.

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.