Tuesday, September 16, 2008

Al-Kisah.."HARIMAU BATUK, BUAYA PUN DEMAM..."

'Harimau batuk Buaya pun demam, Kuching di dapor pening kepala….............' Masih teriang-iang di telinga Penulis, sebahgian dari senikata lagu Melayu Asli dalam tahun 50han yang Penulis masih ingat lirik pembukaannya. Lirik lagu ini sangat melucukan, maka itu Penulis selalu mengenangkannya. Cuma Penulis tidak dapat jelaskan nama Penyanyi, Pencipta Lagu atau Penulis Liriknya. Tajuk lagunya pun Penulis tidak pasti, kerana Penulis hanya berjaya menghafal sebahgian kecil senikata lagu itu yang popular dizaman Penulis masih dibangku Sekolah Rendah dalam tahun-tahun 1950han. Zaman itu belum ada siaran Radio di Hilir Perak. Gramophone atau Peti Nyanyi tidak ramai penduduk Kampung Tanjung Bayan yang mampu memilikinya, apatah oleh keluarga Penulis yang miskin dan daif.
Hari ini, ketika menilai suasana ke'gawatan' Politik tanah air membuatkan Penulis rasa lirik lagu tersebut sangat sesuai dikaitkan dengan ‘keresahan dan ketidaktentuan’ yang dihadapi rakyat jelata. Hari ini dimana saja, di masjid-masjid, di warung-warung, di Pekan Sari rakyat jelata ghaerah ingintau 'teka-teki' politik tanah air yang sedang berlaku.
Pada hari ini 16hb.September 08 Dato’Seri Anwar Ibrahim, Penasihat PKR mendakwa beliau telah punya cukup jumlah Ahli Parlimen yang mengyokong PKR untuk mendirikan Kerajaan baru. Maksudnya PKR sudah bersedia untuk mengambil alih pucuk pemerintahan negara dari BN-Barisan Nasional ( dulunya PERIKATAN ) yang telah selamanya diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui Malaysia negara permai ini. Anwar telah meramal dan mewar-warkan bahawa tarikh 15hb.September 08, sebagai tarikh pertukaran kuasa itu; disemua kempen politik beliau sabelum ini. Hari ini beliau mendakwa telah memohon kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk temujanji bagi membincangkan beberapa perkara penting berhubung penukaran kuasa itu: teruatama bagi wakil rakyat dalam BN yang memilih untuk ‘lompat’ keluar parti dan sokong PKR.
Sebaliknya Kerajaan BN dibawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenepikan dakwaan Penasihat PKR Dato’Seri Anwar Ibrahim itu sebagai ‘satu ilusi’ atau ‘mimpi siang’. Perdana Menteri mendakwa kerajaan BN masih kukuh dan tidak ada sebab boleh dijatohkan oleh gulungan pembangkang.
Akhbar dan media tempatan telah memberikan liputan utama kepada isu ini. Secara langsung berita itu menguasai suasana hari cuti memperingati Nuzul Al’Quran (17Sept08) bagi kebanyakkan (negeri-Melayu) di Malaysia. Berita itu secara menyeluruh 'mengongkong' minda masyarakat Islam dan Melayu disebabkan dua pemimpin Melayu Islam sedang bertelagah menegahkan prinsip dan keperkasaan parti pimpinan masing-masing – PKR dan BN. Rakyat tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu maksud 'teka-teki' politik itu.
Soalnya apakah perlu rakyat Islam dan Melayu disogokan berita seumpama ini, dihari mereka memperingati Nuzul AlQur’an ini? Dalam bulan Ramadan pulak tu!! Penulis tidak upaya untuk membuat penilaian atau andaian. Cuma Penulis rasa keciwa perkara ini berlaku dan dijadikan mauduk perbincangan massa.
Setakat ini Penulis hanya mampu menurunkan lirik pembukaan lagu Melayu Asli tahun 50han yang mempunyai maksud yang sepadan dengan 'teka teki' politik antara PKR dan BN sekarang ini.


'HARIMAU BATUK, BUAYA PUN DEMAM, KUCING DIDAPOR PENING KEPALA.'

Siapa yang BATUK dan siapa pula yang 'DEMAM'? Yang jelas : 'RAKYAT JELATA PENING KEPALA.'

Betulke?

Wallahualam.

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.